Kenderaan awam di Indonesia - Angkot

Hi semua. Aku sebenarnya tengah study. Baru buat 3 soklan tapi reference setinggi gunung huhu. Penatnye la aku menghangkat buku-buku berat, selak page by page nak cari jawapan soalan past year ni ha. Menguji kesabaran aku betol. Tapi takpe mari kita merelax-kan otak dan otot tangan dengan membuat benda yang digemari! Iaitu buat entry baru la ape lagi. (^_^)

Sebab next year aku akan pulang ke tanah air dan akan sambung praktikal di HUKM, maka mulai hari ini aku dah berjanji nak appriciate kehidupan aku kat Bandung ni. Yela sebelum ni aku asek mengomel je itu la ini la, tapi bila aku pikir-pikir balik, pasni bila aku da balik mesia, mesti aku rindu dengan bandung...tempat yang aku pernah tinggal for 3 years. Banyak kenangan aku kat sini walaupun duduk kat negara susah. Yelah kalau fly Jepun kena amek engineering aku manelah minat engineering mau jatuh tergolek dog aku ni. Pegi UK buat medic pulak, hmmm jauh api dari ayam panggang, tak layak langsung hak tuih hak tuih (ludah 2 kali menunjukkan betapa tidak layaknya aku) hahahaha, dah tu takkan nak amek course ngarot2 asalkan dapat fly kan? kang balik sini menganga takde keje. Dulu masa dapat medic UPM aku tolak sebab aku percaye bila dok oversea, tak kira negara apa sure we got so much to learn, from culture to languange to valuable experience and much more. So im trying la ni to appriciate ok ok ^___^

Sesi Mengenali Bandung !

Nilah ANGKOT ! atau nama penuh dia angkutan kota. ni public transport yang paling femes kat bandung aka indonesia. Kalau kat mesia cam rapidKL a. memang rapid die bawak sampai boleh mengancam jiwa dan raga. Teksi dan bas ada. Cuma teksi mahal & biasa tourist je guna. Kalau bas pulak, kalau nak pegi tempat jauh jauh. Kiranya ANGKOT ni public transport dlm bandar a. Dia ada banyak warna tau. Warna-warna tu menunjukkan kawasan mana dia lalu. Biasanya 1 ANGKOT untuk 1 jalan yang lurus. Maksudnya kalau ada simpang belok kanan, korang kena turun & naik ANGKOT yang khas untuk lorong belok kanan tu pulak.



Kadang-kadang korang akan terjumpa macam-macam jenis angkot. Yang bajet Pimp Ma Ride ade, yang hidup segan mati tak mau ade, yang kaler tak matching ade pokoknye macam-macam ada! Yang uniknya pasal ANGKOT ni, bila korang nak turun, kena cakap 'Kiri' baru die berenti. Kalau aku bese cakap 'Ak, kiri ak' (ak tu panggilan untuk abang dlm bhs sunda). Kalau korang cakap 'berenti' ke 'stop' ke CONFIRM die takkan berenti. Macam first time aku naik angkot dulu, aku cakap la 'berenti'. abeh aku nengok supir tu takde respon. aku lantangkan suare aku 'eh eh berenti berenti' konon cam nak bagi dia gelabah a mane tau die mengelamun ke kan, tak berenti gak. Die ni pekak ke kuda kan asal aku soh benti die taknak. Sekali ade penduduk tempatan ni kesian tengok muka aku yang cam nak nangis ni kan lantas dia tolong cakap kan 'kiri'. on the spot, si supir tu brenti. Baru aku tau! hahahaa



Sebab pintu ANGKOT ni terbuka 24jam, so sementara nak tunggu penuh tu biasa pemuzik jalanan akan datang menyanyi. Mostly semua bawak alat music sendiri a. Orang indon ni dorang power men instrument ni. Dari ke budak-budak sampai la yang tua-tua rata-rata semua reti men instrument. Sore pon boleh tahan sedap. Kang lepas dia nyanyi nanti dia hulur bekas korang boleh la sedekah seikhlasnya. Yang aku respect orang kat sini, diorang tak kedekut nak memberi sedekah.

Ah lupa plak nak cakap bese tambang ANGKOT ni rp1000 je. Unless kalau ANGKOT tu memang pergi tempat jauh-jauh so tambang lebih la. Lagi satu, kalau boleh bagi uang pas ( bagi duit tepat-tepat) sebab ada gak supir yang suka kencing..kang dia habaq mai yang dia takde uang kembalian (duit baki) dan mintak halal jeh. mau tak mau burn la duit engko. hahaha aku dah pernah kena dah.

oklah smpai sini jeh. next time aku tunjuk lagi kehidupan aku yang ala-kadar di bandung ni tau!

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri