Assalamualaikum
Ada sesiapa ingat siapa Fatin Liyana? Dia blogger kan? Kekekeeke. Hello aku hampir terlupa okay aku ada blog. Kecian angat blog itew ni, lameww betowl itew ta update. Sila rate tahap kemeluatan anda (_/5). Dah rate? Mari teruskan membaca!
Buat pembaca blog aku yang setia meng-email, meng-instagram menanyakan bila aku nak update blog, terima kasih diucapkan kerana bersabar dengan aku. Almaklumlah semakin dewasa semakin banyak tanggungjawab. Dalam 2 3 bulan ni parents aku few times admitted to ward due to health problem. Jadi bagaikan gasing berketetel aku pulang ke rumah. Selain itu aku sibuk dengan pelajaran, biasalah exam berada di sudut sahaja. Jadi terpaksalah korbankan blog yang menjadi kesayanganku ini =)
Recently aku ada attended few weddings. Terima kasih kerana jemput den. Kalau jemput kat facebook tu biasanya memang aku terlepas lol. FB aku tu banyak sangat notification sampai aku dapat anaemic symptoms like dizziness and blurring of vision. Jadi mintak mahap la ye kot wedding sesape yang terlepas tu. Korang jangan sabotaj kalau aku kawen plak hahaha.
Ok so baru-baru ni aku attend wedding kawan aku ni, namanya Faiz. Faiz ni beriya nak aku datang wedding dia, sampai dia bagi kad kahwin by hand. Sanggup uolls dia datang Cheras memalam. Kalau aku tak datang wedding dia, memang mendapat kata orang tua tua. Aku kenal Faiz ni masa aku mula-mula berkecimpung dalam arena blog. Faiz ni merupakan seorang photographer, beliaulah orang pertama yang panggil aku photoshoot. Malu pulak teringat zaman vevongok dedulu kikiki.
Mari aku kepilkan beberapa gambar wedding reception Faiz yang bertempat di Villa Ukhwah Taman Tasik Titiwangsa.
Temanya adalah Garden wedding (aku rasalah..sebab banyak green!) Pelamin mengadap swimming pool uolls :) Sejuk mata memandang hehe.
Itu pengantinnya! Faiz dan Yuni. Kacak dan cantik keduanya. Omey sangat lama dorang bercinta tau, akhirnya ke jinjang pelamin (tepi swimming pool) jugak. Pelamin dorang cantik, sangat guest-friendly. Sesiapa pon boleh naik pelamin untuk bergambar sebab sangat luas!
Aku datang dengan bestfriend dunia wal akhirat, Najah ;) Tetiba tersama warna tudung. Nak jadi pengapit boleh?
Mentang-mentang Faiz kata "Kalau nak makan kek potong sendiri tau, makanlah banyak-banyak". Wah terus kau senyum sampai ke telinga ya Najah. Siap tapau dalam tisu. Malu tau masa salam mak Faiz sebab tangan penuh dengan kek. Wakaka kesian, padahal tapau tu idea aku tapi aku suruh Najah laksanakan. Eh bestfriend katanya, takkan pegangkan kek pon berkira kekekeke. Dalam kereta terus aku kena bebel dengan Najah :')
Kalau bibir kau besau macam tu, jangan harap aku nak bagi pinjam lipstick aku..lol
Gambar makanan lupa nak ambil, kerana dalam paper cakap kalau sesiapa yang suka ambik gambar makanan kemungkinan mereka ada sakit mental haha. Apapon tahniah Iz & Yuni, dah kawin dah korang. Lawa sangat wedding reception korang. Macam wedding omputih, santai dan cantik. Semoga berbahagia!
Seperti biasa gambar-gambar yang meletup diatas dicaptured menggunakan camera Casio Exilim EX-ZR700. No editing (aku tak pernah edit gambar pon selama ni, fresh from camera). Macam gambar diatas, aku cuma guna setting 'Best Shot' dan pilih scene 'Natural Green' dalam setting camera ini. To be honest aku memang noob pasal camera, thats why aku tak beli DSLR (tak reti manual setting). So aku pakai compact camera with automatic setting je. Aku just tukar-tukar scene mengikut kesesuaian. Hasilnya memang memberansangkan! Gambar cantik, camera pon senang sangat nak guna.
Satu tips nak share dengan korang. Seorang blogger kenalah ada camera berkualiti supaya gambar-gambar yang diupload semuanya sharp dan vibrant. Barulah orang suka baca blog kita hehe. Eh, korang suka ke baca blog aku? Suka kan, kan ? :P
Kecil-kecil cili padi ;) 16.1 Megapixels, 25mm wide-angle lens, 36x SR zoom, HDR ART, FHD movie and Premium Auto Pro. All in one compact camera!
Click here for more pictures taken by me with Casio Exilim EX-ZR700.
For more info you can go to Casio Exilim FB page : https://www.facebook.com/CasioExilimMalaysia
Mana nak beli camera ni? Dimana-mana kedai camera yang ada jual brand Casio!
Thank you for reading this entry !