Assalamualaikum
Nak kata aku ni rajin, tidaklah jugak. Kadang-kadang cecah pukul 1030 pagi jugak aku bangun. Sampai terjerit-jerit dak ibu (suka hati kau nak men-dak-kan ibu khennn) kejut suruh bangun. Pelbagai perkataan yang kurang enak buat halwa telinga telah berjaya dilemparkan. Hati aku punya sakit, jangan pernah kau cerita. Whatever it is I know you love me mom. Marahkan tanda sayang...tak gituueww? Cover sikit punya baik kau wkwkwkwkwk.
Nak dijadikan cerita, ketika ibu membuka peti sejuk, dengan perasaan bercampur baur sambil menarik nafas dalam dalam, ibu melontarkan suaranya yang nyaring kepadaku. 'Kau bab membeli bahan-bahan buat kek..... pandai, buatnya tak juga!' 'Leks lu bu, kan dah buat haritu. Tu bahan lebih-lebih lalalalala' 'Ha buat la lagi, daripada kau asyik bukak internet je, baik buat kek, dapat ibu makan'. Maka....perbualan tersebut telah menjurus kepada penerbitan entry ini.
Resipi Chocolate Cupcake
(Tak payah guna mixer, pukul pakai tangan je)
Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan koko
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat
Bahan B
1 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
Segenggam chocolate chips
Cara-cara
Ayak bahan A. Pukul bahan B sampai kembang.
Satukan bahan A & B sambil digilir-gilirkan dengan air suam sampai sebati.
Gaulkan sekali dengan chocolate chips.
Masukkan dalam cup.
Kukus dalam pengukus lebih kurang 15 minit
Ataupun
Bakar dalam oven 180 degree selama err tak ingat
Resepi ini diambil daripada myresipi tapi mintak maaf tuan punya resipi, saya lupa which one sebab banyak sangat bukak new tab. Apepon thanks for the tip! Err anyway, untuk resipi ini, aku telah reduce semua portion into half. Resipi aku ni boleh buat sehingga 40 small cupcakes.
Aku telah menjalankan experiment sewaktu membaking cupcakes ini. Separuh aku kukus, lagi separuh aku bakar. Aku saja je nak test macam mana rasa dia jikalau aku menggunakan kaedah yang berbeza-beza. Ternyata rasa keaslian chocolate itu lebih terasa jika aku kukus. Kek akan rasa lebih moist. Walaubagaimanapun ibu dan asfiq suka yang bakar kerana mereka kata lebih rangup. Tapi aku suka yang kukus. Lupa nak tanya pendapat kak Maria engkau masa dia datang ghumah hari tu.
Cup hitam adalah yang kukus. Cup merah adalah yang bakar. Terdapat perbezaan dari segi tekstur.
Lebihan batter aku masukkan dalam cup besar ni. Sonang cito.
Bagi aku senang sangat nak buat cupcake ni sebab tak payah pakai mixer. Jimat tenaga aku nak basuh bendalah tu. I just whip the batter! Lagipun, kos bahan murah. Aku ni memang suka berjimat baik dari segi tenaga mahupun wang ringgit. Dan yang paling penting, rasanya sedap. Janganlah kau kemain berjimat sampai apa pon tak boleh. Ged-dit?
Selamat mencuba!