Kisah hidup yang entah hape-hape.


gambar hiasan. boleh hias dirumah anda.



Eh assalamualaikum geng-geng sume. amacam kehidupan? Aku da abes exam kalo korang nak tau tapi aku tak tau nak buat apa. Dari tadi aku asek lipat baju, menyapu dan mengelap perabot dengan antiseptic sehingga licin licau berkilau. hahahaha tak boleh belah perenggan pertame je dah marketkan diri sndiri. ok aku tipu je sebanye. aku lipat baju tadi pon ade pitstop, baru lipat 2-3 helai. check FB. pastu lepas 30minit baru lipat lagi 2-3 helai. anggaran aku lebih kurang 6 baju dalam 1 jam. bukankah itu melampau ha? (-_-)


Ok tapi tujuan aku buat entry kali ni bukanlah nak suroh korang pertikaikan tahap kemelampauan aku terhadap aktiviti melipat baju tersebut. Aku ade cite nak story ngan korang. So aku warning awal-awal la eh. entry ni penuh tulisan. Kalau sape yang agak-agak mase die sekolah dulu, buku NILAM die penuh dengan sinopsis cerita-cerita, sampai tulih kat kulit buku semata-mata nak dapat anugerah emas NILAM, aku konfim dorang memang girang tahap kentang bila dapat baca karangan yang berjela-jela yang bakal gwa type ni. For those yang buku NILAM die kosong lengang ibarat padang jarak padang terkukur, korang boleh skip entry ni & tunggu aku buat entry yang banyak gambar k. yo lets cekidauts bayi.


Sebenarnyekan, aku yang korang jumpa atau kenal sekarang adalah insan yang berbeza kalau korang penah kenal aku tyme sekolah. especially form 3 dan kebawah. Aku sebenarnya dah tukar identiti ngan lisa surihani. Lisa surihani yang korang kenal tu fatin liyana sebenarnya. Kiranya fatin liyana bertopengkan lisa surihani tapi beridentitikan lisa surihani. tibe-tibe aku teringat yang aku banyak dosa, tak jadilah aku nak menipu. ok kembali jujur. (dahi kerut).


Sebab pa aku cakap aku insan yang lain dlu? sebab banyak gile perbezaan aku skng ngan aku yang dlu. dari suma segi, aspek, bentuk dan sahsiah. Dulu an aku sorang yang perfectionist. Aku bangun awal gila, pastu aku akan kemas bilik, katil aku punyalah tegang toksah cita. Sampai baling anak gajah pon, melantun balik anak gajah tersebut. Pastu aku akan pastikan katil aku takda sapa-sapa yang duduk sebab nanti tak tegang. Aku ingat lagi, adik aku Han, dia duduk kat katil aku pastu aku naik hantu mengamok tak tentu pasal sampai aku tak nak tegur dia 2-3 hari. Mak aih sungguh emosi bukan. ha ha


Walaupun aku bangun awal, tapi bagi aku, masa tu tak cukup untuk aku bersiap untuk g sekolah yang terletak di depan umah. Masa form 1-3 aku sekolah depan umah je.
Aku pagi-pagi dah mandi pastu aku gosok tudung. Lepas tu aku kemas bilik dan setiap kali ada satu kedutan kat tudung aku, aku akan bukak balik dan pergi gosok. Bila aku nak makan breakfast pon aku tak sandar kat kerusi sebab nanti baju aku komot. Dan kalau baju aku komot, aku akan bukak dan gosok semula. Tapi tu tak cukup bangang. Aku ada yang lagi bangang lagi, kalau tudung aku bentuk tak lawa hari tu, aku tak nak pergi sekolah. siyes weyh memang aku tak pergi. daripada orang tgk tudung aku tak lawa, aku lebih rela tak pergi sekolah. wlaupun sekolah depan umah je. ha betapa perfectionistnya aku dulu (-_-)


Pastu kalau perfectionistkan biase nak dipandang hebat dalam semua bidang kan. Sebab aku ni anak pompuan sorang dalam family, dan umah ni ada orang gaji, aku selalu dikaitkan dengan sifat 'konfem tak reti masak & buat keje umah sbb anak orang kaye'. Huh. Kat mana-mana aku pergi mesti orang ada tanggapan camni kat aku. Padahal aku punyalah rajen memasak dan mengemas rumah (ecece angkat bakul nampak) haha. Pastu aku buat ape korang tau, sebab nak buktikan yang aku ni bukan cmtu, aku pegi join Baking class. ha amek kau. Tiap-tiap minggu mak aku anta aku pegi belajar buat kek, muffin, buns & cookies kat bakery. Dah la yang join tu suma cina, orang tua plak tu. Aku rasa cam pergi melawat rumah orang-orang tua plak. Tapi aku cekalkan hati dan terus istiqamah menuntut ilmu hahaha. Pas aku da expert, aku baking and aku bagi kat jiran-jiran dan kawan-kawan yang kutuk aku dulu. padan muka kau. Masalahnye aku ingat sapa yang kutuk aku tu, baik btol aku bagi kat depa, percuma lak tu (-_-). Tapi kemuncaknye bila hari raya, aku buat kuih raya, sensorang kau tau. Banyak gila aku buat. Pastu aku pack dan bahagi-bahagi kat kampung, kat jiran, kat membe mak aku. Yang tak kutuk aku pon, aku bagi jugak. Sebab pa? sebab aku suka dengar dorang puji....'wahhh pandai anak perempuan u buat kuih, untung ade anak cmni'. hahahahahhahaha teruk gile perangai aku dulu.


Masa form 1 - 3 aku tak pernah datang kokurikulum sebab panas. Aku jaga kulit dulu. Macam-macam aku tepek kat muka ha. Asek-asek pergi watson cari alat-alat kecantikan. annoying gila aku dulu. Pastu aku kena marah ngan cikgu sebab suka hati mak bapak aku je tak nak join kokurikulum, tak pernah join marathon, tak pernah datang hari sukan dan aku sendiri tak ingat rumah sukan aku ape haha. Tapi aku tak kesah sume tu janji kulit aku tak itam. Pastu aku nak body aku ni solid. Jadi aku pegi speedy video dan beli vcd yang exercise dalam umah tu. yoga la dance la macam-macam la. Seminggu aku akan buat 3 kali, tak pernah miss. Aku dulu memang cekal dan berdisplin weyh...siyes tak macam sekarang.


Pasal study tak yah cakap a memang tip top. Memang top 3 memanjang sebab aku akan pastikan apa aku nak tercapai. Aku dulu gile berusaha kalau nak kat sesuatu benda. Aku tak pernah gi tusyen pon, sume aku belaja sendri. Sebab aku punya semangat memang kuat dulu. Aku boleh study tak bergerak dari meja tok berjam-jam. Apa aku join, aku akan pastikan yang aku menang. Kalau at the first place, aku rasa aku tak capable nak menang aku akan tarik diri. sebab aku takleh terime kekalahan. tercabar ego gwa bai.


Apepon tu cerite dulu, sejak masuk SBP & smpai skarang ni aku lah manusia paling tak berdisplin dan pemalas segala. Ha ha aku tak kesah orang tengok aku cntik ke burok ke janji aku bahagia. Pastu aku belaja pon biase-biase je takde nak aim melangit cam dulu. Janji result aku boleh buat parents aku proud sudeh..anyway, aku lagi suka aku yang sekarang sebab aku boleh accept being defeated. Yelah, takkanlah asek kau je nak menang, kau je yang terer kan. Skang ni aku lagi relax...tak amek pusing orang ckp pe..tak pentingkan sangat ego..dan yang penting skang aku senang redha dengan ketentuan Allah..dulu aku tak cmni, kalau apa yang aku nak tak dapat, aku akan pertikaikan dan revenge supaya aku akan dapat...ish ish melampaui batas betul ye kamu


ha dahlah itu saje cerite dari aku kali ni..entry ni takde maksud nak riak atau bangge diri ke ape, just nak berkongsi pengalaman dengan anda semua. no hard feelings ye rakan-rakan. take care !! dnt worry aku dah baik dah skng. jom jom kawan ngan aku hehe.


Thank you for reading this entry !

Tutorial : Tips memakai tudung Syria yang SUPERB!

Assalamualaikum.
Dewasa ini, email aku sering basah kerana dihujani pelbagai soalan-soalan yang menarik tertarik kaw mmg da bomb la wey. Ada suara-suara (ecece suara kaw) yang mengatakan bahawa aku pakai tudung syria nampak smart la sebab tak melekap kat dahi pastu sesuai sebab muka aku bujur dan pipi aku tak tembam. Salah tu. Siapakah gerangan yang cakap pipi aku tak tembam?? Terguris taw tak sebab pipi aku ni dah terang lagi bersuluh tembam nak mampos.



Kaw tengok ni kaw tengok ni..dah macam pinggan taw tak (-_-)


Tapi tidak apalah pipi tembam mungkin ada hikmah contohnya kalau nak tdo kat meja dalam class tu tak sakit sangat sebab pipi ni dia bertindak sebagai penebat dan pengurang friction antara tulang muka dan meja. Disebabkan muka dah bulat cam pinggan tapi nak pakai juga tdung syria, jadi harus berusaha sehabis mungkin supaya muka nampak bujur. Sapa terasa, dia patut ikot tips aku nak bagi ni hehe.....



Tips 1 : beli anak tdung kain COTTON. kerana dia selesa, serap peluh, senang dibentuk dan elastic. Siyes weyh, aku suka anak tdung syria yang cotton. Memang senang bentuk !

Tips 2 : kedekut gila, tips ke-2 pon pakai gambar yang sama...hahaha. Ok kalau anak tudung tu ketat (biasa beli2 mmg dah ketat sampai melekap kat dahi pastu keliru eh ni muka ke bola), korang jangan lupa TETAS JAHITAN KAT BHGN BELAKANG anak tudung tu. kalau korang tengok gambar kat atas, ada nampak kan aku tetas sikit. masa nak tetas tu, jangan tetas banyak-banyak, tetas sket & try. tetas sket & try smpai la korang dapat bentuk muka yang korang nak.


Tips 3 : Ha...aku tak bapa suka jenis kain macam anak tudung kat atas ni..dia licin, susah nk bentuk pastu kalau tetas dia jadi tajam gila rasa macam boleh mencederakan orang lain pulak. Kalau aku lah...bila pakai jenis yang ni, dia suka bergerak-gerak dan tak istiqamah cam kain cotton. Pastu mulala rasa tak selese.




syria cotton hitam. darkness


syria cotton purple. bengongness


syria cotton dark green. Sweetness


syria cotton pale purple marble. Ayuness.

muke tak nmpak bulat kan kan? ahakz best gle tak yah buat plastik sejeri pon muka boleh nampak kurus. anyway aku beli suma anak tudung syria on9 ja kat akedsyria.blogspot.com in case kalau korang nak tau. tapi banyak je orang len jual kat facebook aku tengok. bole la usha. ok itu saje. selamat mencuba rakan-rakan :)


Thank you for reading this entry !

Tak kesahlah kau nak cakap po yang ponting nismilan monang pialo FA 2010 !


Assalamualaikum.
Oh maaf sebenarnya mahu update lebih awal namun kerana exam jadi harus menangguhkan niat murni. Kerana exam juga, status di FB tertulis 'n9 is love, yay nogori den monang' on saturday selama berhari-hari. But hey, for those who didn't know, N9 won again yay. Isn't that cool? After winning Piala Malaysia, here we go again, with Piala FA right on the list (^___^). Seperti biase, my housemate Ema and I akan makan ayam masak lemak cili api untuk menzahirkan rasa kesyukuran kami. Comel an an hahaha.


Well, n9 menang sebab penalti actually (5)-(4). At first dorang tie, NS (1) vs KDH (1). cepatla tanye sape score for n9. CHAPIX ! ingat tak chapix? my friend chapix, ala the one whom i used to blog about before ni. omg! cam tak caye tgk muke dia kat tv1 ! Bangge siot. hahaha tetibe rase nak jadi fan member sendiri. apehal aku ni. Well chpix yang pakai but turquoise tu. encem an an. haha weyh ak pna kuar ngn die weyh. gile a ak kua ngan star. ak tak percaye.. (lelebey lak an) *___*


Chapix ni jarang dapat oppurtunity tok men dalam 1st 11. So masa final ritu, aku pon xde contact dia & didn't know that he was playing. Then si comel hafiz firdaus cakap chapix score and i was like whattt?? realyy? Excited la kan chapix score sebab bese dengar asek zaquan je score. Yang masyuk tu die kai kaki kiri tu siap berguling-guling seperti tenggiling lagi. hebat kau chapix. banggo den. :'). Den ulang-ulang video kat youtube ni sambil terharu tgk style kau yang unik tu.


Walaupun zaquan tak score that night tapi die tetap hensem mase die amek penalti tu. Muke kacak bergaye-wah-hensemnye-hensemnye.


dan dan je aku upload gambar ni. nmpak sgt batak wahahahhaha. tak pelah. member aku ni aku kenalah bangga dengan kejayaan dia. ye tak :)


ha dapat nek kete die. yay! terharu nak nanges a camni wey.


ok itu saje sari berita terkini. bai sume!
psst: picture credit to n9 futbol fanclub. aku men sebat je kat FB. sorry bro.

Thank you for reading this entry !

Contest Gagak Hitam Bergaya! rm200 untuk dimenangi

Nak join?

Syaratnya senang je.

1. Gambar anda bergaya dengan cermin mata hitam sambil memegang snek kegemaran anda. Pakaian bebas.

2. Buat gaya anda tersendiri dan jangan lupa bagi caption pada gambar. Contoh ” saya suka makan keropok!”

3. Buat satu entry khas untuk kontest ini dalam blog anda, sertakan gambar dan jangan lupa backlink ke blog porttuantanah.com.

4. Letakkan URL link kontest anda di ruangan komen entry ini.

5. Jadi follower porttuantanah.com.

6. Letakkan banner porttuantanah.com di sidebar blog anda sepanjang kontest berlangsung.


caption : in keropok kentang I trust !

Tarikh kontest bermula pada 29 Mac 2010 hingga 10 April 2010.

Hadiah pertama rm100 + ruangan khas di sidebar blog porttuantanah.com untuk mempromosikan blog anda.

Hadiah kedua rm50.

Hadiah ketiga rm30.

Hadiah saguhati x 2 rm10.

5 gambar pemenang akan dipaparkan dalam entry khas pemenang Kontest Gagak Hitam Bergaya.

Terima kasih organizer. saya harap saya menang kerana saya percaya keropok kentang dapat memberikan saya kebahagiaan. ^__^. In keropok kentang I TRUST!

Thank you for reading this entry !

Diarrhea & Pembaca yang baik hati.


Hai assalamualaikum semua. Saya sakit perut hari ni mungkin sebab makanan yang Farah beli semalam kot. Tapi Farah makan takde ape-ape pon. Saya dah pergi toilet 6kali da hari ni. korang boleh kira betapa banyak masa saya dah habiskan dalam toilet. Kalau toilet tu ade wi-fi ke lampu disco ball ke takpelah kan. Dahla toilet kat rumah ni jenis yang cangkung tu penat gile kaki ni, naik kejang semua otot. tak syok langsung. (-_-)

Saya ada keje nak settle ni tapi sebelom tu saya nak update sikitlah. Dulu blog saya tak femes pon, dan saya tak expect pon die nak femes sbb saya just anggap dia mcm virtual diary. Alah takat-takat nak bagitau hari ni buat apa, makan apa, in case kalau kawan tanya 'KAU INGAT TAK KITA MAKAN APA PADA HARI RABU JAM 6.08 PETANG TEMPOHARI'.so boleh la check kat archive blog kan sebab ada black& white proof.

Tapi makin hari traffic blog makin bertambah & ramai yang hantar saya message kat fb suroh saya tulis blog banyak2 sebab suka baca. Hati ni makinlah berbunga-bunga. Itu pasal suka sangat update blog padahal keje belambak ni a. Terima kasih anda semua. Lepas itu ada beberapa bloggers yang buat review pula pasal blog ni. Wah ini lagi tak tahan. Saya baca berkali-kali tau sebab suka sangat. hehe. lagi suka dari jumpa Zaquan Adha. Lepas baca mesti saya akan pikir. WAH MASIH WUJUD ORANG BAIK HATI MACAM NI YE, NAK REVIEW BLOG SAYA SECARA RELA :). terima kasih semua, you know i love you.


Mari kita terjah blog-blog mereka yang telah menaikkan traffic blog saya :)




* Cik Masz, Soffya & Syira terima kasih sebab bersusah payah. Saya sangat menghargai :) *


Thank you for reading this entry !

Kenderaan awam di Indonesia - Angkot

Hi semua. Aku sebenarnya tengah study. Baru buat 3 soklan tapi reference setinggi gunung huhu. Penatnye la aku menghangkat buku-buku berat, selak page by page nak cari jawapan soalan past year ni ha. Menguji kesabaran aku betol. Tapi takpe mari kita merelax-kan otak dan otot tangan dengan membuat benda yang digemari! Iaitu buat entry baru la ape lagi. (^_^)

Sebab next year aku akan pulang ke tanah air dan akan sambung praktikal di HUKM, maka mulai hari ini aku dah berjanji nak appriciate kehidupan aku kat Bandung ni. Yela sebelum ni aku asek mengomel je itu la ini la, tapi bila aku pikir-pikir balik, pasni bila aku da balik mesia, mesti aku rindu dengan bandung...tempat yang aku pernah tinggal for 3 years. Banyak kenangan aku kat sini walaupun duduk kat negara susah. Yelah kalau fly Jepun kena amek engineering aku manelah minat engineering mau jatuh tergolek dog aku ni. Pegi UK buat medic pulak, hmmm jauh api dari ayam panggang, tak layak langsung hak tuih hak tuih (ludah 2 kali menunjukkan betapa tidak layaknya aku) hahahaha, dah tu takkan nak amek course ngarot2 asalkan dapat fly kan? kang balik sini menganga takde keje. Dulu masa dapat medic UPM aku tolak sebab aku percaye bila dok oversea, tak kira negara apa sure we got so much to learn, from culture to languange to valuable experience and much more. So im trying la ni to appriciate ok ok ^___^

Sesi Mengenali Bandung !

Nilah ANGKOT ! atau nama penuh dia angkutan kota. ni public transport yang paling femes kat bandung aka indonesia. Kalau kat mesia cam rapidKL a. memang rapid die bawak sampai boleh mengancam jiwa dan raga. Teksi dan bas ada. Cuma teksi mahal & biasa tourist je guna. Kalau bas pulak, kalau nak pegi tempat jauh jauh. Kiranya ANGKOT ni public transport dlm bandar a. Dia ada banyak warna tau. Warna-warna tu menunjukkan kawasan mana dia lalu. Biasanya 1 ANGKOT untuk 1 jalan yang lurus. Maksudnya kalau ada simpang belok kanan, korang kena turun & naik ANGKOT yang khas untuk lorong belok kanan tu pulak.



Kadang-kadang korang akan terjumpa macam-macam jenis angkot. Yang bajet Pimp Ma Ride ade, yang hidup segan mati tak mau ade, yang kaler tak matching ade pokoknye macam-macam ada! Yang uniknya pasal ANGKOT ni, bila korang nak turun, kena cakap 'Kiri' baru die berenti. Kalau aku bese cakap 'Ak, kiri ak' (ak tu panggilan untuk abang dlm bhs sunda). Kalau korang cakap 'berenti' ke 'stop' ke CONFIRM die takkan berenti. Macam first time aku naik angkot dulu, aku cakap la 'berenti'. abeh aku nengok supir tu takde respon. aku lantangkan suare aku 'eh eh berenti berenti' konon cam nak bagi dia gelabah a mane tau die mengelamun ke kan, tak berenti gak. Die ni pekak ke kuda kan asal aku soh benti die taknak. Sekali ade penduduk tempatan ni kesian tengok muka aku yang cam nak nangis ni kan lantas dia tolong cakap kan 'kiri'. on the spot, si supir tu brenti. Baru aku tau! hahahaa



Sebab pintu ANGKOT ni terbuka 24jam, so sementara nak tunggu penuh tu biasa pemuzik jalanan akan datang menyanyi. Mostly semua bawak alat music sendiri a. Orang indon ni dorang power men instrument ni. Dari ke budak-budak sampai la yang tua-tua rata-rata semua reti men instrument. Sore pon boleh tahan sedap. Kang lepas dia nyanyi nanti dia hulur bekas korang boleh la sedekah seikhlasnya. Yang aku respect orang kat sini, diorang tak kedekut nak memberi sedekah.

Ah lupa plak nak cakap bese tambang ANGKOT ni rp1000 je. Unless kalau ANGKOT tu memang pergi tempat jauh-jauh so tambang lebih la. Lagi satu, kalau boleh bagi uang pas ( bagi duit tepat-tepat) sebab ada gak supir yang suka kencing..kang dia habaq mai yang dia takde uang kembalian (duit baki) dan mintak halal jeh. mau tak mau burn la duit engko. hahaha aku dah pernah kena dah.

oklah smpai sini jeh. next time aku tunjuk lagi kehidupan aku yang ala-kadar di bandung ni tau!

Orang lain dah claim awards da lame da aku baru terkial-kial sampai aku tak ingat sapa yang bagi :(


  1. Thank & link the person that gave you the award :
  2. Pass this award onto 15 blog you’ve recently discovered and think are fantastic
  3. Contact each Blogs and let them know they’ve won the award
  4. State 7 things about yourself

NO 1 : )
Thanks to Miss Fa & Miss Ika for giving me this award! Actually kan aku rasa ada lagi orang laen yang bagi award ni kat aku tapi aku lost track sebab bila aku nak bukak archive shout-box tu, die punye history sikit jeh. Meaning that, yang previous comment korang bagi tu dah ter-automatically deleted. So I can't reach out for those yang bagi...Im so sorry :( As for Miss Fa & Miss Ika, korang lucky sebab still in the archive of my shoutbox ^_^ boleh pegi blog dorang yang comel tu kat sini !
Miss Fa : http://buxxszmania.blogspot.com
Miss Ika : http://belogika.blogspot.com/

NO 2. Since aku ngah bz ngan exam sume..aku nak bagi award ni kat semua kawan-kawan yang tinggalkan comment, msg kat shoutbox & followers! baik hati kan? sebenarnye malas haha.

NO 3. Kena contact semua orang yang di tag. Hello?korang dapat award tau dari blog aku. bye *yes jimat kedit*

NO 4. 7 things about me
- tinggi 161cm, berat 44kg, pakai braces dah 11 bulan, tak suka junk food tapi suka makanan heavy, suka travel & take good pictures, berasa gembira kalau baju di ampaian kering, suke bace comments kat blog ^_^


Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri