Assalamualaikum =)
Semalam aku pergi ke Bandung dengan Farah. Actually, kami bukan random pergi macam tu jer, kami pergi atas invitation uncle (ayah dak apis). Uncle ada kerja somewhere dekat Bandung jadi he brought the 2 kids along - najwa & akim. Uncle cakap while dia pergi kerja, boleh la aku bawak adik-adik jalan. Ok cemas. Adakah aku boleh menjadi kakak yang baik? Macam tak.
Ok aku kena pegi Sensa Hotel, Ciwalk sebab diorang stay sana. Lama gila tak pergi Ciwalk dah berbulan-bulan rasanya tapi takla rindu mana pon. Sensa Hotel ni betul-betul dalam Ciwalk tau. Sebelah tu je mall dia. Kalau ada flying fox confirm sampai pintu masuk mall dalam masa 10 saat.
1# Ini Sensa Hotel. Sambil menyangkung aku capture gambar ni tau.
Masa aku sampai, najwa & akim tengah buat apa eh. Tak tau nak describe. Akim macam berlegar-legar je aku pon tak paham. Err...aku pon sembang-sembanglah secara rawak. Tanya pasal sekolah etc. Yelah kate nak jadi kakak yang baik, perkara yang wajib ditanya haruslah sekolah =')
Lepas tu aku rasa aku patut ajak diorang lunch. Ye kakak yang baik harus pastikan perut adik-adik terisi! Aku ajak diorang ke Raa Chaa Thai Steamboat & BBQ sebab ada member aku gebang tempat ni sedap. Tapi dia bukan All-You-Can-Eat la, dia Ala-Carte.
2# Sawadikapp to Raa Cha! Ada like banyaaakkk gilaaa ingredients to choose from.
3# Otak aku bekerja keras untuk memilih yang mana satu yang sedap. Salah ambik nanti rugi. Ahh aku benci ala-carte!
4# Finally fuhh... yang penting Thai Iced Tea terbaik.
5# Grill 'em on your own!
6# Kakak dah tak larat.
7# Boiling pots & grill pans tu licin. Sedap! Kakak kau ni nak belanja tapi najwa came to me and said ' Kak Fatin abah kata jangan bayar tau sebab kak Fatin still a student'. Comel tak ha comel tak??
8# Sebab terharu sangat, jadi aku pon belanja diorang makan mini-icecream kat PVJ. Memang dah niat sebenarnya nak belanja makan steamboat tadi tapi tulah aish, bila nak buat baik ada saje benda yang menghalang ahaks!
9# Lil Najwa yang comels! 10# Aku yang bajet comels!
11# Later uncle pon joined us. Had our Teatime at Javana Bistro, PVJ. I ordered Chocolate Frappe + Espresso. Walaupun presentation lawa tapi rasa macam alkali.
12# Sunset. Cantik kan? Taken from the hotel room.
13# Ciwalk from above.
14# Najwa's all time favourite. JCo Yogurt with grape, orange jelly & melon mochi toppings.
15# Akak curi ye yunk LOL.
Thanks a bunch to uncle, najwa & akim for yesterday. Ni bukan kakak bawak adik-adik jalan, tapi adik-adik bawak kakak jalan haha =') Nasib baik aku bawak ipod, boleh la lekakan si najwa tu sekejap dengan game-game yang melaghokan. Takdalah awkward silence kan hehe. Aunty if you are reading this, we miss you & your cooking !!
p/s : Kalau korang datang ke Bandung, sila pergi ke Hanamasa Yakiniku & Shabu-shabu (all you can eat). Siryes sedap nak mampos & berbaloi daripada Raa Cha. Hanamasa ni ada dekat Jalan Dago & Istana Plaza.