Hi rakan-rakan yang sedang berada dalam keadaan sihat, tak sihat, buat-buat tak sihat, tak sihat tapi tak buat-buat dan pelbagai lagi ragam manusia yang tidak mampu digambarkan dengan perkataan tapi dengan camera atau webcam boleh. Assalamualaikum semua ! :)
Korang nak tau tak, actually kan aku punya follow up braces dah terlambat 2 minggu. ok maksudnya duit aku selamat disemadikan dalam purse selama 2 minggu namun akhirnya ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. (-_-). Begitu jugalah dengan duet elaunku yang mana tiap bulannya pasti akan ku labur ke pihak hospital. Jika anda pemerhati handalan, anda akan mendapati yang selalunya aku pergi hospital for follow up pada hari selasa. TAPI! hari nikan hari sabtu! mengapakah aku pergi pada hari sabtu walhal sudah tahu hospital pada hari sabtu memang pack gila !!
Sob sob aku tiada pilihan lain, next week dah nak exam, paper pula ada pada setiap hari selasa berturut-turut selama 3 minggu. Jadi haruslah pergi pada hari ini. Aku dah plan baik punye. Dr. tu datang kol 10 so aku kuar umah kol 8pg. by the time kol 9 aku dah sampai dah. pastu amek no laju2 dan kebahagian adalah milikku! HA HA. ( gelak bangga ). aku bajet mesti aku dapat 1st turn xpon paling-paling cibet pon no 3 lah sebab aku datang awal kan.
'MAAP YA BAK, NOMOR TURUTNYA 14, KALO HARI SABTU MEMANG GINI KOK, SOALNYA LAGI RAME, MUNGKIN SAMPE MALAM JUGA'
'whatt??? 7#$%^&&^%$#^GG&*(**&&((*%$# !!!! '
...kuang ajaq betol noh angpa. aku dok bangun awai pagi tadi angpa tak kesian pon kat aku. aku dah la mai jauh jauh ni. takkan nak balik umah pulak...
'OH GITU YA...ANGGARAN MBAK, BRAPA LAMA YA? KIRA-KIRA JAM BRAPA AN SIH? SOALNYA SAYA GA PERNAH DATENG HARI SABTU JADI KURANG TAU YA JAM BRAPA DOKTERNYA TAMAT PRAKTEK'
'GINI AJA DECH..DATENG AJA SEKITAR JAM 4-5 AN. SOALNYA RAME NI..LEBIH BAIK MBAK PULANG DULU DAN NANTI DATENG LAGI'
..kepale la hotak kau. jauh kot. duit tol duit minyak lagi. kalau balik umah amek masa 1 jam. datang sini balik lg 1 jam. balik balik lg 1 jam. weyh adelah 3jam masa aku kau nak bazirkan. adakah engkau tau masa itu adalah emas intan permata bagi aku ha nak nak aku nak exam ni. setiap saat adelah bernilai tau. aku nak berry @ berak pon berkira sebab membazir masa. apetah lagi kau nak soh aku bolak balik. hahahahaha
janganlah pihak hospital pikir dia dapat mentoyakan insan yang lemah seperti aku ni. aku ni berpikiran jauh permatang pauh. aku ade buat back up plan baek punya bai. mantop.ulang suara. MANTHOP ! nak tau ape? lets cekidaut bayi.
1) aku bawa buku revision aku yang tebal gila tu adelah 3-5kg kot sebab boleh aku study kalau tunggu giliran lame sangat
2) aku bawak 50helai a4 paper, magic pen, stapler supaya aku dapat membuat nota alang-alang nak study tu.
3) aku bawak macbook yang mana aku dah charge sampai battery dia 100% full malam semalam supaya dapat online kalau boring-boring.
4) aku bawak dvd movie Butterfly Effect yang Ashton Kutcher belakon tu mane tau boring study nak tengok movie ke kan
5) aku bawak duit banyak gile supaya kalau aku singgah mane-mane aku dapat shopping dan makan makanan mahal2.
6) aku dah topup supaya kalau boring study boleh sms secara rawak.
7) aku juga dah mengenal pasti mall apa yang dekat ngan hospital supaya aku dapat jenjalan tatkala berasa bosan
mantap an? wahahahaha back up plan terbaik oh! ha mase korang ngah bace ni, aku kat starbucks coffee Bandung Super Mall. beli caramel frappucino satu jeh tapi lepak sini sampai 4 jam. kemain lagi aku tahan-tahan nak sedut air tu supaya dia lambat habis hahahaha. yelah takdela si pekerja tu nak halau aku an walaupun aku lepak kat sini layan movie study dan menganggap seperti berada di bilik sendiri , sebab air aku banyak lagi. taktik taktik :P oklah aku nak usha MNG pulak. ade launching spring collection. ade make over free with any purchase kau. harus bergegas ni. (terlupa pula next week exam) duh.
eeh sorang je. nak usha boleh?? hahahahah
you cant see my eyes blinking..you cant see it tru my shades...~
saya bosannnn lalalala~
hello? ha aah i la fatin liyana si pem-bajet terkenal di bandung (-__-)
mata kuyu terhebat
bye!