Aishah Radhiah Beauty & Spa, Cawangan Shah Alam

Assalamualaikum

Hai uolls! Korang merindui blog ini tak? Ada baiknya jikalau korang berkata ya untuk mengelakkan hakak paten frust hahaha. Oklah meh sini nak cerita. Aku kan ada akak angkat, namanya Kak Liza.  Kak Liza ni duduk Bukit Jelutong. Kira jauhla dari aku, sebab aku dekat Cheras. Bila jumpa, selalunya Kak Liza yang datang Cheras. Kekadang nak ajak dia pergi memana pon serba salah sebab jauhkan.

Nak dijadikan cerita, kebetulan Aishah Radhiah Beauty & Spa dah buka cawangan ke-2 di Shah Alam.  Shah Alam dekat gila kot dengan Bukit Jelutong. Aku pon memang dah lama berniat nak ajak Kak Liza pegi urut badan. So memang cantik sangatlah tu =)  

Kalau korang masih ingat, aku pernah pergi Aishah Radhiah Beauty & Spa ni tahun lepas. Tapi aku pergi yang cawangan pertama punya, terletak di Bangi, Seksyen 8. Syok gila kot! Boleh baca entry aku yang lepas DI SINI.


Aishah Radhiah Beauty & Spa ini terletak di Seksyen 9, Shah Alam. Betul-betul sebelah Plaza Masalam. Memang senang sangat nak cari. Landmark dia, dekat-dekat dengan Mcdonald dengan kedai lampu Trust. Kedai dia di dekat tingkat 3. Tapi jangan risau. Ada lift hehe.



Kami disambut dengan deruan air fountain yang menenangkan. Ditambah pula dengan alunan muzik bali...haih belum apa apa lagi iolls dah mengantuk..



Suka interior spa ni, cantik kan ! Kami dijemput untuk duduk dan pilih perkhidmatan/pakej yang disediakan di spa ini. Staff dia sangatlah ramah dan helpful. Dia explain satu satu apa jenis perkhidmatan yang disediakan disini =)



Ni perkhidmatan yang disediakan secara ala-carte. Ada facial, ada body treatment. Kalau nak pakej pon dorang ada jugak. Ada Pakej Bidadari, Permaisuri dan Ratu. Korang boleh baca website dorang untuk tahu lebih lanjut. Harga memang ekonomi dan berbaloi dengan servis yang disediakan!


Dulu dah try Pakej Bidadari (full body treatment). Kali ni kami nak try signature facial, traditional massage dan body scrub (ala-carte). Asalnya kalau buat Pakej Ratu lebih jimat (full body treatment + facial), tapi kami nak beronggeng ke tempat lain pula lepas ni...so terpaksalah ambil yang ala carte jee sobs.


 Macam biasa, kena pakai kain sarung ni :)


Kami ambil double room supaya bolehla mencece bagai nak rak sambil badan kami dibelai ecece. Poyo sangat padahal halfway tru, masing-masing sudah tertidur dengan lena ya! Semasa sesi  treatment berlangsung, dorang akan tutup lampu dan hanya bukak lampu ala ala lilin yang sangat malap...so tertidur itu adalah perkara biasa =)

Masseuse tu punya urutan memang berasa, sampai aku kena suruh dia kurangkan sebab kuat nau haha..Tapi memang sedap, dapat pula otot aku ni memang tengah sengal..lega sangat! Patotlah datin datin suka pergi spa ye?


Selingan. Ni sauna room, aku saje je tangkap gambar..setiap kali masuk dalam ni, aku teringat kat neraka haha..

Lepas badan kami diurut, kami buat scrub. Habis massuse tu lumur badan kami dengan chocolate scrub. Kemain teliti dia menyental ya..segan pulak iols! Dan haruslah semua daki daki terkeluar. Kulit jadi halus gila ya lepas scrub..boleh lawan kulit Nadrah. Dah kenapa nak lawan dengan baby hahaha... Lepas itu kami mandi di bathroom yang disediakan =)


Otw nak pergi bathroom tu, nampak bathtub ni. Wahhh cantik sangat! Boleh feeling-feeling puteri raja sambil mengkocak-kocak air. Kalau you all ambik perkhidmatan milkbath atau pakej, dapatlah you all berendam dalam bathtub yang dipenuhi dengan susu panas!


 Boleh juga mencece sambil berendam ok!


Lepas dah feeling fresh, kami dibawa ke facial room. Ada 3 bed disini, so at one time, boleh buat 3 orang sekali. Masa dia buat facial itu, lampu akan ditutup juga, cuma ditinggalkan lampu kat machine facial itu je. So pokoknya korang memang akan tertidur most of the time haha..

Aku suka sangatlah dengan perkhidmatan facial dia. Kulit aku ni a bit sensitive dan nipis. So bila process steam & extraction tu selalunya menyakitkan. I just hate that part. But surprisingly, beautician tu buat tak sakit langsung! Dia siap noticed yang aku ada sensitive skin dan dia bagi reassurerance untuk buat gently. Kulit muka memang jadi glowing ek lepas buat facial? Aku perasankan, white head takde pastu kulit macam gebu sikit.. Tapi maintenance kena buat 2 weekly kalau nak maintain cantik hahaha..nangis

Lepas dah tamat semuanya, kami dihidangkan dengan air halia panas. Walaupun aku tak pernah suka halia tapi sedap pulak aku minum time tu..maybe sebab ada muzik bali kot, rasa macam matching gitu hahaha.

Amboi kak Liza, pinkish sangat muka uolls lepas buat facial. Kami memang puas hati dengan perkhidmatan spa ni. Urutan memang berasa, scrub dibuat dengan teliti dan facial pon dibuat dengan sangat gentle & passionate. 

Masseuse/beautician aku tu namanya Ain. Memang bagus budaknya. Sopan, rajin buka mulut dan buat kerja bersungguh-sungguh. Salah satu sebab aku nak datang lagi adalah disebabkan dia =) Dia bertugas di cawangan Bangi, tapi kebetulan on that day dia ada di Shah Alam pula.


Yang pakai shawl tulah Ain. Nampak je kecik, tapi teknik urut dia memang first class. Kawan sebelah dia tu yang urut kak Liza. So aku tak berapa tau sangat hehe. Owner Spa ni seorang perempuan melayu, pekerjanya semua perempuan melayu juga =)


Kalau korang berminat nak pergi juga, ini aku sediakan contact details :


Aishah Radhiah Beauty & Spa
Alamat 1 : No 31-D, Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F, Seksyen 9, Shah Alam
(03-58806925)
Alamat II : No 1-11, Jalan 8/35, Seri Bangi Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi
(03-89221598)
Opening hour :  Isnin - Ahad, 10 am - 6 pm

*Kalau takut penuh, boleh call for appoinment*

Thank you for reading this entry !

Hello 2014

Assalamualaikum

Happy New Year !! 

Thank you 2013 untuk pelbagai pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan. Sebenarnya aku sudah terlupa lebih 50% kenangan pada tahun 2013 hehe. Namun terima kasih kepada iphoto kerana telah melabel setiap gambar dengan tarikh. 

Life aku sebenarnya tidak ada apa yang menarik sangat pon, cuma aku suka look back and appreciate every little thing that happens in my life =) Bagi aku, setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita mempunyai kenangan dan pengajaran tersendiri untuk menjadikan kita lebih matang. 

Let's recap my 2013 =)

  • My adopted child, Aminyo

Terasa hidup macam bosan, jadi telah decide untuk mempunyai anak angkat hehe. Welcome my baby aminyo! Aminyo telah di adopt dari akak penmerah.com. Thank you akak! Comel sangat, she was very tiny at that moment.


Now she's gotten so big =) Bila balik Seremban mesti kami akan tidur bersama, makan bersama dan tengok tv bersama. Mula-mula bela Aminyo di kolej, tapi dia suka nak terjun tingkap (I live at 4th floor), jadi telah menghantar dia balik ke rumah parents.


  • Passed the exam

I passed my 4th year of medical school and had a long break before entering my final year =) Alhamdulillah!


  • A trip to India & Perhentian Island

Reward myself with a trip to bangalore & northern part of India. My second time touching the snow! :)

Also a trip to Perhentian Island with le girlfriends =) My first time snorkeling with baby sharks and turtle. I sweat even in the water!


  • Living Room Make Over

BEFORE : Our second living room ni baru lepas renovate. Jadi macam tak tau macam mana nak decorate to make it cozy for everyone to watch tv. Sorry ya, ni gambar masa tengah nak alih-alih perabot. Memang serabot hehe!


AFTER : Much more cozy! I just recycle whatever furniture that we have. Ada certain tu I bought from Ikea & Nilai 3. After the make over, the whole family just love to hang around the living room and watch tv together =) Aminyo pon sibuk sekali hehe


  • Wall climbing

I tried wall climbing for the first time =)


It was damn hard! I put a lot of effort to reach the top. Maybe there's no second time haha! But I'm glad that I tried =)


  • Family Trip to Hong Kong

Belanja my family (using blogging money hehe) for a one night stay at Disney's Hollywood Hotel, Disneyland Hong Kong.

Just so you know that accommodation in Hong kong is totally a rip off. And we were unlucky since time tu pulak peak date. One night stay will cause you around rm 1XXX ='(. Tapi I felt pity for my little brother because he really wanted us to stay at the Disney hotel. Since this would be our first and last visit to HongKong, so I decided to make everyone's happy!

The hotel was full with mickey mouse emblem. Everyone was so excited once reaching the hotel. Even mommy acted like a child. See my cutey mom posing on the bed =)

  • Duit Raya 

Setiap kali raya, I will receive duit raya from my parents. This raya, i decided to give my family duit raya pulak. I ni hidup dengan duit blogging, takdelah banyak tapi cukup la untuk diri sendiri & untuk melancong (I save a lot since I tak suka shopping and tukar-tukar gadjet hehe).

My mom always say 'Your rezeki will be doubled every time you give to people, especially to your family'. I always have that word in mind, mom =)

  •  National level Marathon

I dont always run, but when I do, I'll make sure its a national level marathon with free medals given to every participant.

  •  Assisting an operation

I'm not a bright student, but I always keen to learn new things. I volunteered to assist an operation during my surgical posting =)

  •  I'm an Aunt!
 Mamayana and her niece, Nadrah! Since Nadrah was born into this world, she beats the cuteness of Aminyo. Don't fight girls! You both are cute in your own way =)

Basically my 2013 was about my student life, travel and family. I'm hoping to be a better person next year, hoping for a brighter future and a healthier life! Inshaallah =)


Thank you for reading this entry !

Website yang menyebabkan dompetku menangis

Assalamualaikum



Cak! Lama tak jumpa korang hehe

Aku tau korang suka shopping. Samelah dengan aku. Tapi maafkan aku, aku kena introduce kat korang tentang nile.com.my ! Kenapa? Sebab nile.com.my merupakan portal online shopping yang menawarkan harga termurah pada abad ini. Nak tau berapa murah? Nanti scroll down entry aku ye :)

Ketahuilah bahawa korang bukan sahaja boleh beli baju/dress/tudung/kasut/bag aksesori untuk wanita, malah pakaian untuk lelaki dan kanak-kanak pon ada. Yang paling tak boleh blah, korang boleh beli buku, barangan sukan seperti yoga items & dumbbell, barangan elektrik seperti kipas, oven dan gadjet seperti powerbank di nile.com.my. Ha tanjat tak? Ini dah macam shopping mall dihujung jejariku ;)

Tapi ada benda yang lagi best aku nak bagitau korang ni


Tada! nile.com.my menyediakan khidmat penghantaran cash on delivery di sekitar lembah klang dalam masa 24 jam! Tengokla si brader ni, aku baru order malam tadi, pepagi dah terpacak kat PPUKM. Pantas sangat kan? 

Aku ada order few items from nile.com.my untuk dijadikan panduan fashion mix & match buat korang. Fashion mix & match ni kita buat mengikut tema ya. Meh sini nak tunjuk apa yang aku order. Tema pertama adalah



HANG-OUT

Konon stylo leni hihi. Pakai baju macam ni kalau nak pergi hangout dengan member oklah. Takde lelebih sangat, takde underdress sangat. Hee memandai je aku :p

Mini skirt vest dress (blue) RM 19.90 click here
Buckle little jacket with shoulder pads (pink) RM22.80 click here
Chiffon casual pants (black) RM23.80 click here
Flag mini handbag RM 28.90 click here 

 CASUAL
  
Aku ni kan sempoi orangnya so aku memang suka pakai casual je. Type-type macam baju kat atas ni, sukalah aku pakai. Kalau beli kat nile.com.my memang rasa puas sebab murah!

Slim fit long sleeve tshirt (grey) RM18.80 click here
Loose knitted blouse (yellow) RM31.80 click here
Wind Pattern Bags RM22.80 click here

Oxford college shoes (orange) RM36.80 click here



Padankan baju diatas dengan jeans dan tudung Syria. Sempoi boh! Masa ni pergi makan dengan akak angkat aku. Maceh kak belanja kita makan mohamad chan dan subway. Telupa pula nak tangkap gambar full body

Casual ke stylo ke, yang penting harga memang murah kan.
Meh tengok baju kalau nak pergi event pulak. Semua ni aku dok mix and match je hehe.


 ATTENDING AN EVENT

Kalau nak pergi event, pakai macam ni nampaklah macam professional sikit. Pastu keluarkan businesscard, mesti orang ingat ko ada degree dalam fashion. Gitu kan!

Thin casual business suit (white) RM23.90 click here
Vest chiffon shirt (black & white) RM 19.20 click here
Chiffon casual pants (black) RM21.60 click here 


Kalau nak nampak lebih feminin sikit, bolehlah gantikan pants dengan palazzo.

Lycra Palazzo (pink) RM28.30 click here

Kalau nak pergi dinner pulak, lebih sesuai kalau pakai dress. Pastu pilih something yang vibrant warnanya. Barulah outstanding sikit kan. Untung-untung terpilih sebagai Queen of the Night. Barulah sejajar dengan tema, ‘Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan’ hahaahahha


DINNER / FUNCTION

Cukup vibrant tak? Dah habis color block aku block kan dia haha

Lace dress (orange & purple) RM58.90 click here
Shawl candy cotton RM16.60 

Amacam murah gila kan harga nile.com.my ni! Kan aku dah kata hehe. Naik gila aku masa memula discover website dorang. Ko bayangkan, ada items yang dijual serendah RM5! Dah la murah, pastu kekadang ada discount lagi. And semua item adalah READY STOCK. Tak perlu pre-order, and of course tak perlu tunggu lama-lama. Kalau korang duduk di luar area lembah klang, penghantaranakan dibuat melalui pos. Dalam 1-3 hari dapatlah barang korang tu. Tapi kalau duduk lembah klang macam aku ni, untungla kan sebab boleh buat 24hours COD(cash on delivery). Tau tau je delivery boy dah sampai depan muka pintu.

Aku order pakaian je kali ni, next time nak order barangan yoga pula. Ecewah pandai ketu buat yoga hihi..Kalau nak contact dorang silalah baca info di bawah 


Website : www.nile.com.my
Hotlink : 1700-818-400 (panggilan dicas pada kadar biasa)
Email : enquiry@nile.com.my


Thank you for reading this entry !

Dunia pancaroba

Assalamualaikum

Dunia ini banyak pancaroba. Halangan demi halangan datang menimpa, harus aku menepis bagai kesatria pedang. Sebagai contoh, dewasa ini penipuan di alam maya semakin berleluasa. Ia bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil ringan kerana ia melibatkan hati dan perasaan seseorang yang bergelar insan.

Perasaan siapa? Tentunya ia tidak melibatkan perasaan aku kerana aku tiada perasaan. Ia melibatkan perasaan kalian. Ya kalian. Sesungguhnya aku adalah insan yang tidak mesra alam. By means, aku suka update blog, update status, update instagram. Namun jarang sekali aku mempunyai inisiatif untuk membalasnya. Maaf, aku tahu aku teruk. Aku tidak mempunyai pr yang bagus dengan para pembaca blog ini. Tapi itulah sifat kelemahan manusia yang harus kita akur.


Terjumpa di twitter. Rajin sungguh 'FatinLiyanaAsri' ini membalas komen dengan menggunakan ayat yang berbudi bahasa. Ini bukanlah sifat aku. Aku tidak rajin membalas apa-apa. Kalau ada pun, seketul dua.


Malah menggunakan wallpaper, background picture dan profile picture muka aku. Sungguh buat malu ini faker. Nampak macam aku obses dengan diri sendiri tau. Kalau nak buat twitter fake pon, jagalah air muka aku sikit. Sudahlah dia mengambil semua gambar instagram aku. Kau hengat senang nak dapat gambau Nadrah Azzahra tengah ketawa??

Jagalah perasaan anda. Jangan sesekali tertipu dengan fakers Fatin Liyana yang sungguh mudah didapati di facebook dan twitter. Elakkan perasaan anda daripada dipermainkan. Akhir kata, jika hendak bercinta, bercintalah di dunia realiti. Sesungguhnya alam maya penuh dengan dusta dan kuasa jahat.


Thank you for reading this entry !

Saranghae, I love you TV9

Assalamualaikum

Ada satu cerita sinetron kolaborasi diantara Indonesia & Korea sedang ditayangkan di TV9 setiap hari Isnin hingga Khamis! Pukul berapa aku tak tau..yang penting petang-petang le. I dont watch tv..what do you expect guys :p


 Tajuknya adalah Saranghae I love you..watak utamanya adalah Tim Hwang & Revalina S Temat

Kalau korang baca blog aku dari zaman dulu-dulu, mesti korang tau perkaitan sinetron ini dengan aku hehe...Sesiapa yang baru berjinak dengan blog Honeykoyuki ini, rajin-rajinlah baca entry-entry aku yang terdahulu! Sebabnya aku ni suka mengimbau kenangan yang lepas.. Hidup dalam fantasia bulan madu katanya kekeke


With Revalina S Temat ;) Cantik sangat Reva ni.. kulit halus mulus, wangi serta friendly. Mana ada artis sanggup berborak sambil peluk-peluk dengan rakyat marhaen ketika shooting? Haha! Sebab terlalu inspired dengan Revalina yang friendly dan humble ini, balik dari Korea, terus aku namakan kucing aku Reva. Amek ko!


7.9.4.2. Biasalah kumpulan Kpop kan memang suka nama pepelik. Tak pernah dengar pon group ni kekeke. Baru lagi kot ek... Ce tengok yang hujung sekali belah kanan tu (pakai blazer putih). Nama dia EungJoo. Dia ni tinggi nak mamp...


 Kan dah kata...tinggi dia 189cm ok! Berani ko punya bedak melebihi aku EungJoo.....


With Tim Hwang, hero of the sinetron. Saje je nak lentok lelebih you ni..bagitau daddy I kang (padahal kat ghumah panggil ayah) wakaka

Check out my previous Korean trip HERE to find out  how I met them :)

Thank you for reading this entry !

Pergi Kenduri Kahwin

Assalamualaikum

Ada sesiapa ingat siapa Fatin Liyana? Dia blogger kan? Kekekeeke. Hello aku hampir terlupa okay aku ada blog. Kecian angat blog itew ni, lameww betowl itew ta update. Sila rate tahap kemeluatan anda (_/5). Dah rate? Mari teruskan membaca!

Buat pembaca blog aku yang setia meng-email, meng-instagram menanyakan bila aku nak update blog, terima kasih diucapkan kerana bersabar dengan aku. Almaklumlah semakin dewasa semakin banyak tanggungjawab. Dalam 2 3 bulan ni parents aku few times admitted to ward due to health problem. Jadi bagaikan gasing berketetel aku pulang ke rumah. Selain itu aku sibuk dengan pelajaran, biasalah exam berada di sudut sahaja. Jadi terpaksalah korbankan blog yang menjadi kesayanganku ini =)

Recently aku ada attended few weddings. Terima kasih kerana jemput den. Kalau jemput kat facebook tu biasanya memang aku terlepas lol. FB aku tu banyak sangat notification sampai aku dapat anaemic symptoms like dizziness and blurring of vision. Jadi mintak mahap la ye kot wedding sesape yang terlepas tu. Korang jangan sabotaj kalau aku kawen plak hahaha.

Ok so baru-baru ni aku attend wedding kawan aku ni, namanya Faiz. Faiz ni beriya nak aku datang wedding dia, sampai dia bagi kad kahwin by hand. Sanggup uolls dia datang Cheras memalam. Kalau aku tak datang wedding dia, memang mendapat kata orang tua tua. Aku kenal Faiz ni masa aku mula-mula berkecimpung dalam arena blog. Faiz ni merupakan seorang photographer, beliaulah orang pertama yang panggil aku photoshoot. Malu pulak teringat zaman vevongok dedulu kikiki.

Mari aku kepilkan beberapa gambar wedding reception Faiz yang bertempat di Villa Ukhwah Taman Tasik Titiwangsa.


Temanya adalah Garden wedding (aku rasalah..sebab banyak green!) Pelamin mengadap swimming pool uolls :) Sejuk mata memandang hehe.


Itu pengantinnya! Faiz dan Yuni. Kacak dan cantik keduanya. Omey sangat lama dorang bercinta tau, akhirnya ke jinjang pelamin (tepi swimming pool) jugak. Pelamin dorang cantik, sangat guest-friendly. Sesiapa pon boleh naik pelamin untuk bergambar sebab sangat luas!


Aku datang dengan bestfriend dunia wal akhirat, Najah ;) Tetiba tersama warna tudung. Nak jadi pengapit boleh?


Bergambar dengan gegirls cantik di photobooth. Terima kasih tegur dan ajak FL bergambar :)


Mentang-mentang Faiz kata "Kalau nak makan kek potong sendiri tau, makanlah banyak-banyak". Wah terus kau senyum sampai ke telinga ya Najah. Siap tapau dalam tisu. Malu tau masa salam mak Faiz sebab tangan penuh dengan kek. Wakaka kesian, padahal tapau tu idea aku tapi aku suruh Najah laksanakan. Eh bestfriend katanya, takkan pegangkan kek pon berkira kekekeke. Dalam kereta terus aku kena bebel dengan Najah :')


Kalau bibir kau besau macam tu, jangan harap aku nak bagi pinjam lipstick aku..lol


Gambar makanan lupa nak ambil, kerana dalam paper cakap kalau sesiapa yang suka ambik gambar makanan kemungkinan mereka ada sakit mental haha. Apapon tahniah Iz & Yuni, dah kawin dah korang. Lawa sangat wedding reception korang. Macam wedding omputih, santai dan cantik. Semoga berbahagia!

Seperti biasa gambar-gambar yang meletup diatas dicaptured menggunakan camera Casio Exilim EX-ZR700. No editing (aku tak pernah edit gambar pon selama ni, fresh from camera). Macam gambar diatas, aku cuma guna setting 'Best Shot' dan pilih scene 'Natural Green' dalam setting camera ini. To be honest aku memang noob pasal camera, thats why aku tak beli DSLR (tak reti manual setting). So aku pakai compact camera with automatic setting je. Aku just tukar-tukar scene mengikut kesesuaian. Hasilnya memang memberansangkan! Gambar cantik, camera pon senang sangat nak guna.

Satu tips nak share dengan korang. Seorang blogger kenalah ada camera berkualiti supaya gambar-gambar yang diupload semuanya sharp dan vibrant. Barulah orang suka baca blog kita hehe. Eh, korang suka ke baca blog aku? Suka kan, kan ? :P


Kecil-kecil cili padi ;) 16.1 Megapixels, 25mm wide-angle lens, 36x SR zoom, HDR ART, FHD movie and Premium Auto Pro. All in one compact camera!


Click here for more pictures taken by me with Casio Exilim EX-ZR700.
For more info you can go to Casio Exilim FB page : https://www.facebook.com/CasioExilimMalaysia
Mana nak beli camera ni? Dimana-mana kedai camera yang ada jual brand Casio!

Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri