Rage Against Makcik Kedai

Assalamualaikum


Semalam aku dengan groupmates Psychiatry posting pergi ke HKL untuk melawat Klinik Methadone. Pukul 7.30 macam tu aku dah tercegat sensorang tunggu van. Mengantuk dan lapar. Tapi oklah jugak, pagi tadi aku sempat breakfast makan quaker oat and minum susu nespray secawan. Mai sechewennn. Eh tetiba nak sechewenn kan. Lepas semua orang dah gather, moh la kitee bergerak ke HKL. Pukul 8.45 kitorang sampai ke HKL setelah meredahi lautan jem %%^@@@#$67.

Sampai-sampai Klinik Methadone, ada bau tinja atau nama kampungnya ......taik. Ihik malu itew nak sebut. Well, taktau plak aku kalau klinik ni kelihatan seperti tandas sehingga menyebabkan kekeliruan buat para pesakit. Kitorang disuruh duduk sementara menunggu Medical Assistant (MA) untuk entertain kitorang. Despite of bau taik yang sangatlah strong, rilek je masing-masing study sambil menunggu. Budak medic kan, dimana sahaja adalah library bagi kami. (Bab tokok tambah adalah kemahiran aku thank you!)

Kemudian datanglah seorang penyelamat dunia iaitu pekerja Radicare dengan sebatang mop sakti. Perlahan-lahan beliau mempersembahkan kemahirannya dalam mengemop lantai menggunakan mop sakti serta cecair ajaib. In a split second, deria bau kami telah kembali activated. Sila berterima kasih kepada staff sokongan pembersihan ok, tanpa mereka habislah dunia kucar kacir =')

Setelah mendapat penerangan dari MA dan doctor in-charge, kami berasa gembira kerana tak payah baca buku yay, dah ada orang explain. Tapi over tau MA tu buat sesi quiz pulak depan tandas. Kasihan patient yang nak buat urine test. Anyway, patient yang ada dekat klinik Methadone semuanya adalah penagih dadah. Methadone adalah sejenis long acting synthetic opiod yang diberi kepada penagih dadah yang sudah insaf dan menyesal beribu sesalan serta mahu kembali kejalan yang benar. Methadone ini dapat mengurangkan ketagihan atau drug-craving. Sila dapatkan info di hospital dan klinik-klinik kesihatan yang terpilih.

Dalam pukul 11.30 pagi macam tu, sesi kami telah pun tamat. Kini tiba masanya untuk menikmati hidangan tengahhari. Kami decide untuk makan di medan selera depan HKL. Nampak macam buruk, tapi bila masuk hmmm hambek kau 10,000 calories yang terhidang di depan mata. Banyak jugak lauk yang ada. Aku tak boleh sangat banyak-banyak lauk ni, nanti aku taktau nak makan apa haha.

Aku mintak nasi separuh je sebab aku tamak ingat nak makan lauk banyak-banyak. Tengok bahagian ayam, ada ayam bakar, goreng, masak lemak kuning, masak merah, sambal, kicap, rendang, sup alahai penatnya nak type. Ikan, sotong, udang, tempe, tahu, ulam, sayur, bergedil ha apa lagi. Malaysia ni kan memang kaya dengan makanan. Sampai orang mati sebab terlebih makan bukan tak cukup makan.

Sebab banyak sangat pilihan makanan, otak aku jadi haywire dan terus jammed. Last-last aku ambil lauk 1 ekor sotong sambal (saiz seperti jari tengah), sambal kentang dan ulam-ulaman. Wah wah gadis melayu sangat. Masa aku pergi basuh tangan, bos tu datang kira. Dia selitkan kertas bawah pinggan aku. Lepas itu aku pergi beli buah tembikai dan air teh o ais.

Aku pon duduklah dan makan tembikai dulu. Ingat sunnah nabi, makan buah dulu sebelum makan nasi ok. Lepas tu, aku tergerak nak cek kertas yang dia selitkan bawah pinggan aku. Nak jugak tau berapa harga makanan aku yang cenonet tu kan.


' RM 6.00 + RM 1.00 = RM 7.00 '

What the.................... I CANNOT BRAIN THIS.


Disebabkan aku ni jenis yang suka mempersoalkan sesuatu benda, maka aku panggil bos tu dan nak dia clarify kat aku bagaimanakah dengan mengambil seekor sotong sebesar jari tengah, sesenduk sambal kentang, ulam dan nasi separuh pinggan boleh membawa kepada harga sebegitu mahal. Bos tu perempuan, dia datang dengan senyuman penuh di muka lepas aku panggil dia tu.


'Ye sayangggg kenapa ' <---sayang sayang lepas tu cekau duit aku hmppph

'Saya nak tau harga makanan saya ni'

'Nasi adik ni RM 6 , ulam RM1'

'Macam mana boleh RM 7? Mahal benar. Bagitau saya harga setiap lauk yang saya ambik ni'

'Er, er memang RM 7 dik...takpe nanti bayar kat saya, saya bagi diskaun tau'


Pelik aku, sejak bila makan dekat nasi campur ada diskaun. Lepas itu kenapa dia tak boleh jawab bila aku tanya harga lauk tu satu-satu. Kalau memang betul harga sotong tu sekian sekian, so bagitau jelah. Aku memang bengang masa tu. Walaupun muka aku kelihatan seperti insan yang lemah, tapi otak aku still functioning. Ingat aku nak senyum je lah, bayar kat dia RM7 senang-senang sambil membukukan curiousity dalam hati. Masalahnya member aku makan ikan bakar besar-besar, ada yang makan udang dengan lauk lain tapi harga dorang sume tak lebih dari RM 5.50. Lepas makan tu, aku jumpa bos tu.


Bos, saya nak bayar. Tadi kata ada diskaun kan '

' Ye jangan risau, untuk adik akak kira RM6.50 je...'

' RM 6.50? Ok akak bagitau saya harga lauk yang saya ambik. Sotong berapa '

' Ish adik salah faham ni, harga makanan adik ni dah masuk air '

' Sejak bila pulak masuk harga air ni, air tu kedai lain. Aku tunjuk kertas harga air yang akak kedai air bagi. Tadi akak cakap lain, sekarang lain '

' Oh oh silap silap. Ni dik barang memang dah mahal sekarang ni...akak orang meniaga dik '

' Kot ye pon dah mahal, takkan sotong kecik macam tu charge sampai RM 4 seekor? Macam dah harga ayam ngan ikan dah. beragak sikit kak '

' Memang gitu dik...akak nak buat macam mana..oklah oklah jadi adik nak bayar berapa, RM 6 ok tak? '

' Akak, saya baru datang kedai akak first time, akak dah buat saya macam ni. Lepas ni taknak saya datang sini lagilah kalau akak macam ni. Tak sedap lah macam ni. '

' Dik dik jangan begitu, ok ok adik nak bayar berapa '

' RM5 '

' Janganlah dik.... '

' RM5. Sotong RM 3 + Sambal Kentang RM1 + Nasi separuh, ulam RM 1. Lebih saya tak mau bayar '

' Ok dik, untuk adik apa saje..terima kasih dik datang lagi ye '

' Ok kak, thank you. '


Aku berlalu pergi dengan satu senyuman kemenangan. Puas. Tak sangka makan kedai nasi campur pon boleh dapat diskaun sampai RM 2 hikhik. Aku bukanlah kedekut sangat, tapi hak kita, kita kenalah tau. Jangan sampai orang senang-senang je nak perkotak-katikkan diri kita ni okay! Apapun selamat hari Merdeka buat semua pembaca blog ini. Semoga negara kita akan terus aman makmur, jauh daripada kacau bilau yang tidak necessary dan yang paling penting, selamat untuk didiami. Take care!


Me in ThePopLook's Reva Green Blouse. I love my country. Do you?


Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri