Assalamualaikum
Dunia ini banyak pancaroba. Halangan demi halangan datang menimpa, harus aku menepis bagai kesatria pedang. Sebagai contoh, dewasa ini penipuan di alam maya semakin berleluasa. Ia bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil ringan kerana ia melibatkan hati dan perasaan seseorang yang bergelar insan.
Perasaan siapa? Tentunya ia tidak melibatkan perasaan aku kerana aku tiada perasaan. Ia melibatkan perasaan kalian. Ya kalian. Sesungguhnya aku adalah insan yang tidak mesra alam. By means, aku suka update blog, update status, update instagram. Namun jarang sekali aku mempunyai inisiatif untuk membalasnya. Maaf, aku tahu aku teruk. Aku tidak mempunyai pr yang bagus dengan para pembaca blog ini. Tapi itulah sifat kelemahan manusia yang harus kita akur.
Terjumpa di twitter. Rajin sungguh 'FatinLiyanaAsri' ini membalas komen dengan menggunakan ayat yang berbudi bahasa. Ini bukanlah sifat aku. Aku tidak rajin membalas apa-apa. Kalau ada pun, seketul dua.
Thank you for reading this entry !