Assalamualaikum
Hari tu ada sorang member aku ni, dia bagi teka-teki kat aku. Soalan dia berbunyi macam ni, haiwan apa yang paling besar di dunia? Ekeleh aku memang malas la bab teka-teki ni. Jiwa aku ni memang tak boleh nak ngam lah dengan dunia teka teki. Lepas tu, yang aku malas tu, jawapan dia nanti mesti tak logik. Aku bukan apa, aku ni skema dan gemarkan logical thinking (auta). Aku suka membaca fakta-fakta sains sahaja (double auta). Emak melarang aku membuat jenaka yang tidak berfaedah, sebaliknya kami sering berbincang tentang bagaimana adik beradik Wright (Wright brothers) boleh mencipta kapal terbang ketika kami sedang makan malam. (triple auta). Selain itu, aku juga gemar berpantun menggunakan istilah sains......
Pokoknya memang aku bencilah teka teki. Orang kate "lek la bro, teka teki dapat hilangkan stress whut?" aku jawab "bertambah stress lagi adalah".. so back to the story..jom follow conversation di bawah
kawan : kalau kau pandai, haiwan apa yang paling besar di dunia? *smbil senyum-senyum*
aku : jawapan dia logik ke tak logik? tak logik aku tak mau teka.
kawan : hee tak leh la bagi tau cepat la teka cepat la
aku : ikan paus pakai sweater? *berusaha sehabis baik agar jawapan tidak skema*
kawan : hikhik salah! jawapan dia ikan paus yang disalut tepung lahhh~
aku : ....... apesal nak salut ikan paus dengan tepung? apa tujuan kau? sape yang salutkan dia?
kawan : manalah aku tau~~ dah memang macam tu soklan & jawapan dia :p!
aku : ... ahhh takde takde. aku tak boleh terima jawapan kau. tak logik.
haha nampak sangat aku stress disitu :')
* * * * * * * *
Korang aku dah ada header baru yay! Masalahnya header semua ni cantik-cantik, dan comel-comel rasa macam nak geletek je diri sendiri sebab teruja sangat. Boleh tak plis plis... Aku suka gila weyh :) Korang suka gila tak? Kalau korang tak suka gila maknanya korang gila. Kalau korang suka tapi takdalah sampai suka gila, tu pon maknanya korang gila. Korang kena suka gila barulah maknanya korang tak gila. Simple je dengan aku ni kan hahaha!
Yang ini comel kan! sebab ada hp tu! font pon lawa siap ada flowers lagi. memang girlish habis !
Yang ni pon comel jugak! Suka awan tu punya color combination. Font pon lawa. Element bunga juga tidak dilupakan agar dapat kelihatan lebih ayu dan lebih gurlishhh ;)
ni yang aku pakai sebelum ni! ni pon omey2 suke suke heee ;)
Sebenarnya, banner ni dibuat oleh seorang pembaca blog ini. Memang baik gile dia ni tau sebab aku tak request pon tup tup dia dah sent thru email :) Nak menangis terharu a camni...wuwuwuwu aku bukan boleh terharu sikit nanti mulalah nak bergenang ceh ceh tak brader langsung !
Teehee oh ya pembaca blog yang baik hati ni dipanggil Ezan. Ezan memang kreatif kan? Suka sangat semua banners yang dibuatkan untuk aku. Kalu nak ikutkan hati, aku nak upload ke 3-3 banners. Tapi blogspot tak bagi, dia bagi upload 1 jer -__-. Camni a blogspot..camni a member... Tapi btol la weyh, banners yang Ezan buat memang fine & classy & comels & colourful sume-sumelah hehe...tak sia-sia mak Ezan lahirkan Ezan iye hehe...
Aku rasa Ezan patut buat bisnes banner..Satu banner rm10 ke kan? Sebab dia memang ada talent :) Buat yang pernah bertanyakan kat aku, macam mana aku buat banner. You asked the wrong person lah hehe. You should ask Ezan! Dia pakai software ape, font ape sume kan :) Anyway, sebagai tanda terima kasih kepada Ezan, maka aku sertakan link blog Ezan di bawah ni. Korang boleh tanya dengan lebih lanjut ataupun belajar macam mana nak buat banner dengan Ezan :)
Ezan's blog : manismanismasam.blogspot.com
Thanks Ezan. Anda memang baik!