My India Story : Part II Bangalore

Assalamualaikum

Yes, kita bersua kembali dalam episod pelencongan FL ke India. Kalau nak diikutkan, travelling schedule aku memang sangat tight kerana kesuntukan masa. Banyak tempat yang aku nak lawat dalam masa 7 hari. Kalau tolak departure and return tinggalah 5 hari. Padahal aku ada 5 negeri/bandar nak pergi. Kiranya, satu tempat satu hari. Kita mulakan dengan Bangalore ;)

Setelah touch down di Bangalore, Farina bawak aku makan malam di restoran Korea dan tidur (day 1). Keesokkan harinya (day 2) aku kena habiskan jalan-jalan di Bangalore sebab lusa (day 3) aku dah naik flight nak pergi Delhi. Target aku di Bangalore cumalah nak melawat sekitar bandar Bangalore, tengok hospital tempat Farina belajar, beli souvenirs (kau mampu baru sampai dah beli souvenirs? haha) dan makan nasi beriyani yang paling sedap.


Pagi-pagi lagi Farina dah kejut aku dan siapkan breakfast. Omomo comel sangat kan? Farina ni memang caring, dia jaga aku macam aku ni baby walaupun muka aku tak babyface hihi. Risau sangat aku takda energy sebab kami nak jalan sampai tengah malam. Housemate Farina pon teman aku breakfast sekali, siap buat Caesar salad. Sedap! Thank you Farina & Zi =)


Depan apartment Farina ni ada orang jual buah kelapa dan tembikai. Tembikai kat Bangalore ni lonjong, tak bulat macam kat Malaysia. I wonder what it tastes like? Anyway cuaca kat Bangalore ni nyaman, tak panas, walaupun ada matahari.  Macam kat Bandung.


Ini adalah auto. Kira macam teksi. Memang bersepah auto di dekat town. Auto ni pon ada meter macam taxi tau. Tapi kau tau jelah..driver auto ni memang pandai auta haha! 


Sebab tu kalau kau nak naik auto kau kena ada keberanian yang tiada tolok tandingan, kebolehan untuk meramal sesuatu yang tidak dijangka dan emosi yang stabil. Kalau tak kau memang boleh bergaduh bertumbuk dengan driver auto. Meh sini aku nak cerita. Farina ni memang power cakap bahasa Kannada (local language kat sini). Farina pon deal la dengan driver auto ni..

Driver : I muslim, I no cheat. I use meterrrr. See this meterrr? blablabla (cakap English campur Kannada)
Farina : Ok. Your meter no fast a sir? If fast i dont want. (steady Farina..janji pakcik tu paham haha)
Driver : No fast. Come, come.

Maksud Farina tu, ada banyak driver auto yang kaki kencing. Memang dorang guna meter, tapi meter tu bergerak laju gila macam air terjun yang mengalir deras ! So lepas diyakinkan oleh drive itu, kitorang pon naiklah. Sekali half way tru, meter dia yang nostalgic itu (seperti gambar di atas) bergerak laju, sepantas larian Usain Bolt. Berpinar mata aku tengok nombor tersebut. 

Apa lagi, berlakulah drama swata berkisar tentang pertengkaran antara Farina dan driver auto dalam bahasa Kannada. Mangai memang macam tengok drama tamil. Farina punya tangan dah diangkat ke langit sambil menunjuk-nunjuk gaya 'pirah'. I iz cuak. Kuat gile ok gado, macam gado dengan boyfriend gitu. Last-last, Farina kata 'Sir u stop here, stop! I said stop!' Akhirnya kami ditinggalkan ditepi jalan yang suram. hahahahha..memang aku tak boleh lupa scene tu Farina..gangster habis!


Tempat pertama yang ditujui, hospital tempat Farina belajar. Ini adalah private hospital, namanya  BANGALORE BAPTIST HOSPITAL. Ramai student Malaysia kat sini, so rilek je la aku seludup masuk hospital ni hehe.



Sampai-sampai je kawasan hospital, nampak banyak gila orang dok lepak di tepi kaki lima. ' Eh macam chow kit pula ' getus hati kecilku. 



Tetiba ternampak budak ni kencing tepi jalan dengan selamba. Bukanlah tepi jalan sangat, sebenarnya dihadapan main entrance hospital. Yang lagi selamba, tetiba aku dengan taktau malunya menangkap gambau budak ni sambil diperhatikan oleh macha macha di kaki lima tersebut..


Hospital ni kecil tapi lengkap, semua department ada. Instrument dia macam zaman 70-80 an gitu. Terasa macam hidup dalam sejarah (dah kenapa..) Kebanyakan pesakit di hospital ini beragama Kristian. Kiranya di India ni dorang banyak buat hospital according to religion. Contohnya di Baptist Hospital ni, pesakit beragama kristian akan dapat discount.



Tau ini apa? Ini adalah dewan bersalin. Setiap katil hanya dipisahkan oleh sehelai tirai. Maksudnya masa ibu X sakit meneran nak beranak, ibu Y dan Z boleh curi curi skodeng haha..kalau kat PPUKM, dewan bersalin kita ada bilik. Setiap patient satu bilik. Kalau ko menjerit sampai terkeluar anak tekak pon tak malu sangat :P



Aku ni saje jelah dok pegang perut ibu ni. Kesian kat dia, tengah contraction kan, jadi memang sangat sakit. Berpeluh-peluh tahan sakit. Sabarlah ye aci, kataku dalam English. Sekali aci ni cakap bahasa Kannada..panjang pula tu..ntah apa dia cakap, aku dok angguk-angguk je. Menitik-nitik air matanya. Makin banyak pulak dia cakap..alamak cemasnya aku..tak paham satu hapah pon..cecepat aku blah dan kata 'Goodluck..you can do it'.. aci balas 'Thank you very much doctor'. Mesti dia ingat aku specialist sebab aku tak pakai white coat..padahal aku immigrant wakakaka


Lepas dah melawat hospital dan bertegur sapa dengan kengkawan Farina, Farina bawak aku pergi kantin hospital. Nak bagi aku rasa 'chai'. Apa itu chai?


Chai ini macam teh tarik. Tapi menggunakan susu lembu asli. Pehh memang rasa lembu sikit hahaha. Tapi its a good experience! Kat sini, dorang hidang chai dalam cawan kecik.



Di luar kawasan hospital, nampak pakcik ni tengah bersantai di kaki lima. Dia bukan pengemis tapi dia kutip barang-barang terpakai. Kesian pakcik ni, lutut dia macam ada osteoarthritis. Dia jalan pon macam seksa, tu yang dia berehat tepi jalan. Kat sini banyak juga orang yang homeless ='(


Jangan le ko berani-berani beli makanan tepi jalan..itu namanya menempah maut. In terms of hygiene tu memang tersangatlah tidak diambil berat. Anyway, tau tak XEROX tu apa? Di sini, xerox tu refer to kedai photostat. Omey sangat guna nama brand.


Lepas dah melawat hospital, kami ke bandar. Banyak jugalah international outlets kat sini macam Levi's, Adidas, Nike, Converse etc. Aku tak teruja sangat sebab kat Malaysia kan banyak. Walaubagaimanapun aku terpaksa beli sepasang Converse sebab kasut yang aku pakai tapak dia lobos LOLOLOLOL



KFC pon ada..tapi aku tak singgah. Taktaulah menu diorang apa.


Farina bawak aku lunch di Matteo Coffea. Macam Starbucks Coffee sebab cafe dia cozy, coffee dia sedap dan banyak omputih lepak! Aku makan Bolognese, Farina makan cinnamon pastry. Memang sedap, harga pon affordable. Kedai ni halal, port student Malaysia lepak.


Jemputs uolls! I kena makan banyak sebab lepas ni nak shopping pula..nanti takde tenaga nak tawar menawar kekeke



Diluar Matteo Coffee ada sorang macha ni kerja dia adalah menulis nama diatas butiran beras. Kagum ok! Terus beli 3 sebagai souvenir untuk kawan baik sebab jakun =)



Lepas itu aktiviti membeli belah bermula. Kat sini ada banyak kedai kecil-kecil yang jual saree, baju tradisional, gelang perhiasan, ukiran kayu dan macam-macam lagi. Memang best sebab dapat tengok permandangan yang lain dari yang lain.


Yang ni aku tak pasti apa yang dia jual..bersepah habis kedai ko macha.. mesti korang tak mengamalkan prinsip 5S hahaha


Gelang yang super colourful !! Tak tahan mesti beli mesti beli :P Ada design yang simple sampailah yang ke sarat birat. Kalau pandai pilih ok je!


Saree !! Lawa nak mampos. Boleh buat baju kurung, baju kebaya, baju kurung moden, baju kurung pahang, baju kurung pesak ahhh apa lagi cepat cakap.. Yang penting murah gila..kalau datang Bangalore tapi tak beli saree ko memang tak kenal erti kebahagiaan dunia. Aku takleh bagitau harga dia sebab student kat Bangalore ni banyak buat bisnes saree. Sorry I tak boleh caras bisnes orang lain hee


Aku ada le membeli sikit untuk ibu, kakena, diri sendiri. Suka sangat sebab warna dia menarik dan coraknya memang timbul. Saree pon ada banyak jenis, dari yang paling mahal sampai yang paling murah. Masalahnya, yang paling murah pon nampak mahal sebab lawa gila. Cane tu? 


Lepas tu beli Kurta pula, untuk ayah pakai bawak pegi mesjid. Kesian lahai macha ni. Dialah salesman dialah model hahaha. Kena buli salesman ni...kerja siapa ni?


Tau ni apa? Ce teka ce teka..


Kopiah ! Waaa comel sangat macam raga. Aku jumpa ni di surau hehe..orang lelaki akan pakai kopiah ini sewaktu solat..lepas solat dorang akan pulangkan balik.


Nampak kedai henna/inai tepi jalan..terus terpengaruh. Merengek-rengek mintak Farina tanyakan harga haha. Aku buat lepas maghrib sebab benda alah ni takleh kena air selama 30 mins to 1 hour..harga aku lupa tapi tak mahal la. Lepas buat terus nyesal sebab susah gila aku nak angkat barang..kena guna kekuatan satu tangan jee untuk hangkot segala saree..


Setelah settle membeli souvenir, aku pon suruh Farina bawak aku makan nasi beriyani yang paling sedap. Katanya dia hotel Empire. Mohhh, disini ada ayam golek, kebab etc..semua pon aku rasa macam nak makan. Tempting gila kot! Tapi aku terkilan sikit sebab tak sempat nak rasa ayam tu :(


Sementara tunggu nasi beriyani kambing, kitorang makan kebab dulu. Sedapp..aku ingat lagi...aku makan rakus gila, orang meja depan tu tengok je..hahaha terkejut dia..dengan sebelah tangan berinai, beg plastic bergondong-gondong. Ko tengok le gambar atas ni, tangan aku terlentok begitu bukanlah sebab aku mengada-ngada. Tapi terpaksa sebab aku nak anginkan inai tu supaya cepat kering. 


Ini dia nasi beriyani kambing. Nampak macam eh..apa benda ni macam tak lalu je. Sekali makan...menangis! Serius..ini adalah nasi beriyani paling sedap aku pernah makan sepanjang hidup! Rasa dia tak sama langsung dengan nasi beriyani kat Malaysia. Nasi lembut, moist. Kambing tu dimasak sekali dengan nasi tu..jadi nasi tu penuh dengan rasa! Dilawankan pula dengan yogurt (ntah apa nama) dengan kuah (dah lupa nama). Peh..aku bagi 7 bintang.


Ha kau...apa lagi yang mahu kubuktikan..hahahah mau tak terkejut orang meja depan tadi. One useful tip, kalau pergi india, never order a drink..buy mineral water (make sure it is sealed)..sebab most infection comes from the water.

Itulah cerita Bangaloreku =) Di Bangalore ni, aku just jalan-jalan nak tengok macam mana Farina hidup kat negara orang. Aku cuma nak observe kehidupan harian orang disini macam mana, apa dorang makan, pengangkutan yang ada dan budaya dorang disini =) Well itulah tujuan utama kita melancongkan. To experience the beauty of local culture and heritage.

Yang aku perasan, ada satu masjid di tengah town. Tapi perempuan tak boleh masuk, lelaki je. Kat sini ada satu false belief, sesetengah percaya yang perempuan tak payah solat, lelaki je perlu solat. Perempuan kerja dia cuma jaga anak, masak, basuh baju dan buat kerja rumah. So the locals macam pelik gila, bila student malaysia (perempuan) kata nak solat. Sebab dorang perasan yang student Malaysia mesti nak solat, opposite of the mosque, ada satu rumah kedai ni yang dijadikan surau untuk perempuan. Masa aku pergi surau tu, yang solat semua nampak macam wanita yang educated/kaya. False belief tu berlaku kat golongan miskin/kurang pendidikan. So, kita dah nampak pengajarannya disini. Betapa pentingnya kita untuk mencari ilmu =) (ada perdebatan tentang point ini, walllahualam)

To cut things short, balik je aku terus flat..tidur untuk beberapa jam dan bangun pukul 3 pagi, pack barang dan berangkat ke airport. Amazing race sangat..semput nyawa den. Sekarang pon tengah semput sebab type panjang nau hehe..I hope you enjoy reading my entry, next time kita sambung part III Delhi pula ok!

p/s : Baju from Arlene.my

 Thank you for reading this entry !

Bosan Asyik Pakai Tudung Yang Sama

Assalamualaikum

Hi lama tak bersua hihi. Terlupa pula yang aku adalah seorang blogger. Lama tak menyembang dengan korang semua. Amacam sehat? Kalau aku takde kat blog ni, korang boleh le cari aku kat instagram. Ai…promote instagram sendiri nampak wahaha.

Anyway, sejak berinstagram ni, aku selalu stalk gambar-gambar girlfriends yang lain. Suka betul aku nengok dorang pakai baju dan tudung yang cecantik. Teringin lah pulak kan nak pakai macam dorang tu..ha nampak sangat cepat terpengaruh haha. Bukan apa aku ni balik-balik tudung Syria, sekali sekala nak jugak mencari kelainan. Cewahhh!

Lately ni aku dah pandai pakai shawl (yay!). Cuma yang masih aku tak pandai adalah tudung bawal. Huaaaa aku tak paham kenapa tudung bawal orang lain tak senget benget macam aku. Tensi sangat rasa macam nak stapler kan tudung tu kat kepala biau tak bergerak. Nak lagi tensi sebenarnya aku ada 2 je tudung bawal..itu pon daripada zaman matrix dulu. Sengkek nau..kata selebriti blogger hahaha…
Apepon moh le ikut aku pergi shopping tudung…lokasi kali ini adalah Shah Alam. Syurga tudung uolls!





Jom singgah ke eDast boutique yang terletak di Alam Avenue, Seksyen 16. Dekat-dekat dengan JPJ & Puspakom Padang Jawa. Senang sangat nak cari kedainya


Aku ni memang regular customer eDast Boutique since 2009 lagi. Cuma tak pernah singgah dekat boutique baru dorang kat Shah Alam ni (2nd branch). Biasa pergi dekat Serdang tu je =) Nak tau kenapa aku suka koleksi eDast ni?



Sebab aku kan peminat tudung Syria yang tegar! Jadi haruslah menggelupur melihat koleksi Syria disana! Cantik sangat ! aku suka sebab ada lace hehe..



Yang tadi colour pastel, ni pulak colour yang bright sikit. Sesak napas den tengok..





 Ni pulak anak tudung Syria.. jangan lupa beli ye..kang excited sangat beli tudung Syria sampai terlupa nak beli anak dia ..ko dah kenapa jambul terkeluar-keluar macam ibu negara Malaysia iaitu Rosmah Mansor..




Ada juga dijual shawl paisley (shawl kanan sekali dan kiri sekali aku dah rembat hihi), tops dan skirts yang lelawa. Lupa pulak aku nak tangkap gambau sebab dah focus nak cari tudung kan. Hidup kena bermatlamat ok!



Accessories!! Huwa kenapa cantik kenapa kenapa..tensi betul. I datang sini sebab nak cari tudung bawal ok. Hentikan segala distraction ini. Hentikan ! Hentikan !




Cantik tak? Sebenarnya aku datang boutique sebab nak cari Squircle Scarf ini! Dengar cerita tudung ni baru release dan memang hot selling. Ni sebenarnya adalah tudung square tanpa bucu tajam, original design by eDast. Hence the name square + circle = squircle!  Lawa sangat aku tengok model ni pakai, tu yang laju je pergi Shah Alam sebab nak try dulu..takut tak pandai pakai :)



Ececeh macam ada niat nak lawan model je cikak ni. Siap pakai brooch bunga bagai hehe. Sukanya aku dengan Squircle scarf ni! Material royal chiffon, tak licin dan tak lembik. Senang gila nak bentuk. Yang penting tak jarang hehe..(masalah utama tudung bawal)



Nak pakai squircle scarf ni ada teknik tau. Jangan main borong je. Aku punyalah ikut step by step untuk dapatkan hasil yang sama. Siap pakai bunga dua warna tak boleh blah. Semangat sangat I know hee. Ni salah satu cara yang paling basic. Ada banyak lagi cara nak pakai..korang mesti lagi power kan?  Korang please beli sebab harga dia murah sangat RM26je! Ada belambak warna..ko pilik je ok!




Anyway owner boutique ni, Kak Ida comel sangat sebab dia ajak aku berniaga. Aku ni kalau dah berniaga, buku kemana, patient ke mana, exam pon pastilah kelaut haha. Meh la aku share dengan korang, mana tau korang cari kedai/space untuk meniaga ke kan =)

Di butik eDast yang baru ni (seksyen 16) ada banyak ruang dan tersangatlah besar. So kak Ida ajak, mana mana peniaga online yang sudah lama beroperasi/mempunyai pelanggan tetap untuk berniaga secara offline di butik ini. Kalau customer korang ramai yg selalu suka C.O.D, nak tengok barang depan mata sendiri, ni peluang korang untuk ada show room.  

Yang bestnya, tak perlukan komitmen. Korang letak je barang, nanti staff butik eDast akan jualkan. Seminggu sekali ko datang le untuk kutip duit dan tambah stok. Syok gila kan? Tak payah bayar gaji pekerja! Tentang sewa & ruang besar mana tu korang kena tanya Kak Ida.

Kak ida kata dia prefer penjual yang jual barang-barang menarik especially kasut, beg, maxi dess, aksesori, handmade brooch etc. Kalau korang rasa korang berminat, emelkan nama perniagaan, no.telefon, jenis produk yg dijual, link fan page FB / instagram yg digunakan sebagai medium perniagaan ke edastboutique@gmail.com  ok :)

Ha aku pon dah dapat tudung bawal squircle aku, moh le kita balik hehe. Korang pon belilah squircle scarf ni, nanti kalau kita terjumpa tepi jalan boleh jerit kuat kuat bajet terkejut jumpa kembar :P Jumpa lagi!


ADDRESS : 
SERDANG : No.10g Jln 18/35, Taman Sri Serdang.
SHAH ALAM : B-6-1 Alam Avenue, Jalan Serai Wangi, G16/G Persiaran Selangor, Seksyen 16, Shah Alam

Thank you for reading this entry !

My India Story : Part I

Assalamualaikum

Dari dulu aku dok menabur janji janji palsu yang aku akan update entry tentang trip aku ke India. Tapi sampai lani habuk pon takdak. Memandangkan aku tengah cuti, ada baiknya aku mengabadikan memori indah itu didalam blog ini. Bukan apa, aku selalu rasa yang aku akan ingat segala kenangan indah di dalam kepala, namun indah khabar dari rupa. Apa pon tak boleh. Masa aku nak tulis entry ni pon aku dok mengagau memikirkan apa nama tempat yang aku pergi...apa nama makanan yang aku makan. Ish ish.

Cakap pasal India, ramai jugak kengkawan aku yang pelik pasai pa aku decide nak pergi India. Kenapa tak pergi UK ke Australia ke atau negara negara omputih yang lain. Tak kurang juga yang menunjukkan mimik muka 'seriously India?'. Whatever sangat tau uolls ni. Cubit baru tau. Ada sorang member aku ni bertanya sambil mengerutkan kening.



Serious ang nak pi India? Kotoq kot..oghang kencing merata bak ang



Sebab depa kencing merata la aku nak pi..Aku nak tau gak pasai pa depa takleh kencing dalam toilet. Adakah depa ada urinary incontinence tahap tak boleh belah sampai terkencing sewaktu berjalan-jalan. Miahaha. Well sebenarnya, punca utama aku nak pi India adalah, duit aku belum cukup untuk pergi UK. Lagipun cuti cuma seminggu pada waktu itu. Rugilah nak pi jejauh dalam masa seminggu je. So pikir punya pikir, aku tergerak hati nak pergi India. Memandangkan aku ada kawan lama di Bangalore, merangkap ex classmate masa di SBPI Selandar dulu, so lagi kuatlah semangat iolls nak pergi India.

Langkah pertama, kena contact dulu kawan aku tu. Namanya Farina. Sumpah aku tak pernah contact Farina sejak habis sekolah. Camni a bila nak tumpang ghumah baru terhegeh-hegeh nak contact. Inilah namanya, kawan masa susah. Tak gitu Farina? Hahahaha


Inilah member aku Farina Fendi. Final year medical student di MSU Bangalore. Dia ni penolong kelas masa aku form 5. Memang helpful dan bertanggungjawab. Jangan takut le kalau ko dalam susah, mesti dia datang tolong hehe :) Thanks farina, ko banyak tolong aku sejak kita classmates lagi.


Jadi berangkatlah aku ke Bangalore seorang diri pada 25 Februari 2013 - 3 Mac 2013 menaiki flight AirAsia berharga RM 850.00 (return tiket). Masa aku beli tiket ni, tengah promotion. Walhal aku beli 3 minggu sebelum departure. Rezeki Allah kasi ;) Perjalanan mengambil masa selama 4 jam. Untuk trip ke India ini, aku akan melawat beberapa negeri bermula dari selatan ke utara. Untuk pengetahuan umum, semakin kita naik ke utara, semakin sejuk cuaca dan semakin cerah warna kulit para penduduk.


Cantik airport Bangalore. Aku bajet buruk gila macam stesen bas. Haha kuangajau gile mulut. Rupanya airport dia macam mini KLIA. Toilet pon bersih ;) Macam biasalah aku, suka sangat judge the country by its toilet.


Inilah destinasi aku kali ini. Aku akan memulakan perjalanan dari A (Bangalore) - Delhi - Chandigarh - B (Manali). Total distance adalah sejauh 2 657km. Jauh ok. Dari Johor Bahru ke Perlis pon baru 600km. Lebih kurang 4 kali Malaysia baru sama dengan total distance aku travel ni. Semasa on the way back, kami singgah di Agra, iaitu 200km away from Delhi. Jadi total distance kami adalah lebih kurang 2800km sehala.


Dari Bangalore ke Delhi, aku naik local flight, namanya SpiceJet. Travelling time was about 2 hours. Return tiket dari Bangalore ke Delhi lebih kurang RM700. Flight punya interior sebijik macam AirAsia cuma bahasa jelah terbelit sikit miahaha.


Van traveller yang boleh memuatkan 12 penumpang + 1 driver.

Setibanya di Delhi, kami ada driver upahan. Dari Delhi kami bertolak ke Chandigarh menaiki van travelller. Perjalanan 8 jam. Itu pon takde stop mana-mana. Dari Chandigarh ke Manali, perjalanan 11 jam. Kepala hotak sangat kan. 19 jam dalam van, nasib baik takde pressure sore tau. Disebabkan ketiadaan highway, (sebab kami pergi kawasan puncak gunung) jadi jalannya macam bukit putus jelebu sana tu. Setiap masa berzikir sebab takut mati ang tau dak.



Tetapi permandangan sepanjang perjalanan adalah to die for! Sangat cantik alam ciptaan Allah SWT. I cant never forget the beauty of the hills and the rivers. Walaupun berbelas-belas jam dalam van, tetapi permandangan yang terbentang dihadapan mata adalah sangat berbaloi. 

Back to the story, sebelum aku pergi India ni, aku dah bersedia mental dan fizikal. Orang dok cerita itu ini. Despite all the flaws people keep on telling me, i decided to experience and explore the beauty of India by myself. Because for me, imperfection is unique. 

Di India, setiap negeri ada bahasa dan features muka yang tersendiri. Bila ko tengok muka dorang, you can guess where they come from. Ada yang muka macam Sathiya, ada yang macam Bront Palarae, yang hensem macam arab pon belambak. Tapi yang tak boleh belah yang macam tibet pon ada.


Sorang macam tibet, sorang macam arab. I cannot brain this.


Sebenarnya ini adalah entry pengenalan =) Banyak cerita menarik yang berlaku masa aku pergi travel ni. Tak sabau aku nak kongsi. But of course, memerlukan part II, III dan seterusnya. Ha tang bila nak update tu? Kita tunggguuuuu hahahaha.. Anyway, tengoklah dulu teaser yang aku dah sediakan. Memang India adalah satu negara yang unik. Satu negara, pelbagai warna, pelbagai kaum, pelbagai bahasa, pelbagai cuaca dan pelbagai budaya. Memang tak sia-sia aku jadi vegan (vegetarian) kat sana.


BANGALORE. Men rembat je tangkap gambau dengan bebudak sekolah ni. Aku pergi cakap bahasa melayu pula sebab muka dorang macam member india aku. Sorry la dik, akak lupa yang uools bukan 1malaysia haha.


DELHI. Nostalgia habis tempat ni. Di tengah-tengah jalan ada orang tarik lembu dan pembawak beca berasak-asak memarahi penunggang motosikal dan auto. #ehsiapapatutmarahsiapani



 On the way to CHANDIGARH. Macam cerita hindustan tak?



 On the way to MANALI, di kawasan kaki gunung. Sejuk gila!



Puncak gunung MANALI, the Switzerland of India. Dressup nak gossip girl sangat. Xoxo :p



Di AGRA, melawat Taj Mahal which is listed as one of the 7 wonders of the world. Now i understand kenapa Taj Mahal deserved to be listed.


Excited tak uolls? Please kata ye, jangan bagi aku malu sensorang haha. Jangan lupa tunggu update untuk next entry yeeeeee! Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua pembaca blog honeykoyuki. Sampai kita berjumpa lagi ;)


Thank you for reading this entry !

Kenapa kenapa kenapa??

Assalamualaikum

Muka ini adalah semulajadi ketika study. Kening mesti rapat, mata menjadi kecil dan ibu jari menjadi penahan dahi agar tidak tertumus ke keyboard akibat mengantuk yang melampau. Muka ketat mesti ditonjolkan agar orang lain tidak sibuk ajak berborak ketika aku sedang cuba memahami ayat journal yang ^&*%$. Please saya mahu pulang ke rumah emak! Sudah sudahlah semua ini gahhhh.

Sukar untuk maintainkan mood untuk terus fokus dikala lagu raya berkumandang sana sini. Hati teringat rendang, kuah lodeh, serunding jawa dan sambal goreng jawa. Nampak sangat jawa sebab ulang sampai dua kali menu jawa :'). Sebenarnya perut yang teringat, memandai salahkan hati pula.

Walaupun bagi aku raya sebenarnya boring, tetapi dapat pulang ke rumah emak adalah paling best. Perut didahulukan, exercise dikemudiankan. Rindu Aminyo Acicit, rindu tv dan kusyen empuk. Bersabarlah wahai hati dan otak, mari berusaha untuk study! Teruskan berjihad battling with your own self. 

Sebenarnya aku baru terpikir apa motip aku type entry ni. Sudahlah tiada isi yang menarik, gambar juga membosankan. Semakin lama aku merasakan yang aku sudah kehilangan touch untuk menulis. Dulu aku selalu rasa ayat yang aku gunakan ketika menulis adalah kelakar. Tapi sekarang aku kena perah otak sampai berpeluh-peluh dahi semata-mata untuk menjadikan ayat itu kelakar. Hoi kenapa kenapa kenapa?? Rasa macam nak delete entry ni, tapi kalau nak delete panjang pula... err jadi aku publish jelah ye!


Mood : Dah tingtong.. mak mintak kuih sepotong boleh?

Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri