Edisi Bumper : Apa motif ??

Salam semua :)

Ape khabar kawan-kawan ? mesti baik-baik kan sebab korang tengah cuti. cis. Yakni aku berada dalam keadaan jeles yang amat sangat kerana langsung takde cuti untuk CNY. Tapi takpe semalam hari jumaat aku tak pegang buku langsung hehe gembire pulak. Seperti diam-diam ubi berisi, aku telah senyap-senyap mengisytiharkan hari jumaat adalah hari malas sedunia tidak kira pangkat, umur dan darjat :)

Untuk pengetahuan umum, aku merupakan seseorang yang mempunyai tahap allergy yang tinggi terhadap camera. Entah kenapa, kalau nampak orang tangkap gambar je mesti aku akan lari laju laju sambil melaungkan kalimat 'Tunggu tunggu nak jugak nak jugak !!! " Walaupun setiap kali pon orang lain akan mendengus dan cakap 'isy seboklah die ni' hehe tapi tak kesah yang penting ade gambar aku hehe...

Mungkin disebabkan selalu sangat bergambar maka aku sering dihantui masalah kehabisan gaya. Aku berasa tertekan disebabkan hal ini. Hahahaha.... oleh itu, aku sering memaparkan aksi-aksi yang pelik ketika bergambar. Aku tau memang tak cantik dan seperti tiada arah tujuan tapi entahlah aku pikir kalau buruk boleh delete. Tapi disebabkan ratio buruk lagi banyak dari yang tak buruk maka aku pon malas nak delete :')

Bertimbun sudah gambar yang buruk dan tiada motif dalam hp aku. Haisy. Mari kita layankan.


1# dalam bilik tutorial yang penuh dengan manusia, tak semena-mena aku boleh berdiri tegak seperti mahu menyanyikan lagu Yang Dipertuan Besar N9. Aksi tambahan, menutup mulut agar kelihatan misteri. hahahahahahahahha


2# dalam skills lab. setelah menjalankan physical examination terhadap seorang pesakit Thalassemia, aku pula yang berbaring diatas examination table sambil membuat aksi menyerap kuasa solar. Bajet dengan bantuan kuasa solar, pergerakan ketika membuat homework akan menjadi lebih pantas, maju dan efficient.


3# di hospital Hasan Sadikin. Menjadi kebiasaan kita, kalau tangkap gambar mesti mau pandang depan, tangan buat peace dan mengukir senyuman yang paling lebar. Tapi masa ni aku nak ubah presepsi masyarakat. Pandang tepi, tangan menahan panas terik matahari (padahal masa ni mendung) dan bermuke ketat.


4# sambutan Merdeka di Bale Padjadjaran 4. Ok berdasarkan posisi & jumlah cahaya yang diterima, nampak sangat masa ni aku menyibok kat gambar orang lain hahaha. Sudahlah begitu, aku juga telah memburukkan gambar mereka dengan membuat aksi muka konon goddesss abes. oh maaf rakan-rakan.... :(


5# acara bermain bunga api secara sendirian berhad di Maulana. Berdiri tegak menjadi aksi yang paling digemari dewasa ini. Walaupun aksi pelik ketika ini namun disebabkan rakan-rakan juga turut join, maka tidak apalah. Malu sama-sama lebih baik daripada bersendirian. hahaha


Tamat sudah perbincangan kita hari ini! Hee aku kan nak cakap terima kasih banyak-banyak kepada para bloggers yang sudi datang menjenguk blog honey koyuki ni ! Sesungguhnya aku amat terharu membaca msg dan comment2 yang anda semua tinggalkan kat FB mahupun di blog ini :) Walaupun begitu, aku mengalami kekangan masa untuk me-reply semua msg & comment. Maka minta maaf banyak-banyak! Terima kasih juga kepada bloggers yang follow blog ini! Baru-baru ini makin ramai pulak yang follow. Walaupun tak ramai mane T_T tapi aku bersyukur & of course gmbira ! Anyway mintak tolong anda semua terus membaca blog honey koyuki dan mendoakan kesejahteraan hidup guee yang penuh pancaroba ini :) amin.

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri