Assalamualaikum
Dulu, aku pernah cerita yang aku ni obses giler dengan jepun. Ingat tak? Ala zaman dimana asik-asik buat peace bila tangkap gambar (oh masih kekal tabiat ini sampai sekarang), menambah panggilan 'chan' disetiap nama kawan perempuan & cakap arigato instead of thank you. Sungguh whateveeer aku ni :')
Kalau dah obses dengan jepun, maka wajiblah pergi ke purikura kan. Purikura tu sebenarnya comes from the word Print Club. Tapi orang jepun ni makan nato & ramen banyak sangat jadi pronunciation dorang jadi huru hara sikit. Print club -> Purinkurabu -> Purikura ! Layankan jer la..
Anyway, purikura adalah booth tangkap gambar yang macam sticker tu ! Korang kena masukkan token, snap picca pastu korang boleh edit kasi comel-comel lepas tu menunggu dengan sabar sementara dia print hehe. Setelah gambar dah di print, tatap sepuasnya konon muka engkau paling comel. Agak-agak macam dah puas, boleh gunting-gunting tampal dekat album kecik atau boleh juga tampal di calculator, file & pelbagai lagi tempat yang orang senang nampak. Tujuan menampal di tempat yang orang senang nampak adalah supaya bila orang ternampak, orang akan puji. Barulah tak sia-sia kau membazir duit pergi purikura !
Lepas snap, boleh edit! Tambah accessory, tambah font etc etc. Tapi harus edit cepat-cepat sebab ada masa. Actually boleh pause, tapi sebab mesin ni fully in japanese, maka untuk orang yang buta tuli macam aku ni, memanglah tak tau nak tekan mana untuk pause. Berpeluh-peluh aku edit sebab takut habis masa hahaha. LOSER ! - google pic
Lepas dah print, boleh tampal dalam album purikura. Album puikura ni ada jual kat kedai comel-comel. Lepas tu boleh la engkau tatap koleksi purikura engkau 24jam :) - google pic
Purikura yang aku buat kat Japan masa tahun 2007 bersama dengan mak & adik angkat :) Comel weyh suka suka teehee.
Mak angkat Jepun aku tanya, 'Fatin suka apa?' . Aku jawab Hello Kitty & Purikura ! Lepas tu dia belikan aku banyak gilerrr hadiah Hello Kitty & bawak aku g Purikura dekat mall hee... Biasa aku buat Purikura kat Sungei Wang Plaza jer. Ini first time la aku buat Purikura dekat Japan. Masa ni kitorang boleh edit gambar lama giler sebab mak angkat aku tekan pause !! Hahaha...
Ni la album purikura aku teehee. Aku start gilerkan purikura ni sejak form 2 ! Memang banyak gambar dalam album ni. Daripada zaman hingusan sampai lani
Ni lah contoh gambar purikura yang dah di-edit. comel giler kan!! Wannabe giler aku dulu. Akak-akak jepun ni memang idola aku dulu haha. Aku pernah cakap ngan mak aku dulu, tak silap masa form 2, aku nak bleach rmbut supaya jadi blonde, pastu memang kena maki la kan. Nasib baik kena maki, kalau tak dah tersesat jauh da aku sekarang LOL - google pic
Korang suka purikura tak? Biasanya purikura japan jer yang lawa. Purikura dari china & korea tak berapa nak cun. Colour dia tak berapa nak pekat lepas tu lighting tak semat. Tapi tu lah, purikura japan mahal kalau nak compare dengan china/korea punya. Standard la japan kan, barang baik, harga pon baik punyer :p