Photoshoot with The Creativo

Assalamualaikum & just so you know that this is a scheduled entry :)


Pada hari rabu 29dec10, The Creativo yang terdiri daripada KA, Pie, Taqwa, Erol RB, Along & Fai telah datang ke seremban untuk beramah mesra dengan aku hehe. Creativo adalah sekumpulan photographer yang suka berhibur sambil menangkap gambar. Selain menangkap gambar, kerja mereka adalah berhibur, berlibur & macam-macam lagi aktiviti yang melaghokan. 

Memula kenal dorang ni masa shoot kat Taman Botani, Putrajaya. Sejak dari tu, selalulah wall to wall, inbox to inbox & bermacam lagi bentuk komunikasi yang wujud di alam fana ni LOL. Sebab dorang ni kepala gila namun berhati baik, maka kami menjadi kawan baik secara tak langsung ! Kawan baik kena melawat kawan baik kan. Oleh itu KA atau nama lainnya Ariel telah merealisasikan impian untuk kami bertemu semula. Bravo Ariel bravo !

Aku telah mengajak beberapa girfriends yang gojes bersama. Contoh mereka yang gojes adalah Datin, Arxar & Kak Mass! Ke 3-3 mereka ni pon sebelum ni pernah shoot dengan Creativo juga. So takdelah awkward kan :)


 Beginilah keadaan behind the scene !



 Arxar adikku sayang ! Hari terakhir spend time dengan dia sebab dia nak praktikal kat penang dah :(



 Blogger picisan/perasan - Covergirl Dara.com - Model Plus size GetGorgeous Boutique :)



Itulah KA yang disebut2 cik epal gonjeng tu. Yang memantulkan semua cahaya itu adalah aku. Sebelah itu adelah Pie yang akan praktikal di Sabah ;( Yang cantik tu kak Mass !



Aku kenal dorang ni semua sebelum dorang femes lagi hehe..tup tup skang suma dah jadi model ! Hehehe setiap kali balik seremban wajib berjumpa dengan mereka ni. Dan setiap kali balik juga, mereka bertambah-tambah cantik :)



Dalam kereta datin yang begitu comeyyy :) Kereta ni banyak berjasa kat aku sepanjang aku cuti kat mesia hehe..kereta ni lah sumber pendapatan rezeki aku eceececehh ... tampar nak?



Lepas shoot tetiba ujan lebat giloz ! Semua orang lari bertempiaran sambil bertempik-tempik sehingga telinga menjadi bingit. Tidak mahu perkara tersebut berlanjutan, datin mendapat satu ilham. Setelah mencapai kata sepakat, kitorang telah pergi ke karaoke dari pukul 630-1030 mlm. Memang bagus sebab dapat baham makanan yang melimpah ruah sambil menyanyi riang gumbira haha! Sebab lama sangat, siap boleh keluar masuk pergi solat, pergi tengok bola & ada yang pegi surf internet kat depan :')



Oh aku ada juga buat video juga. Tapi macam hareem. Hahaha! Cuma bercakap rambang jer dah nama video ni pon random video kann. Anyway, tolongla percaya yang aku tak gedik macam dalam video ni. Nak roll-roll eyes bagai. Aku cuba act macam perempuan2 namun jadi macam stupid blonde pula sebab overreacting haha ! Ni semua lakonan jer (-___-). In real life, aku cakap macam brader2 kot? kikiki

Apepon best sangat dapat jumpa Creativo :) Ada masa nanti kita jumpa lagi ye kengkawan! Terima kasih sebab susah2 je datang seremban. Tapi nama pon kawan baik, apalah sangat duit minyak & duit tol kalau nak dibandingkan dengan erti persahabatan betol? <----haha pandai ko cakapkan!

p/s : terjumpa beberapa pembaca blog ini di jusco S2. thanks sebab tegur kite hehe :)

Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri