Beli Baju Raya Awal-Awal Walaupun Tak Sambut Sangat Sebab Dah Final Year

Assalamualaikum

Ok tak title entry kali ni. Catchy sangat kan? Hahah anyway ingat tak baju peplum Minaz Boutique yang aku pakai masa wedding abang aku dulu? Tekan SINI. Sejak dari tu aku memang suka sangat dengan collection Minaz Boutique ni. Lawa-lawa dan unik bajunya. Yelo aku ni kan mengada, kalau boleh semua benda nak unik bahaha. Haritu owner/designer, Kak Pija contact aku. Katanya Minaz Boutique dah ada physical store dan aku dijemput untuk menghadiri kenduri doa selamat. Hah apa lagi, dengan lajunya aku pergi melawat Minaz Boutique di Bangi!

Sesampai je Minaz Boutique, terus rasa macam ahh comelnya ze decorations! Macam dalam dollhouse sangat. Good job! Suka tengok orang Melayu kita yang kreatif dalam berbisnes =)


Rupanya Minaz Boutique tengah launch 13 koleksi baju raya yang dipanggil MINAZ EID 13 COLLEZIONE ! Gila kau..ada 13 koleksi yang maha cantik untuk dipilih. Berlari-lari anak aku mengelilingi butik tersebut.

 Lace spotted! Sebagai pencinta lace yang tegar, haruslah iolls meroyanz tettttt


Amacam, ok tak lakonan aku mengangkat piring tanpa motip? Bahaha

Aku pon tryla 2-3 baju. Menyampah, semua lawa. Selalu sangat beli lace, jadi kali ini aku try baju lain daripada lain. Cantik jugak kannnnn =)


Suka cutting baju ni. Biasa pakai pastel je, saje jelah menggatai pakai something yang vibrant hihi. Yela muka dah la lesu, pakai baju kaler lesu lagi..Orang tengok aku pon mesti rasa lemau tak bersemangat zzzz

Left :Mini Kurung Lacey Jasmeen, Colour : Magenta (RM 279)
Right : Mini Kurung Rainbow Roses Qasreena, Colour : Green Purple (RM 339)


Aku try 3 baju, tapi tangkap gambar 2 baju jer. Salah satu baju diatas akan aku pakai untuk hari raya. Ala tak surprise la dah bagitau awal-awalkan. Haha senanya aku ada ambik lagi 2 baju. Tapi itu tunggu entry hari raya lah (kalau rajin). Hee tak aci la tunjuk semua sekarang kan. Eh kepochi lah pulok haha, macam le orang kesah.

Ha korang pergi tengok sendiri lah koleksi baju raya Minaz di boutique dorang ok. Aku baru tunjuk 2 design. Ada lagi 11 design yang korang tak tengok lagi. Tengok juling ke tak mata korang haha. Kalau yang duduk jauh tu, boleh je beli online. Ada yang ready made, ada yang kena pre-order. Itu korang baca sendiri lah terma dan syaratnya. Tak kose den nak type pepanjang hehe.
Itu alamat MINAZ BOUTIQUE // FB : MINAZBOUTIQUE // WEBSITE : MINAZ.COM.MY


Thank you for reading this entry !

Memang saya ni lain sikit.

Assalamualaikum

Sebenarnya aku sedar yang aku ada satu perangai pelik. Aku suka sesuatu yang lain dari orang lain. Be different from the other orang kata. Sebab tu aku selalu berselilisih pendapat dengan orang lain. Kalau boleh gaduh, aku gaduh weyh. Asalkan hati aku puas wahaha!

Itu salah satu sebab aku buat blog juga. Pada zaman aku start blogging, tak ramai pon blogger. Pada zaman itu, facebook tengah in. Wah kemahen semua orang dok menggila meng-stalk kehidupan orang lain. Aku pulak takda facebook sebab aku sibuk blogging pasal kehidupan sendiri. Obses dengan life sendiri. Pada masa itu, idola aku adalah diri aku sendiri. Terima kasih otak diatas pujianmu itu hikhik.

Aku pon suka membeli benda merapu-rapu. Ketika bersiar-siar aku tidak suka shopping tetapi suka melihat perabot (tapi tak beli) dan pergi ke bahagian perkakas rumah untuk melihat pinggan mangkuk dan tupperware. Selain itu, pergi ke Daiso selama 2 jam (setiap visit) adalah kemestian!


Kenalkan kucing kuning kite (4K). Aku tak suka beli baju, tapi suka beli benda-benda gini. Bagus kucing ini kerana masalah earphone terbelit sudah tiada lagi. Meow~!

Masa tu tengah makan nasi lemak dekat kedai mamak sensorang. Ada meeting dengan research mates pukul 10 pagi. Masih ada 30 minit sebelum jam menunjukkan pukul 10. Aku pergilah ke kedai runcit disebelah kedai mamak itu dan ternampak sticker diamond ini. RM1 je pon. Sementara menunggu pukul 10, aku pon menghias external hardisk ini dengan sticker tersebut. Shine bright like a diamond sangat!

Sewaktu ternampak headphone ini, terus hati ini memberontak untuk membelinya. Tidakkah kamu berasa coraknya seperti corak baju kurung cotton? Mana boleh tak beli, mesti beli. Mesti beli.


Pada satu hari tu, aku sedang bergayut di telefon. Wah rancak sangat berbualnya sehingga tidak sedar sudah sampai Tesco. Turun kereta, ambil bakul dan memilih sayuran. (Sambil bergayut telefon) Mencece bagaikan tak hengat donia, lupa pula untuk melihat keadaan sekeliling. Kemudian nak dekat dekat penghujung cerita, baru perasan orang dok pandang aku pelik. Tidak, aku tak pakai baju terbalik. Tudung pon syria je, bukan turban 2 lapis Yuna ataupun yang ada brooch ditengah seperti Ziela Jalil. Whats wrong with you people!

Lepas seketika baru sedar yang aku bergayut pakai pop-phone...patutlah orang pandang pelik. Dah kenapa bawak ganggang tepon pegi Tesco. Pasti orang berfikir, adakah ini sejenis defense mechanism dimana si polan berpura pura bercakap telefon kerana segan keluar shopping di Tesco seorang diri :'(


Well hello, i'm not the only one here :P

since ramai tanya beli pop phone kat mana, aku beli kat hong kong itu hari. Tapi dengarnya dekat low yat juga ada. Silalah ye!

Thank you for reading this entry !

So dengar cerita ada website baru?

Assalamualaikum


Orang kata, blogger ni kerja dia samalah macam media, iaitu menyampaikan informasi kepada orang ramai. Cuma bagi aku, blogger lagi best sebab tulisannya berbentuk informal atau orang kata, lebih bersahaja dan sempoi. Well, haruslah up kan diri sendiri miahaha.

So kali ini, aku nak bawakan korang satu info daripada FARMASI COLOR COSMETIC (FCC) yang dah banyak kali aku paparkan dalam blog ini. Klik sini dan sini untuk lihat entry terdahulu yang meletops itu.

Siapa tak kenal FCC, koleksi makeup halal dari Istanbul yang cukup terkenal dengan harganya yang berpatutan. Kali ini aku tak nak buat produk review, sebab mesti korang dah jelak tengok muka aku *dah kenapa touching sendiri..

Hari ini aku nak perkenalkan korang dengan website baru FCC! Kalau dulu FCC hanya ada Facebook kan, kali ini FCC dah ada website sendiri tau. Jom kita mengusha, jom kita mengusha, jom *ikut rentak lagu jom kita mengundi PRU13

www.fcc.net.my. Jom kita usha apa yang ada dalam website ini ;)


Ada orang kata, dia taktau apakah koleksi FCC yang dijual..dont worry my bebeh, ko datang je website FCC, depa ada sediakan semua info tentang produk FCC. Make up? Perfume? Semua ada.


Dan soalan paling lazim..KATNE EK NAK BELI PRODUK FCC NI..TAK JUMPA PON KAK PATIN...Ha korang datang je website FCC, click STORES. Nah amekkau belambak list rangkaian outlets FCC di seluruh Malaysia. Carilah outlets yang terdekat dengan rumah korang dan pergilah dikau meniti kebahagiaan =')


Di dalam hati ini penuh dengan tanda tanya..bak kata omputih kemusykilan membunuh kucing..bolehkah jika saya mahu mengetahui sedikit sebanyak tentang FCC? BOLEH KO CLICK JE FAQ OK.

Banyak lagi yang ada dalam website ni, tutorial make up pon ada. Korang pergi tengok sendiri ya! Memang sangat syok dan informative ;) Habis pasal website, kali ini kita akan berpindah kepada instagram pula. Ehem!



Jangan lupa follow #FCCMALAYSIA jugak ok. Jangan terlepas sebarang update pon tau. Almaklumlah, FCC ni suka buat event & contest!



Last but not least, aku nak tanya, ada tak kakak-kakak yang berminat nak buat bisnes dengan FCC? Jadi pengedar orang kata. Sebabnya FCC ada menyediakan package bisnes untuk semua. Tak kiralah university students, yang dah bekerja ataupun yang dah ada bisnes sendiri. Boleh buat income lebih uolls, nak nak raya ni kan, haruslah semua nak baru.So kena ada extra money la nak beli kasut baru, baju baru, langsir baru dan apa-apa yang baru. Jadi start la bisnes dari sekarang!!!


Apa-apa pon, layari www.fcc.net.my untuk segala info tentang produk FCC mahupun business opportunity. Sekarang ni senang, semuanya di hujung jari khen...Oklah nak patah hujung jari i menaip. Xoxo Publish! *Eh, istanbul aku datang sangat.



Peace yaw ! ( Cara mudah mengundurkan diri tanpa berkata byebye )


Thank you for reading this entry !

A Step-by-Step Guide to Shop at Hansaegee !


Assalamualaikum =)

Ingat lagi product Hansaegee dari Korea yang pernah aku paparkan sebelum ini? Click entry ini atau ini to referesh your memory if you got amnesia hehe. Ramai yang bertanya macam mana nak beli product-product ini di website Hansaegee :)


Baiklah kak Patin (yang sedang memakai Sulfur Blackhead Suction Nose Pack) akan tunjukkan step-by-step guide cemana caranya untuk membeli belah di website Hansaegee!

Website Hansaegee sangatlah mudah dan user friendly. Mari kita mulakan.
  1.             Type http://hansaegee.com/shop/ dalam URL box anda. Sudah? Bagus!


2. Click LOG IN.


3. Buat pelanggan kali pertama (first time buyer), sila click CREATE AN ACCOUNT. Isi data peribadi anda dan click button continue. Aku tidak tunjuk step itu kerana takut korang curi personal details aku muahaha. Haruslah perasan tak tentu pasal ok


4. Setelah selesai mengisi data, anda sudah boleh mula shopping. Sila pilih product yang anda mahu. Saya mahu beli make up jadi saya pilih Vacci Luxe Collection.


5. Pilih kak pilihhh. Click ADD TO CART untuk product yang berkenan di hati.


6. Setelah membuat pilihan, sila DOUBLE CHECK ORDER anda di Shopping Cart.


7. Setelah berpuas hati, sila click PROCEED TO CHECKOUT.


8. Lengkapkan steps seterusnya. Tekan sahaja continue sehinggalah anda sampai ke steps yang terakhir iaitu step 5 (Order review). Kemudian, tekan ‘Place Order’ untuk submit order. Anda akan dapat email mengandungi confirmation order serta payment details dari Hansaegee Nature.

9. Selepas membuat bayaran, anda boleh email Hansaegee atau isikan order number/slip number anda di Payment Transaction Slip di hansaegee.com/shop/payment-transaction-slip


10. Kemudian tunggu sajalah parcel anda untuk tiba di rumah secepat 2 hari, bergantung kepada tempat tinggal anda ;) Senangkan?


Sementara buat tutorial tadi, black head iolls dah pon diekstrak dengan rakusnya menggunakan nose pack. Lepas tu iolls sapukan Pore Stamping Serum untuk kecilkan pori yang dah terbuka semasa extraction tadi. Memang best, tiada bintik bintik hitam lagi.

Jadi diharapkan, anda telah mendapat satu ilmu daripada entri ini. Senang kan? Kalau ada sebarang soalan boleh rujuk terus kepada http://www.hansaegee.com/faq/. Jangan tanya iolls..motip sangat khen.

Oh ya, nanti aku tunjuk apa aku beli untuk next entry ye. Jangan lupa layari http://hansaegee.com/shop/ untuk pengalaman membeli belah yang menakjubkan. Heh over sangat tau.



Thank you for reading this entry !

So I heard you got Instagram?

Hello & Assalamualaikum

Yeah I do. Follow me if you care enough to know how I rock my dull life =)




Oh yeah, hope you don't promote your business in my page. Its my private space not an advert column. Come on, pay some respect ok? :) Thanks a bunch peeps !


Thank you for reading this entry !

Banyak Baju Tak Pakai, Tak Tau Nak Bagi Siapa...

Assalamualaikum


Korang mesti banyak gila baju yang dah tak CANTIK, tak MUAT dan tak STYLO kan? Hee tetapi bagi golongan yang kurang bernasib naik, baju baju korang itu semuanya cantik, muat dan stylo! Daripada terperuk dalam almari, kononnya nanti aku pakai baju ni.. dan sebenarnya kita pon tau korang tak akan pakai. So ada baiknya korang bersedekah :)

Bawak baju/shawl/seluar terpakai (yang masih elok) ke Festival Belia Putrajaya sepanjang 23-26 May 2013 ini. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada orang lain.

Thank you for reading this entry !

Trip To Terengganu : Pulau Perhentian Part II

Assalamualaikum

Ha kali ni aku nak sambung cerita pasal trip aku ke Pulau Perhentian itu hari. Kiranya ni last entrylah ye, malas aku nak panjang-panjangkan cerita. Itu hari aku dah cerita pasal first day, so kali ini aku akan cerita tentang aktiviti kitorang masa 2nd and 3rd day.

Yang aku dok peratikan, kehidupan di pulau ni macam laid back gila. Takde orang rushing. Semuanya rilex.. Even aku duduk sana pon aku taktau nak buat apa. Yang ada cuma pasir dan laut. Asek dok tengok laut, berangan..pastu mengantuk. Dok ulang-ulang benda yang sama. Tapi lautnya memang cantik. Sangat mendamaikan hati ;)

Syok gila tenung laut ni sampai pedih-pedih mata iolls

Antara aktiviti yang kitorang buat adalah islang hopping. Bayar RM45 sorang, boatman akan bawak pergi 5/6 pulau aku pon dah lupa, pastu kat pulau tu boleh la snorkeling. Setiap pulau ada keunikan tersendiri. Ada batu karang warna biru, ada yang hijau. Setiap tempat lain-lain. Jadi wajib turun ke bawah laut walaupun hati kau sakit sebab penat! 


Syok gila, ko boleh bagi ikan makan roti secara up close and personal. Tapi geli sikitlah, sebab ikan-ikan sangat rakus. Bila ko pegang je roti, semua ikan tu macam tak tentu arah serbu ke arah ko. Sampai digigitnya tangan iolls ni. Rilex la bro, roti kosong je kot. Belum gwa kasi roti john lagi bahahha

Bila dalam air tu, aku rasa macam takutnya kalau mati. Sebab dalam air tu senyap sunyi..rasa macam dalam dunia yang lain. Terumbu karang tu rupa dia ada pelbagai. Scary la jugak. Ada yang bentuk dia   macam gua . Kalau tetiba ada pontianak dalam gua tu cemana aku nak lari. Pontianak boleh tahan lagi..kalau piranha atau jaws? Mampos tau aku kena heart attack bawah laut.

Walaubagaimanapun, memang cantik di bawah laut ni. Cantik yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Inilah ciptaan tuhan. Rahsia alam yang tiada siapa tahu. Cantik-cantik ikan yang aku jumpa. Best tau dapat berenang dengan ikan, rasa macam mermaid gitu hikhik


Ololo ada gaya macam Pandalela tak haha?

Nanti boatman ni akan bawak ke lighthouse, pastu dia suruh semua orang lompat. Nampak macam rendah..tapi sebenarnya tinggi!! Dia ada 3 level. Kitorang lompat yang second level tu. Masa kat bawah tu aku eksyen gila, bila dah sampai atas, terus pening-pening lalat. Cuaks wey nak lompat. Kalau swimming pool takpela. Ni laut kot! Tapi, aku ni kan suka extreme sport..so wajiblah tak melepaskan peluang ini :P


Inilah pemandangan bawah laut lepas aku terjunam masuk laut tu..macam bangkai Titanic kan? Tapi Titanic tak karam kat Pulau Perhentian la ngeng..


Ha nampak tak Kincir Angin di atas bukit itu? Kita akan pergi hiking ke sana. Bayar RM50 untuk 1 tourguide (share la reramai), dia akan lead korang ke atas sana. Tapi kalau dah biasa pergi, tak payah la pakai guide dah. Tak tinggi sangat pon bukitnya. Aku siap pakai skirt dengan slipa jepun lagi hahaha. Lebih kurang 30 minit hiking, korang akan sampai puncak. Apa yang ada kat sana?


Permandangan indah seluruh pulau. Subhanallah memang cantik !!


Walaupun panas mengutub..tapi pemandangan diatas sana memang sangat sangat cantik. Tahukah anda ubat untuk ketenangan adalah membaca al-quran, berzikir, solat serta melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT? (tapi takyah yoga sangat kot kat tengah-tengah panas tu hahaha..)


Pergi makan seafood. Nak pergi tempat ni kena masuk hutan gelap gelita..bila dah sampai tanjat boboi sebab semuanya orang putih. Tak rasa macam kat ganu langsung. Sorry aku dah lupa la nama tempat ni.

Ada satu benda lawak kat sini. Kat sini bersepah jual arak kuning orang utan. Masa nampak signboard tulis Arak Orak Utan. Aku bajet macam kalau beli arak tu dapat mabok sekali dengan orang utan..kira macam somekind of tourist attraction a. Sebab aku tengok kat youtube anjing boleh mabuk ok kalau terminum arak. Lepas nampak botol arak tu, terus aku gelak-gelak. Please la buat nama lain.


Tau tak aku makan apa? Aku makan ikan shark ok. Tak mahal pon RM15 satu set untuk sorang makan. Tapi tak sedap, sebab macam keras isi dia. Tapi oklah, boleh buat modal berlagak dengan kengkawan hahaha.


Memang panas gila la kat sini. Setiap masa aku bawak sunblock, kejap-kejap pakai tu pon muka aku burn jugak. Dahla balik KL, esoknya tu ada photoshoot magazine. Sempoi!


Apapon I will miss this place. Tempat ni penuh ngan orang putih, orang melayu macam minoriti je. Syok hahahah. Lagi satu, kalau baju yang ko pakai tu bodo sangat, tak matching pon takpe. Takyah malu.. omputih lagi taktau malu, pakai bikini je...#aptb


Nah amek kau, sebelum balik wajib group photo atas jeti. Pergilah melancong ke serata MALAYSIA, tingkatkan industri pelancongan kita =) Tata!!

Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri