Sembang subuh.


Assalamualaikum.

Korang semua ok tak ni?  Dari semalam aku rasa macam nak naik hangen je. Kalau ada skala NAIK HANGEN from 1 to 10 aku rasa aku punye lebih kurang 8/10 la heheh. Aku rasa kecewa la dengan diri sendiri ni. Aku ni bukan boleh kecewe, kalau kecewe je mestilah nak emosi dan tak boleh nak buang air besar. Tensen tau tak bila tak boleh B.A.B (buang air besar).  Rasa macam kesedihan meruntun di jiwa dirantai digelangi rindu, sehinggakan diri sanggup mengalah blabla kan dah ternyanyi lagu exist. Bukti tengah emosi disitu. tettttttt



Salah satu sebab mengapa aku emosi ialah internet connection kat rumah ni begitu mencoba sekali. Sesuka hati dia nak disconnect tanpa izin aku kan. Tau tak kau dah permainkan perasaan aku ha? ha? Ibarat macam cikgu dah janji lecture akan tamat pukul 12 tibe-tibe cikgu extend another 15 minutes. Perasaan kecewa yang sukar digambar dengan kata-kata. Rasa macam sia-sia hidup 21 tahun ni sebab kecewa yang bukan main kepalang. T__T. Lepas ni kalau aku datang sekolah lambat 15 minit janganlah salahkan aku ye cikgu. What you give you get back. ececece dendam berahi nampak :p



Sebab kedua ialah, BB telah menjadi gila secara acute (tiba-tiba). Without the presence of any aggravating factor, tiba-tiba keypad dia telah berfungsi secara tidak masuk akal. Kalau tekan B dia kua BX. kalau tekan T die kua TV. kalau tekan BACK, dia tak mahu mendengar. kalau nak tekan fullstop, die kua sign macam bentuk alien. Apa berat sangat ke permintaan aku ha? Aku cuma nak text dengan menggunakan bahasa-bahasa mudah je. Kenapalah BB buat aku macam ni. padahal aku telah menjaga dia macam menatang minyak yang penuh tau, tak pernah jatuhkan apatah lagi calarkan siap bawak tdo masuk dalam comforter kalau tido kerana khuatir dia kesejukan. Tapi macam nikan kau buat MAMA, BB -____-




Sebab ketiga, aku takde mood langsung untuk study. Aku ni memanglah nampak seperti acuh tidak acuh tapi sebenarnya aku ni kalau study ada target tau. Bila target-target yang aku buat tu tak tercapai, aku macam down gila & rasa macam nak pergi downtown beli crocs tiruan sebab murah nak mampos lagi murah dari sliper BATA. Semua ni angkara hari raya yang bakal menjelma. Aku asek berpikir nak raya je. Sekarang ni aku eksyen tak mau dengar lagu-lagu etnik balada. Aku pasang lagu raya je. Bila dengar rasa gembira. Tapi bila teringat kerja-kerja aku yang belambak-lambak depan mata, aku rasa sayu. Bertambah-tambah sayu bila dengar suara mamat melaung-laung menyanyi 'Duhai bundaaaaa duhai ayahandaa~aaa~aaaa~aa dengarlah rayuan anakanda yang jauh dimata~~'


Aku ni kalau bosan-bosan kecewa-kecewa sukalah melayan perasaan dengan membukak formspring. Rasa macam boleh release tension kalau tengok-tengok soalan kat situ hehe. Pelbagai ragam ada, habaq mai kat aku lagu mana yang takda. Ohh mentang-mentang boleh ANONYMOUS, suka hati engkaula ye nak tanye soklan bukan2 kat aku. Aku ni bukanlah jenis yang amek port sangat, lantaq pi kat ang la kan nak buat pa kat aku, aku tak amek kisah aiihhh. Tapi, dalam tak kisah aku pon, aku ada lah teramek KISAH sikit kan. Eceh tacing tacing. Aku ni bukan apa, mentang-mentang aku ni jenis kepala layan, tak pikir standard, merendah diri dan comel (hehe) korang men sebat je kan, nak judge-judge aku. Camni arr korang camni arr. Antara soklan-soklan kontroversi yang melukakan hati ini :



1. kau ni amek medic pernah tak sangkut or tak lepas year? 
- ok fine mungkin muka aku nampak tak PANDAI yang menyebabkan kau nak tanya soalan camtu.

2. awak ni amek medic private pastu baru apply MARA eh?
- huhuhu apa tak layak sangat ke aku ni nak dapat offer MARA ha.

3. eleh, amek je medic ntah-ntah pointer pon tak lepas haha
- mentang2 aku tak belagak, tak guna medical term sana sini, tak tulih entry pasal diseases & medical stuff kau nak kate aku bodoh la ye. EHKAU TUNGGU EHKAU TUNGGU YO.

4. upsr, pmr, spm & mtrx dapat brapa ? <---- berjuta kali aku jawab soklan ni
- aku tau tujuan kau tanya soklan ni sebab nak judge aku ni pandai ke tidak kan. sebab kau nak tau adekah aku ni amek medic secara rezeki terpijak ke ape. yang tak boleh belah, upsr & pmr pon nak tanya. kalau spm & mtrix tu aku paham la kan. kenapa tak tanya je result masa tadika suma.

5. pernah khatam quran tak?
- apa tujuan kau tanya soalan ni lain tak bukan nak judge orang betol tak.




Poyo la kau nak tanya2 aku soalan macam tu. Macam la lu terer sangat der nak judge-judge orang. Emosi ni emosi ni. I worked hard to gain what I have today, and I don't think it is necessary to boast everything to people just to gain self-respect. I don't need that. I don't need to be looked up by everybody but at least gimme some space, have some respect towards other people. Jangan la tengok orang, terus nak judge. Why do people have to be judgemental? Why is it difficult to accept people the way they are? We are not perfect either, so why do we care so much to label people? Get real. 


Oleh itu, aku nak lancarkan perang terhadap golongan JUDGING ANONYMOUS !!! Nak lancar macam mana aku tak sure lagi hehe tapi i mencik i mencik you allz sebab buat mak cmtuuuu. sampai hati noqqq...hadeee hakuu kesahhh?? hee macam Azwan Ali pulak kan kan. Ha dah dah nak buat homework ni. Jap lagi kol 9 ade kelas, kene get ready. Bye people. Peace no war!




xmo kawan u allz ! majok ni -___-



Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri