Get a job with #SFCF


Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik, sikit lagi aku bakal tamatkan pengajian dalam bidang perubatan. Perasaan? Mampuih sebab nak dekat exam iaitu bulan 3. Aku paling tak suka exam sebab exam buat jantung aku rasa nak explode. Masalahnya sekarang, exam dan medic ibarat teh tarik kaw dan roti canai banjir. Memang sukar dipisahkan kombinasi terbaik ini!


Kombinasi terbaik!


Masa kecik-kecik dulu ingat kerja doctor ni simple. Cek dada, bagi ubat, suruh patient balik. Ulang-ulang benda yang sama. Bila dah remaja pulak ingat kerja doctor ni macam neraka dunia. Kena buat operation, sambut baby lahir, tak tidur berhari-hari sebab kena jaga patient (overrated sangat). Bila dah matang (ehem sekarang la tu) baru tahu yang doctor ada banyak bidang yang dapat membantu orang yang memerlukan. And you don’t need to do surgery if you don’t take courses involving surgical!


Kononnya dah matang leni walaupun pakai beg color terang. Padahal kalau pergi hospital kemain skema pakai spek mata tebal. Jangan kata beg warna terang, aku langsung tak bawak beg. Semua sumbat dalam white coat lol.


Tetiba nak bagitau korang yang beg LongChamp LePliage Cuir kita from Moddy kekeke


Ok sambung kembali. Sebab takda exposure dalam kerjaya itu, jadi aku suka buat assumption. Aku rasa kita semua sama. Kita suka bersifat generalized. Bila fikir tentang doctor, mesti ingat kerja doctor adalah merawat pesakit. Padahal ada je doctor yang buat kerja administration or research dan tak payah jumpa patient langsung.

Oleh itu aku rasa, before kita tempuhi alam kerjaya dan decide kerjaya/post apa yang sesuai untuk kita, kita kena ada ilmu. Tak boleh buat assumption begitu sahaja atau dengar-dengar cakap orang. Seboleh-bolehnya, kita kena at least paham apakah cabang 
pekerjaan yang ada dalam course (degree/diploma) yang kita ambil.


You dont wanna end up something like this right?

Graduan sekarang sangat beruntung kerana korang boleh attend Sector Focused Career Fair (SCFC). Kalau korang nak tau, SFCFini ditubuhkan oleh Talentcorp untuk educate graduan universiti tentang pilihan kerjaya yang ada. Contohnya macam bidang Oil & Gas, Electronics & Electrical, IT, Telecommunication, Biotechnology, Finance, Accounting, Healthcare, Tourism, FMCG and Education sectors. Mereka akan buat roadshow di seluruh malaysia.

Yang bestnya, event ini dibuat di universiti awam dan swasta. Kalau SFCF ni buat road tour kat U korang, untunglah duit minyak kan! Sesiapa pon boleh hadir ke event ni. Event ini dibuka kepada pelajar U, young professional dan juga graduan yang masih menanam anggur tak sudah-sudah..hehe melawak ja..


Pada hari ini dan esok (5 dan 6 Oktober 2013), SFCF akan berada di USM. Student USM alert ya! Maka akan ada job fair, job interview, dan showcase tentang Sciences/Healthcare/Social Science Career Talk (SPARC TALK) oleh invited speakers yang hebat lagi best. Dengar cerita, yang turun padang di USM weekend ni adalah Chief Operating Officer of Institute Jantung Negara, HR Department Director of Prince Court and Medical Director of Beverly Wilshire Medical Centre. Hebat gilo woi. Orang orang hebat ini akan berkongsi tips-tips interview dengan anda selain memberi gambaran tentang kerjaya mereka! Ha kalau takda SFCF ini.. mana korang nak dapat sharing yang melampaui hebatnya pun. Betoi tak?

Aku rasa benda-benda macam ni memang bagus. Ilmu yang tak boleh dapat dalam buku. Speaker-speaker hebat akan share dengan kita pathway yang dorang ambik to reach the level where they are standing now. Kalau SFCF ni datang PPUKM aku serious nak pergi. Aku nak dengar sharing doctor-doctor yang venture into business field. Aku minat business, perhaps boleh buat some business yang related dengan medic. Maybe aku boleh bukak hemodialysis center? Or something like that…bestnya kalau ada orang yang boleh sharing dengan aku :)


Tengoklah ramaikan student U yang join Career Talk SPARC in Campus ini. Baguslah kan, at least they are one step ahead us! Mesti dorang dapat banyak tips/ilmu dan boleh perform dengan baik during the job interview.


Having a college degree doesn't promise you any job. You must work hard for it!


So apa tunggu lagi. Make yourself occupied with all the knowledge about the career that you are going to venture in! Bila kita paham pathway kerjaya kita, we are more ready and able to perform well during the job interview. Boss pon mesti suka kat kita sebab kita nampak matang and bijok haha! Zaman sekarang ni, semua benda kena competitive. If you don’t make a difference, you wont go to anywhere. Goodluck!

Sector Focused Career Fair (SFCF)


Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri