Macam mana kucing kita boleh dapat nama

Assalamualaikum


If you are one of my Instagram follower (@fatinliyanaasri), you should know that I have a cat called Aminyo. Well, besides Aminyo, I have another cats called Mochichit, Simba, Reva & Diun. Most of the time I only talk about Aminyo in my social network. Bukanlah pilih kasih hehe. But its because I adopted her & take care of her since she was only 3 weeks old. So bonding tu lebih kuat orang kata =)

Hari ni nak cerita macam mana boleh dapat nama kucing-kucing tersebut. Aku mempunyai masalah yang besar sangat bila nak bagi kucing nama. Sebab aku tak creative kan, jadi idea tu macam tak datang-datang. Aku tak suka la bagi kucing nama cam 'Si tompok, Si comel, Si putih' blerghh bosan. Haha sorry jangan offended please kalau uolls ada nama kucing seperti yang disebutkan diatas :P. Anyway, pernah satu tahap, aku siap buka buku 'Nama-nama pilihan Islam untuk bayi'.... sewel agaknya... apepon meh sini nak cerita!


Aminyo :
Sempena aku pergi ke Korea pada tahun 2012 dulu, aku perasan yang bahasa Korea ni banyak huruf O. Aneooo gegeoo makansayoo. Lebih kurangla gitu. Perkataan paling kerap aku dengar adalah Anyeonghaseyoo. Pastu aku rasa cam besh je kalau letak nama kucing begitu. So initially aku namakan Aminyo, Anyyoynyonyo anyeongg. Tapi aku rasa macam susah nak eja, panjang sangat. Pastu lupa pula berapa kali nak type nyonyonyonyo tu. Pastu demi kesenangan mengeja, aku tukar jadi AMINYO.

Mochichit :
Nama Mochichit ni diambil sempena dengan nama pemimpin Ikhwanul Muslimin di Mesir dulu, Dr. Morsi. Kami sekeluarga sangat menghormati dan terkilan dengan apa yang terjadi dengan Dr Morsi. Jadi sebagai tanda ingatan, kami telah menamakan anak kucing kami, Morsi. Mula mula panggil Morsiiiii, lama lama jadi Mochiiii...entah macam mana terjadi pulak Mochichittt.

Simba :
Simba kitorang berwarna putih. Korang yang lahir tahun 80-90an pernah tengok kartun Simba The White Lion dekat tv2? Syok weh.

Reva :
Masa pergi Korea, aku pernah bergambar dan berbual dengan Revalina S Temat. Selebriti Indonesia yang berlakon cerita bawang merah bawang putih. Kerana dia cantik dan humble, aku telah menamakan kucing aku sempena dengan nama dia.

Diun :
Diun ni, adik aku Han yang kutip dekat longkang. Kesian, masa tu dia baby lagi. Anjing nak makan dia so dia menyorok dalam longkang sobs sobs. Disebabkan adik aku kesian sangat jadi telah membawa dia pulang ke rumah. Busuknya Diun ni bukan main ya. Dah mandi pon bau longkang lagi. Diun ni warna oren.. Jadi Ibu telah menamakan kucing ini DUNE bersempena dengan minyak wangi Christian Dior 'Dune' yang berwarna oren. Tapi adik aku menukar ejaannya menjadi Diun sebab dia busuk. Kengkonon cam perfume tiruan haha..


Ha thats how my cats got their names! Next time baru post gambar dorang la eh sebab tak jumpa save dekat mana hehe. What did you name your cats anyway? :)


Thank you for reading this entry !

Benda kecik-kecik yang penting ketika travel !

Assalamualaikum

Hi korang! Siapa sini suka travel? Iolls suka sangat tau. Part jalan-jalan...memang panjang langkah aku. Tapi sebelum panjang langkah itu, harus menangis dulu sebab duit yang dikumpul sedemikian lama lenyap begitu sahaja. Tapi takpa, kenangan itu yang penting sebenarnya! Duit boleh dicari hehe (walaupun susah wuwu). Cakap pasal travel, part yang aku paling malas ada PACKING. Aku pernah menitik air mata sebab fed-up packing tak habis-habis. Drama queeeeennnnnnn sangaat haha!

Aku ni pengguna skincare, Clinique. Siapa guna Clinique mesti tau betapa gedabaknya botol-botol itu. Masalah besar sangat kalau nak bawak travel. Itu baru skincare, belum masuk lagi makeup segala. Kadang-kadang nak bawak moisturizer naik cabin pon tak lepas, yela bottle besar kena masuk check-in luggage kan. Kalau tak sia-sia je kena rampas. Pilu sangat hati ini kalau ada barang-barang kena rampas kat airport. Dulu aku punya tuna ayam brand kena rampas...sedih angat sobs sobs walapun harga dia baru RM5..isk isk

Sebenarnya aku nak share dengan korang pasal satu website yang dipanggil BEST BUY WORLD MALAYSIA. Dorang ada jual miniature set untuk skincare, make-ups, fragrance and even pouch. Memang senang sangat nak bawak travel. Aku pernah share pasal website ni dulu, tapi entah macam mana terlupa pulak pasal website ni. Recently aku ada order few items from Best Buy World Malaysia ni :) Jom tengok


My Clinique skincare .. in miniature size ! Cleanser, moisturizer & mask. Memang macam langit & bumi kalau nak dicomparekan dengan size botol asal

Ini pulak make-up range from Estee Lauder. BB cream, concealer, mascara, lipstick & perfume. 

Semua kecik-kecik & comel-comel :) Lebih kurang saiz lipstick je tau.

BB cream ni keciknya lahai ! Sesuai sangat nak bawak pi travel. Selit dalam poket jeans jeee

Kesemua miniature products tadi tu aku sumbatkan masuk dalam pouch ini hehe....habis cerita! Senang sangat, kalau nak bawak masuk pouch ni dalam cabin pon takde hal. Confirm tak kena rampas. Seriously, korang memang kena ada miniature set untuk travel. Sangatlah tak convenient untuk bawak berbotol-botol product, walhal pakainya sikit je.

Ok siapa yang kate dia hanya ambil wudu' untuk kecantikan wajah sila jangan komen ya hahaha. Nanti aku sakit hati sebab aku kena beli skincare memahal. Untungla kulit uolss mulus aja apabila disirami wudu'. Ini tidakadiltidakadiltidakadil *nyanyi lagu Yuna*


Kalau korang tak pakai brand yang sama dengan aku, dont worry sebab BEST BUY WORLD MALAYSIA ada banyak jenama international yang lain. Tak salah aku ada berpuluh-puluh international brands. In fact, Burberry & Giorgio Armani Cosmetics pon baru join the club =)


Sekarang ni dorang tengah buat promo Mother's Day Set. Sesiapa yang beli Mother's Days Set akan dapat 2 FREE GIFT (Estee Lauder mascara, Diorsnow) + FREE WRAPPING SERVICE. Siapa yang clueless nak beli apa untuk ibu tersayang, maybe boleh consider buying these fabulous set!


Ok you olls, FL dan rakan-rakan ingin mengakhiri perbualan dengan serangkap rangkap pantun. (Nak buat benda yang memalukan haruslah babitkan rakan-rakan..biar malu berjemaah hahah)


Makan roti Gardenia sapu kaya,
Kaya bersepah ibu pacak silat kuntau,
Kalau ada duit lebih pergi travel ya,
Sebelum pergi travel, beli miniature set from BBW dulu tau!

(Ecewah handal jugak aku ni berpantun ya....kekeke)


Ini details website tersebut in case korang nak check out lebih lanjut :
Instagram : http://instagram.com/bestbuyworldmy#

Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri