Obsesi aku terhadap barang-barang comel

Assalamualaikum

Aku bukanlah seorang yang suka berbelanja hebat. Kadang-kadang bila aku terasa euphoria barulah aku berbelanja. Jikalau tidak, aku lebih suka melihat duit yang tidak terusik di dalam purse. Namun aku mempunyai obsesi yang tiada tolok tandingan terhadap barang-barang comel. Aku susah nak define apakah itu barangan comel kerana ia sungguh broad. Tapi aku telah kenal pasti bahawa aku amat attracted dengan barangan comel dari Jepun.

Aku juga mendapati bahawa tulisan Jepun juga sangat comel. Bila ternampak tulisan Jepun aku terus teruja lantas membuat peace dan mengeluarkan suara seakan-akan loceng. Tahukah anda apakah itu suara loceng? Pergi dengar awek Jepun sebut perkataan 'kawaii ne!' Ha nanti kau pahamlah apa aku cuba sampaikan. Bimbo.

Walaupun kadang-kadang barangan comel ini langsung tidak praktikal dan tiadalah menyumbang kepada kehidupan harian aku, namun aku tetap berkeras untuk mahu memilikinya. Berikut adalah beberapa barangan comelsss yang sangat kawaii yang aku miliki. Namun sayangnya mereka tidak praktikal dan hanya menyumbang kepada pembaziran sahaja.


 Pinggan berbentuk katak. Sungguh tak puas bila makan nasi kerana sempit =')


Collagen mist yang aku main beli tanpa mengetahui kebekesanannya. Objektif : Mahukan botolnya yang sangat comel.


 Beli multi curtain bajet tingkap bilik kau kecik macam rumah orang Jepun. Salah percaturan lah der.


 Cawan pon mahu katak juga. Akhirnya susah nak cuci kerana lekuk-lekuk di telinga katak tersebut.


Ini adalah pengepit roti siap bertarikh. Konon macam comel kepit roti Gardenia sambil set expiry date. Semangat gila padahal beli roti sebulan sekali je pon.


Body Mist berperisa Rose. Untuk pengetahuan anda, bau yang aku paling TAK suka adalah Rose. Tak kiralah bunga Ros ke sirap Ros ke apa-apa jelah. So yeah...


Pesanan dari perempuan di atas : Jangan membazir di bulan Ramadhan...... mahupun bulan-bulan bukan Ramadhan. Pembaziran adalah amalan syaitan. Syaitans are so not cool. Jangan sampai aku tetak kau 18 baru kau tahu erti penyesalan. Itu ajib yang kata bukan aku. Bai.

Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri