Assalamualaikum
Hi lama tak bersua hihi. Terlupa pula yang aku adalah seorang blogger. Lama tak menyembang dengan korang semua. Amacam sehat? Kalau aku takde kat blog ni, korang boleh le cari aku kat instagram. Ai…promote instagram sendiri nampak wahaha.
Anyway, sejak berinstagram ni, aku selalu stalk gambar-gambar girlfriends yang lain. Suka betul aku nengok dorang pakai baju dan tudung yang cecantik. Teringin lah pulak kan nak pakai macam dorang tu..ha nampak sangat cepat terpengaruh haha. Bukan apa aku ni balik-balik tudung Syria, sekali sekala nak jugak mencari kelainan. Cewahhh!
Lately ni aku dah pandai pakai shawl (yay!). Cuma yang masih aku tak pandai adalah tudung bawal. Huaaaa aku tak paham kenapa tudung bawal orang lain tak senget benget macam aku. Tensi sangat rasa macam nak stapler kan tudung tu kat kepala biau tak bergerak. Nak lagi tensi sebenarnya aku ada 2 je tudung bawal..itu pon daripada zaman matrix dulu. Sengkek nau..kata selebriti blogger hahaha…
Apepon moh le ikut aku pergi shopping tudung…lokasi kali ini adalah Shah Alam. Syurga tudung uolls!
Jom singgah ke eDast boutique yang terletak di Alam Avenue, Seksyen 16. Dekat-dekat dengan JPJ & Puspakom Padang Jawa. Senang sangat nak cari kedainya
Aku ni memang regular customer eDast Boutique since 2009 lagi. Cuma tak pernah singgah dekat boutique baru dorang kat Shah Alam ni (2nd branch). Biasa pergi dekat Serdang tu je =) Nak tau kenapa aku suka koleksi eDast ni?
Sebab aku kan peminat tudung Syria yang tegar! Jadi haruslah menggelupur melihat koleksi Syria disana! Cantik sangat ! aku suka sebab ada lace hehe..
Yang tadi colour pastel, ni pulak colour yang bright sikit. Sesak napas den tengok..
Ni pulak anak tudung Syria.. jangan lupa beli ye..kang excited sangat beli tudung Syria sampai terlupa nak beli anak dia ..ko dah kenapa jambul terkeluar-keluar macam ibu negara Malaysia iaitu Rosmah Mansor..
Ada juga dijual shawl paisley (shawl kanan sekali dan kiri sekali aku dah rembat hihi), tops dan skirts yang lelawa. Lupa pulak aku nak tangkap gambau sebab dah focus nak cari tudung kan. Hidup kena bermatlamat ok!
Accessories!! Huwa kenapa cantik kenapa kenapa..tensi betul. I datang sini sebab nak cari tudung bawal ok. Hentikan segala distraction ini. Hentikan ! Hentikan !
Cantik tak? Sebenarnya aku datang boutique sebab nak cari Squircle Scarf ini! Dengar cerita tudung ni baru release dan memang hot selling. Ni sebenarnya adalah tudung square tanpa bucu tajam, original design by eDast. Hence the name square + circle = squircle! Lawa sangat aku tengok model ni pakai, tu yang laju je pergi Shah Alam sebab nak try dulu..takut tak pandai pakai :)
Ececeh macam ada niat nak lawan model je cikak ni. Siap pakai brooch bunga bagai hehe. Sukanya aku dengan Squircle scarf ni! Material royal chiffon, tak licin dan tak lembik. Senang gila nak bentuk. Yang penting tak jarang hehe..(masalah utama tudung bawal)
Nak pakai squircle scarf ni ada teknik tau. Jangan main borong je. Aku punyalah ikut step by step untuk dapatkan hasil yang sama. Siap pakai bunga dua warna tak boleh blah. Semangat sangat I know hee. Ni salah satu cara yang paling basic. Ada banyak lagi cara nak pakai..korang mesti lagi power kan? Korang please beli sebab harga dia murah sangat RM26je! Ada belambak warna..ko pilik je ok!
Anyway owner boutique ni, Kak Ida comel sangat sebab dia ajak aku berniaga. Aku ni kalau dah berniaga, buku kemana, patient ke mana, exam pon pastilah kelaut haha. Meh la aku share dengan korang, mana tau korang cari kedai/space untuk meniaga ke kan =)
Di butik eDast yang baru ni (seksyen 16) ada banyak ruang dan tersangatlah besar. So kak Ida ajak, mana mana peniaga online yang sudah lama beroperasi/mempunyai pelanggan tetap untuk berniaga secara offline di butik ini. Kalau customer korang ramai yg selalu suka C.O.D, nak tengok barang depan mata sendiri, ni peluang korang untuk ada show room.
Yang bestnya, tak perlukan komitmen. Korang letak je barang, nanti staff butik eDast akan jualkan. Seminggu sekali ko datang le untuk kutip duit dan tambah stok. Syok gila kan? Tak payah bayar gaji pekerja! Tentang sewa & ruang besar mana tu korang kena tanya Kak Ida.
Kak ida kata dia prefer penjual yang jual barang-barang menarik especially kasut, beg, maxi dess, aksesori, handmade brooch etc. Kalau korang rasa korang berminat, emelkan nama perniagaan, no.telefon, jenis produk yg dijual, link fan page FB / instagram yg digunakan sebagai medium perniagaan ke edastboutique@gmail.com ok :)
Ha aku pon dah dapat tudung bawal squircle aku, moh le kita balik hehe. Korang pon belilah squircle scarf ni, nanti kalau kita terjumpa tepi jalan boleh jerit kuat kuat bajet terkejut jumpa kembar :P Jumpa lagi!
WEBSITE : http://www.edastboutique.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/BUTIKeDast
INSTAGRAM : http://instagram.com/edast
ADDRESS :
SERDANG : No.10g Jln 18/35, Taman Sri Serdang.
SHAH ALAM : B-6-1 Alam Avenue, Jalan Serai Wangi, G16/G Persiaran Selangor, Seksyen 16, Shah Alam