Hi assalamualaikum.
Lama tak buat entry kan. Ha jadi sebab malam ni rasa macam malas nak belajar, dah alang-alang buang masa tu biar lah buang masa habis-habisan ye tak. Hahahaha pandai kau kan. Padahal suruh belaja habis-habisan taknak pulak kau kan -_____- Ok entry kali ni aku nak bagi tips la kat angpa suma camna nak jadi kuruih. Sebabnya aku tau dah, la ni pompuan suma dok obses nak kuruih suma kan, membe ajak lunch kat cafeteria makan nasi lauk ikan keli masak lemak cili api angpa bukan main lagi dok main wayang kata dah kenyang la, dah makan la padahal angpa nak dietkan? Tuptup tengah malam satgi penuh mulut angpa dok kunyah biskut dan coki-coki. Lagu mana aih nak kuruih kalau camtu. Ang tau dak cara ang diet tu salah? takpa takpa binta toro sama feylo, hepi meri sety, feti bom bom! <--sapa tgk cita BULI mesti dia tau hikhik.
Jangan tunggu lagi. Dia boleh selesaikan masalah anda ! Memperkenalkan~~~~~~
Fatin Liyana ! Bukan doctor bukan nutritionist. Tapi dah berjaya menurunkan berat badan dari 51kg kepada 42kg dalam masa 6 bulan. Apa tak cukup kagum lagi? Selera makan besar tapi pinggang masih 24'. Kagum tak? Tiada crash diet, tiada berlapar & tiada emosi kerana tak dapat makan makanan sedap2. Ingin tahu caranya? Sila scroll down !
(apehal macam gampang aku ni)
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
1. JANGAN CRASH DIET
crash diet tu ialah diet secara mengejut. ramai ja awek2 yang buat lagu ni. aku cukup marah aih. sebabnya bila ang crash diet, memangla berat ang turun secara mendadak. yelah ang tak makan 2 hari pastu turun 3kg, ang gembira bukan main kepalang. Padahal berat ang turun sebab water volume dalam badan ang yang reduce bukan fat. Pastu kalau ang crash diet, metabolism badan akan rendah sebabnya badan ang pikiaq ang tgh starvation. Pastu satgi bila ang dah tak pat tahan nafsu, ang makan macam biasa balik, badan ang akan store as much fat as possible. maka berat ang yang bertambah akan lebih dari yang ang ilang. rugi tak?
2. JANGAN SKIP MEAL. JUST REDUCE PORTION
'I don't take lunch & dinner, i'm on diet'. Podah. Ni sorang lagi nak kena sekeh ngan aku ni. Sapa ngaja ang skip-skip meals ni. Kalau ang skip meals, ang mula la lapa nak mampos meroyan tak tentu pasal. Skali bila rasa macam dah nazak, sikit lagi nak mati, ang melantak makan megi/biskut tengah-tengah malam. Pastu mengantuk sebab perut kenyang. Apa lagi, suma yang ang makan tu badan ang store jadi fat lah. Bila badan ang perlukan energy pada siang hari, ang tak makan. Bila badan ang tak perlukan energy ang makan pulak. The key is, moderate je. Makan setiap waktu makan tapi kurangkan porsi.
3. HAPUSKAN MAKANAN RINGAN DI DUNIA INI
'I tak makan nasi, I take biscuit only'. Gila. Calories dalam biskut lagi tinggi dari nasi ang tau dak? Dah la tak kenyang pastu kasi tambah gemok lagi. Awek la ni suka salah anggap, depa rasa makan nasi tu menggemokkan, makan twisties, biskut & air coke suma takpa. Sebab tu depa tak makan nasi tapi makan makanan ringan. Tipah tertipu la bro. Nama ja makanan ringan tapi sebenarnya kalori tinggi. Aku habaq ngan ang, aku dulu berat turun sampai 9kg sebab aku tak makan titbits langsung. aku just makan breakfast, lunch & dinner. Kalo aku lapar, aku minum milo & makan roti. Memang berkesan. Percayalah cakap aku.
4. GET ACTIVE
satu-satunya benda kat dalam dunia ini yang boleh menyembuhkan apa-apa penyakit ialah exercise ataupon orang melayu kata bersenam. Kalau angpa bz mengalahkan menteri, ang tak pat jogging tiap-tiap petang takpa. Cari jalan untuk something yang practical. Contohnya park keta jauh-jauh dan jalan laju2. Pilih tangga daripada berebut-rebut nak naik escalator macam kat KL sentral tu. Pilih untuk main game Dance dance revolution daripada DOTA. Kacau anjing yang tengah tidur.
5. JANGAN BUAT STRENUOUS EXERCISE KALAU TAK MAMPU, JUST SLOW-JOG/WALK.
kadang-kadang tu aku tengok kan, ada awek2 ni jogging bagai nak gila. berpeluh sakan toksah nak cita. hari-hari dia jogging secara melampau sampai nak semput-semput dah. tuptup seminggu ja tahan. pastu balik jogging, sebab rasa macam dah kuruih sikit, depa dok melantak nasi goreng ayam, sate kambing, milo ais, puding caramel, lepat pisang, zombie kampung pisang suma lah yang ada depan mata. Mana tak nya kan. aku ada satu interesting fact, kalau ang exercise secara strenous, nanti yang banyak terbakar adelah glucose. Glucose metabolism ni perlukan oxygen, bila ang exercise melampau, oxygen kan kurang, jadi dia convert metabolism tu jadi anaerobic (tak pakai oxygen). Bila anerobic metabolism berlaku makanya, acid lactic akan terkumpul. Lepas tu merana la badan ang sakit sakit. Lagi satu bila glucose yang terbakar, dia akan stimulate otak ang supaya rasa lapar lapar lapar lapar. Pastu konfem ang akan makan dengan banyak sebabnya glucose metabolism ni boleh buat ang lapaq nak mampos.
Baru-baru ni, professor ada habaq kat aku. The latest research cakap, kalau nak kuruihkan badan secara consistant & tanpa rasa letih, ang just jalan ja. tapi syarat dia mesti kena lebih dari 1 jam. Sebab pa meh aku habaq mai kat angpa suma, kalau angpa jalan lebih dari 1 jam, yang terbakar adelah fat, kiranya metabolism yang berlaku adelah fat metabolism. Kenapa kena lebih dari 1 jam? sebabnya hormon adrenaline tengah peak masa ni. hormon adrenaline ni akan stimulate enzyme lipase dalam badan ang untuk memecahkan segala lemak-lemak yang ada. Professor aku ni dia buat kajian kat adik laki dia, memang berkesan. Adik dia hari-hari jalan 4jam tanpa henti dalam masa sebulan, pastu berat dia dah kurang 15kg. Hebatkan? Pasni aku nasihatkan, petang2 tu ajak la roomate pegi jalan-jalan keliling kolej usha laki hensem. Badan pon kurus, hati pon girang. Tapi janganlah jalan lenggang kangkung. Takdo makno eh jang.
PENGALAMAN FATIN LIYANA SENDIRI (EWWWW)
Berdasarkan pengalaman akulah, memang betol. Aku ilang 9kg dlu masa lepas SPM. masa tu aku keja dengan mak aku kat company dia. Keja dari 8pagi sampai 5 ptg. Memang sah sah tak pergi jogging la kan. Tapi aku telah kurangkan berat badan secara tak sengaja. Yang pasti, aku banyak berjalan dulu. Sebabnya keja aku ni macam bos kecik, kejap2 pegi bank setlekan payment itu ini, pergi office supplier amek sample, pergi beli makanan tok mak aku. Walaupon naik kereta tapi disebabkan selalu takda parking and takut keta kena clamp, aku jalan memang laju & banyak. Kadang-kadang aku sering tertanya-tanya adakah aku sedang bermarathon?
Anyway, aku makan macam biasa, keje penat makan mesti mewah maaa. Takde diet. Tapi aku tak sentuh junk food langsung. Umah aku takda junkfood sebab adik bradik suma laki depa tak makan junk food. Beza la masa sekolah dlu, sikit2 biskut. sikit2 biskut. Hampeh masa sekolah dlu walaupun aku training basketball tiap-tiap hari tapi berat aku tetap bertambah jugak. Ni suma gara-gara crash diet ngan junk food. siot ja kan. Tapi takpa, amek pengajaran. Dalam buku cakap, weight reduction yang betol-betol berkesan adelah sebanyak 0.5kg seminggu. Yang tu memang dia kurang takkan naik lagi. Buku understanding nutrition lah cakap, kalau salah ang p maki author dia k.
Dulu berat aku turun dalam masa 6 bulan. Kiranya bukan lah drastik. Dia turun sikit-sikit. Masa tu ramai makcik makcik dok tego aku, 'eh atin dah kurus sekarang macam tyra banks ape rahsie?' ok part tyra banks tu tipu makcik tak kenal tyra okayh -____-. Masa tu tak belaja medic lagi, aku pon tak paham napa aku punya berat turun kan. Masa tu aku ingat kalau diet gile-gile dan bersukan je boleh kurus teeeheee. Last skali berat aku stop kat 42kg. Memang kurus sebabnya aku ni tinggi 161cm. Masa tu suma orang risau pasai pa aku kurus sangat ibarat haiwan yang terpelihara daripada kepupusan. Pastu aku pon naikkan berat jadi 44kg. Dan constant smpai la ni. dah 3 thn ek. Tapi baru-baru ni aku sedang menaikkan sikit lagi untuk mendapatkan bentuk badan yang sexayyy. kiki jadi berat aku skang in between 45-46kg lah.
ok tu jelah yang dapat aku simpulkan kali ni. kalau ada sesiapa nak berkongsi tips boleh la, any doctors wannabe yang ada futher info regarding this, bole la same-same kte share-share kan ilmu ye. Aku ni belaja je medic tapi banyak je tak tau hehe. Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri dan apa yang di belajar. Kalau tak bersetuju jangan kutuk, sebaiknya gunakan ayat-ayat yang berhemah untuk membidas point-point aku ye hehe. harap korang gembire dengan entry ni setelah sekian lama aku tak update. chalo bete.