Assalamualaikum
Pada 12 Jun yang lepas, aku telah menyambut birthday aku yang ke 23 tahun. Yep adik adik, akak patin kau dah berumur 23 tahun. Dengar 23 tahun macam tua je kan? Tetapi percayalah, age is just a number ahaks *senyum kambengs
Sebagai seorang yang kurang perasaan serta membosankan, aku jarang celebrate birthday. Aku macam kesah tak kesah je (padahal dapat wall kat facebook tulih HB pon dah excited gila kekeke) Tetapi I don't know why, tahun ini aku rasa macam excited gila. Tak sabar nak tunggu birthday aku. Tahap mengada aku boleh tahan juga sampai siap countdown birthday dekat housemates kekekeke.
Syukur alhamdulillah, Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang, Allah telah makbulkan doa hambanya yay yay hee. Tell you what, sepanjang aku hidup 23 tahun, ni adalah birthday celebration yang aku rasa paling best & bermakna. Zom lets cekidaud yo!
Sanggup my medical girlfriends tinggalkan patients dorang, campak white coat and bergegas ke The Garden untuk celebrate my birthday =')
Aminyominyo terharu sangat ni sampai lilin pon tak cukup satu
Bukti betapa sayangnya mereka dekat aku. Err obvious sangat ke aku paksa dorang buat camni ?Muehehehe Cc : Fadz, Sheqa, Tety, Faroh, Ema, Yana, Suraya & Kemal
Hadiah berupa Hello Kitty (comelnyaaa!) daripada Yana, Faroh, Suraya, Ema & Kemal.
Vincci bracelet (lovely! isn't it) & birthday card from my housemate, Tety =)
Kawan baik, Iya juga tidak melepaskan peluang untuk memberi kejutan yang melampaui batas nye pon adoi ter ber.
Hello Kitty end table lamp yang maha zomel !!
Hello Kitty table mat ! Nampaknya bilik hostel aku sudah menjadi seperti muzium Hello Kitty. Adakah aku perlu mengenakan bayaran cas masuk buat teman teman serumah?
Selain daripada hadiah Hello Kitty itu, Iya telah membuat kejutan lain yang totally out of my mind. She got me a free ticket to ..... guess what ?
Konsert MAHER ZAIN FORGIVE ME 2012 LIVE IN STADIUM MERDEKA KL !! Inilah kali pertama aku jejakkan kaki ke konsert =) Thank you Iya for your kindness!! I love you so much sis
Sekarang aku dah jadi fan Maher Zain hikhik. Daripada nyanyi lagu sia-sia at least nyanyi lagu dia, dapat juga pahala berzikir. Tak gettu?
Sebenarnya aku teringin nak beli quran kecik sebab senang nak bawak dalam beg. Bila aku pergi usrah, aku biasa baca quran dekat Ipad je sebab beratlah nak bawak quran besar. Tiba-tiba kawan baik sejak sekolah rendah aku, Hanani bagi hadiah Al-quran saiz tapak tangan ini. Thank you Nani and thank you Allah sebab permudahkan jalanku =')
Ada orang belanja makan dekat Flora Cafe, Ampwalk Mall hee. I wore Penny Chiffon Maxy Dress from ThePoplook.
Dan dapat hadiah ini =')
Last but not least, my beautiful sister Kakena yang sangat baik hati lagi pemurah telah membuktikan bahawa beliau layak bergelar kakak terbaik di dunia ini dengan :
Membelanja aku lunch di Delicious om nom nom
Membagi selonggok hadiah berupa 2 maxi dress, 2 cardigan, 1 long skirt, 1 belt, 2 shawls (This is madness wey!!)
Serta 2 benda comels ini. (TAK PERNAH JUMPA ORANG BAGI HADIAH BANYAK MACAM NI DALAM SATU OCCASSION) I iz love you so much Kakena !!!
Aku sangat bersyukur kerana dikurniakan dan dipertemukan dengan orang sekeliling yang baik-baik. In fact, aku pon nak berterima kasih dekat korang yang sudi wish di wall fb aku hee. Walaupun kita jauh namun uolls tetap dekat dihatiku ecewah motip sangat. Hakhak thank you tau para honeykoyuki! Anyway, dapat aku simpulkan disini bahawa apa salahnya kalau kita berbuat baik dengan rakan-rakan, gembirakan hati mereka, berkongsi susah senang bersama =) Ada satu hadis riwayat al-Hakim yang berbunyi begini :
' Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang TERBAIK terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang TERBAIK terhadap jirannya '
Jom improve diri masing-masing supaya kita senangi Allah dan rakan-rakan hiks.
Thank you for reading this entry !