Tips : Perkara Yang Korang Patut Amik Tahu Kalau Nak Pakai Braces :)

Assalamualaikum


Setiap hari bila aku bukak formspring jer mesti nampak soklan pasal braces. Semua soalan lebih kurang sama. 'Sakit tak pakai braces? Kena cabut gigi tak? Orang Malaysia kita ni ada satu fobia yang amat ketara. Iaitu fobia pergi klinik gigi atau jumpa dentist. Selagi gigi tak goyang, selagi dapat tolerate sakit gigi, selagi tu kental tak nak jejak klinik gigi. Jadi disebabkan kekentalan yang tidak berbelah bahagi ni, maka rakyat malaysia macam kurang exposure sikit pasal oral hygiene.


Ahh persyaiton kan semua tu. Janji hari ni aku nak share pengalaman aku dengan korang tentang liku-liku kehidupan seorang gadis bergigi besi ;) Aku taknak cerita pasal scientific fact. Yang tu korang boleh google sendiri. Aku nak cite pengalaman. Pengalaman tak boleh dijual beli lu tau tak. Pengalaman pon tak boleh diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Eceh asal macam pernah dengar je ayat tu. Tampar nak? Ah sembang lebat tak guna, jom baca pengalaman aku yang precious ni. (geli? aku pon!)



  
Fatin Liyana! Sudah memakai braces selama 1 tahun setengah namun gembira & berhati girang. Pakai braces sebab ada gigi taring yang tak align (gambar kanan 2008). Sekarang sudah align (gambar kiri 2010). Warna braces (elastic band) kegemaran adalah pink/baby blue. Terasa macam baby-baby gituu ahaks!

SAKIT TAK PAKAI BRACES?
Kalau aku kata tak sakit. penipu. nampak sangat aku nak promote orang pakai braces haha! Sakit oi. Tapi mula-mula je la. Sakit dia tolerable. Kalau korang pakai braces, ada 4 jenis kesakitan yang korang bakal alami. 

1. SAKIT BILA PAKAI SEPARATOR - separator ni adalah penjarak gigi. orthodontic akan letak separator kat in between gigi geraham korang yang kuat tu supaya gigi korang jarak-jarak sikit. Separator ni dipakai before orthodontic fix braces kat gigi korang. Kiranya rasa sakit tu sekali je. Tahap kesakitan adalah melampau sampai tak boleh nak makan apa-apa. Lama kesakitan : 3-5 hari

2. SAKIT SEBAB ADA ULCER - ulcer ataupon nama kampongnye mate ikan akan mula menumbuhi mucous membrane, justin bibir & lidah. Aku pernah cipta rekod 7 ulcer dalam satu masa. Tahap kesakitan adalah tahap tahap ayam jer kalau nak dibandingkan dengan kesakitan yang dialami ketika memakai separator. Kenapa boleh ada ulcer? Good question ladies & gentlemen. Sebab braces tu adalah besi yang dianggap foreign matter oleh cik mulut. Lagi satu, cik mulut menghadapi masalah adaptation yang menyebabkan brackett braces berlanggar-langgar dengan anatomy cik mulut anda. Lama kesakitan : 1minggu atau lebih bergantung kepada kehebatan cik mulut mengadaptasi

3. SAKIT SETIAP KALI FOLLOW UP SEBAB WIRE TERLALU KETAT - kesakitan ini akan datang menghampiri anda setiap kali anda balik dari follow up (sebulan sekali). Orthodontic akan ketatkan wire supaya gigi anda rapat. Tahap kesakitan bergantung kepada berapa ketat orthodontic tu bikin. Rasa sakit dia macam gigi nak luruh. Lama kesakitan : 1-2 hari.

4. SAKIT SEBAB CABUT GIGI - haa yang ni ramai orang cuak. cabut gigi memangla sakitkan sebab gigi tu sihat, utuh & cekal. Tapi apalah sangat cabut gigi sebatang dua untuk kecantikan yang abadi betol? Bagi aku semua ni bergantung kat kecekalan semangat kita. Kalau ko pikir sakit-sakit dah tentu arah la sakit. Cuba la sekali sekala korang pikir, alangkah indahnya cabut gigi, akan kucuba jadikannya satu hobi di waktu senggang. Kan? Aku dulu kena cabut 2 gigi. Geraham ok. Sebelum cabut gigi, kena 4 injection anestesia. Nasihat aku, 30 minit sebelum cabut gigi, telan pain killer & jangan tengok jarum. Yang penting, tabah bro!



MAHAL TAK BUAT BRACES?
Aku kurang tau pasal ini sebab aku buat kat indon. Tapi for sure, makan belanja yang banyak jugaklah. Member aku buat braces kat mesia, ade rm3.5k rm4.5k. Follow up pulak every month. rm100-rm200 setiap kali pergi. Tapi dia depends jugak orthodontic nak ganti apa, wire/brackett/band etc. Sekarang follow up aku every fortnight. Memang terasa mengalir a duit tu nak nak hospital tempat aku buat tu jauh. Duit minyak, tol semua tu kena amek kira. Kalau nak murah buat kat government. Waiting list 2-3 tahun. Tapi dorang focus more on budak sekolah.


SUSAH TAK NAK JAGA BILA PAKAI BRACES NI?
Tak susah. Yang penting follow up jangan miss ok. Follow up tu penting untuk determine progression gigi. Anyway, sebab pakai braces, jadi aku pakai 2 jenis tooth brush. 1 yang khas untuk braces (boleh cari kat guardian/watson) & 1 lagi interdental. Sebab pakai braces, makanan senang terlekat kat brackett, so it is advisable untuk beli interdental toothbrush supaya senang nak remove plaque. Aku kalau gosok gigi lama kot. 10 minit jugaklah. Lepas tu terus rasa penat, malas nak mandi LMAO. Oh ya, aku pergi mana-mana mesti bawak mineral water. You dont want that broccoli to stuck on your brackett dont you?



SEGAN TAK PAKAI BRACES?
Bangga. Asal nak segan? Eh jap jap pernah jugak segan masa cabut gigi tu kan. Gigi gongak wakakaka. Sebelum buat presentation siap buat disclaimer kat rakan sekelas, bagitau yang gigi aku gongak, kalau nak gelakkan silalah -__-. Tapi bila gigi dah mula teratur, thats the sweetest thing ever baby. Memang la aku nak senyum sampai telinga. The thing is, bila korang pakai braces, orang akan pandang korang like korang ni alien. Korang kena cekal & build up your confidence level. Dorang pandang tu bukan sebab korang nampak bodoh atau buruk. Tapi its just that, braces tu jarang orang pakai & people tend to stare & menghayati keunikan braces itself LOL ! 

- - - - - - - - - - - - - - - -

Ini saja pengalaman yang aku boleh share for the time being. Hari jumaat ni aku nak pegi follow up. Macam biasa I am terribly indecisive in choosing the color of my elastic band. Lepas tu mintak tolong doctor pilihkan haha. 'Doc kalo pake pink, sama warna apa ajah ya yang cocok?' Kikiki favourite dialog aku. Aku baru perasaan, setiap kali tuka warna, mesti warna pink kekal. Be it pink-blue/ pink-green /pink-red. Boleh tahan gurlish jugak aku ni ek? HaHa!

Harap dapat membantu korang sedikit sebanyak ;) Sorry kalao terover, sejak kawan dengan cikepal asek terover jer. Hahaha takdelah men2 jerrr. Anyway, bagi aku pakai braces takdelah teruk mana pon. Takdelah sakit sangat. Sakit kejap je lepas tu okdah. Macam sekarang ni, memang aku dah tak rasa sakit langsung. Ulcer pon dah lama takde. Mungkin 6 bulan yang pertama je kot rasa uncomfortable lepas tu korang rasa selesa sampai rasa sayang nak bukak! So pada sapa yang nak berbraces tu, sila teruskan niat anda! Akhir kata, yang baik datang dari Allah & yang buruk itu datang dari saya sendri. Take care!


Latest : Elastic band warna Pink/Orange. Click for a larger resolution. Uaii gigi datin ko kemain putih lagi, boleh masuk iklan Darlie hehe.


Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri