Farmasi Colour Cosmetics

Assalamualaikum

Masa aku duduk dekat Bandung dulu, selalu jugak main makeup-makeup hihi. Bila ada event makan-makan contohnya macam pegawai Mara datang untuk melawat student Malaysia di Bandung, aku memang pantang. Walaupun cuman makan nasi kotak berlaukan ayam bakar ama tempe dan kerupuk, tapi mata iolls haruslah smokey eyes ahaks!

Tapi itu dululah, sejak balik Malaysia, dah takde event-event dah. Dah lama tak pakai makeup. Last makeup aku beli pon pada tahun 2010. Mungkin sudah expired dan menjadi toxicity of our city, of our city. (Tetiba nyanyi lagu System of A Down padahal tengah bercerita tentang makeup...ga nyambung)

Bila aku bercerita pasal product kecantikan, soalan yang paling lazim ditanya adalah


" HALAL KE PRODUCT YOU PAKAI TU FATIN "


Ok kalau imported cosmetic, kita memang tak tau ingredient dia apa. Takde logo halal. Its's 50-50 la kan unless proven otherwise. So bergantung kepada diri sendiri. Kalau was-was jangan pakai, kalau tak was-was you can proceed. Memang susah gila la nak cari cosmetic yang ada halal certificate. Kalau makanan tu senang la kan. Tapi i just nak inform kat you guys, ada satu brand kosmetik ni dia memang confirm halal. Pernah dengar



FARMASI COLOUR COSMETICS


Walaupun ejaan dia 'farmasi' tapi ia bukanlah local brand. FCC berasal dari Istanbul, Turki dan telah bertapak selama 5 tahun di Malaysia. Kiranya its an international brand which is available in 118 countries including Malaysia. Berbalik pasal halal tadi, FCC mempunyai 2 sijil Halal dari Turkey MOH Lab dan Artibel. Sekarang dorang tengah on the way mendapat kelulusan dari JAKIM pula. Kalau masih ragu-ragu lagi mesti korang ada undiagnosed Obsessive Compulsive Personality Disorder haha


Mari main makeup-makeup =) Ini adalah produk yang aku pakai untuk mendapatkan hasil dibawah :


Tada! Nice kan finishing dia? Tetiba rasa muka aku macam ada iras Emma Maembong. Apa? Perasan?Bestnya dapat feeling-feeling mix blood walaupun hanya sementara (kasihan...) Thanks FCC!


Anyway FCC sekarang ada keluarkan product baru iaitu All In One, BB Cream. Kenapa All in One? Sebab BB cream ini bertindak sebagai moisturizer, primer, sunscreen, foundation dan anti aging. BB cream ni bagus sebab dia natural dan tidak menyumbatkan pori. Lagipun sangat sesuai untuk orang yang sibuk atau pemalas, tetapi mahu kelihatan cantik. Aku adalah kombinasi orang yang sibuk dan pemalas. Mungkin BB cream ini dicipta untuk memerli aku.




FCC BB Cream terdapat dalam 2 tona warna iaitu : Light dan Medium Dark. Dapatkan di pasaran bermula Mac 2013 ini !


So far dari segi harga, ok je. Aku rasa macam murah pula untuk kualiti dia yang sebegitu. Eyeliner RM16.90, Compact powder RM 29.90, Lipstick RM 23.90 etc. Murah kan? International brand kot. Ha lepas tu aku suka FCC sebab dia takde bau pening, wangi je. Kau taulah kengkadang makeup ni bau dia boleh tahan jugak, menyakitkan hati. And yes, dia very light. Bila pakai rasa macam tak pakai apa sangat. 

Kalau nak beli product FCC, silakan bertanya tentang lokasi retails outlets mereka di seluruh Malaysia di Facebook Fanpage : FCC ( Farmasi Color Cosmetic ) or 03 - 51911510/2192 or email at marketing@naturalifesolution.com. Sesiapa yang berminat nak jadi pengedar boleh PM FB mereka. Jangan lupa juga untuk LIKE fanpage FCC kerana anda berpeluang untuk memenangi the new All in One, BB cream secara percuma =) 

Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri