Budget Singapore Trip - Part 3

Assalamualaikum

Ok. Entry sebelum ini adalah tidak bergambar malah mempunyai ribuan patah perkataan pula. Pasti mereka yang tidak gemar membaca karangan berjela-jela berasa gelisah. Worry no more girlfriends ! Inilah habuan bagi mereka yang cintakan blog bergambar. Anyway, ini adalah sambungan daripada Singapore Trip aku tempoh hari. Boleh click kalau mahu mengimbau semula kenangan lepas.



Kacang pool. Famous makanan ni dekat Singapore. But I've never heard of em before. Kacang pool ni adalah kuah kacang, ada telur mata, hirisan bawang dan cili api dan ia dimakan dengan roti yang supersoft! Gambar diambil sewaktu breakfast di Geylang. Dekat Geylang boleh jumpa ramai orang Melayu tau.


Ini pula adalah Tauhu. Seriously tak ingat nama dia. Padahal mudah je perkataannya. Adakah tauhu bakar? Tapi mokcik ni goreng, bukan bakar. Tauhu diselimuti kuah kacang? Cis singguh tak commercial kalau dinamakan sedemikian rupa.


Kenalkan our lovely tourist guide, Nor ! Hehe sebenarnya Nor adalah cousin kepada Datin. Kami berdua telah menumpang tidur di rumah keluarga Nor yang terletak di Hougang Avenue 3 sepanjang kami berada di Singapore. Orang Singapore memang peramah dan baik-baik =)


Changi Airport. Nor membawa kami ke airport untuk membeli .....


Victoria's Secret! (Wah kenapa shawl kak Fatin tiba-tiba bertukar style?)

Sebenarnya kami nak pergi boutique VS sebab boutique VS kan takde kat Malaysia. Yang ada cuma boothnya di KLIA. Tapi boutique VS berada di Sentosa Island !!!! Geramnya, boleh pulak masa pegi Universal Studio itu hari terlupa nak singgah. Akhirnya, pergi jelah VS punya booth di Changi Airport.


Nor merupakan seorang pekerja di syarikat gergasi IBM. Maka Nor telah membelanja kami lunch di Pizza Hut memandangkan kami makan seperti gergasi. Thank you girl !


Tong sampah yang sungguh cool. Bagus sungguh cara mereka educate their citizen.


Datin, Nor & Along with their Nuts dipped Marshmallows 


So cute isn't it?


We went to Esplanade!


Dari atas ni kita boleh nampak view of Singapore. Cantik sangat! 


Boat on top of the skyscapers. LV Boutique. That asymmetry-weird-but-looking-cool-building. Beyond awesome!


The sisters yang gigih bawak kami sight seeing =) Along ialah kakak kepada Nor. She's married but doesn't look like one.


Sebab pergi sight seeing berjalan kaki dan naik MRT secara terus menerus, maka kaki kami sakit seperti ada symptom Intermittent claudication. Oleh itu, kami lepak di Artease. Cool atmosphere for hanging out and meeting friends. Thanks Along kerana belanja!


Artease yang sungguh artistik ibarat seorang artis.


Malam itu juga Datin and I headed back to Malaysia. Train pukul 11.30 pm. So kami bergegas pulang ke rumah Nor & Along di Hougang Avenue 3 dengan menaiki taxi Mercedes. Perasaan dia sama macam naik LIMO dan turun ke red karpet untuk pergi menerima anugerah tapi akhirnya anugerah itu terpaksa dipulangkan kembali kerana kesilapan penganjur. Lame. #silasebutkannamaartisyangterlibat hahaha!


Souvenirs for family and friends !


These are mine =)

Ramai yang bertanya budget untuk pergi ke Singapore. Susah nak cakap sebab aku menumpang dekat rumah orang, dimana makan dan penginapan adalah free. Ditambah pula keluarga Nor & Along  sangat baik, maka duit taxi pon tidak perlu bayar. Itu hari aku bawak RM600. Jika kamu mahu pergi USS, sediakan RM200 untuk tiket masuk USS. Penginapan pula, kamu pergilah tidur di JB. Makan juga di JB. Air mineral beli banyak-banyak kat JB. Ah pandai-pandailah nak idop.


Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri