Trip To Terengganu : Pulau Perhentian Part II

Assalamualaikum

Ha kali ni aku nak sambung cerita pasal trip aku ke Pulau Perhentian itu hari. Kiranya ni last entrylah ye, malas aku nak panjang-panjangkan cerita. Itu hari aku dah cerita pasal first day, so kali ini aku akan cerita tentang aktiviti kitorang masa 2nd and 3rd day.

Yang aku dok peratikan, kehidupan di pulau ni macam laid back gila. Takde orang rushing. Semuanya rilex.. Even aku duduk sana pon aku taktau nak buat apa. Yang ada cuma pasir dan laut. Asek dok tengok laut, berangan..pastu mengantuk. Dok ulang-ulang benda yang sama. Tapi lautnya memang cantik. Sangat mendamaikan hati ;)

Syok gila tenung laut ni sampai pedih-pedih mata iolls

Antara aktiviti yang kitorang buat adalah islang hopping. Bayar RM45 sorang, boatman akan bawak pergi 5/6 pulau aku pon dah lupa, pastu kat pulau tu boleh la snorkeling. Setiap pulau ada keunikan tersendiri. Ada batu karang warna biru, ada yang hijau. Setiap tempat lain-lain. Jadi wajib turun ke bawah laut walaupun hati kau sakit sebab penat! 


Syok gila, ko boleh bagi ikan makan roti secara up close and personal. Tapi geli sikitlah, sebab ikan-ikan sangat rakus. Bila ko pegang je roti, semua ikan tu macam tak tentu arah serbu ke arah ko. Sampai digigitnya tangan iolls ni. Rilex la bro, roti kosong je kot. Belum gwa kasi roti john lagi bahahha

Bila dalam air tu, aku rasa macam takutnya kalau mati. Sebab dalam air tu senyap sunyi..rasa macam dalam dunia yang lain. Terumbu karang tu rupa dia ada pelbagai. Scary la jugak. Ada yang bentuk dia   macam gua . Kalau tetiba ada pontianak dalam gua tu cemana aku nak lari. Pontianak boleh tahan lagi..kalau piranha atau jaws? Mampos tau aku kena heart attack bawah laut.

Walaubagaimanapun, memang cantik di bawah laut ni. Cantik yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Inilah ciptaan tuhan. Rahsia alam yang tiada siapa tahu. Cantik-cantik ikan yang aku jumpa. Best tau dapat berenang dengan ikan, rasa macam mermaid gitu hikhik


Ololo ada gaya macam Pandalela tak haha?

Nanti boatman ni akan bawak ke lighthouse, pastu dia suruh semua orang lompat. Nampak macam rendah..tapi sebenarnya tinggi!! Dia ada 3 level. Kitorang lompat yang second level tu. Masa kat bawah tu aku eksyen gila, bila dah sampai atas, terus pening-pening lalat. Cuaks wey nak lompat. Kalau swimming pool takpela. Ni laut kot! Tapi, aku ni kan suka extreme sport..so wajiblah tak melepaskan peluang ini :P


Inilah pemandangan bawah laut lepas aku terjunam masuk laut tu..macam bangkai Titanic kan? Tapi Titanic tak karam kat Pulau Perhentian la ngeng..


Ha nampak tak Kincir Angin di atas bukit itu? Kita akan pergi hiking ke sana. Bayar RM50 untuk 1 tourguide (share la reramai), dia akan lead korang ke atas sana. Tapi kalau dah biasa pergi, tak payah la pakai guide dah. Tak tinggi sangat pon bukitnya. Aku siap pakai skirt dengan slipa jepun lagi hahaha. Lebih kurang 30 minit hiking, korang akan sampai puncak. Apa yang ada kat sana?


Permandangan indah seluruh pulau. Subhanallah memang cantik !!


Walaupun panas mengutub..tapi pemandangan diatas sana memang sangat sangat cantik. Tahukah anda ubat untuk ketenangan adalah membaca al-quran, berzikir, solat serta melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT? (tapi takyah yoga sangat kot kat tengah-tengah panas tu hahaha..)


Pergi makan seafood. Nak pergi tempat ni kena masuk hutan gelap gelita..bila dah sampai tanjat boboi sebab semuanya orang putih. Tak rasa macam kat ganu langsung. Sorry aku dah lupa la nama tempat ni.

Ada satu benda lawak kat sini. Kat sini bersepah jual arak kuning orang utan. Masa nampak signboard tulis Arak Orak Utan. Aku bajet macam kalau beli arak tu dapat mabok sekali dengan orang utan..kira macam somekind of tourist attraction a. Sebab aku tengok kat youtube anjing boleh mabuk ok kalau terminum arak. Lepas nampak botol arak tu, terus aku gelak-gelak. Please la buat nama lain.


Tau tak aku makan apa? Aku makan ikan shark ok. Tak mahal pon RM15 satu set untuk sorang makan. Tapi tak sedap, sebab macam keras isi dia. Tapi oklah, boleh buat modal berlagak dengan kengkawan hahaha.


Memang panas gila la kat sini. Setiap masa aku bawak sunblock, kejap-kejap pakai tu pon muka aku burn jugak. Dahla balik KL, esoknya tu ada photoshoot magazine. Sempoi!


Apapon I will miss this place. Tempat ni penuh ngan orang putih, orang melayu macam minoriti je. Syok hahahah. Lagi satu, kalau baju yang ko pakai tu bodo sangat, tak matching pon takpe. Takyah malu.. omputih lagi taktau malu, pakai bikini je...#aptb


Nah amek kau, sebelum balik wajib group photo atas jeti. Pergilah melancong ke serata MALAYSIA, tingkatkan industri pelancongan kita =) Tata!!

Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri