Assalamualaikum
Hai uolls! Korang merindui blog ini tak? Ada baiknya jikalau korang berkata ya untuk mengelakkan hakak paten frust hahaha. Oklah meh sini nak cerita. Aku kan ada akak angkat, namanya Kak Liza. Kak Liza ni duduk Bukit Jelutong. Kira jauhla dari aku, sebab aku dekat Cheras. Bila jumpa, selalunya Kak Liza yang datang Cheras. Kekadang nak ajak dia pergi memana pon serba salah sebab jauhkan.
Nak dijadikan cerita, kebetulan Aishah Radhiah Beauty & Spa dah buka cawangan ke-2 di Shah Alam. Shah Alam dekat gila kot dengan Bukit Jelutong. Aku pon memang dah lama berniat nak ajak Kak Liza pegi urut badan. So memang cantik sangatlah tu =)
Kalau korang masih ingat, aku pernah pergi Aishah Radhiah Beauty & Spa ni tahun lepas. Tapi aku pergi yang cawangan pertama punya, terletak di Bangi, Seksyen 8. Syok gila kot! Boleh baca entry aku yang lepas DI SINI.
Aishah Radhiah Beauty & Spa ini terletak di Seksyen 9, Shah Alam. Betul-betul sebelah Plaza Masalam. Memang senang sangat nak cari. Landmark dia, dekat-dekat dengan Mcdonald dengan kedai lampu Trust. Kedai dia di dekat tingkat 3. Tapi jangan risau. Ada lift hehe.
Kami disambut dengan deruan air fountain yang menenangkan. Ditambah pula dengan alunan muzik bali...haih belum apa apa lagi iolls dah mengantuk..
Suka interior spa ni, cantik kan ! Kami dijemput untuk duduk dan pilih perkhidmatan/pakej yang disediakan di spa ini. Staff dia sangatlah ramah dan helpful. Dia explain satu satu apa jenis perkhidmatan yang disediakan disini =)
Ni perkhidmatan yang disediakan secara ala-carte. Ada facial, ada body treatment. Kalau nak pakej pon dorang ada jugak. Ada Pakej Bidadari, Permaisuri dan Ratu. Korang boleh baca website dorang untuk tahu lebih lanjut. Harga memang ekonomi dan berbaloi dengan servis yang disediakan!
Macam biasa, kena pakai kain sarung ni :)
Masseuse tu punya urutan memang berasa, sampai aku kena suruh dia kurangkan sebab kuat nau haha..Tapi memang sedap, dapat pula otot aku ni memang tengah sengal..lega sangat! Patotlah datin datin suka pergi spa ye?
Selingan. Ni sauna room, aku saje je tangkap gambar..setiap kali masuk dalam ni, aku teringat kat neraka haha..
Lepas badan kami diurut, kami buat scrub. Habis massuse tu lumur badan kami dengan chocolate scrub. Kemain teliti dia menyental ya..segan pulak iols! Dan haruslah semua daki daki terkeluar. Kulit jadi halus gila ya lepas scrub..boleh lawan kulit Nadrah. Dah kenapa nak lawan dengan baby hahaha... Lepas itu kami mandi di bathroom yang disediakan =)
Otw nak pergi bathroom tu, nampak bathtub ni. Wahhh cantik sangat! Boleh feeling-feeling puteri raja sambil mengkocak-kocak air. Kalau you all ambik perkhidmatan milkbath atau pakej, dapatlah you all berendam dalam bathtub yang dipenuhi dengan susu panas!
Boleh juga mencece sambil berendam ok!
Lepas dah feeling fresh, kami dibawa ke facial room. Ada 3 bed disini, so at one time, boleh buat 3 orang sekali. Masa dia buat facial itu, lampu akan ditutup juga, cuma ditinggalkan lampu kat machine facial itu je. So pokoknya korang memang akan tertidur most of the time haha..
Aku suka sangatlah dengan perkhidmatan facial dia. Kulit aku ni a bit sensitive dan nipis. So bila process steam & extraction tu selalunya menyakitkan. I just hate that part. But surprisingly, beautician tu buat tak sakit langsung! Dia siap noticed yang aku ada sensitive skin dan dia bagi reassurerance untuk buat gently. Kulit muka memang jadi glowing ek lepas buat facial? Aku perasankan, white head takde pastu kulit macam gebu sikit.. Tapi maintenance kena buat 2 weekly kalau nak maintain cantik hahaha..nangis
Lepas dah tamat semuanya, kami dihidangkan dengan air halia panas. Walaupun aku tak pernah suka halia tapi sedap pulak aku minum time tu..maybe sebab ada muzik bali kot, rasa macam matching gitu hahaha.
Amboi kak Liza, pinkish sangat muka uolls lepas buat facial. Kami memang puas hati dengan perkhidmatan spa ni. Urutan memang berasa, scrub dibuat dengan teliti dan facial pon dibuat dengan sangat gentle & passionate.
Masseuse/beautician aku tu namanya Ain. Memang bagus budaknya. Sopan, rajin buka mulut dan buat kerja bersungguh-sungguh. Salah satu sebab aku nak datang lagi adalah disebabkan dia =) Dia bertugas di cawangan Bangi, tapi kebetulan on that day dia ada di Shah Alam pula.
Yang pakai shawl tulah Ain. Nampak je kecik, tapi teknik urut dia memang first class. Kawan sebelah dia tu yang urut kak Liza. So aku tak berapa tau sangat hehe. Owner Spa ni seorang perempuan melayu, pekerjanya semua perempuan melayu juga =)
Kalau korang berminat nak pergi juga, ini aku sediakan contact details :
Aishah Radhiah Beauty & Spa
Website : http://aishahradhiah-spa.blogspot.com/
Alamat 1 : No 31-D, Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F, Seksyen 9, Shah Alam
(03-58806925)
(03-58806925)
Alamat II : No 1-11, Jalan 8/35, Seri Bangi Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi
(03-89221598)
(03-89221598)
Opening hour : Isnin - Ahad, 10 am - 6 pm
*Kalau takut penuh, boleh call for appoinment*