Recipe : Lasagna kegemaran !

Hi Assalamualaikum.
Biar aku bagitau korang satu benda. Aku sangat suka makan lasagna. Kalau kat Bandung bendaalah ni mahal bukan main kepalang. rp 32 000 kaw!! lebih kurang rm12. Mahal an an. Aku makan ayam penyet kat sane baru rp6000 aka rm2.40. Sumpah sepanjang 2 tahun aku dok sane, aku pernah makan sekali je lasagna kat PapaRon. Tu pon rase cam nak menangis je bayar. Hati rase berat, tangan kaku seolah-olah tak mahu kuakan duet dari purse, kaki jangan cakap a, rase ringan je nak lari dari kedai tu supaye tak yah bayar lepas makan. hahaha hebat tak hebat pergolakan jiwa yang berlaku di dalam diri ini semata-mata untuk mendapatkan sesuap lasagna??


Namun tak usah risau. Aku ada penyelesaian untuk semua masalah tersebut. PEACE to the world sista ! (n____n). Walaupon tudung tak matching dengan baju, tapi ape ade hal. Yang penting perut kenyang, poket slamat.



Bahan-bahan tok buat lasagna : minced beef, bombay onion, butter, cheddar cheese block, prego sauce, full cream milk, lasagna sheets, pepper/salt/ flour. Recipe ni bantai sendiri tapi alhamdulillah jadi je. Mari kite ushaaaa zassss !!



Meat sauce : korang buatlah meat sauce ni gune butter, bombay onion, minced beef & prego sauce. tambah pepper & salt banyak2 sket bagi masyuk. Aku men hentam je buat ala-ala spaghetti sauce, tp minced beef tu jangan bagi hancur sangat okeyh. Kalo sapa yang suka pedas tu, boleh tumis cili giling ye.. :)



Cheese sauce : 1 teaspoon of butter, 2 tablespoon of flour, 1 cup of full cream milk. Masuk cheddar cheese tu ikot suke hati. Aku pakai separuh dari block tu. Gune api kecik..kacau sampai die jadi thick. Aku sesuka hati tambah pepper/salt bagi lagi kaww.



Amek casserole, grease dengan butter, letak the first layer of lasagna sheet. Lasagna sheets ni comes in 2 types. 1: yang you have to boil it first, 2: yang you can use straight away tanpa perlu boil. I bought the 2nd one. So sequence die mesti camni. lasagna-meat sauce-cheese sauce. repeat. Buatlah bape-bape layer yang korang nak mengikut nafsu serakah korang.



TAPI INGAT. layer paling atas sekali mesti cheese sauce eh. kalo korang tamak haloba habib jewels, korang boleh grate cheddar cheese tu on top. Alah bajet cam extra cheese la kan. Lepas dah puas ati, cover your casserole with an alumminium foil.



Kalo memasak sambil sms inilah jadinye. Lupe nak letak alumminium foil :'). Oh ya, bake dalam oven at 180degree for 20-30mins. Ingat! jangan sms semasa memasak!




There you go! Rupe macam sape di hawau tapi rase sedap nak mampos. Jangan lupa makan ngan cili sos sambil tengok tv3 petang-petang ngan keluarge. Bahagia tengok family makan dengan lahap sampai habis licin casserole. Selamat mencube! :)


Thank you for reading this entry !

Hari ini buat dadih & tengok movie!

Hi assalamualaikum semua.
Wah rajen betol la aku ni mengupdate blog kan kan.. semakin menjadi-jadi nampaknya. Nak wat camne..aku ni boring la. Kawan-kawan kat local U semua lom abes exam, tinggal la aku terkontang kanting kat umah ni melayan karenah dak adik (-_-)



Hari ni buat dadih sebab semua ahli keluarga suka makan dadih terutama pabila cuaca panas. Malas la nak kasi resipi sebab confirm sume orang tau buat ryte :)? Instant je pon. Aku buat perisa strawberry! Tapi sebab nak kasi special, so aku letaklah buah honeydew on top of it & chocolate-freeze topping. Apekah itu chocolate-freeze topping? Alah macam korang makan eskem mekdi yang chocotop tu. Chocolate die keras an? Ha same lah. Bole beli kat Tesco, brand Hershey's :)


Itu dia... dadih special Fatin Liyana~ memang mouth watering ! Combination of strawberry dadih with honeydew + chocolate topping ! Try try jangan tak try ^___^



Cerita lain, ok tengok betol-betol encik yang pegang piala Malaysia tu.. perati rambut dia tau. tahap kegulungan rambut dia..



Haaa same tak? Same en en? haha ni dia Alip pemain bola sepak negeri sembilan..skang ni dah men tok Malaysia gak .. hoyeh hoyeh mungkin berkat rmbut afro tu kot haha..



Tadi jumpe Alip & membe sebab bosan yang amat sangat kat umah. Sume orang sibok exam. sedih tau tak. Korang jangan ingat bukan-bukan, ni member je pon, tak caye tengok aku. Lek je kai baju burok-burok g jumpe die haha. Anyway, mase kitorang jalan tadi, sume orang tengok die & tegur die. TAKDE SAPE PON PANDANG AKU. APE BUROK SANGAT KE BAJU AKU PAKAI. HA CAKAP SIKIT. hahahhahahaa...pepon naseb baik takde yang nak amek gambar/sign die. kalo tak memang aku berlari dan menyorok di tepi sudut tanda protes. Cis, berani die membolot populariti aku! Ni yang rasa nak men bola tok n9 jugak nih (-_-). oklah nak practice menggelecek bola. bye.


Thank you for reading this entry !

Recipe : Aku buat Chocolate Muffin lah wey.

Hi assalamualaikum.
Kalau aku kat bandung, biasa aku akan bangun pukul 4.30 pg, paling-paling lewat pon pukul 6 pg mungkin sebab aku tido awal kot. Lagi satu, aku tak suka perasaan bangun lambat tu, nanti rasa macam sedih dan rasa malas nak buat pape. TAPI. aku kat mesia ni bukan main melampau lagi bai, pukul 11 baru la nak bangun. Seb bek la ayah aku bekas tentera, subuh dia mesti gerakkan dengan menggunakan fizikal forces. Siyes tak best kono dobik ngan abah den :').

Seperti biasa, hari ni bangun pukul 11 pagi lagi. Rasa bersalah mula menyelubungi diri. Pastu otak ni mula la ligat berfikir cari bende apa nak buat supaya tak rasa bersalah sangat. Aha tetibe teringat kat budak ini.




' Kakak ! buatkan adik muffin. Adik suke makan muffin ! Tapi adik suke yang chocolate punye saje yang lain tak suke' (-_-)


Baiklah. Disebabkan adik pernah cakap macam tu kat kakak, jadi hari ni kakak buat muffin chocolate untuk adik. Buku recipe dulu dah hilang jadi cilok recipe online jeh. Terima kasih google :)



Mule-mule, gunekan double boiler untuk cairkan 200g cooking chocolate !



Kalau rasa diri seperti samseng dan mahu memukul, bolehlah pukul 2biji telo & 50g castor sugar sampai kembang. Agak-agak sudah menjadi seperti cik siti wan kembang, campakkan 70g batu butter & cooking chocolate yang dah cair tadi dalam mixture. Jikalau masih tidak puas hati dengan aktiviti memukul, tambahkan 60g self-raising flour & 1 sudu kecik baking powder. Pukullah sepuas hati asalkan anda gembira.



Selepas hati menjadi tenang kerana terkenangkan yang sabar adelah separuh daripada iman, berhentilah memukul dan masukkan mixture dalam muffin cup. masukkan approx 60% daripada ketinggian cup. Untuk resipi kali ni, boleh buat 6-7 cups. Tapi Fatin Liyana kenapa dalam gambar ade 9 cups? Korang pasan je an salah aku? cis.... gajah obesity depan mata tak nampak..kuman di kuala terengganu nampak..takpe takpe....aku de sebab peribadi knapa aku buat 9..(pdhal dah tersilap) hahaha



Masukkan dalam oven mak kau dan bakar sesuka hati pada temperature 180 for about 30mins. Jangan guna oven mak orang lain kalau tak nak kono sekeh.



Walaweyh. Pegi beli whipped cream, masuk dalam bowl & whip as if there's no tomorrow. Bile dah cam fluffy pipekan atas muffin & taburkan chocolate chips.



Aku rasa nak apply part time kat bakery lah (-_-). Bye selamat mencube semua!


Thank you for reading this entry !

Bole tak nak berkongsi kegembiraan dengan anda semua ?


Hi assalamualaikum.
Lame betol tak update blog rasa macam melukut gantang di tepi tebing. ade ke peribahasa camni? hahaha sorry le gwa dok indon gwa tak expert base melayu. Korang layankan je la ek :).
Sewaktu aku menaip entry ni, maksudnya dah 3 hari aku sampai Mesia tercinta. Korang tau tak aku kemain semangat membuak-buak nak update blog tapi aku takde USBBB. korang mesti ingat aku salah eje an an. betul tu ejaaan aku, cume takde jarak je. USB BB (usb BlackBerry). Aku tak leh la buat entry tanpa gambar rase macam bersalah terhadap benak sanubari ni. Anyway, aku da beli usb bb ni a. Jadi meh aku sajikan korang ngan kronologi kejadian indah ciptaan tuhan yang berlaku kat aku, walaupun pada asalnya pelbagai rintangan udara,darat,physical & mental yang berlaku kat aku huhu. say that magic word! Alhamdullillah syukur ya Allah.


Kitorang sebagai pendatang asing kat indon ni a, kalau nak balik, kena buat surat BEBAS FISKAL & buat re-entry PERMIT. Benda ni leceh sebab kena apply kat faculty, pastu hantar kat PADMA & PADMA akan hantar kat imegresen tok next procedure. Bese akan siap dalam 2 minggu. Tapi mmg cibet nasib gwa tak baik, 1 hari sebelum flight pon aku punye tak siap lagi. Gile kentang bai, kalau tak siap, aku tak dapek balik mesia, so burn la wet tiket! Aku tak kesah kalau tiket flight sejajar dengan harga Tora ataupon keropok BIKA. Tapi wet tiket mahal ang tau dak. tau dak. tau dak. tau dak. Tapi dengan izin Allah, faculty buat surat tok aku onthespot. ONTHESPOT weyh. dan oleh itu aku dapat pulang ke mesia with rexona no sweat challenge.



Berkat memakse mak sendiri suroh buatkan solat sunat pelbagai variasi, akhirnya mendapat keputusan final yang mampu membanggakan ibu bapa sendiri. Walaupun tak gempak macam Hanis Zalikha ataupun Aimi Syairah namun aku bersyukur sebab takde C. Sedaplah sikit mata mak ayah nak pandang kan.. Cam aku cakap, aku tak aim tinggi-tinggi, gpon aku bukan pandai sangat pon nak aim tinggi-tinggi, takat boleh buat parents gembira & MARA tak tarik scholar aku, dah oraet tu bro.




Tu dia aku pegi airport sorang diri pukul 3 pagi sebab flight aku kol 6pg. Syukur la tak kena culik ngan mat indon atau ahmad indon ataupon siti nur indon. Mungkin sbb mata sembab sangat kot. hahaha



Sampai ja mesia, tros g cari majalah DARA edisi MAY 2010..page 86-87 korang boleh bace sal aku. Syukur alhamdulillah terpilih gak aku masuk majalah. Merasa la cam artis sekejap..hahahaha :P tolong a bagi aku peluang perasaan sat...sat ja sat ja haha!




Lepas tu sampai rumah pulak, murah rezeki, hadiah2 contest menunggu depan mata. Terima kasih Delisya, Cosmo Ladies & Walai Batik sebab kasi hadiah best-best secara percuma..Bagaikan kera mendapat bunga aku punya reaksi sewaktu membuka packaging korang bagi ni ^__^.



Tiba-tiba nampak cina kat umah aku..gaya macam cina samseng jual vcd lucah..siap maen ps2 kat umah aku..mangai ni mmg boto-boto samseng ni, slambe abah dio yo nak men ps2 kek umah den..namun bila mata kami bertentang, barulah aku tau 'EH ADIK AKU??' hahahah !




Walaupun rambut blonde tapi cool je pegi semayang jumaat..ayah aku pulak yang tersipu-sipu malu haha.. dak Han ni lah yang bakal mewaris perniagaan ayah aku..die keje ngan ayah aku kat used car..ilmu pasal kete memang kat ujong jari.. masa gmbar atas ni, aku pegi amek asfiq balik sekolah, sekali kete takleh start sebab battery weak..Kol die, dalam 5 minit camtu die datang bagaikan superhero sambil membawa jumping wire & battery. tung tang tung tang, da settle. Han u are my hero :')


Oklah tu je..aku ni cuti sebulan..sapa rasa nak belanja aku jom a..nohal yang penting bawak dslr eh..haha xdelah joking! Lagi satu FB da full, tak leh add dah..sorry tau. Aku rasa cam nak jumpe Mark Zuckenberg dan luahkan rasa kekecewaan aku terhadap FB.

Thank you for reading this entry !

Kisah hidup yang entah hape-hape.


gambar hiasan. boleh hias dirumah anda.



Eh assalamualaikum geng-geng sume. amacam kehidupan? Aku da abes exam kalo korang nak tau tapi aku tak tau nak buat apa. Dari tadi aku asek lipat baju, menyapu dan mengelap perabot dengan antiseptic sehingga licin licau berkilau. hahahaha tak boleh belah perenggan pertame je dah marketkan diri sndiri. ok aku tipu je sebanye. aku lipat baju tadi pon ade pitstop, baru lipat 2-3 helai. check FB. pastu lepas 30minit baru lipat lagi 2-3 helai. anggaran aku lebih kurang 6 baju dalam 1 jam. bukankah itu melampau ha? (-_-)


Ok tapi tujuan aku buat entry kali ni bukanlah nak suroh korang pertikaikan tahap kemelampauan aku terhadap aktiviti melipat baju tersebut. Aku ade cite nak story ngan korang. So aku warning awal-awal la eh. entry ni penuh tulisan. Kalau sape yang agak-agak mase die sekolah dulu, buku NILAM die penuh dengan sinopsis cerita-cerita, sampai tulih kat kulit buku semata-mata nak dapat anugerah emas NILAM, aku konfim dorang memang girang tahap kentang bila dapat baca karangan yang berjela-jela yang bakal gwa type ni. For those yang buku NILAM die kosong lengang ibarat padang jarak padang terkukur, korang boleh skip entry ni & tunggu aku buat entry yang banyak gambar k. yo lets cekidauts bayi.


Sebenarnyekan, aku yang korang jumpa atau kenal sekarang adalah insan yang berbeza kalau korang penah kenal aku tyme sekolah. especially form 3 dan kebawah. Aku sebenarnya dah tukar identiti ngan lisa surihani. Lisa surihani yang korang kenal tu fatin liyana sebenarnya. Kiranya fatin liyana bertopengkan lisa surihani tapi beridentitikan lisa surihani. tibe-tibe aku teringat yang aku banyak dosa, tak jadilah aku nak menipu. ok kembali jujur. (dahi kerut).


Sebab pa aku cakap aku insan yang lain dlu? sebab banyak gile perbezaan aku skng ngan aku yang dlu. dari suma segi, aspek, bentuk dan sahsiah. Dulu an aku sorang yang perfectionist. Aku bangun awal gila, pastu aku akan kemas bilik, katil aku punyalah tegang toksah cita. Sampai baling anak gajah pon, melantun balik anak gajah tersebut. Pastu aku akan pastikan katil aku takda sapa-sapa yang duduk sebab nanti tak tegang. Aku ingat lagi, adik aku Han, dia duduk kat katil aku pastu aku naik hantu mengamok tak tentu pasal sampai aku tak nak tegur dia 2-3 hari. Mak aih sungguh emosi bukan. ha ha


Walaupun aku bangun awal, tapi bagi aku, masa tu tak cukup untuk aku bersiap untuk g sekolah yang terletak di depan umah. Masa form 1-3 aku sekolah depan umah je.
Aku pagi-pagi dah mandi pastu aku gosok tudung. Lepas tu aku kemas bilik dan setiap kali ada satu kedutan kat tudung aku, aku akan bukak balik dan pergi gosok. Bila aku nak makan breakfast pon aku tak sandar kat kerusi sebab nanti baju aku komot. Dan kalau baju aku komot, aku akan bukak dan gosok semula. Tapi tu tak cukup bangang. Aku ada yang lagi bangang lagi, kalau tudung aku bentuk tak lawa hari tu, aku tak nak pergi sekolah. siyes weyh memang aku tak pergi. daripada orang tgk tudung aku tak lawa, aku lebih rela tak pergi sekolah. wlaupun sekolah depan umah je. ha betapa perfectionistnya aku dulu (-_-)


Pastu kalau perfectionistkan biase nak dipandang hebat dalam semua bidang kan. Sebab aku ni anak pompuan sorang dalam family, dan umah ni ada orang gaji, aku selalu dikaitkan dengan sifat 'konfem tak reti masak & buat keje umah sbb anak orang kaye'. Huh. Kat mana-mana aku pergi mesti orang ada tanggapan camni kat aku. Padahal aku punyalah rajen memasak dan mengemas rumah (ecece angkat bakul nampak) haha. Pastu aku buat ape korang tau, sebab nak buktikan yang aku ni bukan cmtu, aku pegi join Baking class. ha amek kau. Tiap-tiap minggu mak aku anta aku pegi belajar buat kek, muffin, buns & cookies kat bakery. Dah la yang join tu suma cina, orang tua plak tu. Aku rasa cam pergi melawat rumah orang-orang tua plak. Tapi aku cekalkan hati dan terus istiqamah menuntut ilmu hahaha. Pas aku da expert, aku baking and aku bagi kat jiran-jiran dan kawan-kawan yang kutuk aku dulu. padan muka kau. Masalahnye aku ingat sapa yang kutuk aku tu, baik btol aku bagi kat depa, percuma lak tu (-_-). Tapi kemuncaknye bila hari raya, aku buat kuih raya, sensorang kau tau. Banyak gila aku buat. Pastu aku pack dan bahagi-bahagi kat kampung, kat jiran, kat membe mak aku. Yang tak kutuk aku pon, aku bagi jugak. Sebab pa? sebab aku suka dengar dorang puji....'wahhh pandai anak perempuan u buat kuih, untung ade anak cmni'. hahahahahhahaha teruk gile perangai aku dulu.


Masa form 1 - 3 aku tak pernah datang kokurikulum sebab panas. Aku jaga kulit dulu. Macam-macam aku tepek kat muka ha. Asek-asek pergi watson cari alat-alat kecantikan. annoying gila aku dulu. Pastu aku kena marah ngan cikgu sebab suka hati mak bapak aku je tak nak join kokurikulum, tak pernah join marathon, tak pernah datang hari sukan dan aku sendiri tak ingat rumah sukan aku ape haha. Tapi aku tak kesah sume tu janji kulit aku tak itam. Pastu aku nak body aku ni solid. Jadi aku pegi speedy video dan beli vcd yang exercise dalam umah tu. yoga la dance la macam-macam la. Seminggu aku akan buat 3 kali, tak pernah miss. Aku dulu memang cekal dan berdisplin weyh...siyes tak macam sekarang.


Pasal study tak yah cakap a memang tip top. Memang top 3 memanjang sebab aku akan pastikan apa aku nak tercapai. Aku dulu gile berusaha kalau nak kat sesuatu benda. Aku tak pernah gi tusyen pon, sume aku belaja sendri. Sebab aku punya semangat memang kuat dulu. Aku boleh study tak bergerak dari meja tok berjam-jam. Apa aku join, aku akan pastikan yang aku menang. Kalau at the first place, aku rasa aku tak capable nak menang aku akan tarik diri. sebab aku takleh terime kekalahan. tercabar ego gwa bai.


Apepon tu cerite dulu, sejak masuk SBP & smpai skarang ni aku lah manusia paling tak berdisplin dan pemalas segala. Ha ha aku tak kesah orang tengok aku cntik ke burok ke janji aku bahagia. Pastu aku belaja pon biase-biase je takde nak aim melangit cam dulu. Janji result aku boleh buat parents aku proud sudeh..anyway, aku lagi suka aku yang sekarang sebab aku boleh accept being defeated. Yelah, takkanlah asek kau je nak menang, kau je yang terer kan. Skang ni aku lagi relax...tak amek pusing orang ckp pe..tak pentingkan sangat ego..dan yang penting skang aku senang redha dengan ketentuan Allah..dulu aku tak cmni, kalau apa yang aku nak tak dapat, aku akan pertikaikan dan revenge supaya aku akan dapat...ish ish melampaui batas betul ye kamu


ha dahlah itu saje cerite dari aku kali ni..entry ni takde maksud nak riak atau bangge diri ke ape, just nak berkongsi pengalaman dengan anda semua. no hard feelings ye rakan-rakan. take care !! dnt worry aku dah baik dah skng. jom jom kawan ngan aku hehe.


Thank you for reading this entry !

Tutorial : Tips memakai tudung Syria yang SUPERB!

Assalamualaikum.
Dewasa ini, email aku sering basah kerana dihujani pelbagai soalan-soalan yang menarik tertarik kaw mmg da bomb la wey. Ada suara-suara (ecece suara kaw) yang mengatakan bahawa aku pakai tudung syria nampak smart la sebab tak melekap kat dahi pastu sesuai sebab muka aku bujur dan pipi aku tak tembam. Salah tu. Siapakah gerangan yang cakap pipi aku tak tembam?? Terguris taw tak sebab pipi aku ni dah terang lagi bersuluh tembam nak mampos.



Kaw tengok ni kaw tengok ni..dah macam pinggan taw tak (-_-)


Tapi tidak apalah pipi tembam mungkin ada hikmah contohnya kalau nak tdo kat meja dalam class tu tak sakit sangat sebab pipi ni dia bertindak sebagai penebat dan pengurang friction antara tulang muka dan meja. Disebabkan muka dah bulat cam pinggan tapi nak pakai juga tdung syria, jadi harus berusaha sehabis mungkin supaya muka nampak bujur. Sapa terasa, dia patut ikot tips aku nak bagi ni hehe.....



Tips 1 : beli anak tdung kain COTTON. kerana dia selesa, serap peluh, senang dibentuk dan elastic. Siyes weyh, aku suka anak tdung syria yang cotton. Memang senang bentuk !

Tips 2 : kedekut gila, tips ke-2 pon pakai gambar yang sama...hahaha. Ok kalau anak tudung tu ketat (biasa beli2 mmg dah ketat sampai melekap kat dahi pastu keliru eh ni muka ke bola), korang jangan lupa TETAS JAHITAN KAT BHGN BELAKANG anak tudung tu. kalau korang tengok gambar kat atas, ada nampak kan aku tetas sikit. masa nak tetas tu, jangan tetas banyak-banyak, tetas sket & try. tetas sket & try smpai la korang dapat bentuk muka yang korang nak.


Tips 3 : Ha...aku tak bapa suka jenis kain macam anak tudung kat atas ni..dia licin, susah nk bentuk pastu kalau tetas dia jadi tajam gila rasa macam boleh mencederakan orang lain pulak. Kalau aku lah...bila pakai jenis yang ni, dia suka bergerak-gerak dan tak istiqamah cam kain cotton. Pastu mulala rasa tak selese.




syria cotton hitam. darkness


syria cotton purple. bengongness


syria cotton dark green. Sweetness


syria cotton pale purple marble. Ayuness.

muke tak nmpak bulat kan kan? ahakz best gle tak yah buat plastik sejeri pon muka boleh nampak kurus. anyway aku beli suma anak tudung syria on9 ja kat akedsyria.blogspot.com in case kalau korang nak tau. tapi banyak je orang len jual kat facebook aku tengok. bole la usha. ok itu saje. selamat mencuba rakan-rakan :)


Thank you for reading this entry !

Tak kesahlah kau nak cakap po yang ponting nismilan monang pialo FA 2010 !


Assalamualaikum.
Oh maaf sebenarnya mahu update lebih awal namun kerana exam jadi harus menangguhkan niat murni. Kerana exam juga, status di FB tertulis 'n9 is love, yay nogori den monang' on saturday selama berhari-hari. But hey, for those who didn't know, N9 won again yay. Isn't that cool? After winning Piala Malaysia, here we go again, with Piala FA right on the list (^___^). Seperti biase, my housemate Ema and I akan makan ayam masak lemak cili api untuk menzahirkan rasa kesyukuran kami. Comel an an hahaha.


Well, n9 menang sebab penalti actually (5)-(4). At first dorang tie, NS (1) vs KDH (1). cepatla tanye sape score for n9. CHAPIX ! ingat tak chapix? my friend chapix, ala the one whom i used to blog about before ni. omg! cam tak caye tgk muke dia kat tv1 ! Bangge siot. hahaha tetibe rase nak jadi fan member sendiri. apehal aku ni. Well chpix yang pakai but turquoise tu. encem an an. haha weyh ak pna kuar ngn die weyh. gile a ak kua ngan star. ak tak percaye.. (lelebey lak an) *___*


Chapix ni jarang dapat oppurtunity tok men dalam 1st 11. So masa final ritu, aku pon xde contact dia & didn't know that he was playing. Then si comel hafiz firdaus cakap chapix score and i was like whattt?? realyy? Excited la kan chapix score sebab bese dengar asek zaquan je score. Yang masyuk tu die kai kaki kiri tu siap berguling-guling seperti tenggiling lagi. hebat kau chapix. banggo den. :'). Den ulang-ulang video kat youtube ni sambil terharu tgk style kau yang unik tu.


Walaupun zaquan tak score that night tapi die tetap hensem mase die amek penalti tu. Muke kacak bergaye-wah-hensemnye-hensemnye.


dan dan je aku upload gambar ni. nmpak sgt batak wahahahhaha. tak pelah. member aku ni aku kenalah bangga dengan kejayaan dia. ye tak :)


ha dapat nek kete die. yay! terharu nak nanges a camni wey.


ok itu saje sari berita terkini. bai sume!
psst: picture credit to n9 futbol fanclub. aku men sebat je kat FB. sorry bro.

Thank you for reading this entry !

Contest Gagak Hitam Bergaya! rm200 untuk dimenangi

Nak join?

Syaratnya senang je.

1. Gambar anda bergaya dengan cermin mata hitam sambil memegang snek kegemaran anda. Pakaian bebas.

2. Buat gaya anda tersendiri dan jangan lupa bagi caption pada gambar. Contoh ” saya suka makan keropok!”

3. Buat satu entry khas untuk kontest ini dalam blog anda, sertakan gambar dan jangan lupa backlink ke blog porttuantanah.com.

4. Letakkan URL link kontest anda di ruangan komen entry ini.

5. Jadi follower porttuantanah.com.

6. Letakkan banner porttuantanah.com di sidebar blog anda sepanjang kontest berlangsung.


caption : in keropok kentang I trust !

Tarikh kontest bermula pada 29 Mac 2010 hingga 10 April 2010.

Hadiah pertama rm100 + ruangan khas di sidebar blog porttuantanah.com untuk mempromosikan blog anda.

Hadiah kedua rm50.

Hadiah ketiga rm30.

Hadiah saguhati x 2 rm10.

5 gambar pemenang akan dipaparkan dalam entry khas pemenang Kontest Gagak Hitam Bergaya.

Terima kasih organizer. saya harap saya menang kerana saya percaya keropok kentang dapat memberikan saya kebahagiaan. ^__^. In keropok kentang I TRUST!

Thank you for reading this entry !

Diarrhea & Pembaca yang baik hati.


Hai assalamualaikum semua. Saya sakit perut hari ni mungkin sebab makanan yang Farah beli semalam kot. Tapi Farah makan takde ape-ape pon. Saya dah pergi toilet 6kali da hari ni. korang boleh kira betapa banyak masa saya dah habiskan dalam toilet. Kalau toilet tu ade wi-fi ke lampu disco ball ke takpelah kan. Dahla toilet kat rumah ni jenis yang cangkung tu penat gile kaki ni, naik kejang semua otot. tak syok langsung. (-_-)

Saya ada keje nak settle ni tapi sebelom tu saya nak update sikitlah. Dulu blog saya tak femes pon, dan saya tak expect pon die nak femes sbb saya just anggap dia mcm virtual diary. Alah takat-takat nak bagitau hari ni buat apa, makan apa, in case kalau kawan tanya 'KAU INGAT TAK KITA MAKAN APA PADA HARI RABU JAM 6.08 PETANG TEMPOHARI'.so boleh la check kat archive blog kan sebab ada black& white proof.

Tapi makin hari traffic blog makin bertambah & ramai yang hantar saya message kat fb suroh saya tulis blog banyak2 sebab suka baca. Hati ni makinlah berbunga-bunga. Itu pasal suka sangat update blog padahal keje belambak ni a. Terima kasih anda semua. Lepas itu ada beberapa bloggers yang buat review pula pasal blog ni. Wah ini lagi tak tahan. Saya baca berkali-kali tau sebab suka sangat. hehe. lagi suka dari jumpa Zaquan Adha. Lepas baca mesti saya akan pikir. WAH MASIH WUJUD ORANG BAIK HATI MACAM NI YE, NAK REVIEW BLOG SAYA SECARA RELA :). terima kasih semua, you know i love you.


Mari kita terjah blog-blog mereka yang telah menaikkan traffic blog saya :)




* Cik Masz, Soffya & Syira terima kasih sebab bersusah payah. Saya sangat menghargai :) *


Thank you for reading this entry !

Kenderaan awam di Indonesia - Angkot

Hi semua. Aku sebenarnya tengah study. Baru buat 3 soklan tapi reference setinggi gunung huhu. Penatnye la aku menghangkat buku-buku berat, selak page by page nak cari jawapan soalan past year ni ha. Menguji kesabaran aku betol. Tapi takpe mari kita merelax-kan otak dan otot tangan dengan membuat benda yang digemari! Iaitu buat entry baru la ape lagi. (^_^)

Sebab next year aku akan pulang ke tanah air dan akan sambung praktikal di HUKM, maka mulai hari ini aku dah berjanji nak appriciate kehidupan aku kat Bandung ni. Yela sebelum ni aku asek mengomel je itu la ini la, tapi bila aku pikir-pikir balik, pasni bila aku da balik mesia, mesti aku rindu dengan bandung...tempat yang aku pernah tinggal for 3 years. Banyak kenangan aku kat sini walaupun duduk kat negara susah. Yelah kalau fly Jepun kena amek engineering aku manelah minat engineering mau jatuh tergolek dog aku ni. Pegi UK buat medic pulak, hmmm jauh api dari ayam panggang, tak layak langsung hak tuih hak tuih (ludah 2 kali menunjukkan betapa tidak layaknya aku) hahahaha, dah tu takkan nak amek course ngarot2 asalkan dapat fly kan? kang balik sini menganga takde keje. Dulu masa dapat medic UPM aku tolak sebab aku percaye bila dok oversea, tak kira negara apa sure we got so much to learn, from culture to languange to valuable experience and much more. So im trying la ni to appriciate ok ok ^___^

Sesi Mengenali Bandung !

Nilah ANGKOT ! atau nama penuh dia angkutan kota. ni public transport yang paling femes kat bandung aka indonesia. Kalau kat mesia cam rapidKL a. memang rapid die bawak sampai boleh mengancam jiwa dan raga. Teksi dan bas ada. Cuma teksi mahal & biasa tourist je guna. Kalau bas pulak, kalau nak pegi tempat jauh jauh. Kiranya ANGKOT ni public transport dlm bandar a. Dia ada banyak warna tau. Warna-warna tu menunjukkan kawasan mana dia lalu. Biasanya 1 ANGKOT untuk 1 jalan yang lurus. Maksudnya kalau ada simpang belok kanan, korang kena turun & naik ANGKOT yang khas untuk lorong belok kanan tu pulak.



Kadang-kadang korang akan terjumpa macam-macam jenis angkot. Yang bajet Pimp Ma Ride ade, yang hidup segan mati tak mau ade, yang kaler tak matching ade pokoknye macam-macam ada! Yang uniknya pasal ANGKOT ni, bila korang nak turun, kena cakap 'Kiri' baru die berenti. Kalau aku bese cakap 'Ak, kiri ak' (ak tu panggilan untuk abang dlm bhs sunda). Kalau korang cakap 'berenti' ke 'stop' ke CONFIRM die takkan berenti. Macam first time aku naik angkot dulu, aku cakap la 'berenti'. abeh aku nengok supir tu takde respon. aku lantangkan suare aku 'eh eh berenti berenti' konon cam nak bagi dia gelabah a mane tau die mengelamun ke kan, tak berenti gak. Die ni pekak ke kuda kan asal aku soh benti die taknak. Sekali ade penduduk tempatan ni kesian tengok muka aku yang cam nak nangis ni kan lantas dia tolong cakap kan 'kiri'. on the spot, si supir tu brenti. Baru aku tau! hahahaa



Sebab pintu ANGKOT ni terbuka 24jam, so sementara nak tunggu penuh tu biasa pemuzik jalanan akan datang menyanyi. Mostly semua bawak alat music sendiri a. Orang indon ni dorang power men instrument ni. Dari ke budak-budak sampai la yang tua-tua rata-rata semua reti men instrument. Sore pon boleh tahan sedap. Kang lepas dia nyanyi nanti dia hulur bekas korang boleh la sedekah seikhlasnya. Yang aku respect orang kat sini, diorang tak kedekut nak memberi sedekah.

Ah lupa plak nak cakap bese tambang ANGKOT ni rp1000 je. Unless kalau ANGKOT tu memang pergi tempat jauh-jauh so tambang lebih la. Lagi satu, kalau boleh bagi uang pas ( bagi duit tepat-tepat) sebab ada gak supir yang suka kencing..kang dia habaq mai yang dia takde uang kembalian (duit baki) dan mintak halal jeh. mau tak mau burn la duit engko. hahaha aku dah pernah kena dah.

oklah smpai sini jeh. next time aku tunjuk lagi kehidupan aku yang ala-kadar di bandung ni tau!

Orang lain dah claim awards da lame da aku baru terkial-kial sampai aku tak ingat sapa yang bagi :(


  1. Thank & link the person that gave you the award :
  2. Pass this award onto 15 blog you’ve recently discovered and think are fantastic
  3. Contact each Blogs and let them know they’ve won the award
  4. State 7 things about yourself

NO 1 : )
Thanks to Miss Fa & Miss Ika for giving me this award! Actually kan aku rasa ada lagi orang laen yang bagi award ni kat aku tapi aku lost track sebab bila aku nak bukak archive shout-box tu, die punye history sikit jeh. Meaning that, yang previous comment korang bagi tu dah ter-automatically deleted. So I can't reach out for those yang bagi...Im so sorry :( As for Miss Fa & Miss Ika, korang lucky sebab still in the archive of my shoutbox ^_^ boleh pegi blog dorang yang comel tu kat sini !
Miss Fa : http://buxxszmania.blogspot.com
Miss Ika : http://belogika.blogspot.com/

NO 2. Since aku ngah bz ngan exam sume..aku nak bagi award ni kat semua kawan-kawan yang tinggalkan comment, msg kat shoutbox & followers! baik hati kan? sebenarnye malas haha.

NO 3. Kena contact semua orang yang di tag. Hello?korang dapat award tau dari blog aku. bye *yes jimat kedit*

NO 4. 7 things about me
- tinggi 161cm, berat 44kg, pakai braces dah 11 bulan, tak suka junk food tapi suka makanan heavy, suka travel & take good pictures, berasa gembira kalau baju di ampaian kering, suke bace comments kat blog ^_^


Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri