Assalamualaikum =)
Ramadhan sudah semakin tiba, lebaran kini menunggu masa. Sudahkah anda membeli baju raya? Ha cool sungguh pantun 3 kerat aku kan kahkah. Aku tau mesti pembaca blog HoneyKoyuki tertanya-tanya nak shopping mana ni, nak beli ke nak tempah baju raya ni. Haaa zaman sekarang ni, toksah susah-susah nak hantar kain 2-3bulan kat tailor bagai. Baju raya sekarang ni kita tunjuk-tunjuk je. Sama macam kuih raya jugak. Kuih tunjuk-tunjuk yang mak aku sentiasa praktikkan akibat kekangan masa haha =P
Anyway, aku nak perkenalkan satu boutique yang diberi nama Arlene.my. Arlene ni menyediakan wide range of custom made tudung, maxi dress dan pelbagai lagi. Dulu-dulu, Arlene hanya menjual custom made tudung tapi sekarang ni beliau dah melebarkan empayar perniagaan (cewah!) dengan menjual pelbagai apparels yang lain. Aku dikira beruntung kerana dapat memakai & memperagakan beberapa collections yang sungguh meletops dari Arlene.
Semuanya adalah custom made! Sangat cantik kan? Jahitan sangat kemas dan terperinci.
Bukan anak dara je boleh pakai collections dari Arlene ni, mak diva pon boleh you! Ha pondan tak pondan aku ni? Rekaannya sangat exclusive dan berkualiti tau. Materials semuanya diimport daripada Vietnam, Indonesia & Thailand. Tengok sebab aku pakai tudung Arlene ni, maka muka aku terus ada iras-iras Tiz Zaqyah. Cubalah. Mana tau muka engkau berubah menjadi iras-iras Fasha Sandha ke. Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia tiada siapa yang tahu donk.
Untuk pengetahuan semua, Arlene.my menggunakan kaedah shopping cart yang sangat mudah. I know alot of you guys ada some problem and phobia bila bershopping dengan shopping cart kan sebab tak tau nak click mana right? Tapi belum cuba belum tahu lho. Kaedah shopping cart sebenarnya sangat mudah. Korang hanya perlu click item mana yang korang nak dan ikut arahan selanjutnya. Bayaran boleh dibuat melalui kad kredit dan juga direct bank transfer dari semua bank.
Selain itu, Arlene juga ada buat promosi buat semua pembaca blog HoneyKoyuki weee =)
- Korang akan dapat 15% discount dengan redeem coupon Fatin Liyana. Sila insert code 'FATIN LIYANA' upon check out dan anda dapat melihat total perbelanjaan akan dikurangkan sebanyak 15%.
Steps untuk redeem discount 15%
- Beli shawl pin dengan harga RM0.10 sahaja! Murah nak mampos engkau tahu?? Tapi haruslah membeli barangan yang lain dahulu at any price lepas itu anda dapat beli shawl pin dengan harga RM0.10 sahaja. Kira macam purchase with purchase lah.
Yeah baby. That's the shawl pin Im talking about =)
Ha sekarang engkau bagitahu aku, bertuah tak kerana menjadi pembaca blog HoneyKoyuki? Bukan sahaja mendapat discount 15% malah boleh membeli shawl pin pada harga rm0.10 sahaja tau. Memang tak sia-sialah korang menjadi followers blog ini walaupun aku jarang update. Kehkeh.
Jadi jangan lupa membeli belah di Arlene.my ! Atau boleh juga saje-saje melawat blog beliau di tudungshope.blogspot.com untuk mengetahui latest news about Arlene. Semoga menjadi diva semasa lebaran nanti.
Cukup diva tak? LOL