Dugaan Allah..saya harus tabah!

Assalamualaikum semua!

Saya ada berita buruk yang hendak disampaikan.
Jika anda rajen mengikuti perkembangan saya di FB, anda anda tahu yang rumah saya telah dimasuki pencuri.
Ok sangat tragis bila pulang kerumah dengan keadaan gate telah dirosakkan dan main entrance door telah dirosakkan.
Bila masuk kerumah,keadaan sangat mengerikan dengan semua barang disepahkan, habis semua diselongkar.
Berasa sedih kerana kena kemas sume balik (-_-)
Tapi yang paling sedih bila laptop sudah tiada. Laptop itu dah menjadi sebahagian daripada hidup ni.
Photo, video, data, assignment sume ada dalam tu. Dimana mahu kucari ganti? Huhu

Tapi harus bersyukur kerana sekurang2nya nyawa tidak terancam.
Nasib baik si pencuri datang masa kami bertiga takde di rumah..kalo kami ade kat rumah..
Maunye die tetak leher kitorang..tapi untuk pengetahuan semua, kejadian sebegini dah menjadi lumrah buat kami.
Kami tu refer tu student malaysia di indonesia. Berkali2 hilang laptop, hilang moto, hilang HP.
Tetapi benda ni makin lama makin menjadi2. Sedih tapi tak dapat buat apa-apa.
Ingat lagi dulu ada kawan kena pukau dalam public transport. Tu lagi takut sebenarnya.

Banyak pula bala yang menimpa sejak akhir2 ni. Mungkin dugaan atau mungkin juga balasan.
Tapi saya percaya, things happen for reason. Ada sebab kenapa Allah duga kami begini.
Sesungguhnya kita kena redha dan ambil iktibar.kawan kawan saya mintak tolong doakan
Keselamatan kami bertiga disini. Takut pencuri tu aim kami lagi sbb tau kami duduk bertiga dan semua pompuan pulak tu.

Oh ya brg2 yang diambil seperti 2 laptop, 1 external hard disk, 1 digital camera, 1 sony psp, cincin emas, handphone Nokia dan cash RM.
Jumlah kerugian rm7k ataw rp 21juta. Memang sentap.
Terima kasih buat family saya di seremban, bf saya di serdang,PKPMI cawangan bandung, rakan rakan Fakultas KEdokteran, warga Puri Indah serta Polis Jatinagor kerana membantu kami.
Sangat2 berterima kasih dengan perhatian yang anda semua berikan. Kalo nak beri lagi boleh je. Nk beri macbook ke gagaga

Last sekali saya nak ucapkan minta maaf dan terima kasih kepada para bloggers tegar sekalian sbb slalu lepak kat blog saya.
Lepas ni susah sikitlah saya nak update. Sebab saya online kai blackberry.
Xboleh nak bagi fashion tips :( sbb xleh nk upload gmbar. Bencinye bencinye!
Nyway teruskan membaca blog saye! sila bgi sokongan kepada saya sebab saya tengah mengalami depresi mental yang agak hebat.
Thanks lov u all.

My first social work...rase cam angelina jolie lah =P

Assalamualaikum semua :)

Hari tu kan aku usha blog kegemaran masa kini iaitu BeautifulNara. Lepas tu nampaklah gambar Diana Danielle yang comel gila tu buat social work kat kampung orang asli. Gila terharu. Tak taulah kenapa nak terharu tapi rasa cam best je buat keje amal cam tuh. Lepas tu terus google Angelina Jolie. Ni lagi la best, dia pergi ke Myanmar, Vietnam la, Africa la untuk buat social work. Dia tangkap gambar dengan kanak-kanak kat sana, bersosial dengan para ibu bapa dan bertanyakan adakah mereka kenal M. Daud Kilau. hahahahhahaha bodoh gila aku ni. apelah (-_-). ok ok kembali serius. Aku terdetiklah nak jadi macam diorang sebab diorang ada empathy yang sangat tinggi. Aku ni dah la nak jadi doktor, pastu bila tengok orang jatuh aku rasa nak gelak. Gila jahat. Patutnya aku kena buat muka yang paling kasihan sekali pastu berusaha merawat dorang. tak pelah nanti aku berubah sikit-sikitla T_T.

Aku sangat bertuah sebab tak semena-mena ada program khidmat masyarakat diadakan. Nampak sangat tuhan tu maha mendengar rintihan insan yang kerdil tapi berpipi tembam nih. Dorang nak 7 orang je 1 batch & i'm of one the lucky 7. Alhamdulillah. Program ini best sebab dia berkaitan dengan apa yang aku belajar. Aku dapat pegang real patient walaupun baru 2nd year. Menarik bukan?

Tempat yang kami pergi ni nama dia Sukaluyu. Terletak di puncak gunung dan sangat-sangat isolated. Perjalanan mengambil masa selama 3jam so kitorang gerak dari Jatinangor menuju ke Sukaluyu pukul 3.30pagi. Tempat ni sangat cantik dan merupakan kawasan penanaman teh terbesar di Jawa Barat. View dia mmg breathtaking and cuaca sangat sejuk dan berkabus. Mulut suma berasap-asap ibarat tgh shisha sambil melakukan kerja-kerja amal. Tujuan kami datang ke situ ialah untuk mengadakan routine medical check-up secara percuma kepada penduduk kampung. Kesian kat penduduk kat sana, hospital sangat jauh, lepas tu takde siapa nak educate dorang tentang betapa pentingnya kesihatan, pemakanan dan kebersihan. Rata-rata penduduk adalah farmers jadi mereka tak mampu untuk beli ubat-ubatan sendiri. Kesian sangat rasa nak nangis ja......



Mari mengikut tety & fatin liyana membuat kerja amal di Sukaluyu,Bandung !


Kami sampai Sukaluyu dalam pukul 7pagi macam tu. Cantik kan permandangan kat sana =) Siap ada hanging mountain macam dalam AVATAR tu. aku rasa AVATAR tu belakon kat bandung ja, sebab nak jimat kan. Korang jangan percaya sangat ngan taktik yahudi nih. Anyway gambar sebelah ni masa kami pitstop kat umah ketua kampung. Peramah dan baik sangat pak cik ni. Dia mengalu-alukan kedatangan kami walaupun tiada paluan kompang namun kami tau dia suka kami datang.


Representative dari batch Twinning 08'. 5 girls & 2 boys. Tapi aku tak ajak lagi 2 orang boys tu untuk bergambar sekali sebab dorang tak suka senyum bila bergambar. Menghabiskan boreh yo. (hahahahaha takdelah aku saja ja fitnah dorang)


Ada beberapa booths yang dibuka. Registration, Questionnaire, Urine, Blood Pressure, BMI, Blood & Medical Counselling. Kami dibahagi mengikut booth-booth ni. Setiap booth ni pulak di observe oleh beberapa senior 5th year Fac Of Medicine UKM. Mereka sangat berpengalaman, mantap serta bijak pandai. Really honoured to work with you guys = )


Aku pulak ditugaskan untuk menjaga booth blood. Tugas aku ialah untuk menentukan golongan darah, jenis rhesus dan juga kandungan blood glucose patient. Di booth aku ni, ada 3 senior UKM, 5 senior Twinning 07' dan aku sensorang je junior :). Sangat best la !! Aku suke hehe tapi precaution step harus dititik beratkan sebab darah sangat merbahaya. Infection, HIV suma transmit tru blood. Kita tak tau darah patient yang kita amek tu ada HIV +ve ke tak, ada denggi ke. Jadi sebelum amek darah patient, kami basuh tangan guna alcohol dan asek ganti gloves je hehe.

Thats me at my Blood booth ! Patients kami terdiri daripada semua lapisan umur. Sudah menjadi etika untuk greet & explain the procedure to the patient, before doing the blood test. Walaupun mulut terasa longgar sebab banyak sangat bercakap namun disebabkan ini first time, maka aku sangat semangat ! Hehe siap berebut-rebut patients dengan senior :P


Hehe terasa macam Diana Danielle & Angelina Jolie lah ! Best la dapat get to know kehidupan diorang macam mana. Walaupun ada masalah bahasa tapi aku men bedal je cakap indon-sunda-melayu! Kanak-kanak kat sini suka kat aku sebab aku suka senyum ngan kacau-kacau dorang !


Selain bekerja kat booth sendiri, aku juga pergi sebok-sebok kat booth orang lain. Booth medical counselling tu agak susah sebab kita kene interpret result kat patient & suggest kat dia for futher management. Terkial-kial aku. hahahah nasib baik ada senior UKM yang tolong. Yang paling menarik, aku baru je belajar pasal scoliosis dimana ada abnormality kat vertebra (tulang belakang). Kali ni, aku punya patient ada sakit tu. Eksaitednye aku dapat jumpa patient sebenar!


Hehe tengah kacau kanak-kanak yang sedang di interview oleh senior UKM. adik ni comel ja dia datang nak buat pemeriksaan sebab kaki dia sakit. Bila tanya kenapa kaki sakit, dia cakap sebab lari banyak sangat, masa dia main petang ngan kengkawan dia hahahah :')


Petang tu tiba-tiba hujan lepas tu cuaca pon berkabus gila sampai tak nampak apa-apa. Patient pon dah ramai yang balik. So kami dijemput untuk makan di rumah ketua kampung. Baik sangat pak cik ni sebab support kami 50 orang ni makan! Aku makan memang banyak gila tak hengat la. Mesti pak cik tu tak suka aku sebab aku tambah lauk banyak kali. :') Mesti nekad taknak kasi aku datang umah dia lagi haha.....Lepas tu kami solat dan berehat di masjid. Ape lagi. cam-whore la kejap. hehehe


Kitorang packed up dalam pukul 3.30ptg. Aku memang takleh lupa lah pengalaman yang amat menarik ini..pergi jauh2 atas gunung untuk educate penduduk kampung yang langsung tiada pengetahuan tentang kesihatan...dan memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan ..alhamdulillah Ya Allah kerana kau kurniakanku peluang untuk berbakti kepada mereka yang memerlukanku walaupun ilmu di dada ni amatlah cetek sekali...


Bersama sebahagian peserta program. Thank you so much senior UKM sebab organize program yang best giler ni!! There's so much i can learn form you guys ! Lain kali kalau buat lagi jangan lupe roger2 ye :P


Itu saje. Saje je nak kongsi experience dengan anda semua. Sekali sekala buat aktiviti berfaedah best juga bukan ? :) hehe..next tyme kalo ada aktiviti pergi ke rumah anak yatim ke, rumah orang tua ke, joinlah ! Nanti you will feel yang hidup ni amat bermakna dan juga berharga :) salam ! psssttt comment lah ye hehe penat dah type ni !

Fashion Tips : Skaf Syria Tutorial !

Assalamualaikum :)

Baru-baru ini, e-mail, ym serta FB aku sering dihujani dengan ratusan soalan-soalan lazim seperti 'adakah pak long busu mempunyai binatang peliharaan yang busuk?' ' pernahkah kucing-kucing liar di jerantut makan putu mayam yang dijual oleh rahim tambi chik?' dan soalan yang paling femes, 'siapa dulu, ayam ke telur?'. (-_-). setelah berfikir-fikir nak jawab soalan yang mana dulu akhirnya aku telah membuat keputusan untuk menjawab soalan ini :-


' macam mana nak pakai tudung macam u ye...dua kaler tu...buatlah tutorial'

Baiklah. Soalan ini aku suka. Dari segi penyusunan ayat, kosa kata, imbuhan serta penanda wacana dia memang bagus. Lagipun soalan jenis begini lebih senang kita fahami daripada soalan2 yang aku utarakan sebentar tadi. Oleh itu, mari kita layankan. Zas!




Anda hanya memerlukan 2 skaf syria yang berwarna terang sampai rakan-rakan disekeliling anda sakit hati dan juga se---kebun cinta yang berbunga~~ (nyanyi high pitch lagu kak ziana). atau dalam erti kata lain nya, seutas shawl atawpun tudung syria. tgk lah anda suke yang mane. dalam gambar ini, si hitam itu perylys tu ialah shawl :)





abaikan muka gedix lantas melihat skaf.

  • pakai 1 skaf syria dan buat mulut muncung. kalau tak buat tak jadi.
  • pakai lagi 1 skaf syria, tindihkan dengan skaf yang pertama tadi.
  • adjust jarak di antara 2-2 skaf tersebut mengikut citarasa anda
  • last sekali pakai shawl macam biasa. pakai tudung syria pon okay.
  • dah siap! senang kan kan kan :)
  • pergi snap gambar dan upload kt FB. tag bf anda & paksa dia puji anda cntik gila.



diharapkan tutorial diatas dapat membantu anda !
sila mencuba ye!
saya akan rasa berbangga kalau anda semua cuba.
terime kasih byeeeee :)

praktis basa sunda.

Hi anda!
Hari ini housemate iaitu Farah telah mengajar saya 1 perkataan baru.
Untuk pengetahuan umum, orang Bandung ni majoriti ialah orang Sunda.
Instead of using bahasa indonesia as communication language on daily basis,
they opt for bahasa sunda which is their mother tounge.


Farah : atin tau tak orang sunda cakap 'tak nak' apa dalam bahasa diorang?
Atin : tak tau. apa?
Farah : Mual.
Atin : Mual?
Farah : Um! mual tu maksud dia tak nak dalam bahasa sunda.
Atin : Ohhh ! Cube farah tanya kite soalan yang jawapan die tak nak :)
Farah : Ok. Atin nak study tak :) ?
Atin : ato iyek....mual !

(-_-)

comelkan ?
pssst...ato iyek tu cam slang dalam bahasa sunda.


------- tamat --------

Beli shades baru pon nak buat entry T_T

Met sore ibuk-ibuk bapak-bapak siapa yang punya anak bilang aku aku yang tengah malu sama teman-temanku kerna cuma diriku yang tak laku-laku. yuk kita nyanyi bareng-bareng !! ok itu hanyalah lirik sahaja. sekali lagi ya. kali ini betul punya :') met sore semuaaaa!!

Gini dech..kmaren itu kan gue ada update status di fesbuk..gue bilang yang gue ada beli shades baru..tapi ngapain ya ga ada seorang pun dari kalian yang comment?? aduh..bikin gue malu sendiri nih..sebell ah.. terus gue mikirin..ya udah ga pa pa, biarin aja gue upload fotonya di blog gue!


oh hr ini gue pake purple-black. foto sblum pake shades.
imut bukan? (imut=comel) hahaha


sesudah pake shades. aduh persis kayak BCL nih..
jgn bilang ama BCL ya..soalnya dia tu temen gue..ga enak donk...


oh hari ni agak tensen kerana kerja banyak. rindu boyfriend rindu keluarga juga. maka terhasillah entry ini tanpa disedari. mintak maaf jika anda rasa saya amat menjengkelkan dan perasan goddess habis. sila jangan segan meng-hobin belakang saya jika anda terjumpa saya di simpang sedang minum es buah atau sedang berator menunggu lumpiah basah. bye :')

Healthy Tips : Minum air mineral banyak-banyaklah wei !

Salam semua :)

Kan orang cakap kena minum at least 8 gelas air satu hari kan. Dulu aku memang menyampahlah bila mak aku suroh bawak air pergi sekolah. Tak style la bawak air, macam bebudak. Dah la berat pastu macamlah aku nak minum. Beli air sirap kat kantin lagi best,sejuk pulak tu. hahaha pastu orang sibuk-sibuk cakap kena minum banyak air supaya kulit cantiklah, nak buang toxin dalam badan la, boleh kurusla. Pastu orang cakap budak cina kulit dia cantik dan putih sebab dia minum banyak air. ah persyaithon semua itu! dah nama pon cina mesti a kau putih. kalau negro minum air bergelen2 pon takkan putih. tak yah nak auta aku. hahahaa emo tak emo tak aku? tapi itu dululah. T_T


Sekarang ni, aku dah rasakan air mineral tu adalah satu keperluan bukan kehendak lagi. Pergi mana-mana mesti bawak air mineral. Kalau bosan-bosan aku minum air mineral. Kalau berasa gembira aku minum air mineral. Kalau berasa sakit hati aku minum air mineral. Kalau bla bla bla pokoknye aku akan minum air mineral tak kira waktu, emosi dan aktiviti. Kalau takde air mineral, aku akan rasa dehydrated, rasa cam nak pengsan, cam nak mati pon ada. nampak sangat saikology jeh hahaha.


Kita tau kan air sangat-sangat penting untuk keseimbangan system dalam badan. Dia nampak remeh tapi kalau dia takde boleh bawak parah. Ah malas la nak cakap in terms of medical, kang nampak poyo pulak. tau la belaja medic takyah la nak belagak. hehehe ok ok korang nak tau tak kenapa aku dah suka minum air mineral? aku dah amalkan minum air mineral ni dah 3-4tahun la. setakat ni masih tak bosan. semuanya disebabkan kesedaran yang datang dari diri sendiri.


  • tengok gambar kat atas ni. style kn? mmg sexy habis kalau tgk ladies bwk air mineral sebelah tangan, yang lagi sebelah bwk handbag branded. entahlah rasa cam cool habis sebab mesti org igt kita health concious !

  • aku ni type yang kaki makan. makan nak banyak. kalau tak banyak tak nak makan konon menzahirkan kekecewaan. haha so aku pikir simple je, makan banyak --> badan banyak toxin --> minum air banyak --> banyak kencing --> toxin akan keluar bersama2 air kencing --> badan menjadi neutral kembali --> yay !

  • entahlah aku ni jenis yang susah buat keputusan. bila pergi makan kat luar, xtaw nak order air apa. biasa milo ais jeh sebab aku rasa minum milo tu sihat. Tapi kat indon ni jaranglah kedai makan de jual milo. dorang banyak jual juice. aku tak bape nak layan juice-juice ni so aku ended up minum air mineral yang aku bawak dari rumah. Jimat jugak :)

  • aku memang train diri supaya tak minum air gas. aku minum la tapi not my fav thing. honestly sebab sugar content dia banyak gila. takutlah diabetes (kencing manis). diabetes mmg tak dapat detect masa muda-muda ni. Kang dah tua pegi check tau-tau dah kena. tak mo tak mo. prevention is better than cure.

  • aku percaya minum banyak air kulit akan jadi cantik. macam pokok bungalah, kalau bagi dia air dia kan tumbuh dengan mekar. kalau tak dia akan mati kan kan. samalah jugak dengan kita. hahaha rasa bersalah pulak sebab dulu tak nak percaya orang cakap cmni.

haa tu jelah kot. the thing is, jomlah join aku minum air mineral untuk kehidupan yang lebih berwawasan. ye keh? kalau tak pon, aku nanak delete jugak. wek wek ni kan blog gue iya terserah ama gue donk mau nulis apa :p kalau anda mahu jadi sihat, cantik dan sexy, mulai hari ini marilah kite minum air mineral ! trust me, pemakanan yang sihat akan lead you to a healthier life. n_n


"cOntesT sErLaHkAn DiRiMu"



Salam. Sebenarnya cik pinky pwincess dah lame ajak join contest dia ni. Memang nak join sebab hadiah dia best dan mahal hehehe..Tapi sebab xde gambar yang menarik jadi postpone dululah hehe...anyway baiknye la hati cik pwincess kite ni ;) Kalau aku yang buat contest aku bagi slurpee yang large tu je tok tmpat pertame. Yang slurpee medium tu tok tmpat kedua je. Hahaha. ok patotlah aku tak buat contest :')

K k kembali serius. Kalau korang nak tau lebih lanjut boleh pergi kat blog cik pwincess taw.
Click je URL ni okayh.

Ok gambar yang dihantar ada tiga. Cik pwincess kata hantar gambar yang korang rasa menyerlah tak kiralah close up ke, full body ke half body ke yang penting bukan bob the builder (ok ini aku tokok tambah haha).


mata tu 'menyerlah' sebab sembab haha.


gambar ni menyerlah sebab kaki tak simetri.


Ini paling ok kot :P cik pwincess sile pilih yang mane satu berkenan dihati !


~ ~ ~ Masalah kulit yang dihadapi ~ ~ ~

Saya mempunyai kulit yang agak kering dan tone warna yang tidak sekata. Kadang-kadang kulit saya menggelupas juga. Saya selalu kena pakai moisturizer banyak-banyak. Saya ni suka berjimat cermat jadi saya merasakan yang kalau pakai moisturizer banyak-banyak tu adalah satu pembaziran yang tidak patut. Saya sangat mengharapkan kulit yang halus serta glowing tanpa perlu membazir. Adakah cik pwincess boleh membantu saya? -gadis buntu :)


~ ~ saya dapat tau contest ini dari cik pinkypwincess sendiri ~~

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri