Weddings!

Assalamualaikum

Aku ni jarang sikit nak attend weddings. Tapi semenjak sudah mencapai lingkungan umur optimum, ramai pula rakan-rakan yang sudah diijabkabulkan. So mestilah aku datang kan. Kang aku kawen takda sape nak datang sebab masa tengah single dulu kerek wahahaha.

Pada 30 Jun yang lepas, aku gerak pergi Melaka. Ada 2 weddings yang nak kena attend. 1 adalah wedding Saidatul Fatiha, teman rapat aku ketika aku upper form di SBPI Selandar dulu. Lagi satu adalah teman blogger, Irine Nadia =)

Sai merupakan teman sekelas yang aku paling rapat ketika di upper form dulu. Lepas habis sekolah, Sai ke Russia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Aku pulak ke Bandung kan. So kitorang macam lost contact. We finally met on her wedding day after 6 years apart !


Hubby dia pon medical student dekat Russia. Diorang ni nak masuk final year. Alang-alang masuk final year, terus diorang finalkan zaman bujang diorang wahahaha (ko hengat lawak ke patin?) Lepas ni dorang balik ke Rusia sesama dan tinggal serumah. Bestnya duit sewa ghumah dibahagi dua. Duit lebih tu bulih buat beli kasut charles & keith muehehehe.

Kemudian bergerak ke rumah Irine Nadia yang terletak di Masjid Tanah. Ha kalau wedding tadi penuh dengan doctor-doctor, wedding kali ni pula penuh dengan blogger-blogger. Dah kata blogger, di tangan masing-masing mesti ada camera. Bukan camera cap ayam ok, semua camera yang ternama, terbilang dan gemilang. Yela kang kalau gambar gegar, anonymous datang complain. Eh jahat pulak mulut haku kan wahaha.

Anyway, aku kenal Irine dah lama. So aku memang tau Irine ni sukakan sesuatu yang indah =) Dia memang suka bab-bab decoration  ni. So seperti yang aku sangka, wedding Irine ni adalah wedding tercantik yang aku pernah pergi. Everything was beautifully decorated ! Her dress was stunning, lain dari yang lain. I believe her hard work pays. Bukan senang you know to get the 'best' designer, make up, wedding planner etc. Semua ni perlukan hard work, patience and of course money hee.


With akak penmerah !! Kitorang jumpa terus jadi kawan baik ok. Punyalah peramah dan kepala layanz! Gambar-gambar yang ada ni semua guna camera dia hee. Baik hati gila dia pergi emailkan aku berpuluh-puluh gambar padahal aku guna sikit je weeeee. Maceh kak!


 Baju Irine ada ekor tau jangan main-main. Designer baju ni Rico Rinaldi =) Cantikkan!


NisaKay yang sangat comel mata besar! I wore ThePoplook's Penny Chiffon Maxi Dress Brown Blush (size S)


Masa ni dah hujung-hujung, ramai yang dah balik. Sebab tu Irine memberi layanan VVIP kat kitorang. Kalau tak jangan harap Nawal, Aza & Kakmas nak dapat pegang ekor dia hahahaha


Amirul & Fakhrine Nadia. Sangat sepadan pasangan ini, ditambah pula wedding yang sangat cantik. Kitorang pon verangan nak wedding camni. Ok mode verangan on! pstt tengok Iya, over tau hahaha.


Hadiah wedding Irine. Comelsssss! Aku dan kakmass belikan pasangan ini set bilik mandi love-love! Irine punya fav colour kan pink, pastu mesti dia suka decorate ghumah dia kan? So I hope you like it =)

Kepada kedua-dua pasangan ini saya ingin memberi ucapan dalam bentuk nyanyian chorus lagu Maher Zain kepada anda! Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma waljama'a bainakuma fi khaiir. Kenapa saya ucapkan ini? Kerana ia adalah doa yang sunat kita ucapkan kepada pasangan pengantin. Potongan dari hadith Abi Daud, Tirmizi dan Abi Daud :

Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khaiir


Semoga diberkati oleh Allah bagi kamu berdua dan diberkati atas kamu berdua dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebajikan.


Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri