Memang saya ni lain sikit.

Assalamualaikum

Sebenarnya aku sedar yang aku ada satu perangai pelik. Aku suka sesuatu yang lain dari orang lain. Be different from the other orang kata. Sebab tu aku selalu berselilisih pendapat dengan orang lain. Kalau boleh gaduh, aku gaduh weyh. Asalkan hati aku puas wahaha!

Itu salah satu sebab aku buat blog juga. Pada zaman aku start blogging, tak ramai pon blogger. Pada zaman itu, facebook tengah in. Wah kemahen semua orang dok menggila meng-stalk kehidupan orang lain. Aku pulak takda facebook sebab aku sibuk blogging pasal kehidupan sendiri. Obses dengan life sendiri. Pada masa itu, idola aku adalah diri aku sendiri. Terima kasih otak diatas pujianmu itu hikhik.

Aku pon suka membeli benda merapu-rapu. Ketika bersiar-siar aku tidak suka shopping tetapi suka melihat perabot (tapi tak beli) dan pergi ke bahagian perkakas rumah untuk melihat pinggan mangkuk dan tupperware. Selain itu, pergi ke Daiso selama 2 jam (setiap visit) adalah kemestian!


Kenalkan kucing kuning kite (4K). Aku tak suka beli baju, tapi suka beli benda-benda gini. Bagus kucing ini kerana masalah earphone terbelit sudah tiada lagi. Meow~!

Masa tu tengah makan nasi lemak dekat kedai mamak sensorang. Ada meeting dengan research mates pukul 10 pagi. Masih ada 30 minit sebelum jam menunjukkan pukul 10. Aku pergilah ke kedai runcit disebelah kedai mamak itu dan ternampak sticker diamond ini. RM1 je pon. Sementara menunggu pukul 10, aku pon menghias external hardisk ini dengan sticker tersebut. Shine bright like a diamond sangat!

Sewaktu ternampak headphone ini, terus hati ini memberontak untuk membelinya. Tidakkah kamu berasa coraknya seperti corak baju kurung cotton? Mana boleh tak beli, mesti beli. Mesti beli.


Pada satu hari tu, aku sedang bergayut di telefon. Wah rancak sangat berbualnya sehingga tidak sedar sudah sampai Tesco. Turun kereta, ambil bakul dan memilih sayuran. (Sambil bergayut telefon) Mencece bagaikan tak hengat donia, lupa pula untuk melihat keadaan sekeliling. Kemudian nak dekat dekat penghujung cerita, baru perasan orang dok pandang aku pelik. Tidak, aku tak pakai baju terbalik. Tudung pon syria je, bukan turban 2 lapis Yuna ataupun yang ada brooch ditengah seperti Ziela Jalil. Whats wrong with you people!

Lepas seketika baru sedar yang aku bergayut pakai pop-phone...patutlah orang pandang pelik. Dah kenapa bawak ganggang tepon pegi Tesco. Pasti orang berfikir, adakah ini sejenis defense mechanism dimana si polan berpura pura bercakap telefon kerana segan keluar shopping di Tesco seorang diri :'(


Well hello, i'm not the only one here :P

since ramai tanya beli pop phone kat mana, aku beli kat hong kong itu hari. Tapi dengarnya dekat low yat juga ada. Silalah ye!

Thank you for reading this entry !

So dengar cerita ada website baru?

Assalamualaikum


Orang kata, blogger ni kerja dia samalah macam media, iaitu menyampaikan informasi kepada orang ramai. Cuma bagi aku, blogger lagi best sebab tulisannya berbentuk informal atau orang kata, lebih bersahaja dan sempoi. Well, haruslah up kan diri sendiri miahaha.

So kali ini, aku nak bawakan korang satu info daripada FARMASI COLOR COSMETIC (FCC) yang dah banyak kali aku paparkan dalam blog ini. Klik sini dan sini untuk lihat entry terdahulu yang meletops itu.

Siapa tak kenal FCC, koleksi makeup halal dari Istanbul yang cukup terkenal dengan harganya yang berpatutan. Kali ini aku tak nak buat produk review, sebab mesti korang dah jelak tengok muka aku *dah kenapa touching sendiri..

Hari ini aku nak perkenalkan korang dengan website baru FCC! Kalau dulu FCC hanya ada Facebook kan, kali ini FCC dah ada website sendiri tau. Jom kita mengusha, jom kita mengusha, jom *ikut rentak lagu jom kita mengundi PRU13

www.fcc.net.my. Jom kita usha apa yang ada dalam website ini ;)


Ada orang kata, dia taktau apakah koleksi FCC yang dijual..dont worry my bebeh, ko datang je website FCC, depa ada sediakan semua info tentang produk FCC. Make up? Perfume? Semua ada.


Dan soalan paling lazim..KATNE EK NAK BELI PRODUK FCC NI..TAK JUMPA PON KAK PATIN...Ha korang datang je website FCC, click STORES. Nah amekkau belambak list rangkaian outlets FCC di seluruh Malaysia. Carilah outlets yang terdekat dengan rumah korang dan pergilah dikau meniti kebahagiaan =')


Di dalam hati ini penuh dengan tanda tanya..bak kata omputih kemusykilan membunuh kucing..bolehkah jika saya mahu mengetahui sedikit sebanyak tentang FCC? BOLEH KO CLICK JE FAQ OK.

Banyak lagi yang ada dalam website ni, tutorial make up pon ada. Korang pergi tengok sendiri ya! Memang sangat syok dan informative ;) Habis pasal website, kali ini kita akan berpindah kepada instagram pula. Ehem!



Jangan lupa follow #FCCMALAYSIA jugak ok. Jangan terlepas sebarang update pon tau. Almaklumlah, FCC ni suka buat event & contest!



Last but not least, aku nak tanya, ada tak kakak-kakak yang berminat nak buat bisnes dengan FCC? Jadi pengedar orang kata. Sebabnya FCC ada menyediakan package bisnes untuk semua. Tak kiralah university students, yang dah bekerja ataupun yang dah ada bisnes sendiri. Boleh buat income lebih uolls, nak nak raya ni kan, haruslah semua nak baru.So kena ada extra money la nak beli kasut baru, baju baru, langsir baru dan apa-apa yang baru. Jadi start la bisnes dari sekarang!!!


Apa-apa pon, layari www.fcc.net.my untuk segala info tentang produk FCC mahupun business opportunity. Sekarang ni senang, semuanya di hujung jari khen...Oklah nak patah hujung jari i menaip. Xoxo Publish! *Eh, istanbul aku datang sangat.



Peace yaw ! ( Cara mudah mengundurkan diri tanpa berkata byebye )


Thank you for reading this entry !

A Step-by-Step Guide to Shop at Hansaegee !


Assalamualaikum =)

Ingat lagi product Hansaegee dari Korea yang pernah aku paparkan sebelum ini? Click entry ini atau ini to referesh your memory if you got amnesia hehe. Ramai yang bertanya macam mana nak beli product-product ini di website Hansaegee :)


Baiklah kak Patin (yang sedang memakai Sulfur Blackhead Suction Nose Pack) akan tunjukkan step-by-step guide cemana caranya untuk membeli belah di website Hansaegee!

Website Hansaegee sangatlah mudah dan user friendly. Mari kita mulakan.
  1.             Type http://hansaegee.com/shop/ dalam URL box anda. Sudah? Bagus!


2. Click LOG IN.


3. Buat pelanggan kali pertama (first time buyer), sila click CREATE AN ACCOUNT. Isi data peribadi anda dan click button continue. Aku tidak tunjuk step itu kerana takut korang curi personal details aku muahaha. Haruslah perasan tak tentu pasal ok


4. Setelah selesai mengisi data, anda sudah boleh mula shopping. Sila pilih product yang anda mahu. Saya mahu beli make up jadi saya pilih Vacci Luxe Collection.


5. Pilih kak pilihhh. Click ADD TO CART untuk product yang berkenan di hati.


6. Setelah membuat pilihan, sila DOUBLE CHECK ORDER anda di Shopping Cart.


7. Setelah berpuas hati, sila click PROCEED TO CHECKOUT.


8. Lengkapkan steps seterusnya. Tekan sahaja continue sehinggalah anda sampai ke steps yang terakhir iaitu step 5 (Order review). Kemudian, tekan ‘Place Order’ untuk submit order. Anda akan dapat email mengandungi confirmation order serta payment details dari Hansaegee Nature.

9. Selepas membuat bayaran, anda boleh email Hansaegee atau isikan order number/slip number anda di Payment Transaction Slip di hansaegee.com/shop/payment-transaction-slip


10. Kemudian tunggu sajalah parcel anda untuk tiba di rumah secepat 2 hari, bergantung kepada tempat tinggal anda ;) Senangkan?


Sementara buat tutorial tadi, black head iolls dah pon diekstrak dengan rakusnya menggunakan nose pack. Lepas tu iolls sapukan Pore Stamping Serum untuk kecilkan pori yang dah terbuka semasa extraction tadi. Memang best, tiada bintik bintik hitam lagi.

Jadi diharapkan, anda telah mendapat satu ilmu daripada entri ini. Senang kan? Kalau ada sebarang soalan boleh rujuk terus kepada http://www.hansaegee.com/faq/. Jangan tanya iolls..motip sangat khen.

Oh ya, nanti aku tunjuk apa aku beli untuk next entry ye. Jangan lupa layari http://hansaegee.com/shop/ untuk pengalaman membeli belah yang menakjubkan. Heh over sangat tau.



Thank you for reading this entry !

So I heard you got Instagram?

Hello & Assalamualaikum

Yeah I do. Follow me if you care enough to know how I rock my dull life =)




Oh yeah, hope you don't promote your business in my page. Its my private space not an advert column. Come on, pay some respect ok? :) Thanks a bunch peeps !


Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri