Masa zaman sekolah SBP dulu muka aku kelakar.

Assalamualaikum


Kadang-kadang aku rasa kan apa yang aku dapat selama aku hidup ni semua macam rezeki terpijak tau. Rasa macam aku tak layak nak dapat benda tu tapi sebab mak aku tak putus putus berdoa, jadi Allah pon bagilah kat aku sebab kesian tengok mak aku hehe. Contohnyela kan, masa form 4 aku dapat tawaran masuk SBP. 


Kalau korang nak tau la kan, masa form 1-3 aku ni jenis yang tak berapa nak active sports sebab takut kulit jadi hitam. whatever gile weyh aku. Malu pulak melayan diri sndiri macam DIVA masa kecik2. Padahal sekolah depan umah je kot. Tiap-tiap rabu petang, memang boleh nampak lah budak2 lari keliling padang, belajar ikatan tali tengah-tengah panas, berkhawad sambil kena maki dll. Aku pulak tiap-tiap petang lepas makan tengahari dok terbongkang depan TV wakaka bahagia bahagia. Tapi cemas jugak sbb attendance aku kosong memanjang. Cikgu ko-ku pernah warned kat assembly, dia cakap, sapa budak yang tak datang ko-ku, tau lah nasib dia, dia akan cari sampai ke rumah!! Aku cemas bai sebab umah aku depan sekolah je. Yelah masa tu zaman menengah rendah, zaman teenangerslah katekan. Keberanian tahap dasar je. Konon makhluk yang paling ditakuti adelah cikgu displin & GPK HEM. Cuak punye pasal, tiap-tiap hari rabu, aku akan balik umah laju-laju tak toleh kiri kanan, kunci gate dan pesan kat bibik. 


'bibik kalau ada cikgu datang rumah & cari saya, bibik berlakon pekak tau'
'oh kenapa cik tin? cikgunya jahat?'
'iya jahat banget, pokoknya bibik berlakon pekak aje'
'ya udah'
'time kasih bibik, nanti saya belanje top up rm5'


............ tapi tak pernah pon cikgu datang cari aku kat rumah. buat penat je aku runsing dan hidup dalam ketakutan pada setiap hari rabu -__-

- - - - - - - - - - - - - - - - - - -


Nak dijadikan cerita, aku pon dapatlah straight A untuk PMR. Memang semangat nak masuk sekolah SBP tu membuak-buak. Bukan sebab aku suka kehidupan yang teratur, tapi sebab aku rasa macam cool kalau dapat pakai baju batik wakakaka. Dekat nismilan ni ada banyak SBP mcm SDAR, TKC, SASER, SMAP Labu, STJ. So kalau lepak kat terminal 1 hari jumaat lepas kelas tu, memang boleh nampak la budak-budak SBP pakai baju batik sambil hurung beg balik kampung. Pehhh siyess semat weyh. Pada zaman tu, tiada apa yang lebih semat daripada baju batik sekolah SBP ~~~


So aku macam konfiden yang aku akan dapat SBP sebab result aku sejak form1 mmg mantop. Memang aku tak join sports & leadership tapi aku join quiz2, essay writing & all those academic stuff yang tak kena panas. Even offer nak jadi pengawas pon aku tolak sebab pengawas kena jaga gate tgh-tgh panas. Betapa taksubnye aku taknak kena panas kan. Pening pulak kepala aku type perkataan 'panas' ni banyak kali hehe. Anyway, masa tu persaingan memang hebat, cikgu aku pesan, sekarang ni SBP perlukan banyak student lelaki, sbb student perempuan dorang dah ramai giler. down. Masa 1st intake SBP tu, member2 laki aku yang pandai-pandai suma dah dapat offer. Aku setiap hari bukak peti surat tapi hampa. Yang ada cumalah pamplet promosi GIANT...............


Makin hari impian aku nak pakai baju batik terasa makin jauh...rasa sedih sangat sebab tak dapat pakai baju batik ada lambang sekolah wuwuwu... aku asek mengelamun je dalam kelas. Subject form4 susah kalau nak compare masa PMR dulu kan, tapi aku macam malas nak amik tau. homework pon aku tak buat. Sebab mak ayah risau dengan perangai anak pompuan dorang ni, ayah aku pon amek inisiatif dengan menghantar rayuan kat pihak SBP. Tapi pihak SBP kata diorang tak janji, sebab tempat memang limited. Kalau ada orang tolak offer baru dia boleh replace. Wuuu memanglah rasa terhina masa tu, nampak sangat aku ni macam tak layak & 2nd choice jer. Takpe kau pakcik..takpe..camni a kau buat den...ehkau taktau den ni sapo laeiii...camni arrr camni arrr...


As I moved on and began to forget bout the SBP thing, tiba-tiba I got an offer letter from SBP. Dalam bulan february macam tu. Nama sekolah : SBP INTEGRASI SELANDAR, MELAKA. I was like, apo tuu tak pona donga pon. Bagilah den STF ke TKC ke baru ada standard ecewahh <---- tak sedar dek untung budak ni! Kebetulan abang aku yang sekolah kat STJ mase tu kate, dia penah pegi sekolah selandar tu untuk kem physics & math. Sekolah selandar tu memang kampung habis, dalam lingkungan kelapa sawit. Misteri. Lebih kurang macam Bermuda Triangle. Misteri kan? Dahla sekolah tu baru bukak. Kiranya batch aku ni merupakan batch ke-2 yang amek SPM. Tak establish lagi. Masih 'noob' lagi orang kata. 


Akhirnya dapatla aku pakai baju batik. Mula-mula je rasa bangga sebab orang pandang2 hehe tapi lepas tu dah tak rasa apa dah. Siap rasa renyah sebab kain dia agak nipis dan jarang jadi harus pakai singlet & kain dalam. Panassss woiii. Bese aku kalau outing pakai baju sekolah je. Malas nak layan baju-baju batik ni hehe... aku men campak-campak je baju batik aku kat ampaian. Siap dah tertukar-tukar dengan junior/senior. Kejap besa gelobos nak mampos, kang next week sendat pulak hahah. Gi mamp lah. Asal ade je. Aku kat SBP memang selekeh. Tapi active sports & leaderships. Academic pon dah mula merundum sebab sibuk wakil sana sini kan. Kehidupan SBP memang hectic, dan aku tak bapa nak suka.




Kiri sekali aku. Jom gelakkan aku wakakakakakakaka.


Tapi sebab masuk SBP lah aku dapat men basketball, siap jadi first team tau, silat sparring, naib pengerusi kelab bhs jepun, ajk PBSM, librarian (walaupun jarang bertugas tapi patuh dengan arahan ketua), pergi kem sana sini, wakil sekolah sana sini, main acara padang mcm 4x200m, 200m, lompat tinggi, ajk untuk MPP biro rekreasi dll. Aku tak ingatlah semua. Kalau tengok sijil-sijil aku mesti rasa bahagia dan mahu mengalirkan air mata. Tak sangka aku yang DIVA dulu dah jadi athlete suam suam kuku. wakaka sume disebabkan sekolah selandarkuu tercinta. Time kasih time kasih at least ada point nak belagak kat anak-anak nanti kan. Hee tapi zaman sekolah selandar nilah yang mana berat aku mencapai 51kg. Sudahlah itu, kulit juga gelap sebab berjemur kan. Memang zaman selekeh! 


 
kiri sekali, baju warne kuning corak mawi world, bermuka innocent. hahahahah !


barisan yang duduk, kanan sekali, baju pink tudung itam, kaki terkangkang bajet gangster. aku la tu ! hahahah



belah kiri, pakai uniform librarian, berkasut penguin RM9.90 :P



dengan budak kelas 5 edison. masa farewell dinner. baju ijau pipi tembam dan telah menang award Ms. Stylo hahaha. muka aku macam adik aku yang asfiq tu anyonyonyonyonyo :P yang penting innocent kan.



Gambar tak banyak weyh. Dulu aku mane ada camera-camera bagai ni. Bawak camera kalau ada event besar-besar je hehe. Pastu laptop aku kan hilang dulu, so banyak la gambar-gambar masa sekolah yang ilang. sedih je. Gambar-gambar ni pon aku amek kat FB kawan-kawan lama. Ada la 2 3 kan. Kira okla tu. Dalam gambar kat atas ni, kulit aku tak brapa nak gelap sebab masa ni form 5, nak dekat SPM. masa ni aku dah stop dah men sports. Concentrate SPM la katekan. Aku itam tu masa form 4 and awal-awal form 5 tapi takde gambar pulak.. Ha xpelah apa yang ade jelah eh. Korang pasan tak muka aku innocent habis heee...beze btol ngan sekarang...


main putsal. belagak sebab score -____-.


Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri