Floral Mask by Dian Pixy

Assalamualaikum

Hi saya FL. Maaflah gambar saya begitu besar. Janganlah marah saya, inikan blog saya. Kalau awak mahu juga, awak uploadlah gambar awak besar besar dalam blog awak. Kalau mahu dijadikan wallpaper juga boleh mihmih.

Oh ya, dah lama saya tak buat product review bukan? Disebalik hidup saya yang super sibuk tetapi blog ini adalah jiwa kedua saya, jadi saya akan berusaha untuk update juga supaya kita mendapat kegembiraan bersama. Anyonyonyonyo 


Product review kita pada harini adalah FLORAL MASK dari DIAN PIXY. Ia merupakan sejenis facemask yang berwarna purple. Bagi saya ia adalah sedikit aneh kerana saya tak pernah jumpa mask berwarna ungu! Menurut pembacaan saya, mask ini mempunyai 7 bahan aktif (Vit A,B3,C,E,Q10, Hyaluronic Acid dan Moisture Complex) yang sangat berkesan untuk menghapuskan bintik hitam dan kotoran degil dalam pori muka. Ia juga dapat mengawal masalah kulit muka yang berminyak dan menyahtoksik wajah supaya free from pimples. Mari kita cuba sejauh mana kebenarannya hehe.


Maaflah muka saya kelihatan seperti meminta penampar. Tetapi isi tersurat disini adalah, betapa semangatnya saya mengenakan tudung berwarna purple semata mata untuk matching dengan mask. Walaupun inner saya senget benget, tetapi saya sudah bertahun tahun jadi blogger, jadi sudah biasa kena kutuk (muahahha)

Nak pakai mask ini senang saje tau. Basuh muka, lap kering, sapukan mask dikawasan yang banyak bintik bintik hitam dan tunggu selama 25 minit. Apabila mask sudah kering, tarik mask dari bawah ke atas dan ambil kanta pembesar untuk melihat hasil tangkapan. Sesudah itu jangan lupa, basahkan muka dengan air sejuk untuk tutupkan pori.


Nampak tak kotoran/minyak halus dalam pori yang berjaya ditarik keluar? Hebat bukan? Sekecil-kecil zarah juga tidak terlepas. Sebenarnya lebih dasyat daripada ini. Tetapi camera saya sukar mendapatkan angle yang baik.

Side note:
  • Mask ini mempunyai haruman lavender. 
  • Ketika pakai akan berasa sejuk (Bagus!)
  • Jangan pakai dekat dengan kening dan bawah mata, nanti akan menangis sewaktu menariknya keluar.
  • Muka terasa tegang dan licin setelah pakai mask (Serious weyh!)
  • Digalakkan memakai mask ini 2 kali seminggu. (Saya sudah pakai selama 2 hari berturut-turut OMG kerana obses dengan hasil tangkapan)

Sekian product review dari saya FL. Sebenarnya sudah ramai orang yang buat review tentang product ini. Boleh la baca orang lain punya testimonial juga ok. Dan saya tak jual product ini. Sila hubungi details dibawah untuk sebarang pembelian  =P

Facebook : https://www.facebook.com/dianpixyofficial
Website : http://www.dian-pixy.com/

Thank you for reading this entry !

Popular Posts

 
© Copyright 2035 Fans Of Fatin
Theme by Yusuf Fikri