Sari Berita Pagi Bersama FCC


Assalamualaikum

Sari berita pagi. Hari ini saya ada banyak berita yang hendak disampaikan. Sila baca sampai habis dan catit apa yang patut kerana apa yang saya bakal sampaikan ini semuanya akan menguntungkan anda semua.

Masa yang terbaik untuk shopping adalah ketika hari raya kerana begitu banyak discount yang diberikan sehingga tidak terperi. Begitu juga dengan Farmasi Colour Cosmetic (FCC). Bersempena dengan sambutan hari raya Aidilfitri, FCC telah memperkenalkan koleksi FCC ADORN SET!




FCC ADORN SET. Kini korang boleh mendapatkan produk-produk hot selling ini pada harga yang jauh lebih murah jika dibeli secara set.

FCC ADORN SET terdiri daripada
  1.  CC CREAM or BB CREAM (Pilih salah satu)
  2. ADVANCED MASCARA or STARLOOK MASCARA (Pilih salah satu)
  3. DEEP LOOK EYELINER or KOHL KAJAL PENCIL (Pilih salah satu)
  4. Rouge Lipstick
  5. Wet Wipes Make Up Remover
  6. Tender Blush On

Semuanya pada harga RM155! Imagine, seratus lebih dah dapat 6 items. Memang berbaloi! Dan korang bebas membuat pilihan warna yang korang suka.  Selain itu dengan setiap pembelian FCC ADORN SET, korang bakal dapat barang dibawah dengan PERCUMA.

Limited edition Tote bag dan sampul duit raya FCC. Ya, percuma! That’s why I like hari raya hehe

Lepas dah alang-alang beli make up tu, boleh la terus masuk contest FCC DEMAM DUIT RAYA. Untung-untung boleh menang rm1000 for grand prize dan rm200 for consolation prize. Pastu duit tu buat beli makeup FCC balik wahaha


FCC DEMAM DUIT RAYA CONTEST

Hanya 3 cara mudah untuk menyertai :
  1. Hantar butiran peribadi & bukti pembelian produk FCC (dari mana-mana FCC outlets, online & retail partner) kepada marketing@naturalifesolution.com atau PM di FCC FB Page
  2. Buat produk review / testimoni tentang produk FCC via FCC FB PAGE & SHARE kepada family & kengkawan. Kepada blogger yang mahu share di blog, jangan lupa tag FCC FB PAGE. Lagi banyak korang share, lagi tinggi potensi untuk menang! 
  3. Like FCC FB Page dan follow Instagram FCC Malaysia.

*Rujuk FB FCC Page untuk terma & syarat. Semoga berjaya uolls!!

FCCian BLOGGER CLUB (FBC)

Selain itu, FCC ingin menjemput blogger yang ada di luar sana untuk menjadi sebahagian daripada FCCian Blogger Club (FBC) kerana korang berpeluang untuk memenangi hadiah, barangan baru dan sampel FCC setiap bulan selain jemputan khas ke event FCC. Apa lagi? Daftar sekarang!

Cara Pendaftaran:
  1. Like FCC FB PAGE (Farmasi Colour Cosmetic)
  2. PM Full Name, blog address, email , location and contact number



Last but not least, jangan lupa Isnin ni bukak radio IKIM.FM pukul 11 pagi kalau angpa suma nak dengaq pasai FCC noh!

Berita sudah habis. Diharapkan anda semua dalam mood bersemangat. Bagi yang baru mengenali FCC yakni produk makeup halal dari Istanbul, anda boleh like FCC FB Page untuk update terkini. Sekian terima kasih.

p/s : Nak tukar kereta baru? Perodua ada buat banyak promosi. Book hari ini di 018 – 2025 282.

Thank you for reading this entry !

TDL Koleksi Tudung & Shawl Online Terkini


Assalamualaikum

Ah macam biasalah, nak dekat raya ni, takdelah nak cerita pasal benda lain ye tak? Orang pompuan memang la gini hihi. Tapi orang laki jangan nak kutuk sangatlah yeee. Kalau takde orang pompuan, hambar okayh raya uolls. Gitu kan…sep sikit ahkak-ahkak sekalian.

Hari tu dah cerita pasal baju raya, kali ni aku nak cerita pasal tudung raya pulak. Aku ni pepoyo je padahal nanti Syria rm10 tu jugak yang dicapai. Yelah kalau dah sampai sideburn semua terkeluar-keluar, pin bawah dagu berpusing ke pipi, ko dah kenapa kan :p




Cantik sangat shawl ADREENA dari TerbaikDariLadangni kan. Cakap ye cepat!

Masa memula dengar nama blogshop ni, aku rasa macam hoi sempoi gile nama. Biasanya, kedai jual tudung ni kan kalau tak nama arab, mestilah dorang letak nama yang feminine gitu. Apapon tudung TDL memang sempoi dan terbaik dari ladang.

Cemana aku tau shawl dorang memang terbaik dari ladang?

Of course iolls pon pakai okay shawl ADREENA ni. Senang gile nak bentuk, tak keluaq pon sideburn!! Cayalah beb! Warna pon memang comel comel macam lollipop.

Shawl ADREENA ni sebenarnya adalah koleksi Aidilfitri. Materialnya daripada chiffon silk. Senang sangat nak bentuk, tak bergerak dan tak panas (100% yakin!) Harga cuma RM69. Ada pelbagai warna yang maha cantik untuk dipilih !

Sebelum korang tanya camne nak pakai shawl ni, meh aku bagi video tutorial yang telah disediakan khas oleh TDL. (thanks TDL senang kerja iolls ihiks)


Click HERE to watch

Ha sekarang ni pulak, TDL tengah buat contest sempena Aidilfitri. Hadiahnya berupa Ipad Mini dan Ipod. Omg Ifags kena masuk ok contest ini ! Jangan lepaskan peluang, mana tau boleh menang kan ;) boeh buat muzium koleksi Apple kat ghumah hihi.

Eh sama pulak tudung kita kan hihihih. Nak tau lebih lanjut, pergi FB TDL tau!


Kalau ada yang berminat nak berboria bersama aku dan model diatas, senang cerita korang boleh terus beli shawl ADREENA dari website TDL. Free postage dan jaminan wang dikembalikan ok kalau tak puas hati dengan produk yang korang beli. Dah pergi cepat usha website dorang dan cari tudung yang matching dengan baju raya uolls ok! Yakini TDL, Koleksi Tudung & Shawl Online Terkini ;)

Instagram @tdlnetwork


Thank you for reading this entry !

Nak Dapatkan Instant Natural Real Skin Masa Raya Nanti?

Assalamualaikum

Ingat tak dulu aku ada kongsi cara-cara untuk shopping online di Hansaegee Nature :)? Masa itu aku ada order few make up dan aku janji untuk share dengan korang kan? Hee..mempersembahkan latest make up range from Hansaegee Nature iaitu

Vacci Luxe Collection!!

Vacci Luxe Collection ini adalah sejenis mineral makeup dan merupakan koleksi terbaru dari Hansaegee. Aku telah diberi peluang untuk mencuba beberapa jenis make up dari Vacci Luxe Collection ini. Untuk pengetahuan semua, konsep Vacci Luxe Collection ini adalah Natural Real Skin! Konsep ini adalah sangat famous di Korea dimana, makeup yang dipakai haruslah tipis dan seakan-akan menyamai warna kulit muka kita yang sebenar.


Natural Real Skin =) Make up jenis ini sangat sesuailah untuk hari raya nanti. Sewaktu melawat sanak saudara nanti takde lelebih sangat dan tak plain sangat ;) Just nice!


Tak mahu make up jenis begini ye… ini dah tahap dinner bertemakan glam dan glitz. Kang berpeluh-peluh habislah eyeshadow uools bertakung kat eyebag miahaha.. Hari raya kena simple simple je hokeyhhhhh!


Inilah makeup yang kita perlukan untuk mendapatkan natural real skin. (Sila baca label pada product untuk tahu apakah itu hehe)

Oops jangan gelojoh sangat uools. Sebelum make up, kita kena pastikan kulit kita bersih dan moisturized. Ingat, kulit yang sihat adalah asas kepada make up yang cantik. Jadi aku telah memakai mask N.M.F Aquaring Ampoule Mask terlebih dahulu untuk memastikan kulitku cukup lembap dan sihat. N.M.F Aquaring Ampoule Mask ini mengandungi natural moisturizing factor dan hyaluronic acid untuk mengekalkan kelembapan kulit.


Pakai selama 20 minit dan tadaa kulit menjadi sangat lembap dan lembut afterwards. Kemudian, barulah kita akan mulakan sesi makeup kita.

Berikut merupakan makeup yang aku gunakan mengikut turutan untuk menconteng muka hihi
  • 1.     Makeup Based
  • 2.    Stick Foundation
  • 3.     Loose Powder
  • 4.     Mascara
  • 5.     Pencil Eyeliner
  • 6.     Blusher
  • 7.     Lipstick

Tadaa! Here’s my natural real skin look with Vacci Luxe Make Up on ;)

Vacci Luxe Collection ini lembut dimuka, senang nak apply dan texturenya adalah sangat ringan. Memang sangat tipis berpadanan dengan konsep yang mereka canangkan ;)

Dari jauh kulit muka nampak naturally glowing dan healthy seperti tak pakai apa-apa hehe..padahal kemain dok pakai itu ini.

Vacci Luxe Collection ini sangat sesuai untuk mereka yang suka pakai make up everyday. Tak nampak over, tapi tak pula nampak dull. Sebab finishing dia macam real skin, jadi sesuai untuk ke pejabat dan urusan formal. Takdelah orang dok jeling jeling sebab bedak uools gomak sangat di tengah hari yang hening hikhik. Kalau nak pantas, just pakai mineral loose powder or compact powder je everyday. Kalau rajin sikit, boleh la pakai foundation dulu before pakai powder hehe. Keep it simple and sweet ;)


Cuma pakai loose powder sewaktu melihat perabot (tapi tak beli) ;)

Mineral make up adalah best sebab ia tidak menyumbatkan pori lantas membolehkan kulit kita bernafas dengan lebih baik. Lagipun, ia diperbuat daripada bahan mineral semulajadi dari bumi yang mana sangatlah sesuai untuk korang yang ada sensitive skin dan acne ;)

Boleh lah jenguk-jenguk Vacci Luxe Collection di siniPilih jangan tak pilih uolls! Happy shopping =)


Thank you for reading this entry !

Pergi Zoo Setelah Berabad Tak Pergi..

Assalamualaikum

Seumur hidup aku cuma pernah pergi zoo 3 kali. Zoo KL, Zoo Melaka dan Zoo Bogor (Safari). Well I dont really fancy animals except for cats..Setiap kali aku datang Zoo aku berharap ada accident yang berlaku (nauzubillah hee). Ala at least panda mengamok pon jadilah...haha. Barulah adventurous pergi zoo! Takdelah aku mengantuk je..

Zoo KL. Entrance rate for adult is RM30. For me its quite expansive lah. Aku gigih ok bawak student card dengan harapan dapat discount but they dont entertain such thing. STUDENT CARD TAK BOLEH PAKAI DEKAT SINI. Budak sekolah je boleh dapat diskaun...


Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Recently masa boring boring aku selalu bukak youtube (that's rare for me anyway). Aku suka tengok 'Top 10 Animal Attack'. Buaya makan kepala orang, gajah naik angin pastu pijak manusia etc. Psycho betul pompuan ni hahaha


Flamingo comel! Colour dia macam fluorecent kan :) Aku pakai camera Casio Exilim ZR700 yang ada function ART SHOT. Memang vibrant colournya. Naik!


Dengan Super Resolution Mode, aku dapat zoom sehingga 36x. Hebat kan!! Tapi untuk gambar ni, aku zoom sehingga 18x je. Sharp kan gambarnya, langsung tak pecah. Camera lain biasanya boleh zoom sehingga 6x je tau.


Cuba cari gimau kat manaaaaa?



Setelah menggunakan 36x zoom, akhirnya aku jumpa gimau ni. Kagum betul dengan camera ni :) Hi gimau, hensemnyeeee awak!


Kata singa ni raja rimba..patot tukau nama jadi raja tido..asek membuta je wakaka

Mat tabo makan hasil bini..bak kata orang melaka wakakaka 


Bagi aku, semua rusa adalah betina sebab dorang nampak feminin giler


Anyonyonyo feeling-feeling Africa Selatan sangat hehe..padahal cuak sebab takut kena tanduk..itu pasai jari tegak semacam :p


Camera Exilim ZR700 ini mempunyai function yang paling digemari para wanita iaitu Make Up Mode untuk memberi ilusi kulit licin (yay!) pada level 0, level 6 hingga level 12. Untuk gambar diatas aku pakai level 3 hehe..kalau nak nampak flawless kena pakai level 6 tau!


Lepas tu tengok animal show dekat amphitheatre. Rasanya show diadakan sebanyak 2 kali dalam masa sehari. Jangan lupa tanya kat kaunter ok, sebab takut terlepas pula. Bagi aku show ini adalah omey sangat dan korang wajib tengok!

Kalau aku ada anak nanti, bila boring je aku nak bawak pergi Zoo. Kids' learning process is very fast especially in the first 5 years. Daripada tengok ipad tunjuk ni monkey kat google image, baik aku bawak pergi zoo, tunjuk monkey bebetul. Bukan monkey je, siamang, baboon semua ada. Ko tengok la  sampai puas hati ko nak haha.


This is the camera that i'm using ;) Casio Exilim ZR700. Korang boleh usha video youtube kat atas ini untuk tahu lebih lanjut tentang function yang coolness habis. Sebarang pertanyaan atau updates, boleh usha Facebook Casio Exilim Malaysia. Nak beli dimana? Carilah mana-mana kedai yang jual camera Casio hehe.

p/s: Ramai yang tanya harga camera ni. RM 1399 tau ;)

Thank you for reading this entry !

Lazatnya Al Lazat Ini !

Assalamualaikum


Kalau korang nak tau, Burger Bakar Abang Burn (BBAB) ada menu baru. Dengar cerita, from time to time dorang akan launch menu baru supaya korang tak bosan makan menu yang sama. Ha jadi kali ni, bersempena dengan bulan ramadhan, satu burger baru yang dinamakan burger AL LAZAT telah dilancarkan.


Dirasmikan oleh orang kuat BBAB!

Adakah burger Al Lazat itu selazat namanya? Sebab aku curious nak tahu, jadi aku pon datanglah ke hari pelancaran burger tersebut yang terletak di cawangan BBAB Bandar Tasik Permaisuri. Konon nak merasa la kan..Ingatkan tak ramai orang..sekali..


Melampaunye pun adui terber..habibahhabibui


Pengarah urusan BBAB tu kata, burger ni special sebab ia adalah gabungan percik moden dan sos timur tengah. Pokoknya ia menggabungkan tiga citarasa iaitu Melayu, Arab dan Barat. Masa si pengarah tu dok explain aku endah tak endah je haha..dalam hati cepatlah habis berucap..aku dah tak sabau nak ngap ni hehe


Amek kau..meleleh! Bila makan, memang sedap gila.. Hoi aku serious tahu. Antara semua burger yang aku pernah makan di BBAB, burger Al Lazat ni paling sedap. Burger Al Lazat ni tak pakai ‘patty’ tapi pakai ayam percik. Tapi bukanlah ayam percik macam kat pasar malam tu uolls.


Rasa dia macam McChicken, tapi beribu kali lagi sedap sebab juicy! Pastu ada cheese, mayonese dan sos apebenda ntah sedap gila. Yang aku paling suka pasal burger ni adalah ianya bersize normal, bukan seperti burger BBAB lain.Takdele melimpah ruah jejak ke lantai. Haruslah uolls, iolls kan perempuan, gelojoh sangat tau kalau makan burger bertingkat-tingkat tu..cecomot liptik iolls :p



Burger Al Lazat ni adalah special edition sebab ia hanya akan dijual ketika bulan RAMADHAN sahaja. Kiranya setahun sekali je la korang dapat rasa. Jadi lepas solat terawikh tu boleh le singgah ke Abang Burn gettu.



Apa kata juri awam Fatin Suhana, Yuyu Zulaikha dan CikEpal ? Laju gila kitorang berempat makan..sampai terkeluar rambut dari shawl wakakaka


Nah tengoklah video tentang cara penyediakan burger Al-Lazat ni!! Jangan bukak pose sudehh

Kalau korang teringin nak rasa burger Al Lazat yang maha lazat ni, jemputlah datang ke 18 jajahan BBAB di seluruh semenanjung Malaysia. Selain itu, aku dipahamkan yang BBAB akan bukak sebuah cawangan baru di Lembah Klang. Menariknya, kesemua KEUNTUNGAN BULANAN cawangan ini akan didermakan kepada anak yatim dan fakir miskin yang tidak mendapat bantuan mainstream.

Aku kagum sangat dengan businessman kaya-kaya tapi tak putus-putus menderma dan membantu golongan yang tak bernasib baik. Patutlah business dorang semakin maju.Pegang kata-kata ini. The more you give, the more you get. Kayanya seseorang itu terletak kepada berapa banyaknya dia memberi, bukan berapa banyaknya dia terima.

You can also be part of the good deeds! Dengan membeli burger Al Lazat sahaja, anda sebenarnya telah membantu menyumbang dana untuk penubuhan cawangan Lembah Klang tersebut. Sebabnya, separuh daripada hasil penjualan Al Lazat akan digunakan untuk membuka cawangan Lembah Klang. Lagi banyak anda membeli, lagi cepat penubuhan cawangan tersebut dan lagi cepatlah anak-anak yatim itu menerima sumbangan =)



Jadi tunggu apa lagi, sila try Al Lazat yang sememangnya lazat gilos =) Shawl dari Aisu Suri.
Salam Ramadhan dan selamat beramal!

Ikuti FB BBAB untuk info lebih lanjut.

Thank you for reading this entry !

Luahan Hati Di Pagi Hari

Assalamualaikum


Kita manusia ni selalu lupa. Selalu lalai. Kena selalu diingatkan. Termasuklah aku. Ecewah, permulaan ayat saja sudah begitu serius. Ini bukan blogserius ye, ini cumalah ruangan mencurahkan isi hati. Well orang kata, menulis blog itu adalah sejenis medium untuk mengekspresi diri. Bagi aku, separuh betul-separuh salah.

Dalam dunia sekarang, kita ada banyak hati nak kena jaga. Tak boleh ekspresi ikut suka hati saje tahu? Satu je FL nak pesan kepada blogger sekalian, walau cemana benci sekali pon kita pada seseorang, jangan tulis kat blog ok. Jangan jadikan blog ini tempat untuk bergaduh/cari dosa. Dah le kengkadang bila upload gambar pastu ter-riak dah berdosa (tanpa disedari). Lagi ko nak cari dosa terang-terangan.

Hari tu, supervisor aku tanya kitorang (group member) .

' How much time do you spend on Facebook everyday? ' 

Macam biasa, ada yang jawab sejam dua. Ada yang jawab 3-4 jam. Aku? Haruslah jawab sejam dua haha..Prof tanya facebook kan..dia tak tanya instagram dengan blog miahaha. Well thats not the point actually T_T. Kemudian prof terus menzahirkan rasa kekecewaannya.

Whats wrong with you people, don't you have enough of your life that you HAVE TO CHECK ON other people's lives everyday ? Life is not all about you, you and you. Its about helping the poor, contribute to the society and make the world a better place to live. If you die today, aren't you ashamed to meet the God? You're full of yourselves, didn't help the orphanage, you threw litters everywhere. How dare you gonna meet Allah with that attitude? '

Kan? Betul apa yang Prof aku cakap tu. Aku selalu keliru, cemana eh nak contribute to the society? Aku tak jadi doctor lagi, nak tolong pon ilmu parat dada je. Tapi Prof selalu pesan, always start from something tiny. Prof ajar aku, kalau nampak sampah, kutip dan buangkan dalam tong sampah (dapat pahala sebab menyenangkan kerja cleaner). Kalau nampak suis tak tutup, tolong tutupkan (membazir amalan syaitan), nampak orang tua berjalan tolong pimpinkan (pahala sebab respect the elderly and help them). Sebenarnya banyak lagi yang kita boleh buat dengan tulang 4 kerat kita ni tanpa mengeluarkan duit sesen pon.

Kalau nak advance lagi, boleh try buat kerja volunteer. Contoh macam dekat mercy.org.my dorang ada banyak kerja kerja volunteer macam feed the homeless etc. Aku pon tak pernah pergi lagi. Inshaallah one day nak pergi =) Setakat ini, aku ada jugak pergi buat kerja-kerja volunteer dengan girlfriends. Tapi takdelah share gambar ke apa. Sebenarnya kalau boleh memang aku nak share, supaya korang pon dapat idea on how to help people. Tapi tulah, aku takut aku ter-riak pastu sia-sia je pahala aku.

Well anyway, aku ada terima banyak email yang memerlukan pandangan serta nasihat (eventhough im not the right person to give advice to people). Im so sorry, my life pon macam hectic, I can't reply em. But thank you so much for writing to me. Dah la tulis panjang-panjang. FL baca semua email, cuma tak reply je hihi. Thanks korang, semoga Allah memberkati kalian!

Top & Skirt from Thepoplook.com

In b4, FL nampak matured angat. FL dah start pakai stokin (hehe). Sebenarnya bila pakai stokin, kaki lagi rasa selesa dan tak berpeluh. Jom try sesama nak? Try slow-slow. Bawak g kelas dulu, nanti dah ok, baru try pakai masa pergi jenjalan pulak. Aku pon amek masa untuk adapt. Kengkadang ada jugak tersasau hehe. Selamat beramal!

Thank you for reading this entry !

Floral Mask by Dian Pixy

Assalamualaikum

Hi saya FL. Maaflah gambar saya begitu besar. Janganlah marah saya, inikan blog saya. Kalau awak mahu juga, awak uploadlah gambar awak besar besar dalam blog awak. Kalau mahu dijadikan wallpaper juga boleh mihmih.

Oh ya, dah lama saya tak buat product review bukan? Disebalik hidup saya yang super sibuk tetapi blog ini adalah jiwa kedua saya, jadi saya akan berusaha untuk update juga supaya kita mendapat kegembiraan bersama. Anyonyonyonyo 


Product review kita pada harini adalah FLORAL MASK dari DIAN PIXY. Ia merupakan sejenis facemask yang berwarna purple. Bagi saya ia adalah sedikit aneh kerana saya tak pernah jumpa mask berwarna ungu! Menurut pembacaan saya, mask ini mempunyai 7 bahan aktif (Vit A,B3,C,E,Q10, Hyaluronic Acid dan Moisture Complex) yang sangat berkesan untuk menghapuskan bintik hitam dan kotoran degil dalam pori muka. Ia juga dapat mengawal masalah kulit muka yang berminyak dan menyahtoksik wajah supaya free from pimples. Mari kita cuba sejauh mana kebenarannya hehe.


Maaflah muka saya kelihatan seperti meminta penampar. Tetapi isi tersurat disini adalah, betapa semangatnya saya mengenakan tudung berwarna purple semata mata untuk matching dengan mask. Walaupun inner saya senget benget, tetapi saya sudah bertahun tahun jadi blogger, jadi sudah biasa kena kutuk (muahahha)

Nak pakai mask ini senang saje tau. Basuh muka, lap kering, sapukan mask dikawasan yang banyak bintik bintik hitam dan tunggu selama 25 minit. Apabila mask sudah kering, tarik mask dari bawah ke atas dan ambil kanta pembesar untuk melihat hasil tangkapan. Sesudah itu jangan lupa, basahkan muka dengan air sejuk untuk tutupkan pori.


Nampak tak kotoran/minyak halus dalam pori yang berjaya ditarik keluar? Hebat bukan? Sekecil-kecil zarah juga tidak terlepas. Sebenarnya lebih dasyat daripada ini. Tetapi camera saya sukar mendapatkan angle yang baik.

Side note:
  • Mask ini mempunyai haruman lavender. 
  • Ketika pakai akan berasa sejuk (Bagus!)
  • Jangan pakai dekat dengan kening dan bawah mata, nanti akan menangis sewaktu menariknya keluar.
  • Muka terasa tegang dan licin setelah pakai mask (Serious weyh!)
  • Digalakkan memakai mask ini 2 kali seminggu. (Saya sudah pakai selama 2 hari berturut-turut OMG kerana obses dengan hasil tangkapan)

Sekian product review dari saya FL. Sebenarnya sudah ramai orang yang buat review tentang product ini. Boleh la baca orang lain punya testimonial juga ok. Dan saya tak jual product ini. Sila hubungi details dibawah untuk sebarang pembelian  =P

Facebook : https://www.facebook.com/dianpixyofficial
Website : http://www.dian-pixy.com/

Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri