Fatin Liyana Cover Girl Majalah Dara Oktober 2012

Assalamualaikum


Tak lamo dulu, sey ado koba kek blog yang sey ado jadi covergirl untuk majalah kesayangan para gadis kek lua sano. Kok ekau lupo..ni sey nak tunjukkan bukti. Tokan sini untuk bukti. Yepp, alhamdulillah majalah DARA telah memilih Fatin Liyana untuk menjadi covergirl =) Hooray for honeykoyuki for this achievement! (Won't do this without you guys, thanks!)

Kiranya ini adalah kali ke 2 aku menjadi cover girl untuk majalah. Kali pertama, adalah untuk majalah online Eternity edisi June 2012 (ekau tokan sini yo). Dan kali kedua, adalah untuk majalah DARA edisi Oktober 2012. Alhamdulillah. Tipulah kalau aku kata tak happy kan. Tipu giler.

Alang-alang dah bukak cerita pasal ni, biarlah aku menyeluk perkasam sampai bolongeh longan sey. Lama tak bagi peribahasa, sekali bagi pehhhh mantop! Anyway, percaya tak korang, kalau aku cakap 7 tahun lepas aku sebenarnya pernah pergi try out untuk menjadi covergirl majalah DARA? Yup 7 years ago.

Sebenarnya dari kecik lagi, aku memang minat benda-benda glamorous ni. Rancangan macam MTV Sweet 16, MTV Cribs, American's Next Top Model dah macam makanan ruji aku dah (hoi poyo!). Bahahahaha tapi siryes, aku suka verangan yang one day I'm gonna be famous and fabulous. Siap paksa mak aku supaya the whole family pindah Hollywood sebab Iolls nak jadi retis. Whatever sungguh pemikiran teenangers.

So aku pon mengatur strategi. Langkah pertama adalah mencipta nama di Malaysia (kecik kecik dah bimbo). Aku pon buat checklist tentang bakat yang aku ada. Menyanyi - Suara mendatar. Fail. Berlakon - Ingatan tak kuat. Fail. Modelling - Tak cukup tinggi, kena pakai shekshi. Fail. Genius - Belajar macam nak mati untuk dapat result gempak, maka bukanlah born genius. Fail. So conclusion, tiada bakat/kelebihan at all. Sedih.

Sampailah pada satu hari, aku ternampak majalah DARA di pasaran. Cool gila orang bertudung pon boleh jadi model bisik hatiku. Bisik lah sangattt khen. Aku go through the magazine and ternampak application form untuk menjadi covergirl DARA. Guess what, aku taktau apesal aku macam determine gila yupp aku hantar gambar dan terpilih untuk test shoot. Masa tu aku 16 tahun (2005).

Tapi uolls janganlah ingat iolls dulu bergaya hebak whatsoever. Apa yang aku buat macam tak kena dengan perangai aku. Aku ni pendiam, pakai baju macam syok sendiri, dah la tak datang kokurikulum sebab nak tengok cerita cina tengah-tengahari, pastu tetiba pergi test shoot DARA. Hello, what was I thinking?

That day came, my mom accompanied me to KarangKraf, all the way from Melaka. Yelah masa tu aku sekolah dekat SBPI Selandar, Melaka. Pakai kemeja, seluar jeans bell bottom dengan tudung bawal. Konon dah paling cantik masa tu bahahahaha. Sampai-sampai office KarangKraf terus down sebab yang datang semua lawa-lawa, muka lawa, baju lawa, posture cantik, boleh pose dan yang penting semua dah habis sekolah. Aku? Pfffftttt. Cakap pon menggigil, disuruhnya pose tapi malu dan langsung takde personality yang menarik untuk diperbincangkan. Maka pulanglah aku dengan kehampaan. Lepas daripada hari tu, aku terus melupakan niat untuk menjadi famous and fabulous. Aku berpijak di bumi yang nyata dan rajin membuat latihan matematik tambahan untuk masa depan yang cerah.

5 tahun sudah berlalu, setelah mendapat masa depan yang cerah, (masa tu tengah buat medic 2nd year - 2010) aku dipanggil oleh majalah DARA. Well kali ini, aku dah jadi blogger. Tapi tak famous sangat la, bajet famous je lebih. Tapi dorang panggil bukan untuk jadi cover girl, tapi jadi model untuk ruangan make over. Sebagai seorang yang tamak dan tak sedar diri, aku still tak berpuas hati. Aku nak jadi covergirl =')

In 2 years duration, DARA memang ada call few times suruh jadi cover girl, tapi with one condition. Kena take off my braces. Kalau braces aku ni pakai buang macam pampers tu boleh lah iolls buang. Tak gitu? Ini sangatlah menyakitkan jiwa, sebab banyak kali kak Fiza (wartawan DARA) call and tanya 'Dah bukak braces? belom? ok kalau dah bagitau akak ye...' Sebab banyak kali sangat dapat call, aku pon akhirnya pasrah lantas berkata, 'Kalau saya dah bukak braces saya contact akak la ye..akak takyah call saya lagi..kesian akak'

Seriously, pada masa itu memang aku dah tak berminat nak jadi covergirl. Macam banyak sangat halangan. Dulu masa bebudak tak sesuai, bila dah sesuai tapi pakai braces pulak. So baik aku buat hal aku jela, tulis blog lagi bagus. Takde siapa kesah aku macam mana. Pakai braces ke, gigi gongak ke, perut belipat ke, tangan external rotated ke, janji blog aku best. (Best ke?) Daripada nak harapkan sesuatu yang tak pasti. Walahh ayat aku. Memang aku kuburkan impian aku untuk jadi cover girl since then.

Sampailah dalam bulan 8 (2012) haritu, kak Fiza call lagi :


Fiza : Fatin, kak Fiza ni, Fatin free tak? Nak panggil jadi cover girl ni!
Fatin : Tapi saya pakai braces lagi (direct gila jawapan)
Fiza : Takpe, editor kali ni tak kesah pakai braces ke tak =)
Fatin : Seriously? Nak!


So yeah. Pengakhiran yang sangat manis. Imagine, 7 tahun lepas aku menanam impian, 7 tahun kemudian barulah impian itu diperkenankan. Dalam tempoh 7 tahun tu, macam-macam aku lalui, tak fikir dah nak glamour whatsoever. I just go with the flow. Living life in my own way. Ada rezeki, bersyukur, tiada rezeki, redha. Dalam hidup ni kita kena banyak bersabar dan jangan terlalu pertikaikan kenapa things don't work accordingly. Nasib baik aku tak ikotkan sangat kehendak aku yang bimbo dulu. In the end, aku dah jadi seorang yang realistik, tak mahu berpindah ke hollywood dan telah decide untuk menjadi seorang doktor bukan seorang selebriti =)


 Blogger Fatin Liyana Tak Kejar Populariti ehemmm tak sure sangatlah pasal ni bahahaha


Nasib baik tak jadi covergirl masa umur 16 tahun dulu, kalau tak memang disaster. Walaupun pada umur 23 tahun baru dapat jadi covergirl, tapi at least at this stage, dah banyak kejayaan/kenangan manis yang aku dah kecapi =) Alhamdulillah Allah adalah perancang yang paling baik.


Terima kasih semua, kerana kerajinan anda membaca blog honeykoyuki, maka Fatin Liyana secara tak sengajanya telah mendapat nama muahhxx =) Terima kasih jugak dekat Kak Fiza kerana tak putus-putus call aku selama beberapa tahun. Sehingga hari ini, aku masih mendapat panggilan dari TV dan magazine namun aku terpaksa menjadi selektif untuk mengelakkan perkara seperti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Kadang-kadang dalam kehidupan ini, kita terpaksa melukakan hati orang lain untuk decide yang terbaik untuk diri sendiri.

Sebelum korang bertanya baik aku menjawab. Aku memakai tudung syria berlace dari Edast Boutique. Dan gambar ini adalah selingan, tiada kena mengena dengan majalah Dara. Aku upload sebab rasa macam comels ihikhik.

Take home message pada hari ini adalah, Allah maha mengetahui apa yang kita fikirkan/kita nak, jadi janganlah bersedih kalau kita tak dapatkannya sekarang. Allah akan makbulkan doa kita, bezanya pada masa sahaja =)

p/s : Sorry kalau entry aku ni kedengaran macam bagus dan belagak. Sungguh tak bermaksud begitu. Tapi itulah hakikat dan kebenaran yang berlaku dalam hidup aku ni. Aku cuma ingin berkongsi cerita tentang kehidupan, itupun jika ada yang berminat. Minta maaf ya kalau penulisan aku tidak menyenangkan =')


Thank you for reading this entry !

Geli

Assalamualaikum

Ramai pembaca yang bagitau aku, dorang nak tau macam mana life aku dekat hospital semua. Aku jarang cerita kat blog, entahlah aku lagi prefer cerita pasal life aku yang lagi satu tu (part bersuka ria tu memang aku suka). Tapi sebab korang dah request..insyaallah aku akan cuba update about my everyday life =)

Well, disebabkan aku hidup dekat dua dunia, so kawan-kawan aku memang ramai. Diorang pon datang dari pelbagai background. Dari budak medic ke model ke jual dvd harom ke customer service ke apa-apa jelah pekerjaan di donia ni. Oleh kerana latar belakang diorang sangatlah diverse, dorang selalu tanya soklan pelik-pelik dekat aku..aku pon tak tau macam mana nak jawab dah..


Rakan : Amek medic best weyh?
Aku : Oklah..best jugak
Rakan : Kira kalau patient berak camne? Bapak geli dowhhh
Aku : Kalau dia berak, berak lah..
Rakan : Pehhhh. Tak geli pulak kau?
Aku : Geli..
Rakan : Dah tu nak buat camne?
Aku : Biar jelah dia berak..boleh plak ko tahan-tahan orang nak berak
Rakan : Eee.. habis apa yang ko rasa kalau patient berak macam tu?
Aku : Busuk je lah
Rakan : Boring a cakap dengan kau
Aku : K

( -____- )

Nampak lembut..sebenarnya memang lembut pon hikhik (terus gelak kepit) minum pon air lemon..kaler pastel gitu...(takde kaitan i know) iolls ganeh dalam penulisan je.. mohon percaya dan sebarkan #


Siap pakai dress lagi, konon ayu lettew, hakikatnye marah nyamuk macam nak bertumbuk kahkah.... I'm wearing ThePopLook's Empire Combo Maxi Dress in Purple


Jalan-jalan KL pakai Peplum uolls! Bukan pelam ye.. jangan kasi malu den..sobut boto-boto yo.. I'm wearing Moddy's Delvina Skirt & Rosella Peplum Dress. Disebabkan peplum tengah in sekarang, aku pon turut menyemak, menyebok, kepochi dan sevagainya =)


How do you love my matching MNG Snakeskin Tote bag (Turqoise)? Got it from Moddy too!

Baiklah dunia fantasi sudah tamat. Besok harus menyarung white coat and terpacak di wad jam 7.30 pagi untuk sesi ronda-meronda (ward round). Bye!

Thank you for reading this entry !

Hansaegee Nature Product Review


Assalamualaikum


Dah lama tak buat entry girly-girly mehehe. Baiklah! Hari ini aku akan buat review tentang product Beauty Clinic, yang diimport khas oleh Hansaegee Nature dari South Korea =) Memandangkan kulit aku pon tengah dalam keadaan terpaling sadis dek kerana exam minggu lepas, so marilah kita pamper kan dia for a while!

Inilah dia 3 products terpilih : 1. Beauty Clinic Medieu Sensitive Sun Cream 60ml, 2. Beauty Clinic Sulfur Blackhead Suction Nose Pack, 3. N.M.F Aquaring Ampoule Mask. Excited? Let's!



Sulfur Blackhead Suction Nose Pack

Ini adalah nose pack. Alah macam nose pack biasa gitu. Tapi tapi nose pack ini tak macam nose pack lain tauuuu sebabnya dia ada 2 komponen. Pertama adalah Sulfur Nose Pack yang bertindak untuk menarik semua blackhead and lebihan minyak di dalam hidung. Kedua adalah Pore Stamping Serum! Serum ini bertindak untuk mengecilkan pori dan melenyapkan segala lebihan minyak yang mungkin terlepas pandang dek nose pack itu tadi. Hebat kan? Double action gituuu.

Let me assist you =) Ambil nose pack dan koyakkan packagingnya - Basahkan hidung supaya nose pack senang melekat - Tampal di hidung untuk 15 minit- Masa untuk remove the stripp ouchhh – Tak nampak blackhead ? Lemme zoom it for ya! - Ewww geli geli banyak gila excess sebum! - Jangan lupa Pore Stamp Serum, sapukan di hidung ya! - Yayyy blackhead sudah tiada, pori juga semakin mengecil weee!

Best sangat benda ni sebab hidung jadi licin dan berkilat. Yelah nose pack tu dia macam letak gam gajah kot, habis semua blackhead dia tarik keluar. Geli geliman sikit la kalau diamati betul-betul. Lagi satu, bab pores mengecil tu memang obvious gile kot. Patot a orang korea kulit tantek cis cis ! Harga RM 37.00



N.M.F Aquaring Ampoule Mask

Ok ini adalah face mask. NMF stands for natural moisturizing factor. Main ingredient mask ini adalah Hyaluronic acid. Macam yang kita belajar sains dulu, hyaluronic acid ni kan dia serap and store air. Kiranya kalau pakai mask ni, dia akan menyebabkan kulit kita jadi gebu dan moist. Selain itu effect tambahan adalah mengecilkan pores!


Mask ini sangat nipis dan sejuk, selesa sangat sampai aku terbawak tido wakaka. Patutnya pakai 20 minit sudahlah. Overtau siap pakai overnight. Kesan : Muka nampak hydrated, fresh and even whiter! Apasal macam terer sangat nih? Aku pon tak paham camne dia boleh bertindak mencantikkan kulit dalam 1 malam je? Adakah terdapat susuk di dalam nya??? Harga RM 10.90



Medieu Sensitive Sun Cream 60ml

Siapa kat sini tak pakai SunBlock? Harus pakai tau sebabnya cuaca panas macam kat Malaysia ni boleh mengundang skin cancer. Jadi untuk protection, haruslah pakai sunblock. Medieu Sensitive Sun Cream ni SPFnya 50 (which is good, kita kena pakai at least SPF 27). 

Memula aku tengok sunblock ni, hmm macam boring. Botol dia macam tak menariklah. Bukan Korea biasanya comel-comel ke? Sunblock ni macam zerious sket. Masa pakai, eh eh wangi la bau dia. Sebab selalunya sunblock yang aku pakai takde bau kan. Lepas tu, dia lembut dan tak greasy. Ini paling penting kot, kalau greasy baik tak payah pakai lah, buat sakit hati jeee. Tak pepasal muka berminyak kan..terlondeh-londeh spec I olls tau mehehe


Sunblock ni lembut dan ringan pada kulit, Bagi akulah, pakai sunblock ni rasa macam tak pakai apa-apa. Tau tak sunblock ni bertindak sebagai makeup base jugak? Korea ni suka tau double action bagai mehehe. Op op lagi satu, sunblock ni pon ada hyaluronic acid, the secret to a moist skin! Harga RM 81.50



My skin after using the Nose pack, NMF mask and Medieu Sun Cream (without any makeup on). Any improvement? Or not? Tetttt hehe. Ok mata panda tak boleh diselamatkan lagi. Any sponsor? Bhahaha byeee!


Get your product now @ Hansaegee.com
Mereka tiada kedai jadi haruslah beli online!


[Advertorial]
Thank you for reading this entry !

Stokin

Assalamualaikum


Tadi aku nak cepat..keluar kejap beli barang. Cari-cari stokin tak jumpa. Aiihh adatla tinggal kat 2 ghumah ni kan. Ntah mana-mana aku campakkan. Cari punya cari, last-last jumpa stokin ni je....layan je lahhh... daripada kaki aku melecet kan


Seb bek pakai sneakers, takde siapa tau aku pakai stokin Kpop bhahahahaha *mr simple simple tenetnetnetnet


Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri