Budget Singapore Trip - Part 2

Assalamualaikum =)

Yeah kembali kita kepada part 2. Thanks kepada sesiapa yang sudi menunggu teehee. Pada sesiapa yang tanya USS ni best ke tak, my advice is, USS ini best untuk mereka yang suka bergambar. Sebab diorang ada setting Hollywood, NewYork, Madagascar, Far Far Away, Egypt & Jurassic Park. So rugilah kalau tak bawak camera or bawak camera tapi malu nak tangkap gambar. What's so cool about USS is, you are allowed to take pictures everywhere, anywhere and any time - but certain places like The Monster Show requires you to use no flash.


Inilah lambang hikmat Universal Studio. Semua jakun(s) from all over the world nak tangkap gambar kat sini. Termasuklah dua perempuan diatas.


 Wall of Fame dude ! 


Now we were in Hollywood. There's one diner called Mel's. Tak taulah kalau Mel's Drive in betul-betul wujud or pernah appear dalam mana-mana movie. Seriously, when you got into Mel's, korang akan rasa macam kat US. Minus the asian customers. LOL


The guys from Mel's. They can really sing ! 


Tadaa inilah Hollywood street. Best sangat ! Semua bangunan cantik gila =)


Souvenirs of Marilyn Monroe. I always adore her beauty ! Rasa macam nak beli satu souvenirs tapi overprice la bagi traveller macam aku ni =')


But I was lucky to find 'Marilyn Monroe' on the street ! Gorgeous! Dalam skirt dia ada kipas kot, sebab tu walaupun takde angin tapi skirt dia berterbangan sampai baju aku pon terbabit sekali. I wonder the real Marilyn pon ada kipas ke dalam skirt dia?


Woody Woodpecker ni dah boleh join kitorang. Baju dan muka dia sama colourful macam tudung kitorang.


It's Audrey Hepburn. That's why I got that look on my face. (Trying hard to imitate Audrey)


Sesiapa yang nak menang Oscar boleh la datang ke sini. Now everybody can win haha !


 Do you know Betty Boop? Dah lama cartoon ni, dari zaman popeye kot. Tapi dia still evergreen tau.


I queued up for a sometime just for a photo with her. But I just hated her hair. Tak sama pon macam Betty Boop's hair. Sedih a macam ni.


We love KungFu Panda


Sampai hati boyfriend I curang dengan bestfwen I sendiri. Menci you abang Franky! (adapted from Frankenstein


Ok rollercoasters ini sangat menyeramkan. I love the blue one but I hate the red one. Actually dua-dua pon thrill tapi yang blue tu better kot. Adrenaline aku bukan rush lagi dah tapi turbulence. Gila nak mampos. Kitorang naik rollercoaster ni masa hujan tau. Haaaa epic gila. Bertarung nyawa nak habiskan ride ni. No I dont want to talk about it anymore. I dont want. I dont want.


Ok now we were in New York City ! Serious feeling Gossip Girl tau hikhik. Belakang tu National Library. Bangunan dia banyak tangga so boleh makan yogurt and bergossip kat situ. Bimbo.



Lights, Camera, Action! Ini adalah show dimana Steven Spielberg akan tunjuk setting dia mengarah. Best gila. I dont know how to explain but you just got to try it yourself !



Inilah set dia mengarah. Nampak macam bodoh jer. Tapi ha kau, boat yang atas bumbung tu terhempas ke air, hujan ribut, set terbakar, tingkap pecah, air berapi. Memang realistik. Dengan sound effect dia lagi. Cool habis.



 New York lepas Godzilla datang menyerang. Kot.


MAN-HAT-EN. XOXO Gossip Girl (suara berbisik)


Comel sangat kedai ni !! Walaupun dia jual sayur je. Ni yang rasa nak jadi vegetarian ni supaya tiap-tiap hari boleh singgah kedai ni.


 Ada free street dance show. Masa ni suma orang move to the beat bajet Nigga. LOL


We're in Egypt with Imothep. Seksyynyee iee *wink wink* Kitorang pon ada tangkap gambar dengan Cleopatra tau.


 Tak kenal lah siapa ni. Main tumbuk je kann. Anyway, rollercoaster kat Egypt ni best. Dia indoor and gelap. Tak nampak apa-apa tapi dia punya gila tu hanya Allah dan CCTV yang tahu.


Welcome to FAR FAR AWAY! Ini adalah istana Shrek. Tapi sebab ramai gila kanak-kanak suka Shrek, so susah nak tangkap gambar dengan dia. Aku terpaksa beralah walaupun mukaku babyface. PANGG.


Same tak same tak? Hee. Actually souvenirs dalam castle ni tak mahal, kalau ikot SGD la. Tapi bila convert jadi MYR jadi mahal. Geram je tau. Anyway, dekat FAR FAR AWAY ni, kitorang naik lagi satu rollercoaster. Nampak macam bangang tapi jangan pandang sebelah mata beb. Kat FFA ni tak banyak rides untuk adult. Untuk kids banyaklah contoh macam Donkey show- Sing Along With Donkey. Nak pulak aku ikot Donkey nyanyi ?


Lepas tu kitorang naik lagi satu rollercoaster kat Jurassic Park. Dia macam hanging lah. Best! Gayat skit sebab view sume pokok-pokok / hutan kann. Oh ye, tahukah anda, binatang di atas adalah real? Aku tak taulah dia ni dinasour breed ke apa, tapi dorang buat genetic match gitu. Dia bergerak-gerak dan keluarkan suara!


Last but not least, Madagascar ! Suitable for kids jugak. Nothing much here or maybe I didn't bother to explore whats in here. It was raining heavily at that time. So kitorang naik indoor boat. Dalam tu ada watak-watak Madagascar tengah menyanyi dan menari. Blehhh mengantuk.


Sebab tegar, maka beli raincoat yang berharga SGD 2 pastu sambung main rides dalam hujan.


 Sebelum pulang, tinggalkan jejak dulu ! Ini tulisan Datin, sebab tu nama dia kat atas haha.


Overall USS ni best ! Bagi aku USS ni lagi best sebab pergi dengan bestfrenz. Nak suruh Asfirdaus & Asfarhan tangkapkan gambar dengan Marilyn Monroe? Memang tak. Nak ajak Asfiq naik rollercoaster? Mesti dia nak sing along dengan donkey. T___T

Kalau korang nak pergi USS, better pergi weekdays. Kalau boleh avoid peak hours such as school holidays and weekends sebab terlalu ramai manusia. Nanti bukan sahaja ticket sold out kalau korang walk in customers, malah korang akan habiskan masa beratur je. USS bukak pukul 9 pagi until 7 petang. Jadi, datanglah awal dan naik rides yang famous dulu. Maskot-maskot tu biasa dia keluar dalam tengahari tapi paling banyak petang dalam pukul 3 camtu. Masa tu baru pergi kejar dan tangkap gambar dengan diorang sampai lebam hehe.

p/s: Perasan tak inner aku mula-mula pink pastu hitam? Yess sebab ujan lebat maka inner pink tu basah haha. Gambar pula aku arrange tak ikot turutan. Bukanlah bermaksud kejap aku tukar inner pink, pastu tukar hitam, pastu pink pastu hitam. Orang gila pon depress tau.

Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri