2010 dah habis!

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah aku dah sampai bandung malam semalam. Penat bukan main kepalang. Anyway next week aku ada exam. Gastrointestinaltract System (GIT). Aku macam lemah sikitlah system ni huhu tapi aku cadang nak berusaha untuk paper GIT ni. Hahah boleh ke cadang? LOL. Hmm lepas exam tu, aku akan masuk semester 6 yang mana ia merupakan last system aku di Bandung. Dalam bulan 4 macam tu, aku akan balik semula ke PPUKM. Oh cuak! Serius aku tak tau macam mana nak adapt dengan system pembelajaran di Malaysia. Tapi insyaallah, semoga Allah mempermudahkan jalan aku..


Aku takde nak update banyak. Sebab japg aku nak study. Tapi sebelum tu, aku just nak bersyukur ke hadrat ilahi sebab tahun 2010 merupakan tahun yang mana rezeki aku melimpah ruah :) Masuk magazine Dara 2 kali, issue May & July. Pergi photoshoot sana sini. Muka aku menghiasi banner Mawaddah boutique. Jadi model Edast butik. Follower blog makin ramai. Fanpage berbelas ribu orang like. Nuffnang mencecah RM3k. Dapat sponsor itu ini. Dapat kenal ramai sangat orang. Dan yang paling penting, aku dapat pointer 3.64 untuk semester lepas...itu merupakan pointer yang paling tinggi aku pernah dapat sepanjang 3 tahun aku study medic. Syukur Ya Allah :)


Tak berniat untuk riak, just nak berkongsi kegembiraan dengan korang. Aku bersyukur sangat-sangat kerana dikurniakan rezeki yang murah pada tahun 2010. Walaupun banyak juga masalah yang melanda tapi alhamdulillah dapat juga aku tempuhi perlahan-lahan. Kalau ada diantara korang yang tak suka, tak senang dengan kehadiran aku & blog ni, there's nothing much i can say. Adat hiduplah, mana ada semua orang suka kita betul? Ada yang suka, ada yang benci. Aku tak amik hati dont worry. Aku pon macam korang jugak, kekadang ada jugak aku tak suka perangai orang tu. Tapi takdelah aku pergi maki hamun kat blog dia kan. Kalau kita tak suka orang tu, cukuplah cakap dalam hati. Tak perlulah nak memaki hamun orang tu sampai dia down. Tak elok buat orang macam tu. Ingatlah tuhan tu maha adil. Kejahatan yang kita buat akan dibalas dengan kejahatan jugak. So jangan bertindak mengikut hati & perasaan. Sebab in the end ia akan memakan diri kita balik. Ecewah macam tak caya pulak aku boleh cakap macam ni haha!


Anyway, aku ada 3 advertorial yang tak buat lagi. 2 pasal butik & 1 pasal kedai chocolate. Tunngggu ye ! Oh ya sebenarnya aku ada sikit terkilan sebab terpaksa tolak job bersama Ernie Khairina Collections atas sebab-sebab tertentu. Aku juga dapat job dari Dara.com untuk jadi model diorang tapi date tu tak sesuai :( Annas Easkey Photography korang kenal tak? Dia ni memang superb, dia slalu shoot untuk korporat. Dia ada ajak aku photoshoot but again I had to say no sebab nak balik bandung dah huhu. Tadi baru dapat job modelling untuk dipaparkan dalam COSMO, sekali lagi harus ditolak sebab berada di bandung. Tapi takpe, walaupun terkilan aku tetap percaya kalau dah rezeki tak kemana kan? 


Aku takdelah kejar sangat job modelling ni, sebab aku pikir, kemana je hala tuju aku kalau aku focus kat benda ni kan? Im just doing it for the sake of  getting experiences & of course fun! Benda-benda ni kalau nak buat boleh, tapi just jangan lebih-lebih sampai study korang tinggalkan. Jangan sampai yang dikejar tak dapat & yang digendong berciciran. Peringatan ini untuk diri sendiri juga :) Siapa tak suka jadi famous jadi glamor kan? hehe. Glamor boleh tapi berpada-pada la kan.



membajet comel adalah kehebatan aku (~_~) - pic by fairuzzaki !


Mintak maaf kalau aku ada terkasar bahasa atau anything yang menyebabkan korang nyampah kat aku. Aku ni manusia biasa juga, ada banyak kelemahan. Bila ramai yang kata, dorang nak jadikan aku idola. I was like...what? Seriusly jangan. Aku ni takde apa pon yang nak dibanggakan. Cuma aku nak ingatkan lah, yang mana yang baik dalam diri aku korang ameklah, yang buruk jangan ditiru. Masing-masing ada akal fikiran kan. Pilihan terletak di tangan anda :) Apepon korang memang sporting. Love you to the top la bebeh hehe 


p/s : bila sampai masanya, aku akan tarik diri dari bidang ni untuk utamakan perkara yang lebih penting.

Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri