Assalamualaikum yaaww!
Hari ni aku nak bercerita pasal adik. Adik aku ada dua orang. Satu yang besar & satu yang kecik. Dua-dua ni perangai dorang macam langit dan bumi. Macam yin & yang. Walaupun jarak umur diantara mereka sangatlah besar iaitu 11 tahun, tapi sebab takda keserasian, maka bila dorang bergaduh tu, rasa macam sebaya jer. Sorang kaki sakat, sorang lagi kaki tacing. Hari-hari terpekik-pekik, kalau lembu dengar pon mesti depression. Tapi yang tak boleh blahnya, dendam kesumat camne pon, tido mesti nak sama-sama. Hehe sweet adik-adik aku ni. Masa tido jelah dorang akan berbaik-baik, yang suke nyakat jadi penyayang, siap kiss si kecik tu banyak kali sebab geram. Yang suka tacing tu, tak dapat nak tacing sebab tengah tido kan haha...
'Han suka kat asfiq masa dia tido je, comel ouh. Tapi bila dia bangun, tak comel langsung' kata Han kat aku... Han asfiq kalau dengar ni mau tacing dow :')
Tapi ini jam aku nak cita pasal Asfiq. Asfiq ni umur dia sekarang 7 tahun. Dia ni adalah seorang budak yang genius yang angkuh haha. Masa mak aku ngandungkan abang, aku & han, mak aku keje sebagai sorang teacher english masa tu. Tapi masa pregnant asfiq, mak aku dah jadi bussinesswoman. Kiranya, memang sepanjang pregnant asfiq tu, mak aku pergi keje. Otak dia sentiasa berjalan. Taulah otak orang buat bisnes macam mana kan. Lepas tu, famly kitorang boleh dikatakan agak mewah a sekarang kalau nak compare masa zaman aku dulu. Dulu abang lahir kat hospital melaka jer, aku plak kat HKL. Seb bek aku lagi urban dari abang aku hahahaha.
Tapi asfiq lahir kat private hospital. Columbia Asia. Nama hospital nak gah je kan. Masa lahir-lahir dah merasa naik mercedes & bmw. Mana tak angkuh budak ni. Kitorang dulu masa lahir naik mitsubishi charade je pon ( T______T ). Camni a double standard. haha! Asfiq ni memang genius, dia punya kemahiran berfikir tu memang style. Asfiq ni boleh bercakap masa umur dia 1 tahun, or less than that. Tapi memang sangat-sangat cepat. Lepas tu words that coming out from his mouth memang loud & clear. Tak pelat & tak mumble.
Apa tengok-tengok adik ni? pukul mau?
Asfiq ni aku kata genius sebab logical thinking dia bagus. Kalau beli barang yang do-it-yourself tu, lek je dia boleh pasang sendiri. Lepas tu, dia ada very strong memory. Apa yang kau cakap semua dia ingat. Kalau dia tak berapa nak ingat pon, dia akan ingat benda-benda yang related to it. Sebab dia ada kelebihan ini, maka dia selalu bongkak. Nak nak kalau dia betol, orang lain salah. Pehh modal sebulan. Asik dia ulang-ulang ' tu lah kan adik dah cakap, lainkali adik cakap ni jangan dengar'. Siap sindir tak tahan.
Ada sekali tu kitorang satu family tengah cakap pasal hotel dekat Kota Kinabalu. Dulu kitorang ada pergi tapi lupa nama hotel tu apa sebab dah lama sangat. 3-4 tahun yang lepas. Lepas tu asfiq datang, nyibuk-nyibuk. Mak aku pon tanyalah dia
Mak : Asfiq ingat tak kita ada pegi kk dulu? kita duk kat hotel apa? ibu tak ingatlah. abg & kakak pon tak ingat
Asfiq : Kalau tak salah, hotel Sheraton. Kita pergi masa adik umur 3 tahun. Ingat tak malam tu ada kawan ayah datang kat hotel tu? Tapi dia ajak ayah makan je, dia tak ajak kita.
see? jaranglah ada budak kecik yang ingat benda in details!
*******************
Lepas tu, asfiq ni pandai math. Sebab mak aku anta dia pergi kumon. Dia buat calculation dalam kepala jer. Masa umur 5/6 dah pandai tambah tolak yang melibatkan 2 nombor. Kitorang pon selalu la buat popkuiz kat dia..Contoh macam ' asfiq 24+17 berapa?' 'kejap kejap adik pikir..umm 41!' Oleh sebab dia pandai math, maka dia selalu merendah-rendahkan budak sebaya dia. Heh keji gila.
Asfiq : kakak tau, ada kawan adik tu, adik tanya dia soalan senang jer, 9 plus 4. Tapi dia taktau. Dah 7 tahun pon tak pandai addition. Belum adik tanya multiplication lagi.
sempat mengumpat kat aku lagi kaw :')
********************
Asfiq yang angkuh bersama ibu yang comel.
Another interesting fact about asfiq is, dia suka express pendapat dia. Kalau tanya apa-apa, dia akan jawab dengan jujur siap dengan explanation. He deliberates his words well. Tapi kadang-kadang sangat jujur sampai orang boleh sentap. Hahah. Anyway, disebabkan ayah aku jual kereta, so kitorang one family selalu la cerita pasal kereta apa baru keluar, bla bla bla. Aku la yang paling loser sekali bab-bab ni sebab aku jarang balik mesia lepas tu aku tak amik tau sangat pasal kete. Ayah aku punya habit, bila dia driving, kalau dia nampak kete lawa/ mahal/ baru kat sidemirror dia, mesti dia cakap, 'kejap lagi, ada bmw x5 lalu. baru kete ni, mahal'. Lepas tu, mesti asfiq orang pertama yang kutuk :')
Ada hari tu, mak aku bagi asfiq duit RM50. Saje-saje jelah bagi sebab dia rajin tolong mak aku. So nak dijadikan satu cerita, sejak mak aku bagi duit RM50 ni, mak aku suka la mintak tolong asfiq amikkan itu ini. Sampailah permintaan yang ke-5 asfiq bersuara.
mak : asfiq tolong ibu sayang, amekkan purse ibu dalam bilik
asfiq : ibu tak nampak ke adik tengah main game ni. nanti kalah macam mana.
mak : heyp! kan ibu dah bagi rm50 hari tu? dah bagi duit pon tak nak tolong ye
asfiq : tapi ibu bagi duit sekali jer, ibu mintak tolong 5 kali ! mana boleh!
akibatnya...aku yang kena pergi amek purse mak aku dalam bilik..bedebah punya budak :')
********************
Walaupun dia sombong dah berperangai macam orang besar, tapi at times, perangai dia macam budak-budak juga. Ada masa tu, aku amek dia balik dari sekolah, tengok muka dia masam gila. Aku tanya, dia taknak jawab lepas tu mata dah berkaca. Alamak aku cemas, aku tak bawak duit ni. Asfiq ni kalau dia nangis atau buat perangai, cara nak pujuk dia, korang mesti ada duit. Korang kena bribe dia dengan slurpee, mcD takpon toys. Baru dia berenti buat perangai. Aku konon-konon buat caring ah, siap peluk asfiq tanya kenapa.
aku : asfiq kenapa ni muka masam ni..meh cite kat akk meh
asfiq : ...wuwuw...adik tak dapat masuk pertandingan buat bunyi binatang.......
aku : apo tu? buek po nak jadi binatang?
asfiq : ..wuwuw..murid-murid kena buat bunyik binatang, nanti cikgu akan pilih yang terbaik...adik tak terpilih..tapi kawan adik terpilih...
aku : isy hape la cikgu adik ni, ade ke tak pilih adik!
asfiq : (lagi lebat air mata dia)
aku : dah dah jangan nangis, cuba adik buat bunyi binatang tu. Akak dengar. Ape la cikgu ni!
asfiq : uu uuk ukkk~~~
aku : bunyi apa tu? ada ke binatang bunyi camtu?
asfiq : ........ ayam la kakak........... (nangis lagi lebat)
Haha bukan salah aku, tapi siryes tak macam bunyi ayam. Anyway, esoknye tu dia menang award kuiz math. Barulah dia gembira balik.
Adoi..rindu giler kat budak kecik ni. Tapi dia dah semakin besar, tak berapa nak comel sebab rambut pendek. Actually, banyak giler cite pasal asfiq ni, tak menang tangan aku nak menaip hehe. Walaupun dia macam ni, tapi happening la family kitorang ni dengan kehadiran dia. Cuma kena kuat mental & fizikal la kalau dia ambush. Pedih pedih hehe....asfiq kakak rinduuuu !!
'Apelah kakak ni, pergi la belajar kat US ke baru la best. Ni indon. Bibik pon datang sini' Pehhh tak beragak... nak butthurt a cmni!