Cereal & Cheetos

Assalamualaikum


Itu hari aku bosan. Aku capai kunci motor dan start enjin, terus aku rem minyak menembusi jalan kampung yang keadaan jalannya sungguh menyakitkan hati. Bukan setakat sakit malah hatiku menjadi panas. Betullah macam member-member aku cakap, jalan nak pergi rumah aku ni macam trek ATV. Dia punya lubang tu persis macam periuk api. Tak kira lagi lopak air yang bisa melemaskan apa sahaja makhluk yang bertandang di dalamnya. 


Tapi permandangan sini cantik. Gunung yang menghijau, sawah padi yang menguning, rumah papan yang dimakan usia dan orang kampung yang sedang bercucuk tanam. Sebijik macam lukisan yang aku lukis masa darjah 2 Cempaka dulu. Kamonlah, masa Pendidikan Seni dulu, bila cikgu suruh lukis gambar permandangan tu jelah modal kau orang kan? Gunung-sawah-rumah kayu-matahari dicelah gunung. Typikal. Termasuklah aku haha!


Aku park motor betul-betul depan pintu masuk Griya. Griya ni macam aku pernah sebut dulu, dia lebih kurang macam Giant. Disinilah tempat aku membeli stok makanan mentah. Aku capai sebuah bakul dan berjalan mencari kelibat susu. Hmm...kat sini Dutch Lady nama dia Frisian Flag. Tapi dia manis sikit. Tak sesedap di Malaysia lah. Tapi oklah kot daripada takde. Aku capai 2 kotak besar. Low Fat & Chocolate.


Alang-alang beli susu ni, baik beli cereal sekali bentak hatiku. Eceh takyah nak bentak sangat pon takpe. Takde sape kesah kau nak beli cereal ke tak. Cereal kat sini sama je macam kat Malaysia, brand Nestle. Aku rasa diorang import sebab harga dia mahal jugak. Rp30k. Lebih kurang RM10. Mahal tau. Seekor ayam pon baru Rp22k. Ni cereal je dah Rp30k. Memang taklah kan orang orang miskin kat sini nak beli. Makan bakso pon baru Rp5k. Kau tengok betapa besarnya beza nilai dia?


Sedang aku dok convert-convert duit Rupiah kepada RM (haha nilah kegemaranku bila membeli belah), aku nampak ada sorang budak pompuan ni, umur kurang lebih 4 tahun berjalan berpimpin tangan dengan mak dia. Mak dia pakai baby sling yang diperbuat dari kain batik lusuh. Baju dia pun lusuh, nampak macam orang susah. Aku tengok dalam bakul dia cuma ada kopi beberapa paket, telur dan mee segera. Si anak perempuan ni sambil berskipping-skipping tak hengat dunia, dia meminta-minta mak dia supaya belikan jajan. 'Aku mauuuu yang ini donkkkk, bisa ga mama??'


Budak pompuan tu mintak ibu dia belikan dia Nestle Koko Krunch. Si ibu pada mulanya senyum lantas tangannya mencapai kotak cereal tersebut. Dilihatnya harga yang terpapar di tepi kotak tersebut, terus riak mukanya berubah dan diletak kembali kotak itu di tempat asal. 'Ga enak ni sayang...nutrisinya ga bagus..yang lain ajah ya?' Kata ibunya lembut. Si anak tarik muncung.


Si ibu terus memujuk anaknya supaya ambil jajan yang lain. Aku paham perasaan si ibu. Rp30k cukup banyak dan bermakna untuk orang miskin disini. Even kalau kerja membuat tahu pon hanya dibayar gaji rp10k sehari. Memang sangat daif. Pernah aku ternampak seorang pakcik ni membuka walletnya di dalam angkot, terkejutnya aku kerana dalam walletnya cuma ada Rp7k = RM2.50


Sewaktu aku beratur untuk bayar, aku nampak budak perempuan tu makan jajan Cheetos sambil menunggu ibunya membayar di cashier. Aku tersenyum ............................................................... Cheetos harganya cuma Rp3k


Thank you for reading this entry !

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahu tak Clarins tengah bagi free trial skincare product? Siap bagi free consultation lagi tau. Check It Out Girls!

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri