Bandung : Shop, Eat & Eclipse @ Ciwalk.

Assalamualaikum !


I dont know why I ended up here, uploading some pictures, and typing some words for this entry. Well yeah~ I'm now in my 3rd year which means this will be my final year, in bandung. How time passes. Hopefully, I will spend the rest of my precious time here with tons of kewl activities. I decided to start writing entries bout famous places in bandung, for my future references. I mean, nanti bila dah balik Malaysia for good, bila rindu bandung, I can still bring back the memories bila baca balik entry ni teeehee ;)


Well most of you have already seen those pictures right? Yeah, It was taken few weeks back when my girls and I went drooling for Edward & Jacob in cinema. Another reason was, MARA just banked us in RP5.2million = RM1800. Thats include our monthly allowance & annually books allowance. How cool is that? -____- veryyy cooollll.

More pictures, less talking.




Bandung is famous for its fashion statement. Cewek-cewek bandung sume hotness weyh. Even Jekartah people do their shopping here in Bandung. Bring some extra cash & walla~! You can get lots of fashionable clothes kat factory outlets. Berderet kot factory outlets kat sini. The most famous fashion street is Jalan Riau. Harga moderate. Tak mahal sangat tak murah sangat but then you can go crazy bila you hop into their factory outlets. Anyway, gambar above was taken at Sahara Factory Outlet, Jln Riau. Baru je bukak outlet ni. Thats why kitorang saje usha-usha baju kat sni ;)






Some random try-out.





Happy faces with shopping bags.





And then, we took public transport (angkot) and headed to Ciwalk. Ciwalk is abbv for Cihampelas Walk. Its a street where you can find superheros statue along the street. But what fascinates me about Ciwalk is the mall. I so love Ciwalk for their building structures! Ciwalk mall tu bukan 1 bangunan tau, dia macam banyak2 bangunan dalam satu kawasan. and yes, bangunan tersebut sgt2 cntik & kreatif ;) Tengok je KFC kat gambar atas ni.







Entrance walkway to Ciwalk.






Cuaca di bandung sangat best for shopping. Thats why, dorang punye store concept more to street boutique. Oh yes, that's the main building of the mall. Keliling dia ada cafe-cafe yang sangat unique & adorable. Harga pon adorable la kan teehee. Since bandung banyak orang kaya-kaya so barang dia pon not that cheap. Its either same harge macam kat Malaysia or even more expensive.







The Little Things She Needs ! This store sells only flats.







I told you! 2 for RP199.00 or RM70. Macam kasut cotton-on/ruby. 2 for RM60






We decided to grab the Eclipse tickets first and put our shopping lust on hold. Masa kitorang sampai cinema,the queue was like panjang gila. They had like 4 theater just for Eclipse! The cheapest ticket was Rp30k/Rm11 and the most expensive was Rp75k/Rm26 for premier room.







and yes we took the cheapest one :p





After da beli tickets, we went to stuff some food in our stomach. Selepas 2 kali tawaf, we decided to have lunch at Soho Cafe/ Little Italy NYC. They serve mostly Italian food. Their speciality is pizza yang besar macam dulang. siyes weyhhhh kagummm !!







dont even remember the name. its lyk too long.







fettuccine blablablabla. it tastes lyk carbonara but its not carbonara.







spicy bbq chicken wings.






this italian looking food is sumptious but the portion is too small.






oriental spaghetti. why on earth does it looks lyk mee goreng?






Lepas dah makan-makan semua, we went to the cinema again. Eclipse was okay. It was too simple i reckon. But hey, Edward is mine.






We went shopping until malam. Some stuff I managed to grab ;)







Its already 9pm so we decided to buy some buns @ breadtalk for midnight munching.






But then, we stopped halfway at local street vendor for dinner. Ini baru kenyang. Makan kat soho pejadah tadi tak kenyang hampeh. Perut orang melayu kan, mesti nak nasik haha.





And then I went home safely with 1 wedges, 1 flat, 1 flip-flop, 1 jeans, 4 blouses, 1 tote bag & 1 set of bangles. So in love with em! You should try to stop by at Ciwalk if you ever come to bandung. This place is nice :)

Thank you for reading this entry !

Recipe : Chocolate Pudding with vanilla sauce

Assalamualaikum !
(tulisan biru same dengan warna baju kat gambau bawah ni hehe)


Kan hari tu, saya ada buat pudding chocolate with vanilla sauce kan, jadi beberapa org telah request resepi dari saya. Senang sangat nak buat pudding ni, 10minit je pastu dah la murah & sedap especially kalau makan sejuk-sejuk lepas keluarkan dari fridge. Combination of chocolate with thick vanilla sauce melting in your mouth mmg la irresistible ;). Sebenarnya, saya makan pudding ni di rumah member nama die Sheqa. Sedap pulak, saya mintak resipi dari sheqa dan modified sikit2 ikot cite rasa saye hee.



Cara buat pudding chocolate : Saya beli instant pudding mixture. Kan ada jual dalam bentuk serbuk kan? Cepat dan murah. Hanya perlu tambah air & gula je ;) Buat apa nak susah2 larutkan agar-agar dan kacau tanpa henti sampai tangan lenguh kan? Beli instant je! Untuk pudding ni saya kurangkan gula sebab vanilla sauce sudah manis. Naseb baik saya ade beli acuan pudding ni dulu, barulah cantik sikitkan bentuk puding ni.




Cara buat vanilla sauce : Disebabkan resipi ini sheqa bagi secara verbal, maka dia tak bagi tau saya volume yang harus digunakan. Tapi seriusly dont worry, sebab nak buat vanilla sauce ni senang sangat, all you have to do is campak2 semua bahan sampai rasa dia sedap. Dia tak renyah sampai nak kena ada specific measurement semua. Bahan-bahan yang digunakan adelah, susu full cream perisa vanilla, susu pekat (disebabkan susu pekat kat sini tak berapa nak manis, jadi saya tambah gula juga), & saya juga tambah sedikit garam supaya rasa manis tu naik sikit. Lepas tu yang paling penting adelah tepung jagung (supaya die jadi thick). Masukkan semua bahan dalam periuk, guna api kecik dan masak sehingga dia jadi mcm think/kental. Lepas tu keep refrigerated. Kalau korang nak buat strawberry sauce, boleh la pakai susu full cream perisa strawberry. Senangkan?


Saya buat 2 acuan. Semalam ada tetamu datang, murah rezeki diorang sebab still ade 1 acuan left dalam fridge. Jadi saya hidangkan dorang dengan pudding ni untuk teatime. Gembire btol sbb pudding saya laku. Licin hehe. Mak selalu pesan kat saya, jangan kedekut hidang makanan untuk tetamu, sebab dorang ni bawa rezeki kat kite :). Oh ya selamat mencuba!


Thank you for reading this entry !

Syukurlah dengan rezeki Allah bagi

Hey assalamualaikum rakan dan taulan.


Hari ini hari khamis jadi aku takde kelas. Tidaklah gembira sangat sebenarnye kerana next week sudah exam. Tapi right after habis exam, aku akan pergi short vacation kat Pangandaran, Ciamis. Nak tau macam mana Pangandaran tu silalah google sendiri ye ;).


Sebenarnye aku dah lama sangat tak masak. Semenjak masuk 3rd year ni, nak pergi dapur pon susah. Ok tipu sebenarnye sebab kalau nak pergi toilet harus lalu dapur heeeee. Dulu masa 2nd year wah wah bukan main handal lagi tung tang tung tang dekat dapur. Siap buat jadual memasak, Farah hari isnin, Atin hari selasa, Ema hari rabu and yeah the cycle goes on. Jadual memasak siap ditulis dengan magic colour dan ditampal di dinding guna saletep. Bukan main comel lagi. Pastu aku ni kalau masak tak nak kalah, makan nak mewah je. Ayam masak merah, nasi lemak, ayam masak lemak cili api, kurma' ayam & my specialities ayam papik. Lepas makan, bersandar puas kat dinding sambil mengusap perut kehkeh.


Tapi entah mana silapnya, 3rd year kitorang dah jadi malas nak masak. Hari-hari after class kitorang stop by kat mane-mane dan beli something untuk dimakan. Kat rumah ni pon, barang lauk mmg takdelah. Cuma yang ada macam basic stuff lyk ikan bilis, cili kering, stok rempah ratus, cili api & telur. So kalau dah darurat sangat nak makan tu boleh la buat nasi goreng kampung hahaha kesian x. Tapi skang pon nafsu makan macam dah kurang, dinner pon kadang-kadang makan simple2 je macam benjo or scramble egg dengan campbell soup. At times, bila terbayang family kat mesia makan, tetibe rasa sayu sebab rasa macam miskin merempat kat sni sbb makan tak cukup T_T


Ayah sebenarnya tak suka aku masak-masak ni sebab dia takut aku ni membazir masa(sebab kat mesia aku ni suka sangat memasak sampai berejam2) haha comel comel..die tak kasi aku basuh baju jugak..siap nak amekkan orang gaji supaya aku tak yah wat pape keje rumah hee..tapi bukan nak cakap apalah, aku suka apa idop independent camni. Baju sume aku basuh sendiri, tak pakai laundry pon. Masak sendiri jugak. At least kalau dah biasa buat-buat benda cmni, t nak kawen senang haha sebab dah biasa kan. Bagus jugak senanye dok lua negara ni sebabnye korang akan jadi lebih independent. Dari benda kecik-kecik sampai la benda besar gedabak suma kene settlekan sendri. Masa tulah kena latih otak supaya critical thinking agar tak kene tipu or buat wrong decision kan.





aku la tu. ade jerawat. sapa yang cakap kulit aku flawless tu? mmg saja ja kan...




hari ini ada rezeki lebih sikit, jadi aku pon buatlah chocolate pudding with vanilla sauce..mmg ummpph beb. tapi presentation tak berapa cool sebab dok umah sewe je kan, mane ade pinggan cantik nak serve haha.




sambal ada dalam freezer tak panaskan lagi. sambal tu pon mak syazana yang bagi dari mesia. disebabkan lapar yang amat sangat, setelah berkira-kira dengan bahan yang seciput kat dapur ni, aku pon buatlah nasi lemak.




naseb baek terjumpa santan dalam kabinet. boleh la buat nasi lemak kan :) syukur alhamdullilah..kenyang jgk perut aku ni..




oh ya semalam, Tety (member kitorang yang merupakan orang kuat PKPMI) bagi 1 envelope kat aku tau. Dia kate, nah ni untuk korang bertiga, ikhlas dari Tabung Kebajikan PKPMI :). Aku pon tak tau sebab apa PKPMI bagi kitorang duet ni hee...adekah dorang sudah mendapat tahu yang kitorang tak cukup makan kat ghumah? agaga hee tapi aku rasa la kan dorang bagi sebab umah kitorang selalu banjir a. Ala macam tabung bencana kot hehe. Tak sangka pulak ade orang nak bagi kitorang wet hee...sukenye sukenye baiknye hati PKPMI ! Maceh byk bykkk diatas sumbangan anda semua! Syukurla kan rezeki yang tak disangka-sangka. Oh ya PKPMI = Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia Di Indonesia.



Muka gembire sebab dapat duet hee...nanti nak lunch kat The Luxton lah. Jgn bagitau PKPMI tau hikhik.


Thank you for reading this entry !

Saya mahu update blog tapi dibelenggu rasa bersalah kerana exam tinggal lagi seminggu je sedangkan diri ini masih termangu-mangu...TAPI

.....kan dah terupdate blog wuwuwu....*rase bersalah rase bersalah*




Ok la alang-alang dah terlanjur kata tu ada baiknye aku teruskan je niat untuk update blog ni (cover baik punye he...). takde apa nak cakapla kat korang kali ini, just nak ingatkan yang aku exam 26-31 Julai 2010. so, apa lagi, ingat daku dalam doamu :').

oh ya, dulu-dulu masa korang SPM kan, (kenapa SPM, sebab dulu masa kecik2 menganggap SPM adelah penentu masa depan dan ajal maut, kalau tak dapat score SPM pasti rasa malu dan ingin mati dan berharap tak akan jumpa lagi rakan-rakan se-batch yang dapat result gempak, nehi nehi! not ever! ). over seh orang pompuan kalau bercerita, suke je menyimpang dari jalan yang lurus -_-. ha aku senanye nak cakap je, masa SPM dulu, biase kan trend, salam-salam cikgu minta ampun minta berkat sume la. Yang mana dulu keje menganjeng cikgu pon boleh nangis-nangis minta maaf sebab takut ilmu yang dibelajarnye tu tak berkat kan. Tak lupe jugak la yang bermaaf-maafan dengan member-member. Peluk nangis tak mau kalah. Mintak halal ilmu, makan minum sume la..kot kot selama dok asrama tu terKEBAS maggi membe ke..susu dutchlady membe ke..tak pon biskut HUP SENG membe ke kan hehehe..padahal kau memang sengaje kebas pon hehe...rindu plak zaman asrama dulu.......


ok ok back to the story, so kini exam datang lagi, aku ingat nak bring back the old memories la.. hee so kat sini aku nak mintak maaf la eh kat membe-membe fb, fs & blog yang disayangi.. diatas tingkah laku & bahasa aku yang kadang-kadang tak menentu ibarat misae mak shin chan kiki *pipi merah*.. mintak maaf jugak kepada sesiapa yang aku tak reply msg/comment eh..bukan sombong cuma tak tertanggung hehe...bz la sket dengan masa depan..masa tidur....masa berjoli dengan rakan-rakan bandung...alamak tercakap pulak.. apepon just nak gtau yang i appreciate it much!


lepas tu, nak mintak maaf jugak kepada mereka-mereka yang diluar sana yang anti-legging di tempat awam teehee.. mintak maaf eh kerana telah menspoilkan hari anda tatkala anda tertengok gambar saye kai legging di tempat awam. itu first tyme pakai tu, ingat macam okay sebab nampak ramai awek bertudung pakai legging. little that i know yang ramai tak boleh terime. bagus jugak korang ni sebab concern pasal saya kan ;) time kasih kerana menegur benda yang tak baik dekat diri saya, at least i can get rid of it right away ! thanks again! tapi kepada yang menegur dengan kata-kata kesat tu ibarat macam kau sorang masuk syurga orang len masuk neraka, just to remind you, keep it to yourself you psycho! jangan ingat kau sorang je ada mulut yang berapi, wa punye pengetahuan dalam bahasa-bahasa kesat ini pon boleh tahan jugak. jangan nak lempaq batu pastu sorok tangan. ada bran jumpa kat sempang petang ni kol 5 a der !! <----- baru je mintak maaf dah ajak gaduh balik haha :')


ok kembali tenang. untuk menyejukkan hati korang (sebenarnye hati aku yang membara) hee aku da siap uploadkan gambar-gambar aku yang sopan, ayu dan berpakaian tradisional. harap-harap lepas korang tengok gambar ni, korang stil nak kawan ngan aku hikhik. ok tak taktik aku kali ni?




berbaju kurung (SAMBIL MEMBAWA GITAR)



kebaya longgar... (emphasize : longgar)




berjubah BESAR (capslock : besar)



ade tak rasa macam ' sejuknye hati tengok budak ni.....bila boleh saya masuk meminang anak makcik'

.
.
.
.
.



ok main-main je.

Thank you for reading this entry !

Hari khamis yang sepatutnya membawa kebahagian telah membawa kemusnahan

Hi assalamualaikum assalamualaikum ( dua kali bagi salam tandanya tengah geram).


Ha kawan-kawan, terkejut tak terkejut tak aku update lagi hari ni? Aku update kali ini bukan lah sebab nak share sesuatu yang menggembirakan dengan korang, sebaliknya aku nak berkongsi kesedihan yang melanda diri ini wuwuwuwuwu. Aku tengah emosi ni jadi haruslah menaip dengan pantas dan laju sejajar dengan kemarahan.


Setiap hari khamis, memang aku takde kelas. Sebab dalam jadual memang macam tu. Jadi setiap malam rabu, pasti terlupa dan menyamakan hari rabu macam hari jumaat. Perasaan gembira bukan main kepalang, rasa nak buat headspin dan menakutkan anak jiran. Tapi tapi tapi tapi tapi. Semalam tak dapat nak berbuat demikian sebab hari khamis iaitu hari ini, ada kelas ganti. ^^%%$$$#$&&** !! Pukul 8-9. eceh 1 jam je pon. TaPI TAPI tapi (tulisan pelbagai saiz menunjukkan perasaan tegas), selepas itu ada study group pule T-T.



Selepas berangan dari pukul 8-9 pgi, kelas pon tamat. Maka berlari anaklah aku ke bilik tutorial untuk study group. Sewaktu sedang kusyuk mencuri ilmu kengkawan tetibe guruh berdentum. Gile kentang bhai. Aku cemas, lantas menggigit jari untuk menguatkan hujahku lagi. Lepas tu hujan bercucuran jatuh macam cucur udang bukan cucur chocolate adabi yuuuks tak sedap tu. Lebat dia toksah cakap lah, kalah karam singh walia yang suka cakap lebat. Aku pelik la kan asal ujan ni, sebab Bandung skang ni bukan musim ujan pon. Cuaca bandung ni lain dari Malaysia, dia kalo ujan, ada bulan-bulan tetentu. Bukan hujan ikot sedap je macam kat Malaysia.


Nak dekat kol 1 camtu, aku pon ingat nak baliklah, nak landing atas katil sambil makan kudap-kudapan oh bahagianya! Nak nak ujan kan...memang tak ah ... Aku pon balik la sorang sendri, first pegi isi minyak dulu sebab minyak kete aku ni menyala dah 4 hari. Kang mati enjin naya aku ni...malu la nak tolak kete pakai high heel (-_-). Lepas dah settle sume, aku pon pegilah top up dan makan bakso kat tepi jalan. Murah je rp6000= rm2.40 camtulah. Aku makan sensorang je la kan sebab semua housemate ada haluan masing-masing. Masa makan tu aku dah rasa ngantok yang amat sangat, memang tak sabar la nak balik ghumah nak landing sehabis baik! On the way nak pegi dekat kete tu, aku pon singgah beli cupcorn. Ha cupcorn bandung ni special beb. Tak men a cupcorn standard. Cupcorn kat bandung ni ibarat proton saga 1.3 pakai body kit lancer tuuu ngeh2.



Cupcorn edisi bandung. corn + susu + cheese = rp 3500 / rm 1.40! Handal tak handal? Memang excited betol aku nak makan bendaalah ni kat ghumah sambil landing atas katil nanti weee! Dalam kete on the way nak balik ghumah, aku sanggup tahan nafsu tak makan sesuap pon cupcorn sebab nak rasmi kat atas katil punya pasal. punyalah.....



Dah sampai ghumah, dah parking kete lawa-lawa, aku pon bukak pintu ghumah dan memanggil dak chubbs dengan nada yang amat manja hikhik :p Sekali ....................................




UMAH BANJIRRR ?????????



Kaget aku ghumah ni peno ngan air. Patot a luar umah aku die punya basah len macam. Cis. Aku usha-usha la barang-barang electronic aku macam tv plasma 42", home theater set, iphone 4, Nikon D90 & ketuhar gelombang micro. Ok tipu je aku mana ada semua tu hahahhaha, ghumah ni sofa pon takde, apetah lagi iphone 4, tv jadah sume tu. Betapa fakirnye aku wuwuuwuwu. Mesti mak aku sedih kalau die dengar ni. Anyway, buku aku ade yang basah, semalam aku study kat lantai tak sempatla nak kemas balik kan, so kesian buku aku wuwuwuu..


Aku memang dah kecewe tahap tangkap leleh punye. Aku dah la penat ni..balik ghumah nak rehat...tengok2 umah banjir...punyela kotor rumah ni. rumpai rampai alga hijau lumut suma pon ada dlm ghumah ni. Ntah mana datang ntah. Aku pon tepon bibik yang slalu datang bersihkan ghumah kitorang ni..


aku : helo, bik di mana ajah. bisa ga dateng sekarang, soalnya rumahnya kebanjiran bik!
bik : neng, maaf ga bisa. bik di daerah ciwidey nih, lagi liburan wisata sama keluarga. besok ajah ya neng *wink wink*


.................... hari ni kan hari khamis...kenapalah bibik aku ni pergi holiday pulak dengan family die...pegi gunung berapi lak tu..handal ko ye bik...lain kali pegi la holiday hari ahad ke sabtu ke. Time-time camnila ko nak g holiday kan..saje je kan ko bik...takpe takpe..ada ubi ada nasi kepal, nanti aku bagi balasan setimpal!



Sebab bibik pedajal aku...maka aku pon jadilah bibik secara automaticnya...penat weyh penat...nak angkut buku-buku keringkan, basuh baju kotor yang dah lencun kene banjir, ganti cadar, cuci, mop lantai semualah...baru ingat nak landing wuwuwuw...cupcorn aku pon aku tak pegang-pegang dari tadi..ni bukanlah kali pertama ghumah aku banjir, dah 4-5 kali kot sampai aku dah lali dah. Lek je. Dulu lagi la terok, masa exam kot huhu. Tapi takpelah bak kate orang, alah bisa tegal biasa, sape yang dah biase die mmg power. eceh tokok tambah pulak aku ni :p. Ha aku de rahsia nak bagitau korang ni before aku g jemur baju. Tadikan aku nak mop lantai, skali floor cleaner dah habis. Nak pakai sabun basuh baju, nanti licin, takkan nak pakai sabun basuh pinggan, bankrupt la. Pastu aku nampak bende ni..........hee bedal je lah. Yang penting kau ada anti-bacteria element.













Skang ni bilik aku bau macam bau jamban yang baru dibersihkan.........


Thank you for reading this entry !

Hewan peliharaan yang merangkap kawan baik & chocolate mahal yang ditumbuhi fungus.

Hai assalamualaikum!

Hey adakah semuanya sihat? Yakni aku baru balik dari kelas ni. Letih tu memang la letih tapi memandangkan blog ni tak terupdate dah berhari-hari maka ku gagahkan jua lah tulang empat kerat aku ni untuk menaip. <------- eceh ayat pancing siak! hahaha aku tak mintak lebih la dari korang, cuma aku harap kalau-kalau iklan nuffnang tu kua, apa kata korang bersedekah la kat aku sesen due kan, tak rugi doe....hee..click la iklan nuffnang tu jgn tak click okeyh! *wink wink*

Hari ni aku nak cite la pasal hewan-hewan yang ada kat ghumah aku ni. Dorang ni sume memang kamceng gile la kan ngan aku. Stakat men guli petang-petang same-same ape ade hal. Tdo pon sesame. Lipat baju pon sesame (aku lipat dorang tengok je la). Tapi makan jangan arap a nak sesame. Menu kat rumah ni adalah according to species basis. Makanan manusia takleh share ngan hewan ok. Aku nak makan pon tak cukup apetah lagi nak share dengan engkau. Takde takde jangan arap la wei ( sambil meludah ke tepi tanda gangster ) T_T



Kawan baik pertama : Chubbs! (nampak tanda seru tu, harus panggil dengan tegas)
Species : Kucen meow-meow
Makanan : Friskies
Chubbs ni memang otai habis. Muka dia macam gangster sket sebab kuceng spesis kaya-kaya ni muka dorang sentiasa ketat & macho. Konon cool ah. Dia ni suka kua malam, cari awek la tu :p Nanti kang subuh-subuh sepie tu kang dia balik. Dah ready dah tunggu depan pintu nak masuk ghumah tok breakfast. Dia ni kalau makan memang tertib. Tak men a glojoh-glojoh tumpah sana sini. Walaupon tak makan kat meja tapi table manners dia memang tiptop.




Muka dia memang ganas pastu cam xde prasaan. Tapi dalam hati siapalah yang tahu kan? eceh..jiwangsss pule u ollz ni hikhik :'). Dia ni manje senanye, suke kiss-kiss aku, gigit2 bibir aku..mane tak dak apis jeles. hahaha. Ni bila aku online, mula la die panjat nek kat paha, pastu gesel2 muka dia kat muka aku...muka dah la berbulu..cheh...eh adeke kucen muka xberbulu? hahahahhaahh. Pastu yang comel sal dak chubbs ni, dia suka gesel2 kalau aku tengah zikir lepas solat. Alamak tercakap pulak...adoi kantoi la berzikir lepas solat...cmne ni..nanti orang igt aku ni riak pulak..takpela takpelah senyap-senyap je la..anggapla korang tak pena baca k.... sedihnye.......cmna boleh terlepas cakap ni....




Kawan baik ke 2 : Rebit adik pandai (sebenanye takde nama lg, aku yang suka hati panggil die rabit adik pandai sebab muka dia macam adik & dia pandai sebab bila org panggil dia, dia toleh. oh ya rabit adik pandai yang warne brown tu tau.
Species : Rabbit
Makanan : Tumbuhan malar ijau. Kadang-kadang kalau farah teringat nak beli makanan die, barulah die dapat makan makanan mewah macam kobis.





Kawan baik ke 3 : Rebit abang tak pandai. obviously la sebab muka die macam abang-abang & dia tak pandai macam si adik tu sebab die punya public relation dengan aku sangatlah lemah.
Spesis : Rabbit
Makanan : sama macam makanan dak adik.





Mari kita ajar rebit adik gymrama! stretch that body bebeh :p Ha senanye kan, dak adik & dak abang ni pendatang baru kat ghumah ni. Sebab tu la dak chubbs macam tak layan dorang sangat. Rivalry la kot. Dorang masing-masing berebut-rebut untuk mendapatkan kasih sayang dari seorang gadis yang bernama fatin liyana..... aduhh bikin gue pusing nich!





Aku tak bape nak rapat dengan rabbit ni. Bese aku lepak2 ngan dak chubbs je. Kitorang memang cam besties gile la. Rase macam nak cakap kat dak chubbs, Bestfriends Forever BFF awwwww! (-_-). Ngeh ngeh actually before this pon, kitorang de rabbit name die rebit abang jugak. Muka die mmg sebijik la macam rebit abg yang sekarang ni cuma rebit abg yang dulu tu telinga dia ade 1 je sbb kena makan dengan kucen jalanan. Sobs. Tapi rebit abg tu dah mati sebab hypothermia. Memang farah ngan aku meratapi la kematian rebit abg wuwuwuwuwu...
Farah bajet macam rebit abg yg dulu tu dah tak boleh dicari gantila..sekali masa die pegi Paun ritu untuk beli rebit lain, ha amek kau, berpuluh-puluh rebit yang sebijik muke rebit abg hahaha.......



*******************************




Cerita lain. Masa bulan bapa 3 ke 4 ritu, aku ada shopping kat MNG. Masa tu ade launching of spring collections. Saje jelah gatai kaki masuk boutique tu sbb poket ngah kembung, yelah duet mara dah masuk hikhik :p keluar dari MNG terus jadi miskin hina wuwuwuwu.... anyway, sebab launching tu, dorang pon bagilah MNG chocolate untuk the early birds. Kira aku antara manusia bertuah la sebab dapat chocolate tu kan...masa tu terharu toksah cakapla. Kalau boleh bagi speech memang aku dah bagi speech dah nak menunjukkan betapa aku terharunya..Ha chocolate tu memang exclusive, die wrapped dalam MNG box lagi you.




Tapi kan! Aku boleh pulak terlupa mana aku campak chocolate tu wuwuwuwuwu. Sekali tadi aku terjumpa dah..dalam handbag banyak2 tu belakang pintu.........................setelah berbulan-bulan lamanya. Pssstttt bukan gambar kabur ye tapi chocolate dah ditumbuhi fungus. Nasib baik bukan cendawan hutan ke paku pakis ke....


Emosi a camni. Bye nak pegi tenangkan perasaan dengan dak chubbs.


pssst : primary FB account da reached its max. for those yang add tp fail tu jgn sedih eh...kte da buat page. bole la like like :P at least dpt jgk la comment2 kan. hee thank u for those yang dah add ! and zillions thank you for those yang baca blog cikai kite ni :) tk cre people!
Link : http://www.facebook.com/pages/I-3-Fatin-Liyanas-honeykoyukiblogspotcom-/110797385636210?ref=ts

Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri