Assalamualaikum
Adik aku yang last sekali umur dia 8 tahun. Kiranya jarak umur dia dengan Han ialah 11 tahun. Ada pros & cons bila jadi anak bongsu ni. Of course advantage dia, cakap je nak toys apa dia akan dapat. Tak macam kami 3 orang yang diatas ni. Mintak Ding Dang pon belum tentu dapat engkau tahu. But then, disadvantage dia yang paling obvious adalah, takde siapa nak bawak dia jalan-jalan. Sebab dia loner, manakala siblings yang lain sedang mengalami aging (ehem) maka kami seniors di atas ni memang dah tak pergi dah tempat-tempat ilmiah buat kanak-kanak. Contohnya adalah seperti Zoo, Taman Buaya/Butterfly/whatsoever, Petrosains, Aquaria & etc.
Itu hari aku bawak Asfiq ke Petrosains kerana Asfiq selalu mendapat A dalam subject Sains. Aku tak pernah tengok dia buat homework Sains tetapi bagaimanapula dia boleh mendapat A maka aku assume budak ni belajar Sains daripada pemantauan sekeliling. Jadi aku simpulkan yang dia boleh belajar alot of things from Petrosains. Aku harap dengan trip kali ni, Asfiq akan terus maju dan boleh mendapat markah yang diluar jangkauan seperti 101% dalam setiap ujian matapelajaran Sains. You can do it Asfiq!
Ini Asfiq. Kerana kakak dia noob dan salah setting camera maka gambar ini banyak noise.
Ini adalah kawan pelbagai fungsi. Hari ini Datin menjadi penolong babysitter =)
Excited sampai gegaran berskala Ritcher 8.7
Selepas berpoya-poya (rujuk gambar) dalam Petrosains, aku ada pula interview dengan Majalah Perempuan pada jam 4 di The Apartment.
Bersembang kencang.
Terima kasih kepada pihak Majalah Perempuan kerana sudi meng-interview saya! Special thanks to Aqilah & Diana for having me selected walaupun aku ni orang biasa je. Nak kata blogger otai, memang taklah kan.. update blog pon malas haha!
p/s: Siapa rasa nak baca cita poyo aku boleh la tunggu Majalah Perempuan bulan 7 ye hakhak. Edisi Ramadhan. Ha cakap pasal bulan Ramadhan, puasa dah ganti belom?
Thank you for reading this entry !