Assalamualaikum
Siryes aku rasa otak aku mengalami kelembapan yang maha agung sepanjang aku berada di sana. Kalau kat mesia konon pandailah amek medic. Kat Korea hampeh, aku bukan sahaja tak tau baca, malah tak tau bercakap dan mengira! Boleh tak kau bayangkan tahap kebebalan aku?
Tapi untuk mengelakkan dibelenggu perasaan lemah otak itu, aku selalu berdamping dengan Mar. Sebab Mar ni big fan of Kpop segala. Jadi dia boleh cakap hangul sesikit and kalau dia takleh cakap pon, at least dia paham orang korea tu cakap apa. *Mata bersinar* Maka berbekalkan semangat yang waja kami berdua telah travel secara random di bumi Korea!
Destinasi pertama : Namsan Park! Di Namsam Park ni ada NSeoul Tower, Teddy Bear Museum & Love Padlocks.
Macam good-good je skodeng makcik..padahal tak paham English an? eeee jahatnyewww kak fatin
Kalau nak travel di Korea, dinasihatkan untuk beli kad T-Money. T-Money ni konsep dia macam kad touch N go tapi kita gunakan untuk naik public transport seperti bas & subway. Yelah kau dah la tak paham orang cakap apa lepas tu poyo nak bayar tambang pakai cash pulak. T-Money ni boleh beli di convenient store macam GS 25 atau maybe di tempat-tempat yang ada lambang T-money. Kat station pon boleh kot. Aku punya, member aku kasi. Aku topup 30,000 won / RM90 boleh tahan untuk 8hari. Kalau dah habis and nak topup kat mana-mana station pon ada, nanti ko nampak Reload machine dia macam ATM machine. Dont worry machine tu ada English option.
Ha nak dijadikan cerita, aku ngan Mar ni terkinja-kinjalah naik subway sebab first time kan. Masa subway tu sampai, kitorang cecepat masuk kedalam pastu ternampak tempat duduk kat hujung skali. Cantek ah ada 2 tempat kosong! Sebelah tu ade pakcik tua. kitorang pon duduk sebelah dia. Aku lemparkanlah senyuman yang paling manis. Hormat orang tua you know. Tiba-tiba pakcik tu jeling pastu dia bangun terus. Ceh sombong orang tua ni, tak tau ke aku ni femes kat mesia, bentak hati kecilku. Ko pehal tin...
Depan kitorang pon berderet orang tua yang duduk. Malas aku nak senyum. aku tengok diorang, diorang pon tengok aku. Blank expression. Jual mahal ye kau pakcik. Skali Mar menjerit, ALAMAK TIN KITA DUDUK DEKAT SEAT ORANG TUA & IBU MENGANDUNG! PATUTLA!! Cecepat kitorang bangun dan berdiri menyorokkan muka daripada pakcik-pakcik tadi. Padahal dah 30 minit jugak lah duduk. Atuks Y U NO tell us?! =')
Tu dia Seoul Tower dah jumpa! Kitorang takde map. Jumpa mana-mana manusia, terus tanya. Seoul Tawa? Where? Tawa where where? Sorry for the limited vocab dangg!
Penat, sejuk semua rasa. Ha nak naik ke atas Namsan Park ni, boleh la naik cable car. Harga 8000won/RM24 for round trip. Tak salah akulah..lupa! Tapi kalau nak feeling feeling batu caves gitu, boleh la jalan kaki.
Ha hamek kau. Sebahagian daripada Seoul. Kalau sesat mampos tak jumpa carik.
Namsan Park yang sangat cantik. Masa ni Spring tapi so sad masih terlalu awal untuk cherry blossom berbunga. Tapi weather sangat la sejuk. Aku rasa ada 1-3 degree kot. Kaki tangan aku semua tak rasa wuwuwuw.
Itulah Seoul Tower hikhik.
Coffee price range from 400-900won / RM1.60-2.70.
So beautiful
APELAK TUNJUK BUSTOP?! Belakon ko kan...
Love Padlocks! Biasanya couple datang sini dan isytihar percintaan mereka disini..foine foine..
Tak cukup dengan padlock.. boleh jugak tulis atas tiles kecik-kecik ni pastu lekat kat dinding kedai ni. Pandai ko meniaga ye boss.
Tengah sibuk-sibuk jelly tetiba dah malam. CANTIKNYEEEE SEOUL !
Tetibe lagi, nampak macam orang kacak dan cantik berkumpul setempat. Pastu peminat bercamera berkumpul on one side. Pastu banyak cameraman. Apakah ini?
Rupanya ada shooting !
Kitorang ni mula la dok menyibok nak usha siapa yang tengah berlakon. Kot dapat Big Bang ke tak ke ko pengsan? Hengat senang nak jumpa Kpop artist kat sini. Artist kat sini ibarat dewa tahu. Boleh histeria, melutut, menyembah ke lantai kalau fans dorang jumpa artist Kpop ni. Gila punye fan!
Usha punya usha, rasanya kitorang tak kenal pelakon tu kot. Pastu Mar cakap, eh director dia ni bukan ke yang tolong tangkapkan gambar kita tadi? Aku macam aah la. Eh tapi dia orang Indonesia lah takkan dia direct cerita korea kot? Pastu kitorang saje je berdiri dekat-dekat dengan dia. Masa tu dia tengah duduk dekat monitor. Aku ni sebagai anak Malaysia yang pernah kuliah di Indonesia selama 3 tahun memulakan konversasi secara konfidennya :
FL : Pak, bapak ni director ya? Dari Indonesia?
D : Iya dongggg..kalian dari mana?
FL : Oh iya? Aku dari Malaysia pak tapi dulu kuliahnya di Bandung di Unpad. Aku udah betah bangat sama Indonesia. Bapak dari Jakarta? Lagi bikin apa? Sinetron? Bagusss ni pakkk blablabla (pujian)
D :Iya kalian cuma berdua aja? Liburan ya iseng iseng bangat..Nihhh aku lagi bikin sinetron kolebrasi antara Indonesia sama Korea ni.
Ha kau, terus aku member dengan director tu kahkah. Tak sia sia aku blaja kat indon dulu, dapat gak aku amek kesempatan berkawan baik dengan dia. Masalahnya anak bos pon ada kat situ, namanya Sally. Dengan lajunya aku berbaik-baik dengan dia dengan harapan dapat tangkap gambar dengan pelakon pelakon korea tersebut! Ingat senang ke nak kacau orang tengah shooting. Pastu aku keluarkan perkataan hikmat aku :
FL : Bapak.. iya bapak ni kan directornya, kalau kita tu mau foto bareng sama aktor sama aktressnya bisa ga =) ?
D : Iyaaa tentu sajaa, aku ni kan directornya ha ha ha ! (laughing like a boss)
Revalina S Temat. Bawang putih tu hee..lawa gila ingat Korean rupanya Indonesian!
Tim Hwang Young Min. Penyanyi ballad & pelakon korea.
Takyah beratur terus dapat tangkap gambar sebab kawan dengan anak bos hee...Makasih ya Sally!
Tak sangka betullah. Sebab sibuk dengan dorang ni, akibatnya terlupa nak masuk Teddy Bear Museum. Gila lah aku macam tak percaya apa yang dah berlaku kat kitorang. Tak semena-mena pergi berkawan dengan director, jumpa artist bagai. Padahal niat asal cuma nak tengok Seoul Tower je. Alhamdullilah, Allah jadikan percutian kali ni menarik dan penuh dengan pengalaman yang manis =)