Resipi : Spaghetti Beef, Mushroom & Cheese Bolognese

Assalamualaikum


Aku suka makan spaghetti bolognese. Kalau aku ada kat rumah seremban, selalu jugak aku buat. Well, bukan sebab nak tunjuk rajin atau tunjuk pandai. Jauh sekali... Tapi, sebab aku kedekut wahahaha! Serious wey! Aku tak boleh terima la harga spaghetti lebih dari RM10. Kamon la der, lu setakat campak tomato dan daging kisar , lu nak charge mahal-mahal. Bagi akulah, harga sepatutnya bagi sepinggan spaghetti adalah RM4.50. Eh tak tak, RM 2.70 (termasuk tax) pon dah kira ekonomis sangat.

Anyway, bila buat bolognese, selalunya aku pakai sos Prego. Harga dia dalam 4 inggit lebih la setin. Tapi tadi aku terfikir, kalau aku pakai tomato (sebenar) bukanlah lebih murah? Amek kau, mana kau nak jumpa orang kedekut macam aku ?? Dah murah lagi mau murah kekekekeke.

Apepon meh aku nak berkongsi resepi Beef, Mushroom & Cheese Bolognese yang aku baru reka sebentar tadi ( alaaaa setakat bolognese boleh la kau reka, cuba rendang tok, mau gigil lutut hakhak )



 : Bahan-bahan :

Spaghetti
5 biji tomato (RM 1 wahaha murah!)
1/2 daripada 1 tube daging kisar
1 biji bawang besar
5 sudu besar cili giling
3 sachets VONO Mushroom Cheese Instant Soup
Daun bawang


: Cara-cara :

Celur spaghetti, jangan lupa letak minyak sikit untuk mengelakkan ia melekat

Tomato Puree
Buah tomato dipotong dadu. Didihkan di dalam periuk sehingga tekstur menjadi hancur. Sukatan air terpulang.

Bolognese Sauce
Tumis bawang dan cili giling. 
Apabila sudah terbit minyak, masukkan daging kisar. Gaul sehingga daging bertukar warna.
Masukkan tomato puree, Vono Mushroom Cheese Instant Soup & garam.
Let it simmer/boil gently. Once dah boiled, letak beberapa genggam daun bawang. 
Voila !


Tomato is loaded with folate, Vitamin C & potassium =) Sangat nutritious!

Bagi aku sedap juga pakai raw tomato! Boleh rasa tekstur tomato tu bila makan. Lagipon, ia adalah organik, tak payah beli tomato dalam tin yang ada pengawet. Aku suka hati je masukkan Vono Mushroom & Cheese soup untuk menambahkan kelikatan sekaligus memberi rasa cendawan dalam bolognese sauce ni =)


Served with potato salad on top. Budak-budak mesti suka Beef, mushroom & cheese bolognese ni sebab rasa dia tak berapa pedas & creamy !


Kalau ada sesiapa yang berminat nak cuba boleh la cuba ya. I'm still learning kan, malu pulak nak berkongsi resepi sendiri hihi. Sekali tak sedap mampos haku. Tapi tekak aku kata sedap, sebab tu aku konfiden update kat blog tauuuuuuuu kemahenn =')

Anyway ramadhan pon dah semakin hampir. Mungkin korang boleh try masak and jadikan ia hidangan berbuka buat keluarga? Banyak tau dapat pahala, dah la nak bikin benda ni senang gila hee. Disini aku selitkan satu hadis riwayat Tirmizi no 735 :


"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit "


Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri