Masa kecik-kecik dulu..

Assalamualaikum


Masa kecik-kecik dulu,aku ni jenis pendiam tapi lasak dan suka main luar. Dulu aku ingat bila dah besar nanti aku akan jadi athlete tapi tak rupanya -___- Dulu masa kecik-kecik, aku suka giler beli mainan Ding Dang tu. Ingat tak Ding Dang? Aku tak tau lah sekarang ni ada lagi ke tak. Ding Dang ni yang rupa dia macam doraemon pastu dalam kotak tu ada cokelet murahan & mainan murahan yang pada zaman dulu dah kira cukup gempak ah wei. Walaupun Ding Dang ni obviously dia macam Doraemon-wannabe tapi versi kampung, but at least dia merupakan satu fenomena kat seluruh tanah melayu pada satu ketika dulu * osem!*


pic courtesy of google


Ding Dang ni nampak macam loser tapi power dow. Setiap kali mainan baru kua, dia akan advertise kat tb. Power tak power? ala-ala macam hotwheels skang la kan. So masa kecik-kecik dulu, lepas balik ngaji sementara nak tunggu pukul 8 malam (pukul 8 malam adalah waktu membuat homework dan tidak dibenarkan sama-sekali untuk tengok tb! kalau curi-curi tengok nanti tali pinggang naik kat belakang) aku mesti duduk depan tb tok tunggu iklan Ding Dang ni. Serius suprise giler apa mainan yang so in at that time hahahahaha. Lame giler kanak-kanak 80's ! Lepas dah dapat tengok iklan Ding Dang, pastinya kat sekolah esok, everyone akan bercakap pasal mainan latest from Ding Dang. Saling tak tumpah macam gosip hangatlah kan.


a : engkau tahu tak ding dang dah keluarkan mainan terbaru semalam?
b : yeke? alamak semalam mak aku tak kasi tengok tb sebab kerja sekolah aku tak siap lagi. boleh engkau bagitau apa mainan terbaru dia?
a : kau jangan terkejut kalau aku cakap ni. tapi memang best
b : berdebar-debarnya aku.
a : mainan terbaru dia...... adalah pistol pasang sendiri yang boleh terbang-terbang!
b : bestnya. balik sekolah ni kita mesti mendapatkannya!


* T___T dialog sampah rekaan aku semata-mata haha! *


Tapi kalau korang perasan, mainan DingDang ni selalunya korang kena pasang sendiri. Kiranya, dia bagi mainan tu dalam plastik, pastu korang kena guna kepandaian akal korang untuk memasang mainan tersebut. Budak lelaki selalu pandai bab-bab ni sebab imiginasi dorang tinggi. Budak pompuan memang loser giler, dah ada manual pon tak boleh nak follow wakakakaka aku la tu. Biasa aku suruh abg aku pasangkan jer. Tapi dia mana nak layan aku kan. Cis. Dulu budak-budak laki poyo & double standard sebab tak nak kawan dengan budak pompuan. Kalau abg aku main dengan budak-budak taman  sampai maghrib, nanti mak aku suruh aku panggil dia untuk balik mandi. Terjerit-jerit la aku panggil dia suruh balik tapi hampeh jangan arap a dia nak layan aku. Konon tak layan budak pompuan a cis cis takpe kau bang.


Anyway tu cerita dulu la kan. Skang ni aku tengok budak-budak tak reti de nak main mainan cenggini. Mainan kau seketul dah same harge dengan external hard disk aku. Tak boleh belah seh kanak-kanak sekarang. Main plastesin nak playdoh jer, aku dulu main plastesin yang rm0.70 sekotak tu orait jer. Pegi universiti gak aku. Ahhahahhaha macam takde kaitan jer. Anyway, satu hari tu, aku tunjuk a kat asfiq (adik aku yang dajah satu sekarang ni) mainan Ding Dang konon nak berkongsi kegembiraan. Tapi selamber je dia cakap


'Itu bukan mainanlah kakak, mainan macam robot Megatron adik ni. Eh, kenapa muka dia tiru doraemon, mesti MADE IN CHINA !'


.................... belagak seh engkau kanak-kanak zaman 2000...mentang-mentang zaman milenium....


Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri