Assalamualaikum
Orang kata Pavlova dekat Alexis sedap. Tapi aku tak pernah try hihi. Bila makan luar, aku suka makan main course je. Jarang sekali aku makan dessert. Bagi aku, dessert ni baik aku buat sendiri kat rumah. Nak buat pon senang je, lagipon boleh ajak ahli keluarga makan bersama. Apa barang makan kek sepotong. Dah la sepotong, pastu makan sensorang. Kerek angat tauuu hehe.
So Asfiq mintak Pavlova pula setelah dia menonton Asian Food Channel (AFC) tempoh hari. Aku pernah buat Pavlova ni 2 kali. Resipinya sangatlah mudah dan murah! Aku belajar buat Pavlova ni dari Youtube. Jangan memain uolls. Ingat Youtube untuk tengok RunningMan je ke? Di zaman pascamoden ini, Youtube adalah tempat untuk menimba ilmu juga tahu? Ihiks.
Bahan-bahan yang aku gunakan. Simple sangat kan? Yang putih bawah sekali ini adalah pengasing telur. Aku tak pro la nak asingkan egg white dengan yolk begitu sahaja, so aku gunalah benda ni.
: BAHAN - BAHAN :
Meringue
4 Putih Telur
175g Caster Sugar
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung
Hiasan
Whip cream 250g
Strawberry / Blueberry / Kiwi ( Anything sour )
: CARA-CARA :
Oven
1. Pre-heat oven pada suhu 170 darjah celcius
Meringue
1. Dengan menggunakan mixer, pukul 4 putih telur sehingga berbuih (foamy)
2. Masukkan castor sugar sedikit demi sedikit, dan increase the speed.
3. Semasa masukkan caster sugar, masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung.
4. Pukul sehingga menjadi berkilat dan *bertanduk
* Bertanduk : Apabila kita terbalikkan meringue, ia tidak jatuh daripada bekas mixer
5. Place the baking paper on top of a baking tray (Use only baking paper, do not use any container or mould)
6. Spread the meringue in a circle shape.
7. Bakar selama 30 hingga 40 minit.
8. Apabila sudah masak, bukak pintu oven sedikit dan biarkan ia dalam oven seketika.
Hiasan
1. Dengan menggunakan mixer, pukul whip cream
2. Hias dengan strawberry atau apa-apa buah yang masam.
Pavlovaku. Comel sangat ! Sayang nak makan hehe
Chef anda memakai baju kurung Pahang dari HijrahCouture. Siapa tahu macam mana caranya nak buat Pavlova tinggi-tinggi? Pavlova aku tak tinggi huhu sedih. Any tips from the pro? Thanks =)
Thank you for reading this entry !