Assalamualaikum
Aku sebenarnya buntu. Tak tau macam mana nak cerita kat angpa semua pengalaman aku travel ke Korea itu hari. Tak tau macam mana nak divide entry ni. Tak tau nak pilih gambar yang mana satu. Tensen pulak rasanya bila nak update blog. Tapi dek kerana pujuk rayu angpa semua kat aku (hikhik) lembut hati I tau nak update.
Tapi awas! Takyah nak awas sangat pon takpe kot cik Fatin (haha).. Mungkin entry selepas - selepas ini aku akan asek gebang pasal travelogue aku ke Korea. Aku pergi 11 hari kot. Jangan harap a nak buat 1-2 entry jer. Memang tak a kan. Memang tak ah. Memang tak. Hmmmp.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Hi kengkawan !! Wah gitu konon-konon yang tadi tu pendahuluan la kann. Anyway aku telah terbang ke Korea Selatan pada 19 Mac 2012 dengan menaiki pesawat AirAsiaX. Disebabkan aku beli tiket beberapa hari sebelum departure, so harga return tiket aku adalah RM1913. Flight aku pukul 2.15 petang dan dijadualkan untuk tiba pada pukul 8.45 malam. Trip aku ini adalah selama 11 hari. Aku akan pulang pada 29 Mac 2012.
Macam biasa, aku kan jenis adventurous jadi aku telah melakukan semua benda last minit. Perasaan tergesa-gesa dan berpeluh-peluh takut terlupa bawak barang itu sungguh intense. Rasa berdebar-debar itu seperti memasuki Amazing Race! Sehari sebelum departure, barulah terhegeh-hegeh mencari warm clothing kerana cuaca Korea pada waktu itu adalah -1 sehingga 15 darjah celcius. Sibuk juga mentawaf Jusco untuk membeli barangan buatan Malaysia sebagai buah tangan untuk rakan yang berada di Korea. Adat menumpang rumah orang..haruslah orang berbudi kita berbahasa. Wah wah blog honeykoyuki mengajar nilai-nilai murni gituu.
Belah kiri yang berbentuk empat segi adalah pocket warmer. Nama melayunya adalah pemanas poket.
Bagus sungguh benda ini, dikala sejuk, bila memegangnya terasa selesa! Sarung tangan dan stokin tebal jangan dilupai. Aku beli barang-barang yang sungguh comel ini di Daiso IOI Mall. Setiap satunya berharga RM5. So cheap liao~
Beg polkadot berenda (euw what a name!) berisi ubat-ubatan seperti panadol, loratadine (ubat selesema yang tidak mengantuk), koyok dan tiger balm (untuk sakit otot kerana panjang nau langkah). Polkadot bergetah rambut love love pula sebenarnya adalah passport holder yang berisi passport, boarding pass, scheduler & pen. Beg bunga-bunga mengandungi barangan kosmetik seperti moisturizer, lipbalm dan pewangi.
Aktiviti di dalam flight cumalah tidur, bermain game, tidur, bermain game dan makan. Serta ke tandas. Aktiviti ini diulangi dan dilakukan secara berterusan selama 6 jam.
Menikmati hidangan Malaysia buat kali terakhirnya sobs.
Nasihat : Jangan memakai contact lens ketika menaiki kapal terbang kerana mata akan menjadi kering dan akan menyebabkan ketidakselesaan. Pakai moisturizer serta lipbalm secukupnya untuk mengelakkan kulit menjadi kering serta merekah. Pakai pakaian yang selesa seperti cotton kerana 90% aktiviti yang dilakukan ketika menaiki kapal terbang adalah tidur.
90% ya kawan-kawan. 90%.
Subahanallah ! Cantik sungguh ciptaan Allah. Ini merupakan sunset!
Alhamdulillah, sampai sudah ke bumi Korea setelah 6 jam perjalanan. Kami mendarat di Lapangan Terbang Incheon lebih kurang pada pukul 9 malam. Ada orang tu pakai tshirt cotton jeww pastuu kesejukan yang amat. Beg aku yang besaq gila warna hitam tu. (Siap tulih nama daddy I tak menahan) Beza gila dengan beg member aku. Nampak sangat la kan..
Aku suka masuk toilet kat airport. Saje je nak judge a book by its cover. Kalau toilet kat airport tu kotor, satu negara tu aku cop pengotor haha! Oh ya, toilet kat airport Incheon ni comel, ada plastic cover yang sangat berguna untuk mengelak kegelian. Malah apabila sudah selesai menyahtinja, boleh tekan button "START" dan plastic akan digantikan dengan yang baru secara automatic!
Rumah yang sangat comel and very the Korea !
Sementara Amrah mengambil kami di airport, housematenya Miza telah memasak mihun yang sedap untuk kami. Bestnyee! Mar telah membawa KFC dan sambal ikan bilis, aku pula membawa serunding daging & rendang daging. Lama sangat tak rasa makan atas surat khabar macam ni. Dulu kat bandung selalu buat masak-masak gini and makan beramai-ramai. Bila makan ramai-ramai macam ni, telur dadar pon rasa macam pizza extra cheese.
Ok nak cerita departure & arrival pon dah ambil masa yang lama. Oh tuhanku, istiqmahkanlah aku dalam menulis blog ini. Amin! Tunggu tau entry seterusnya =)
Thank you for reading this entry !