Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Getting to know myself.

Assalamualaikum.


Sebelum anda membaca entry ini, saya ingin menyajikan anda dengan gambar saya yang berdahi besar & kening bersepah sebagai pembuka bicara. Saya juga ingin menyatakan kekesalan saya kerana memakai pashmina sewaktu membeli belah kerana kepanasan yang saya alami di bahagian leher memang sangat dashatnya sehingga telah menyebabkan leher saya berwap & seakan-akan terbelah T___T.


walaupun jambul terkeluar sikit, namun saya ingin bercerita tentang diri saya.


Saya seorang observant. Walaupun saya tak kenal anda, but from the very first second I saw you, I can tell what kind of person you really are. I pay a really close attention on how you speak, on how you walk, and so forth. Never did I train myself to become like this, but hey I cant stop myself from watching  every little step, every little action you do. After I made my observation, I will then make a speculation. The good thing is, I'll keep the secret to myself :). Yelah, my speculation bukan totally true kan, kalau aku pergi propa kat semua orang nanti, tak pepasal je korang kena label. So silence is virtue!



Saya tak boleh berkuku panjang. Kalau panjang je muka saya naik jerawat. Somehow dorang macam related tau in a sense of ermmm ape eh? sixth sense kot haha ok tak lawak. Kalau nak berfikir secara mitos, scary gile kan. Kuku panjang je muka naik jerawat. Adekah disebabkan niyang rapik merepek repek? hahaha eh jap apa punya name lah niyang rapik? ceh. tapi kalau fikir secara scientic, logic jugak. Bila kuku panjang, banyak bacteria boleh proliferate underneath the fingernails kan, lepas tu awak pon pegang-pegang muka which means, awak menyediakan laluan kepada si bacteria untuk bertandang ke kulit muka & lantas mengakibatkan jerawat dengan pantas :')


Saya tak suka makanan manis. Oh am not a sweet-tooth person. I can consider drinks yang tawar, but not makanan yang tawar. Saya sangat suka makanan yang berat sebab tu saya suka malaysia sebab di malaysia banyak makanan yang berat-berat teehee. My fav of all time mestilah rendang yang mak saya buat. Mak orang lain buat pon saya suka jugak, ayah orang lain buat pon saya suka. Sebenarnye saya tak kisah pon sapa-sapa yang masak asalkan dia rendang, Im happy enough :) Selain itu, saya suka mee kari, masak lodeh, kuah kacang, nasi beriyani, ayam masak lemak cili api, nasi tomato sume sumelah. Saya sungguh sedih kalau keluar dengan kawan untuk lunch, suddenly she said 'lets have waffle for lunch!'


Tulisan saya berubah-rubah begitu juga dengan signature saya. Orang kata kalau signature berubah-rubah maksudnya tak tetap pendirian. Betul juga sebab saya memang tak tetap pendirian pon. Saya tak tau kenapa saya tak stick to one signature for good kan. Buku bank, attendance, passport, semua guna signature lain2. Masa sign tu tak pikir panjang, lepas tu menyusahkan diri sendri. One day, saya nak apply bank account baru kat bandung tau. The only identification I have as a foreigner is my pasport. Lepas tu, boleh pulak terkeliru which signature should I use. In the end, signature tu salah, the bank officer macam suspect me cheating, as if yang I ni camouflage to become the real fatin liyana. End up, saya merayu-rayu kat dia, keluar kan student card dari 1st year smpai 3rd year, health insurance cards, hospital cards, driving license, adelah 10 cards all together, with my name NUR FATIN LIYANA written there T_______T. 


Itu saja cerita untuk hari ini. Jangan lupa mengajak rakan-rakan untuk membaca blog saya ni ya :). Ada yang kata bosanlah baca blog ni sebab asek cerita pasal diri sendiri. ehem ehem untuk makluman anda, ni kan blog aku mestilah aku cerita pasal aku. Takkan nak cerita pasal mak long timah & keluarganya? wakakaka. Kalau tak suka takpelah, tak paksa pon suruh baca. Tapi kalau suka baguslah, syukur alhamdulilah. Namun samaada suka atau tidak, buffered earning aku tetap berjalan. Terima kasih daun keladi, jangan sampai aku rejamkan daun keladi kat baldi. cuak tak? haha.....


terima kasih atas sokongan kawan-kawan semua, saya sangat menghargai anda yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni. walaupun saya sibuk dengan pelbagai hal, namun hati saya berbunga-bunga bila baca comment2 yang anda tinggalkan. sebab tu rasa macam semangat je nak tulih entry baru hehe..time kasih time kasih. so sorry kadang2 saya tak dapat nak reply comments, msg, wall fb etc. harap jgn terasa hati ya...saya sibuk..i have to give priority to what is more important. take care! jgn sakit tau.


khidmat pesanan masyarakat : selalulah memakai sunblock apabila keluar dari rumah untuk mengelakkan skin cancer !

Thank you for reading this entry !

Hey saya mahu pulang ke malaysia lah kejap lagi

Assalamualaikum.


Kalau baca tajuk saja sudah tahu aku nak cakap pasal apa. kan? teeeheee. sukenyeeewwww !! tiba-tiba saje jadi gedik sebab eja 'sukenye' macam tu. Kalau korang perasan, aku jenis yang suka cakap macam 'brader-brader'. Alah konon macam lepen-lepen an. Pehhh masyukk beb kalau berkomunikasi dengan masyarakat sambil menambahkan perkataan 'der' di belakang. Terasa macam cool je & tak pasal-pasal terkembangkan hidung sendiri dek kerana merasakan diri sendiri bagus. T____T Contohnya macam :


'tak dapat la der..'
'apa barang der..'

pehhhhh.......memang stylo bro...memang stylo!

- - - - - - - - - - - - - - - -

Anyway, jap lagi pukul 3.30 pagi aku nak gerak airport. Flight pukul 6 pagi dan kalau traffic kat atas sana tak jam aku akan sampai ke tanah berair aka tanah air pada pukul 9 pagi. Korang nampak tak semangat tak semangat aku ni. Aku beli ticket pepagi buta walaupun dia agak mahal. Yang penting aku sampai Malaysia pagi bro. Nothing else matters *nyanyi lagu metallica*. Sampai2 je semban, aku ingat nak terus beli bahan-bahan nak buat kueh. Ok skang ko cakap ngan aku, rajen tak rajen aku ni? Sape je yang turun flight terus singgah kedai bahan bahan membuat kek & kuih muih?? Chef wan pon turun flight singgah toilet tau. 


Oh ya, nanti bila aku sampai kat Malaysia, kalaulah korang macam terserempak dengan aku di mana-mana contohnya seperti kedai menjual buku-buku agama atau mungkin di masjid ketika aku sedang menunaikan solat sunat...silalah tegur ya..kalau boleh tegurlah dalam bahasa arab..lebih manis orang kata..........wakakakakakaka sapa rasa nak tempeleng aku sampai tengkuk terpusing ? :p


Tapi aku nak ingatkan korang satu benda ni. Aku kan kalau tengah berjalan, tengah sms, tengah study ke muka aku ni macam serius sikit. Bila serius, dia nampak macam sombong walaupun sebenarnya budak ini punyalah baik lemah lembut merendah diri dan boleh menjadi contoh tauladan kepada orang-orang di sudan -___-. Tapi siyes der, muke wa nampak sombong tapi wa tak macam tu. Wa tak layan sombong-sombong ni.  Lu kalau nampak gwa kat mane-mane selambe je laung

'fatin liyana bajet wehh' 



eh tak tak jangan cakap macam ni. tapi kalau kau cakap macam ni, memang aku hambat kau sampai dapat. Kau siap. Sepatutnya laung macam ni :


'fatin liyana ke?? aooemmmmjiii nyonyonyonyo jom snap snap piccaaaaaaa ehikhik' dan pelbagai bunyi2 pelik yang lain -____-



nampak macam sombong tapi dusta semua tu.


kan aku dah kate aku friendly. *eh bila aku kate?*


ok? tegur tau kalau jumpa budak ni. jangan lah reluctant nak tegur hee.untung-untung boleh masuk blog tau. u allz tak mau ke masuk blog makkk ??? rugi tauuu u allz ! hee klah rakan dan taulan, aku nak baring sat. selamat hari raya maaf zahir batin semua. sekarang ni aku buat ucapan superficial jeh, sebab tak raye lagi. Nanti nak dekat raya barulah aku mintak maaf lagi skali. masa tu nanti aku buat karangan panjang sikit ye sebagai tanda keikhlasan aku. Amacam? ;)


Thank you for reading this entry !

Saya & kaca mata.

Hi assalamualaikum.

Ok untuk entry kali ini telah bertekad untuk menggunakan kata ganti diri yang pertama iaitu saya. Semua ini telah berlaku gara-gara ada pembaca yang tidak suka baca blog ini sebab saya membahasakan diri sebagai 'gwa'. Maaf eh untuk pihak yang tak berpuas hati...bukan apa..otai mmg camni..hahaha!

Jom lah nak story sikit..saya start pakai spec masa darjah 5 kot. Masa tu on off lagi. Tapi entah kenapamasa tu rasa macam kalau pakai spec nampak macam weyh kool giler. Nak nak kalau pakai specnanti rakan-rakan akan tanya something like 'power kau berapa ha?'. Peh best gila kalau kena tanya camtu.Rasa macam jadi center of attention kejap hehe...tapi itu dulu la masa kecik-kecik.

Sekarang pulak, kalau nak diikutkan hati, memang saya tak suka pakai spec. Bila pakai spec, rasamacam tak cantik. Tak confident nak tengok orang sume. Lagipon kalau pakai spec nanti mata macam jadi kecik sepet tak hotness. haha! Setiap kali pergi public places saya akan pakai lens,first memang untuk increasekan confidence level, 2nd baru sebab rabun. Rabun saya bukanmain kepalang ye rakan-rakan. L-550 R-550. Sejak amek medic ni, memang power increase secara proportional dengan masa. Mungkin sebab banyak sangat online. Yelah konon study banyak, jadi online juga harus banyak ye :')



Ini lah spec baru saya. Baru seminggu kot. First time beli yang oldskool punya. Rasa macam kool lah. oldskool=kool !




Tadi lunch di KFC. Saya suka makan kfc especially kulit ayam tu :) walaupun cholestrol sangat tinggi namun bukan senang nak menahan diri dari tidak memakannya! lepas tu jangan bagi saya sos cili thai tu saya nak muntah :(




Saya sangat bersyukur KFC malaysia ada cheezy wedges yang sangat nikmat. KFC indonesia takda cheezy wedges. Kesian rakyat sana sebab tak dapat menikmati hidup. Sebenarnya saya refer kat diri sendri haha...nasib la duduk indon kan. KFC kitorang serve nasi putih je...(-_-)




Ini kali pertama dalam sejarah saya confident pakai spec di public places. Ok tak? Walaupun nampak nerdy sikit tapi apa nak buat...saya memang nerd sikit-sikit. haha!



Tadi saya pergi karaoke. Pukul 4.15 sampai 7ptg. Puas hati betul dapat nyanyi lagu Exist. Oh ya saya nyanyi lagu Newboyz jugak tadi, sejarah mungkin berulang. Haha sengau beb!



Ada nampak macam berkaliber sikit kan? haha! lepas ni mesti sume orang akan percaya yang saya student medic. Yes yes yes ! Selama ni orang doubt. sedih tau tak. isk!




..............................sabtu nak balik bandung dah. malas malas malas malas malas malas..................ok bye people have a great day!



Thank you for reading this entry !

Kisah hidup yang entah hape-hape.


gambar hiasan. boleh hias dirumah anda.



Eh assalamualaikum geng-geng sume. amacam kehidupan? Aku da abes exam kalo korang nak tau tapi aku tak tau nak buat apa. Dari tadi aku asek lipat baju, menyapu dan mengelap perabot dengan antiseptic sehingga licin licau berkilau. hahahaha tak boleh belah perenggan pertame je dah marketkan diri sndiri. ok aku tipu je sebanye. aku lipat baju tadi pon ade pitstop, baru lipat 2-3 helai. check FB. pastu lepas 30minit baru lipat lagi 2-3 helai. anggaran aku lebih kurang 6 baju dalam 1 jam. bukankah itu melampau ha? (-_-)


Ok tapi tujuan aku buat entry kali ni bukanlah nak suroh korang pertikaikan tahap kemelampauan aku terhadap aktiviti melipat baju tersebut. Aku ade cite nak story ngan korang. So aku warning awal-awal la eh. entry ni penuh tulisan. Kalau sape yang agak-agak mase die sekolah dulu, buku NILAM die penuh dengan sinopsis cerita-cerita, sampai tulih kat kulit buku semata-mata nak dapat anugerah emas NILAM, aku konfim dorang memang girang tahap kentang bila dapat baca karangan yang berjela-jela yang bakal gwa type ni. For those yang buku NILAM die kosong lengang ibarat padang jarak padang terkukur, korang boleh skip entry ni & tunggu aku buat entry yang banyak gambar k. yo lets cekidauts bayi.


Sebenarnyekan, aku yang korang jumpa atau kenal sekarang adalah insan yang berbeza kalau korang penah kenal aku tyme sekolah. especially form 3 dan kebawah. Aku sebenarnya dah tukar identiti ngan lisa surihani. Lisa surihani yang korang kenal tu fatin liyana sebenarnya. Kiranya fatin liyana bertopengkan lisa surihani tapi beridentitikan lisa surihani. tibe-tibe aku teringat yang aku banyak dosa, tak jadilah aku nak menipu. ok kembali jujur. (dahi kerut).


Sebab pa aku cakap aku insan yang lain dlu? sebab banyak gile perbezaan aku skng ngan aku yang dlu. dari suma segi, aspek, bentuk dan sahsiah. Dulu an aku sorang yang perfectionist. Aku bangun awal gila, pastu aku akan kemas bilik, katil aku punyalah tegang toksah cita. Sampai baling anak gajah pon, melantun balik anak gajah tersebut. Pastu aku akan pastikan katil aku takda sapa-sapa yang duduk sebab nanti tak tegang. Aku ingat lagi, adik aku Han, dia duduk kat katil aku pastu aku naik hantu mengamok tak tentu pasal sampai aku tak nak tegur dia 2-3 hari. Mak aih sungguh emosi bukan. ha ha


Walaupun aku bangun awal, tapi bagi aku, masa tu tak cukup untuk aku bersiap untuk g sekolah yang terletak di depan umah. Masa form 1-3 aku sekolah depan umah je.
Aku pagi-pagi dah mandi pastu aku gosok tudung. Lepas tu aku kemas bilik dan setiap kali ada satu kedutan kat tudung aku, aku akan bukak balik dan pergi gosok. Bila aku nak makan breakfast pon aku tak sandar kat kerusi sebab nanti baju aku komot. Dan kalau baju aku komot, aku akan bukak dan gosok semula. Tapi tu tak cukup bangang. Aku ada yang lagi bangang lagi, kalau tudung aku bentuk tak lawa hari tu, aku tak nak pergi sekolah. siyes weyh memang aku tak pergi. daripada orang tgk tudung aku tak lawa, aku lebih rela tak pergi sekolah. wlaupun sekolah depan umah je. ha betapa perfectionistnya aku dulu (-_-)


Pastu kalau perfectionistkan biase nak dipandang hebat dalam semua bidang kan. Sebab aku ni anak pompuan sorang dalam family, dan umah ni ada orang gaji, aku selalu dikaitkan dengan sifat 'konfem tak reti masak & buat keje umah sbb anak orang kaye'. Huh. Kat mana-mana aku pergi mesti orang ada tanggapan camni kat aku. Padahal aku punyalah rajen memasak dan mengemas rumah (ecece angkat bakul nampak) haha. Pastu aku buat ape korang tau, sebab nak buktikan yang aku ni bukan cmtu, aku pegi join Baking class. ha amek kau. Tiap-tiap minggu mak aku anta aku pegi belajar buat kek, muffin, buns & cookies kat bakery. Dah la yang join tu suma cina, orang tua plak tu. Aku rasa cam pergi melawat rumah orang-orang tua plak. Tapi aku cekalkan hati dan terus istiqamah menuntut ilmu hahaha. Pas aku da expert, aku baking and aku bagi kat jiran-jiran dan kawan-kawan yang kutuk aku dulu. padan muka kau. Masalahnye aku ingat sapa yang kutuk aku tu, baik btol aku bagi kat depa, percuma lak tu (-_-). Tapi kemuncaknye bila hari raya, aku buat kuih raya, sensorang kau tau. Banyak gila aku buat. Pastu aku pack dan bahagi-bahagi kat kampung, kat jiran, kat membe mak aku. Yang tak kutuk aku pon, aku bagi jugak. Sebab pa? sebab aku suka dengar dorang puji....'wahhh pandai anak perempuan u buat kuih, untung ade anak cmni'. hahahahahhahaha teruk gile perangai aku dulu.


Masa form 1 - 3 aku tak pernah datang kokurikulum sebab panas. Aku jaga kulit dulu. Macam-macam aku tepek kat muka ha. Asek-asek pergi watson cari alat-alat kecantikan. annoying gila aku dulu. Pastu aku kena marah ngan cikgu sebab suka hati mak bapak aku je tak nak join kokurikulum, tak pernah join marathon, tak pernah datang hari sukan dan aku sendiri tak ingat rumah sukan aku ape haha. Tapi aku tak kesah sume tu janji kulit aku tak itam. Pastu aku nak body aku ni solid. Jadi aku pegi speedy video dan beli vcd yang exercise dalam umah tu. yoga la dance la macam-macam la. Seminggu aku akan buat 3 kali, tak pernah miss. Aku dulu memang cekal dan berdisplin weyh...siyes tak macam sekarang.


Pasal study tak yah cakap a memang tip top. Memang top 3 memanjang sebab aku akan pastikan apa aku nak tercapai. Aku dulu gile berusaha kalau nak kat sesuatu benda. Aku tak pernah gi tusyen pon, sume aku belaja sendri. Sebab aku punya semangat memang kuat dulu. Aku boleh study tak bergerak dari meja tok berjam-jam. Apa aku join, aku akan pastikan yang aku menang. Kalau at the first place, aku rasa aku tak capable nak menang aku akan tarik diri. sebab aku takleh terime kekalahan. tercabar ego gwa bai.


Apepon tu cerite dulu, sejak masuk SBP & smpai skarang ni aku lah manusia paling tak berdisplin dan pemalas segala. Ha ha aku tak kesah orang tengok aku cntik ke burok ke janji aku bahagia. Pastu aku belaja pon biase-biase je takde nak aim melangit cam dulu. Janji result aku boleh buat parents aku proud sudeh..anyway, aku lagi suka aku yang sekarang sebab aku boleh accept being defeated. Yelah, takkanlah asek kau je nak menang, kau je yang terer kan. Skang ni aku lagi relax...tak amek pusing orang ckp pe..tak pentingkan sangat ego..dan yang penting skang aku senang redha dengan ketentuan Allah..dulu aku tak cmni, kalau apa yang aku nak tak dapat, aku akan pertikaikan dan revenge supaya aku akan dapat...ish ish melampaui batas betul ye kamu


ha dahlah itu saje cerite dari aku kali ni..entry ni takde maksud nak riak atau bangge diri ke ape, just nak berkongsi pengalaman dengan anda semua. no hard feelings ye rakan-rakan. take care !! dnt worry aku dah baik dah skng. jom jom kawan ngan aku hehe.


Thank you for reading this entry !

Rezeki kadang-kadang datang secara unpredictable.

Hello. Hari ini aku ingat nak buat essay panjang sikit biar berpinar biji mata korang nak baca haha. Ok malas nak buat intro panjang-panjang so kita terus je ke main point. Dulukan masa aku form 1, aku ni fanatik sangat dengan Japan. Entahla kenapa ntah aku suka sangat.

Aku siap belajar bahasa Jepun sendiri tru buku (beli dekat Popular), dengar lagu Jepun, tengok cite Jepun 24 jam pastu aku suke sangat bace komik jepun yang cinta-cinta tu kalau tak silap harga dia rm6.90. Pastu aku masuk website Penpal sebab nak kawan baik dengan orang jepun perempuan dengan harapan lepas berkawan baik dengan dia, aku nak kebas abang dia (- _ -). Bukan main lagi aku utus-mengutus surat dulu. Pastu aku mesti bawak surat-surat tu pergi sekolah sebab nak berlagak kat kawan-kawan yang envelope tu ada stamp dari Jepun. pathetic.

Pastu aku kemain semangat lagi pergi interview nak jadi DJ radio sekolah, sebab aku bercita-cita nak adakan slot 'Belajar Bahasa Jepun Bersama Yana-chan'. Dulu aku ingat dah habis comel la tu hahahahah. Guess what, aku terpilih. Ha ha. Aku memang bangga habis la dapat kelolakn slot sendiri kan. Lepas pada tu, gaya aku nak ala-ala jepun aja. Dengan peace tak habis-habis bila snap pics, cakap sore nak lembut aja sebab bajet comellss............................................ tandatangan pon nak dalam tulisan katakana, dan yang tak boleh belah, bila nak cakap thank you, tercakap 'Domo arigatou ne, eh tersilap pulak i mean thank you' (-_-) hahhahaha.

Pastu kemuncak dia, sekolah aku terpilih jadi host school untuk program exchange student dari Jepun. Depa nak 3 host family dari sekolah aku. Tiba-tiba nama aku tercalon mesti sebab depa pikiaq aku power cakap jepun since aku DJ bahasa jepun kan..haha padahal nihongo aku cam budak tadika ja. Apepon....aku tengah exam trial PMR time tu...gile kentang bai! Aku dulu merupakan seorang pelajar yang amat pentingkan pelajaran (amat berbeza sekali dengan sekarang). Despair.

Tapi syukur alhamdulillah, aku dapat dua-dua. Aku jadi host family untuk Miho & Yuka untuk seminggu (tiap-tiap hari bawak depa pi jalan & join program bersuka ria depa padahal aku nak exam ni) & aku dapat 7A1B tok trial PMR. Pastukan lepas depa balik, guru besar koba kek den (sebab sekolah kat semban maka loghat harus ditukar) ' Cam ni ha..sobab ekau jadi host famly ritu, jadi ekau dapeklah poei jopun..yolah namo pon exchange program..lopeh dio poei umah kau..kau pulak poei umah dio..tapi program ni bulan ompek..ekau dapat tawaran SBP..so tak dapek do cikgu nolong..cikgu terpakso bagi peluang ni kek orang lain..tak usahlah kau bersodih yo..'. dem!

Maka sejak dari itu, aku amat kecewa sebab tak dapat pergi Jepun. Aku pon pergi sekolah SBP dan life kat sana amat bz sampai aku dah tak sempat nak belajar nihongo. Tapi aku still apply exchange student program secara online. Syukur alhamdulillah, resume aku diterima & i was called for an interview kat Jabatan Pendidikan Melaka. Program ni kata, depa support 50% dari total expenses. So kalau aku campo-campo duit raya, duit meniaga masa hari sukan & duit yang aku kebas dari adik beradik pasti cukup ni. So oklah. One day puan ibu telefon (kantoi bwk hp g sekolah), dan cakap i was selected to join the program for 3Months. Mak aih, kalau aku usha laki kakkoi kat sane mesti cinta kitorang dah mekar dah hahaha. 3 bulan lame tu. Tapi ade bad news. Kerajaan Jepun ada masalah kewangan jadi depa tarik balik tajaan 50% tu. Maka aku harus bayar rm10 000 fully on my own :') . kerajaan Jepun dengki dengan aku...

akhirnya..............masa aku matrix, aku kena panggil dengan HEP (hal ehwal pelajar) dan dia cakap. Tahniah daripada 2700 student matrix pilah, awak dan 2 student lain terpilih untuk mewakili matrix kita untuk Exchange Youth Program Tajaan Jenesys. Aku pon tak tau camna dia boleh pilih aku sebab aku dah tak jepun dah time tu haha.Tapi yang penting semuanya free! 10 hari, pergi 2 negeri, tidur hotel, resort & kat rumah family angkat. Cume bawak duit poket aje :) Ya Allah memang aku bersyukur gila gila lah....dah rezeki aku kan...sejak umur aku 13 aku dah tergila-gilakan jepun ni sampai la umur 18 baru dapat pegi. Penantian 5 tahun tu memang berbaloi..syukur alhamdullilah..sampai bila-bila tak boleh lupa!


Bersosial habis aku kat high school ni..batak tak pena jumpa laki hensem haha..best best siap de sorang mamat jepun ni kate 'Fatinn awaku sangak comeru, saya harapu dapato jumpa fatinn ragi' comel gila dia..cakap bahasa melayu :)

Tak lupa jugak kat host family yang sangat baik..aku cakap aku minat Hello Kitty abis die belikan sekotak barang-barang Hello Kitty tok aku :) Masakkan macam2 tok aku dan ayah angkat aku ade band, so dorang datang ramai-ramai & nyanyi kat umah sebab nak celebrate kedatangan aku. terharu..
Banyak tempat aku pergi, banyak makanan aku cuba, memang best sangat-sangat nak nak dapat geng yang sekepala which are Syira, Midi & Aba! Thanks guys u ollz rock the world!

Best giler Jepun nak pergi lagi nak pergi lagi sapa nak taja?? hehe


---------------------------------------------------------------

Ok rezeki kedua pulak aku nak story ni. Kalo dah penat boleh stop sekarang dan sambung baca esok tau. Dulu aku fanatik Jepun tapi sekarang tidak lagi. Aku fanatik Zaquan Adha yaaaww~ tapi walaupun aku fanatik tapi ego aku agak tinggi. Contohnye bila dapat berjumpa dengan Zaquan aku buat lek je. Maka Zaquan pon rasa aku ni peminat biasa2 ja. Padahal aku kalau takde homework memang 24jam aku stalk engkau je (-_-)

Lepas itu, aku tak mintak pon phone no dia. (bajet tak heran padahal heran!) Actually dapat jumpa Zaquan tu pon adelah satu rezeki yang unpredictable. Aku minat dia dari bulan Dec 08 & finally Nov 09 baru dapat jumpa. Best gle...memang menggetaq kepala lutut aku bila jumpa dengan dia, yelah cam tak caya je kan. Aku dok stalk kat belakang dia berbulan-bulan sekali chapix nak kenalkan aku dengan dia..syukur lagi sekali. alhamdullilah.

Kitorang message je kat FB, tu pon jarang-jarang. Bz orang femes la katakan. Aku pulak ego, tanya soklan nak cliche aja. Contoh 'ai..sihat u? game camna? bila nk balik semban? tak ke dia bosan dengan soklan-soklan lazim sebegitu...huhu tapi satu hari ni aku rendahkan ego aku a..mintak no tepon dia. dapat.tapi aku xbrani nak sms takut dia tak reply. malu bai.

Aku pena try sms skali, tapi msg tak delivered. Pastu aku malas dah nak sms. Balik semban ritu pon aku tak sms dia.Dah sebulan lebih da.. Tapi hari ni aku tergerak nak sms dia dan dia reply.happy gile la aku..ye a idola aku sms aku.Tak kesah la kau berpura-pura nak amik hati aku ke kau belakon ke yang penting kau sms aku :') pastu de call.

huhu tak boleh belah la...aku siyes tak sangka..aku dapat borak-borak dengan dia. sampai aku kata oklah aku nak msuk kelas ni, tkut doctor aku mengamuk pulak aku hilang dari kelas secara tiba-tiba :(


woWOwowoOwoO zaquan kau ni memangla..


kawan-kawan, rezeki kadang-kadang datang tanpa kita sedari. kalau dia tak datang tyme kte nak, janganlah kita marah-marah dan kata tuhan tak adil (macam pernah mengalami ja). Sebaiknya kita bersabar ja sebab rezeki tu pasti datang yang membezakannya lambat dan cepat. tahu?

Sorry saya lambat menjawab TAG anda.

Hi. Orang laen dah lame dah jawab tag ni aku baru terkial-kial nak buat. Anyway thanks to Amal-mater sebab tag aku. Kau ni taw taw je aku suke online wahaha :). Mari kite menjawab soklan bersame-same!



1)ADAKAH ANDA RASA ANDA HOT???aku hot-tempered. bak sini ak pang sekali. haha


2)UPLOAD FAV PIC ANDA...


3)CERITA PASAL GAMBAR
bukan la favourite pic. aku maen random je yang mane aku jumpe dalam folder UNIVERSITAS PADJADJARAN. mak aih panjang bukan nama folder tersebut :'). Gambar ni mase masuk pertandingan busana muslimah mase first year dulu. Tapi kalah sebab juri kata kena berpakaian menurut aurat yang menepati syarak. Baju den ketat bai. Tudung pon tak labuh. :(


4)BILA TERAKHIR KALI MAKAN PIZZAApa soalan takde kena mengena ni. Aisy ha hari tu masa balik mesia, de makan pizza hut ngan asfiq ngan ibu. boleh tgk entry sebelom ni. ade gamba asfiq hehe

5)LAGU TERAKHIR ANDA DENGAR
Kak Dart nyanyi lagu I Go kat blog die. kagum :')


6)APA YANG ANDA BUAT SELAIN MENYELESAIKAN TAG INIBerfikir kenapa Zaquan tak online sebab nak menggedik dengan dia. haha


7)SELAIN NAMA SENDIRI ANDA DIPANGGIL NAMA APAYam Tuan, Tuan Muda dan kesultanan melayu melaka haha. Ikot ang la nak panggil apa pon.

8)TAG LAGI 8 ORANG- hafiz firdaus sayang
- fedri & tomy jiran sebelah
- arxar nadhirah
- chubbs binatang peliharaan
- syafik pemain bola yang keding
- hello kitty
- zaquan adha hensem tapi tak online
- aidil zafuan kenapa kau tak approve aku dekat FB


9)SIAPAKAH ORANG NO.1 KEPADA ANDA
my lovely boyfriend of 4 years. berdada lebar seperti seorang athlete. pemurah, penyayang dan suke memuji. manje seperti anak-anak kecil kehkeh

10)KATA SESUATU MENGENAI ORANG NO.5hari tu tertengok gambar dak chapix kat FB cipok..hensem siot! Mase tu badan die tak kurus sangat cam skang..haa pe lagi. G la mnum protein!


11) No.3 ada hubungan dengan siapa?
Hubungan dengan bf die iaitu paan. dorang romantic couple wooo!


12) Bagaimana pula dengan orang No.4?
Chubbs tak dibenarkan bersosial. Biar akak-akak kau yang bersosial haha.


13) Pesanan kepada orang No.6no 6 bukan org die Hello Kitty


14) Kata-kata cinta untuk No.2
Walaupun kau hensem dan kaye tapi jangan la bukak lagu kuat2 sampai berdengung telinge aku dengar lagu minang kau. eh ni bukan kate-kate cinta la sorry!


15)ADAKAH NO.7 DAN N0.8 MEMPUNYAI PERSAMAAN
Kembar. Lelaki. Mutu. Gaya. Keunggulan.


16) Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang men'tag' anda.
Name die amalmater. (cari kat link)
Die sangat cantik bila pakai contact lens sebab mate die besar
Sore die pon sedap bile berkaroke
Die sangat active dan ade byk jawatan
Namun die ketot hehehe ( jgn mara )


17) Persamaan kambing dengan lembu.
Kambing punye suara nyaring. Lembu pulak suare macam banyak kahak. laaaa kau tanye persamaan ke. tapi aku dah terjawab perbezaan...sedih a camni.

18) Perasaan buat tag ni.
Lenguh kaki. walaupun type gune tangan.


19) Adakah anda tahu si razman tu sengal?
Bajet razman terkenal. (siapa razman ni??)


20) Gay or Les?Konon urban sangat a homosex? Tak heran la weyh.

Lets go green baby!

Hello !
Ive been introduced to this green blue world for almost 2 decades
I remember when i was a little gurl, i used to litter.
I used to throw rabbits' dunk or whateverkind of shits at my neighbours compound because they referred me as Ikan Patin and they thought that it was funny and hilarious.

Also,

Every evening my mother would ask me to siram the pokok2 at our house but i was like, whats the purpose of God creating hujan if its not for the pokok2 ? So i didnt siram the pokok and the pokok mati already.

I remorse of what had happened in the past. I think i should repent.
I wanna be an environmental friendly person!
I wanna be likeable by the pokok2, by nyamuk, by awan.
I wanna make friends with mother nature because one day too im going to be a mother. But it has no correlation actually because mother nature is not a person. I might have confused with the vocabs. Sorry me.


So im going to start my good deeds with,
Reducing the use of plastic bags


Thats why i bought this.


Join me!
'I'l be proud to tell my kids i chipped in, however little'
Thats a good feeling, real good baby.

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri