Assalamualaikum.
Jadi tadi aku telah menghadiri majlis iftar & sambutan hari raya di Bale 4. Nama dia macam sangat formal kan? Sebenarnya tidak pon. Cumalah aktiviti dimana student-student Malaysia buat gathering dan makan-makan. Yang bestnya aktiviti ni disponsor oleh KUBI. Jadi hanya perlu datang bawak perut!
Walaupun dipanggil jamuan hari raya, tapi baju yang dipakai sangatlah tidak raya. Aku hanya pakai baju kurung kuliah, dan tudung yang dipakai semalam. Cuma inner itu saja yang baru. Bukan baru beli. Tapi baru cuci teeheee. Cekak? Oh itu cekak baru! Masih berusia 3 hari ;)
Bersama kawan-kawan baik !
ooops gedik sikit !
Mereka berdua adelah housemate yang terbaek ! Farah & Ema ;)
Sebenarnya gembira jugak makan dalam gelap sebab makanan yang dorang serve jenis buffet, jadi boleh lah mengambil sebanyak yang mungkin hikhik! Tapi pihak penganjur lebih bijak dari aku, makanya, walaupun buffet tapi makanan tu diambilkan oleh orang-orang yang bertugas. Ga bisa donk ambil sendiri :')
Apepon syukur alhamdulillah, walaupun dalam gelap, makanan yang dorang serve tadi boleh tahan sedap. Memang nikmatla makan bercahayakan lampu henpon. Hehe nak nak makan ramai-ramai memang syok la kan. Oh ya, nasib baik bawa camera. Dengan bantuan flash yang maha hebat sehingga boleh menyilaukan braces sendiri, maka dapatlah aku snap gambar-gambar diatas :)
p.s : first tyme pakai cekak dgn shawl ;) mula-mula rasa malu kemudian rasa gembira & tak malu wahaha