Fatin Liyana Cover Girl Majalah Dara Oktober 2012

Assalamualaikum


Tak lamo dulu, sey ado koba kek blog yang sey ado jadi covergirl untuk majalah kesayangan para gadis kek lua sano. Kok ekau lupo..ni sey nak tunjukkan bukti. Tokan sini untuk bukti. Yepp, alhamdulillah majalah DARA telah memilih Fatin Liyana untuk menjadi covergirl =) Hooray for honeykoyuki for this achievement! (Won't do this without you guys, thanks!)

Kiranya ini adalah kali ke 2 aku menjadi cover girl untuk majalah. Kali pertama, adalah untuk majalah online Eternity edisi June 2012 (ekau tokan sini yo). Dan kali kedua, adalah untuk majalah DARA edisi Oktober 2012. Alhamdulillah. Tipulah kalau aku kata tak happy kan. Tipu giler.

Alang-alang dah bukak cerita pasal ni, biarlah aku menyeluk perkasam sampai bolongeh longan sey. Lama tak bagi peribahasa, sekali bagi pehhhh mantop! Anyway, percaya tak korang, kalau aku cakap 7 tahun lepas aku sebenarnya pernah pergi try out untuk menjadi covergirl majalah DARA? Yup 7 years ago.

Sebenarnya dari kecik lagi, aku memang minat benda-benda glamorous ni. Rancangan macam MTV Sweet 16, MTV Cribs, American's Next Top Model dah macam makanan ruji aku dah (hoi poyo!). Bahahahaha tapi siryes, aku suka verangan yang one day I'm gonna be famous and fabulous. Siap paksa mak aku supaya the whole family pindah Hollywood sebab Iolls nak jadi retis. Whatever sungguh pemikiran teenangers.

So aku pon mengatur strategi. Langkah pertama adalah mencipta nama di Malaysia (kecik kecik dah bimbo). Aku pon buat checklist tentang bakat yang aku ada. Menyanyi - Suara mendatar. Fail. Berlakon - Ingatan tak kuat. Fail. Modelling - Tak cukup tinggi, kena pakai shekshi. Fail. Genius - Belajar macam nak mati untuk dapat result gempak, maka bukanlah born genius. Fail. So conclusion, tiada bakat/kelebihan at all. Sedih.

Sampailah pada satu hari, aku ternampak majalah DARA di pasaran. Cool gila orang bertudung pon boleh jadi model bisik hatiku. Bisik lah sangattt khen. Aku go through the magazine and ternampak application form untuk menjadi covergirl DARA. Guess what, aku taktau apesal aku macam determine gila yupp aku hantar gambar dan terpilih untuk test shoot. Masa tu aku 16 tahun (2005).

Tapi uolls janganlah ingat iolls dulu bergaya hebak whatsoever. Apa yang aku buat macam tak kena dengan perangai aku. Aku ni pendiam, pakai baju macam syok sendiri, dah la tak datang kokurikulum sebab nak tengok cerita cina tengah-tengahari, pastu tetiba pergi test shoot DARA. Hello, what was I thinking?

That day came, my mom accompanied me to KarangKraf, all the way from Melaka. Yelah masa tu aku sekolah dekat SBPI Selandar, Melaka. Pakai kemeja, seluar jeans bell bottom dengan tudung bawal. Konon dah paling cantik masa tu bahahahaha. Sampai-sampai office KarangKraf terus down sebab yang datang semua lawa-lawa, muka lawa, baju lawa, posture cantik, boleh pose dan yang penting semua dah habis sekolah. Aku? Pfffftttt. Cakap pon menggigil, disuruhnya pose tapi malu dan langsung takde personality yang menarik untuk diperbincangkan. Maka pulanglah aku dengan kehampaan. Lepas daripada hari tu, aku terus melupakan niat untuk menjadi famous and fabulous. Aku berpijak di bumi yang nyata dan rajin membuat latihan matematik tambahan untuk masa depan yang cerah.

5 tahun sudah berlalu, setelah mendapat masa depan yang cerah, (masa tu tengah buat medic 2nd year - 2010) aku dipanggil oleh majalah DARA. Well kali ini, aku dah jadi blogger. Tapi tak famous sangat la, bajet famous je lebih. Tapi dorang panggil bukan untuk jadi cover girl, tapi jadi model untuk ruangan make over. Sebagai seorang yang tamak dan tak sedar diri, aku still tak berpuas hati. Aku nak jadi covergirl =')

In 2 years duration, DARA memang ada call few times suruh jadi cover girl, tapi with one condition. Kena take off my braces. Kalau braces aku ni pakai buang macam pampers tu boleh lah iolls buang. Tak gitu? Ini sangatlah menyakitkan jiwa, sebab banyak kali kak Fiza (wartawan DARA) call and tanya 'Dah bukak braces? belom? ok kalau dah bagitau akak ye...' Sebab banyak kali sangat dapat call, aku pon akhirnya pasrah lantas berkata, 'Kalau saya dah bukak braces saya contact akak la ye..akak takyah call saya lagi..kesian akak'

Seriously, pada masa itu memang aku dah tak berminat nak jadi covergirl. Macam banyak sangat halangan. Dulu masa bebudak tak sesuai, bila dah sesuai tapi pakai braces pulak. So baik aku buat hal aku jela, tulis blog lagi bagus. Takde siapa kesah aku macam mana. Pakai braces ke, gigi gongak ke, perut belipat ke, tangan external rotated ke, janji blog aku best. (Best ke?) Daripada nak harapkan sesuatu yang tak pasti. Walahh ayat aku. Memang aku kuburkan impian aku untuk jadi cover girl since then.

Sampailah dalam bulan 8 (2012) haritu, kak Fiza call lagi :


Fiza : Fatin, kak Fiza ni, Fatin free tak? Nak panggil jadi cover girl ni!
Fatin : Tapi saya pakai braces lagi (direct gila jawapan)
Fiza : Takpe, editor kali ni tak kesah pakai braces ke tak =)
Fatin : Seriously? Nak!


So yeah. Pengakhiran yang sangat manis. Imagine, 7 tahun lepas aku menanam impian, 7 tahun kemudian barulah impian itu diperkenankan. Dalam tempoh 7 tahun tu, macam-macam aku lalui, tak fikir dah nak glamour whatsoever. I just go with the flow. Living life in my own way. Ada rezeki, bersyukur, tiada rezeki, redha. Dalam hidup ni kita kena banyak bersabar dan jangan terlalu pertikaikan kenapa things don't work accordingly. Nasib baik aku tak ikotkan sangat kehendak aku yang bimbo dulu. In the end, aku dah jadi seorang yang realistik, tak mahu berpindah ke hollywood dan telah decide untuk menjadi seorang doktor bukan seorang selebriti =)


 Blogger Fatin Liyana Tak Kejar Populariti ehemmm tak sure sangatlah pasal ni bahahaha


Nasib baik tak jadi covergirl masa umur 16 tahun dulu, kalau tak memang disaster. Walaupun pada umur 23 tahun baru dapat jadi covergirl, tapi at least at this stage, dah banyak kejayaan/kenangan manis yang aku dah kecapi =) Alhamdulillah Allah adalah perancang yang paling baik.


Terima kasih semua, kerana kerajinan anda membaca blog honeykoyuki, maka Fatin Liyana secara tak sengajanya telah mendapat nama muahhxx =) Terima kasih jugak dekat Kak Fiza kerana tak putus-putus call aku selama beberapa tahun. Sehingga hari ini, aku masih mendapat panggilan dari TV dan magazine namun aku terpaksa menjadi selektif untuk mengelakkan perkara seperti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Kadang-kadang dalam kehidupan ini, kita terpaksa melukakan hati orang lain untuk decide yang terbaik untuk diri sendiri.

Sebelum korang bertanya baik aku menjawab. Aku memakai tudung syria berlace dari Edast Boutique. Dan gambar ini adalah selingan, tiada kena mengena dengan majalah Dara. Aku upload sebab rasa macam comels ihikhik.

Take home message pada hari ini adalah, Allah maha mengetahui apa yang kita fikirkan/kita nak, jadi janganlah bersedih kalau kita tak dapatkannya sekarang. Allah akan makbulkan doa kita, bezanya pada masa sahaja =)

p/s : Sorry kalau entry aku ni kedengaran macam bagus dan belagak. Sungguh tak bermaksud begitu. Tapi itulah hakikat dan kebenaran yang berlaku dalam hidup aku ni. Aku cuma ingin berkongsi cerita tentang kehidupan, itupun jika ada yang berminat. Minta maaf ya kalau penulisan aku tidak menyenangkan =')


Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri